Satu ketika...
Tergamam sebaik sahaja menerima panggilan telefon memberitahu seorang sahabat terlibat dalam satu kecelakaan jalan raya. Lebih tersentak lagi, tragedi tersebut meragut dua nyawa; pemandu teksi yang ditumpangi dan suami kepada sahabat itu...
Selain suami sahabat dan pemandu teksi yang tidak dapat diselamatkan, keadaan sahabat itu juga diberitakan parah - luka besar di bahagian kepala serta patah bahagian tangan kanannya di antara bahu dengan siku.
Cemas dan debar yang menggasak dada tidak tertenangkan kerana nasib seorang anak kecil yang turut terlibat sama, belum diketahui. Seorang bayi yang berumur setahun dua bulan...
Akhirnya, jalan terbaik untuk mengetahui cerita sebenar ialah dengan pergi menjenguk sendiri. Mudah-mudahan terbangkit rasa insaf dari kejadian yang menimpa - betapa dengan hanya sekelip mata saja sedikit kelalaian boleh mengkibatkan bencana dan duka yang tidak sudah.
Syukur melihat mangsa telah sedar setelah menerima 20 jahitan di kepala. Tangan yang patah terpaksa disimen dan dibelat. Anak kecilnya mengalami sedikit luka didagu.
Mendengar cerita darinya, hati kecil benar-benar mengakui kematian sang suami benar-benar telah tertulis dalam suratan takdir Allah. Ajalnya memang di situ dan diwaktu itu.
Awalnya mereka tiga beranak berada di tempat duduk belakang. Tetapi belum sempat separuh perjalanan, pemandu teksi mempelawa si suami duduk di hadapan menemaninya berbual-bual. Baru hanya beberapa kilometer bergerak semula, terjadilah apa yang telah terjadi.
Ia bermula dengan kemunculan sebuah van dari arah bertentangan bergerak dalam keadaan membahayakan. Van yang bergerak bagai tiada kawalan sehinggalah dua kenderaan bertembung.
Pemandu dan penumpang yang berada di sebelah kirinya meninggal ditempat kejadian. Penumpang yang baru beberapa minit sebelum itu berada di belakang, dijemput menjadi teman berbual... rupa-rupanya bukan sekadar teman berbual tetapi teman mengadap Tuhan...
Peristiwa ini mengingatkan saya pada satu kisah malaikat maut dengan seorang pemuda yang menghadiri majlis keramaian Nabi Sulaiman a.s. - Allah menetapkan pemuda itu akan meninggal di sebuah pulau. Dan waktu ajalnya sudah sangat hampir sedangkan pemuda itu masih berada di tempat yang sangat jauh dari pulau tersebut.
Sebentar kemudian pemuda tersebut mengadap Nabi Sulaiman dan mengadu tentang rasa bimbangnya kerana asyik diperhatikan oleh seorang yang menakutkan. Pemuda itu meminta perlindungan dari Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman pun memerinthakan jin membawa pemuda itu ke sebuah pulau yang jauh. Mungkin di pulau sana pemuda itu boleh berehat dengan aman tanpa gangguan. Tetapi di sanalah pemuda itu menemui kematiannya.
"Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali"..
Tragedi jalanraya - cermat, teliti, waspada dan berhati-hati adalah kunci utama untuk mengelaknya. Baik yang berada di laluan kiri atau kanan. Itu ikhtiar kita untuk selamat. (teringat juga, saya antara yang paling suka memandu laju.. laju selaju-lajunya...)
Jika tidak akan berlaku pula seperti yang selalu disebut-sebut. 'Kalau kita tak langgar orang - orang yang akan langgar kita'. Itu kerana ikhtiar untuk selamat hanya dilakukan oleh sebelah pihak sahaja.
Pun begitu, percaya dan yakin pada hukum qadak dan qadar Allah mesti menjadi pegangan. Supaya dengan itu kita tidak merasa kecewa, marah, benci atau putus asa. Supaya dengan itu kita mengetahui betapa mahalnya harga sebuah sabar dan redha kerana di dalamnya terdapat ganjaran nilai yang hebat dari Allah....

14 comments:
Kepada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali... Semoga roh dirahmati Allah...
tak0t plk bila dgr cite cmni..
kdg2 kita da ckp behati2..tp kal0 dh ditakdirkn benda nk jdik..jdik jgk..
sum0 kuasa Allah
Salam..
Cerita benar yg betul2 menginsafkan.. percayalah.. mana2 blog yg menyiarkan tentang cerita tentang kematian.. pasti sy takkan terlepas dari membacanya...
Saya suka membaca artikel sebegini buat muhasabah diri supaya tidak terlalu leka dgn dunia..
Terima kasih krn sudi berkongsi cerita...
Salam...
Hidup ini cuma sementara, akhirat jualah tempat kita yg kekal abadi, Gunakan waktu sebaik-baiknya dengan perbanyak amalan, kebajikan, berbuat baik, melatih diri dan sebagainya dalam menuju keredhaan Allah SWT
Salam abng chime..
apa khabar?lama tak singgah sini akibiat kekangan masa..
Semoga sama2 menginsafi dan muhasabah diri sendiri..dan jangan lupa qda dan qadar terbahagi kepada 2 jenis iaitu qada mubram dan qada muallaq di mana qada mubram dalah perkara yang pasti dan qada muallaq adalah qada yamg boleh diubah berdasarkan usaha kita sendiri.
Salam bro
Insaf juga baca entry nie..kdgkala byk tragedi atau peristiwa yg mengingatkan pada mati.dan setengahnya memang tak pernah dijangka atau terduga pun...pernah dulu mengalami peristiwa ngeri bila nyaris kereta yg dipandu bertembung dengan sebiji van yg terbabas.van tu berpusing 360 darjah mcm gasing...terlewat hanya 30 saat sempat mengelak..kalau tak dah lama jadi arwah..mungkin allah masih menyayangi diri ini supaya bertaubat dan menginsafi..
salam..
tiba2 teringat lirik lagu nih..
Far East - Menanti Di Barzakh
Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan ruhku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu Resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian
[ Menanti Di Barzakh lyric found on www.lirik.tv ]
Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Bila ajal telah tiba, tidak akan dilambat atau dicepatkan walau sesaat. Bila tengok kawan-kawan terdekat meninggal..rasa insaf sangat..masa kita pun akan tiba jua satu hari nanti
innalillahi wa inna ilaihi roji'un
takdir Allah menentukan segalanya
semoga roh aruah ditempatkan bersama orang-orang soleh
Bila bercakap soal kematian..
mmg menakutkan utk ditempuhi apatah lagi ia adalah satu perkara wajib yg akan dirasai oleh setiap yg bernyawa dan selepas itu akan menuju kesuatu tempat yg kekal abadi selamanya bersama amal baik dan jahat yg akan ditentukan oleh Allah samada kita layak ke syurga atau neraka ...
Nauzubillah..semoga kita sentiasa bermuhasabah diri selalu dan tidak bersubahat atas perkara2 yg dibenci oleh Allah.
Dari Allah kita datang kepadaNYA kita kembali..Walau dengan apa sahaja cara sekalipun..Maut tetap juga datang..Malah masa tidur pun datang..Masa jalan kaki..Masa tunggu bas..Bila diperintahkan Allah, malaikatulmaut mengambil nyawa..tidak kira masa tempat..dimana2 sahaja...Thats why kita wajib sediakan diri bila2 masa sahaja....Moga Allah permudahkan maut kita semua nanti..Insyallah..
Memang bayak peringatan yg boleh diberi... Tapi Mati adalah sebaik-baik peringatan...
mati itu pasti. dan mungkin dah tertulis memang sudah sampai masa untuk arwah pergi. cuma mungkin caranya agak sikit mengecewakan. tapi itu ketentuan dari Dia yang telah ditetapkan. kita boleh menangis tapi bukan marah. kerna walau itu mungkin kecuaian kita sehingga terlibat dengan kemalangan, tetapi semua yang berlaku adalah takdir dari Dia. mungkin itu yang Dia mahu untuk kita, jadi seharusnya tabah dan redha. Alfatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarga kawan bang chime. moga terus bersabar dan moga arwah ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah insyaallah.
cerita pasal accident, ida pun accient bulan lepas...22.06...cuma tak jadi inti sandwich jer...Alhamdullillah Allah panjangkan umur... semua tu memberi keinsafan untuk kita...
Post a Comment