Thursday, July 23, 2009

Satu Rasa Dua Hati...

Tiada apa-apa cerita pada entri kali ini... hanya sekadar mahu berkongsi keseronokan membaca.

Andai anda penggemar bahan-bahan bacaan berbetuk motivasi... saya ingin mencadangkan kepada anda buku ini:

Buku (lebih kepada untuk mengemudi rumahtangga) ini adalah hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi setebal 213 halaman terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Saya memang telah memiliki buku ini sejak tahun lalu dan telah lama mengkhatamnya, tapi rasanya masih belum terlewat untuk saya meyampaikan rasa seronok membacanya...

Dengan penguasaan bahasa yang santai dan lincah di tambah dengan rencah-rencah naratif yang menyentuh hati dan ada kala menguris rasa, buku comel ini (yang sekarang dengan wajah baru cover berwarna pink pulak) dapat memukau minat dan perhatian pembaca (ok! saya merujuk kepada diri saya). Proses pembacaan terus mempesonakan dengan garis panduan penuh hikmah dalam mengemudi rumahtangga di samudera pancaroba.

Dua puluh episod dipaparkan dalam buku ini merangkumi pelbagai bentuk masalah yang sering muncul dalam gelora berumahtangga. Episod ini bermula dengan langkah pertama membina istana rumahtangga, iaitu masalah mencari jodoh yang sesuai dijadikan pasangan sepanjang hayat.

Rata-rata semua kita idamkan pasangan yang unggul, atau lebih tepat pasangan yang 'soleh' dan 'solehah'. Dalam alam sebenar, kreteria mencari jodoh ditumpukan kepada calon isteri dan suami. Baik buruk calon akan menjadi kayu ukur untuk diputuskan sama ada berjaya menjadi pilihan atau tidak.
Namun dalam buku ini, Ustaz Pahrol mengajak pembaca dan bakal pencari calon berumahtangga, supaya kriteria pencarian jodoh itu bermula dengan diri sendiri. Saranan begini mungkin menjadi satu kejutan kerana selama ini hanya calon suami atau isteri yang diteliti cantik/hodohnya rupa, sopan/kasarnya budi bahasa, kaya/miskinnya harta, warak/jahilnya beragama.

Bagaimanakah akan didapati calon isteri yang solehan atau suami yang soleh jika diri sendiri tidak mengendahkan ketertiban berpakaian dan tidak memuliakan kesantunan pergaulan?

Semolek-molek sebuah rumahtangga itu didirikan atas struktur cinta yang saling berbalas antara suami isteri. Namun terdapat juga cinta yang pernah bergelora pada awal perkahwinan mula merosot auranya dalam perjalanan perkahwinan. Di mana salahnya. Di mana silapnya. Siapakah punya angkara maka terjadi yang demikian itu?

Dalam hal ini, Ustaz Pahrol menterjemahkan cinta dari sudut pandangan falsafah yang begitu mengasyikkan. Huraian yang kemas dan dikendalikan dengan bahasa yang mudah agar segala isinya mudah pula difahami. Penjelasannya menuntut kita (saya) sebagai pembaca untuk memuhasabah diri dan bertanya pada diri sama ada pernah mengamalkan falsafah cinta seperti yang digarap ustaz Pahrol?

Keindahan cinta terletak pada sikap yang tidak mementingkan diri sendiri. Keutamaan diberikan kepada pasangan tanpa mengharapkan balasan.

Kata orang cinta itu buta. Sejauh manakan benarnya tanggapan ini? Lihat pada episod 18 dan hayati apa yang berkisah di episod itu. Rumahtangga tidak terbina atas tapak cinta semata-mata. Sekiranya tapak cinta itu wujud, maka penyokong cinta itu adalah tanggungjawab dimantapkan bersama. Bahawa cinta itu sesuatu yang konkrit penuh hikmah jelas dibuktikan dalam buku ini.

Kesejahteraan rumahtangga tidak hanya tertakluk pada aspek fizikal - makanan berzat, pakaian serba cukup, hiasan dalm rumah indah-indah... Pengisian rohani memainkan peranan yang jelas menentukan kesejahteraan rumahtangga. Sejauh ini, rumahtangga ialah rumah yang dihuni suami, isteri dan anak-anak. Namun ustaz Pahrol melukiskan sebuah rumahtangga sebagai medan paling sesuai untuk seluruh anggota keluarga beribadat kepada Allah.

Buku ini mencungkil juga punca rumah tangga terumbang ambing. Pasangan yang tidak mematuhi peraturan Allah akan mendapati rumahtangga mereka tidak stabil lantaran masing-masing galak mengikut kehendak diri sendiri. Sebaliknya pasangan suami isteri yang merendah diri dan teguh memegang panduan jalan Allah akan dapat melayarkan bahtera rumahtangga dalam kesejahteraan, walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan.


Petua yang menjadi asas kepada kebahagiaan rumahtangga ialah kembalilah kepada syariat Allah. Hanya Allah tahu apa yang sebaiknya untuk kita. Masa masih ada untuk membaiki keadaan jika kita akur dengan kelemahan diri dan mula mengikut landasan Allah.

Buku Satu Rasa Dua Hati amat dalam penaakulan falsafahnya yang intim dengan tauhid. Kenali Allah dan kenali diri sendiri, maka barulah mengenali orang lain. Sesuai dibaca oleh semua lapisan umur tak kira sudah berumahtangga atau bakal berumahtangga atau masih belum mahu berumahtangga...

Kisah, sketsa dialog dan monolog tentang cinta dan kasih... Adunan pengalaman dan gelombang rasa di gerbang perkahwinan dan di alam rumahtangga. Bagaimana mencipta cinta sepanjang perkahwinan? buku ini punya jawapannya...


Selamat membaca...

************************


Dan sebelum saya tamatkan, ada satu perkara nak saya sampaikan... esok adalah hari lahir kepada seorang lagi adik saya di sini....


Kenal ke jejaka hensem ni??...

Ok!! Selamat Hari Lahir ADDY!!!... (saje je cepatkan ucapan ni sebab nak jadi orang pertama yang wish... heheheh.. aci ke gitu).. Semoga sihat-sihat selalu dan semoga segala kegembiraan dan keceriaan terus mengiringi Addy di sepanjang-panjang jalan hidup mu....

Selamat Hari lahir (di esok hari)



*****

20 comments:

AiE bAhRi said...

Salam abg Chime..

terima kasih berkongsi info mengenai buku ini.Saya nak cari jugak nnti.

O..esok besday Addy ya..
Untuk bro Addy, happy becoming besday..semoga sentiasa mendapat lindungan dari Allah hendaknya..untuk ucapan yang panjang2, nnti saya singgah di blog kamu.hehe

sharamli said...

tu la yg slalu jadik..
nak carik pasangan yg hebat2 ..padahal diri sedndirik lgi la truk..
seb0k nak teg0 0rg itu ini..padahal diri sendirik xsedar...........

b0san dgn 0rg yg mcm ni.......

p/s:s0ri terem0 disini

ASYIQ said...

Bagus ni chime...persediaan awal.
Dah banyak no bersedia..bila lagi??

Wah...aie, jadi orang pertama malam ni!!

AiE bAhRi said...

Kak ASyiQ,

hehehe,,selain blog akak..blog abg chime ni pun saya selalu tunggu kemunculan entri barunya..tapi akak jgn cakap abg chime plak..diam2 sudoh..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam ziarah..
thanks atas info ttg buku ni..maybe leh jd rujukan nnt...

dalam memilih, melakukan seseuatu...yg pntg kita kena lihat n kenal diri kita..insAllah, bila kita dah bergelumang dgn hal2 tersebut, mudah urusan nya..

sanah helwa ya gamil... Addy :D

Ad Rifza said...

Sesweii kalo bagi kat sapa2 yg kawin..dan yang bersedia utk kawin..Ad nak gi carilah..hehe

Tirana said...

Amboi Chime... dah khatam ye..tak aci...kak tirana tak mula baca pun lagi..hehehe...tak pe bagi adik2 yang nak kawin baca dulu.. lepas tu baru kita yang dah veteran ni baca..hehehe..

Abd Razak said...

Salam sdraku,

Bila lagi tu, dah ada calon ker? Nway thanks for the info

said...

Buku (lebih kepada untuk mengemudi rumahtangga) ---ACU YANIE WAJIB BACA BUKU NIH....heheheh


selamat ulang tahun addy...** dah wish td dalam fesbuk dier **

(^_^)

I-sya said...

wah..bestnyer...sgt gigih menyediakan diri yer. moga chime jmp skill mengemudi rumahtangga dengan baik.

noorcahaya said...

kene ler sesangat buku spesel ni tuk chime.... padat dgn pengetahuan gitu... dah baca habis dah?

:: Wiween :: said...

happy besday to addy

Cik Azz said...

salam...
mekasih info ttg buku tu....

konpem buku camni takde kt tempat akak....kena turun KL la nmpknya g cari....

addyaholix said...

salam abang chime,
saya dah sampai kuantan petang tadi =)
dah lama saya tak membaca. buku-buku yang beli dulu tu masih tersusun elok atas rak buku saya. masih belum sempat khatam lagi. kelmarin dulu merayau dan lepak dekat MPH, saya tambah lagi koleksi buku saya. saya sangat suka membeli tapi belum berkesempatan nak baca. baru-baru ni saya beli buku ke empat tulisan andrea hirata tajuknya maryamah karpov. kira sambungan keempat dari tetralogi laskar pelangi. dan saya juga tertarik dengan satu buku tulisan ustaz pahrol mohd juoi yang tajuknya saya lupa, tapi berkaitan lelaki. tapi saya tak beli pon sebab nak kena bajet. haha!

dan terima kasih untuk ucapan bufday tu. ya abang chime antara orang terawal. tapi bukan yang pertama tapi yang kedua. sebab ada orang terucap sehari awal. haha!
apapon terima kasih banyak-banyak abang chime. sangat bermakna buat saya. terima kasih untuk persahabatan yang terjalin. moga tuhan pelihara ukhuwah kita insyaallah =)

Keri AlHaj said...

salam aie.. mesti cari.. buku bagus tu.


sha - hehehe, manusia gitulah. nak semua perfect, tapi tak sadar diri..



kak asyiq - itulah dia, asyiq dok buat persediaan je dari dulu.. tapi tak de nampak tanda2 pun lagih... hadoiii.


aie - ok! aie, saya tak dengar apa2 pun.. cakap slow2 je dgn kak asiq ya.. hehe



Norulisza... salam kenal. buku tu memang bagus utk rujukan.(pd saya lah)... memberi kesedaran kekurangan diri perlu dikaji dulu...



ad - aik!!! mcm ank kawen je bunyinya ad.. hahahah... ye ke?




kak tirana - baru beli dulu dah saya khtamkan. bila baca je jadi tak mau stop... terus je baca sampai abis... ok, kasi can kita2 yg bujang dulu ya... tapi buku tu sesuai sgt utk yg dah berumahtangga, sebab semuanya pasal sketsa rumahtangga...



Razak - salam kembali saudara ku...
calon macm dah ada... bila tu yg tak tahu lagi.. heh.



yanie - ya... acu yanie memang wajib.. hahahah



acha - taklah, beli buku tu bukan sebab persediaan diri, tapi saje2 je beli... tetiba pulak memang kena utk persediaan diri... kira oraitlah tu kan.. tak rugi langsung beli..




noorcahaya... kena dgn semua org sebenarnya. dah abis dah... lama dah abis bacanya.. beshh...




ween - kita doakan addy sihat2 selalu... AMINNN...




Kak Azz - ha'ah... kat tempat saya pun takde, tu pun beli kat kl jugak... masalah betul kan.




addy - salam addy. eh! beli buku tak baca ke???... bagi saya lah buku2 tu semua heheheh...
saya pulak masih belum brkesampatn nak beli buku2 baru. yg pesta buku punya yg berpalstik2 dulu tu ada yg dah di baca 3 kali hehehe.. kat sini payah nak jumpa buku2 bagus. mesti kena turun kl punya.
buku ustaz pahrol yg addy cakap tu rasanya tajuk dia 'catatan diari seorang lelaki' terbitan telaga biru... saya tak beli lagi walaupun nak beli. gitu kot lebih kurang tajuk dia. maryamah karpov dah terbit kat sini ke??..


yg kedua ke?? hah, kira ok lahtu... boleh dpt hadiah jugak tu, naib juara... kan... hahahah.
ya, moga tuhan teguhkan ukhuwah antara kita... InsyaAllah..

arazma said...

assalamualaikum..
dtg ziarah ngan url baru..
banyak beno buku, artikel ngan journal nak kene baca... x sempat nak baca buku2 lain kot.. ade rezki, kemudian hari...

mmm... teori dah ade, cepat2 le langsung.. leh wat practical lak.

Guru said...

best jugak buku ni ya..
selalu nampak buku tu tapi tak pernah terniat nak membelinya sebab ada gambar love
allergic sikit ngan luv2 ni...

untuk kawan chimera tu...
selamat menyambut hari bertambah tua...

DaliaLiyana said...

best ek buku tu..nnt dalia nak carik gak

addyaholix said...

akhirnya, ingat dah tutup blog dah =)

tak berkesempatan nak baca. atau lebih tepatnya macam makin malas membaca sekarang ni. cuba bagi lecture sikit bang chime haha!

ya betul la tuh bang chime. catatan diari seorang lelaki tajuknya. atau yang lebih kurang macam tu la jugak. nanti ingat nak beli (dan baca jugak lah). ya maryamah karpov dah keluar. tapi adik saya kebas dulu dia nak baca. cis sungguh!

zai said...

Amboi3..dah buat persediaan sakan nampak, bila nak kawin nie ? jangan lupa panggil akak yer..nak bawak anak2 kat umah yg selori nie..tak yah jemput ramai2..jemput kuarga akak pun dah meriah dah nanti hehehe...gurau jer