Tuesday, August 25, 2009

RAMADAN dan KEMATIAN (kematian & ramadan)


Alhamdulillah... kita masih dipanjangkan usia diberi kesempatan menyapa dan mendakap RAMADAN ini penuh erat... Ia kurniaan Allah yang hebat. Cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah. Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan hujungnya bebas dari api neraka.

Namun, sama ada kita sedar atau tidak (atau buat-buat tidak sedar) ini mugkin juga Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah, berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman-teman yang bersama kita Ramadan yang lalu, kini telah tiada, tidak sempat sekali lagi untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam kehidupan penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan leka. Peluklah dengan penuh kecintaan setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah (mudah-mudahan begitu) - Ramadan penuh keberkatan ini.
Pintu-pintu Syurga terbuka, pintu-pintu neraka terkunci kemas, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luas.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi yang bertadarus, menyantuni anak yatim, meyempurnakan silaturrahim, membela yang tertindas, bersedekah, memuliakan orang tua, membantu yang tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, berdoa dan memanjangkan sujud serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti ketibaan malam seribu bulan.

Ketibaan bulan mulia Ramadan kerapkali mengingatkan saya tentang pemergian secara tiba-tiba seorang teman bergurau senda, teman tangis dan ketawa pada Ramadan tahun-tahun yang lalu. Tanpa sebarang sakit tanpa sebarang tanda... Kematiannya benar-benar meremukkan hati saya, dan mencampakkan seisi keluarganya terutama ibu ayahnya ke penjuru satu dunia yang berbeza... dia itu anak yang taat... anak yang bijak... warak... ramah... mesra... - Orang kata yang patah kan tumbuh, yang hilang akan berganti - Tapi bolehkan yang tumbuh itu menyamai keteguhan yang telah patah - Benar!! Sehingga kini pemergian teman itu masih tidak berganti (sungguh, bila mengenang dia, terasa mata ini mula mahu berkaca).

Betapa pun saya menyanyangi sahabat itu... manakan sama kasih sayang ayah ibu terhadap darah daging sendiri - tentunya dugaannya terasa lebih luar biasa, tertanam di dalam kalbu. Menyelinap setiap denyut nadi - pun begitu, ayahndanya sering berpesan kepada saya "
Betapa kuat rasa sayang kita pada dia... Allah lebih menyayangi..." ... ... ...
ketika itu saya sentiasa berdoa, "Ya Allah, Kau teguhkanlah semangat Ayah itu..."

Ya! pada saya kini... Ramadan dan kematian ibarat teman yang intim. Saling mengingatkan, walau selalunya peringatan itu mudah dilupakan. Khabar kematian sering mengejutkan. Debarannya deras sekali. Hentakkannya memutus angan. Sayang, insan selalu alpa....

Kematian seorang sahabat baik sejati - apatah lagi kematian seorang anak tersayang tanpa didahului dengan sakit memanjang memang menyesakkan nafas. Membuntukan kotak fikir, namun secara misteri mudah menyuntik rasa sedar-insaf bahawa panggilan Allah bisa datang secara tiba-tiba, tanpa mempedulikan kita sihat atau tidak, tanpa bertanyakan apakah persiapan sudah beres atau masih khayal dengan hal duniawi yang tidak berkesudahan.

Benar sekali sabda nabi...
Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Nabi Junjungan Mulia pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawab baginda, mereka yang paling banyak mengingati mati dan mempuyai bekal yang cukup untuk menghadapi kematian....

Ramadan menjanjikan gandaan pahala, menghaluskan jiwa dan mendorong untuk melakukan amalan kebajikan.

"Usah terlepas lagi daripada merangkul kenikmatan Ramadan yang sangat istimewa ini" - Pesan saya buat diri saya yang sangat mudah terleka ini, walaupun kematian sahabat baik sejati saya kerap mengingatkan...

Selamat Berpuasa untuk hari berikutnya...






***********

12 comments:

ASYIQ said...

Salam chime...sihat?

Lama akak tak mai sini...dok lama skit menqadha balik n3 yg miss...

Selamat menyambut ramadhan juga. Selalunya kita memang suka berazam tetapi sedihnya kekadang ramadhan berlalu macam tu juga....akak la tu chime, orang lain mungkin tak macam tu.

Syukur, Allah sembuhkan akak dlm tempoh yg singkat, mungkin nak beri peluang akak bertarawikh dengan selesa....alhamdulillah.

Moga ramadhan kali ini bukan ramadhan yang terakhir!!!

Abd Razak said...

Salam Sdra...

Selamat berpuasa seterusnya hingga akhirnya Ramadhan.

Teringat pada ramadhan yg lepas, sepupu saya pergi tanpa sakit yg panjang, jatuh pengsan selepas berbuka & pergi buat selama-lamanya, tak terkata sedih di hati...

AiE bAhRi said...

Salam Abg Chime...

Satu lagi entri yang membuatkan mata saya berkaca sedih..

Mengingatkan pertama Ramadhan tanpa bapa di sisi.Sungguh pilu bila mengenangkan emak mengalirkan air mata tatkala terawih pertama dan sahur pertama Ramadhan.

Kami anak-anak kena lebih kuat supaya emak juga lebih kuat.

Salam Ramadhan Kareem..

sharamli said...

kal0 dgr takbir raya msti lagi rindu kt 0rg2 yg pergi meninggalkan kita t0k selama2nya

Dida... said...

Salam..

Berdoalah buat sahabat yg telah pergi.. sesungguhnya arwah telah pergi di bulan yang mulia... dan itu sudah menunjukkan satu rahmat buat dirinya... lebih2 lagi ternyata dia seorang yg warak..

Bulan inilah masanya utk kita menambahkan pahala... pada mereka yg sedar amat beruntung lah dia...

Keri AlHaj said...

salam kak asyiq...
Manuisa memang selalu mcm tu... semangatnya biasa di permulaan. makin ketengah, makin lemaulah semangat dan segala azam.. saya pun mcm tu lah jugak...
-Syukurlah akak dah sembuh... moga akan semakin baik dan terus baik. Minta Allah panjangkan usia supaya berpeluang bertemu lagi ramadan di lain masa...


Salam Razak...
Sedihkan. bila orang2 rapat dgn kita perginya secara tiba-tiba dan mengejut... Moga mereka aman di 'sana'... InsyaAllah... kita doakan bersama.


salam aie...
Maafkan saya kalau entri ni mengundang hiba. saya faham kehibaan aie dan bukan bermaksud menambah2kan lagi...
Ya, seiring dgn peredaran masa kekuatan aie jugak akan bertambah2 utk terus terima hakikat... dan saya pasti aie memang kuat.
Terus berbakti kepada Mak...


sha...
yelah. comfirm memang menangis punya. saya pernah lalui situasi tu. tapi sekarang dah tak nagis lagi dah.. setakat sedih rindu je...



salam dida...
Ya.. dia akan aman di sana.. InsyaAllah - dia pasti aman... kita ni pulak, yg ntah esok ntah lusa... ntah sekejap lagi akan menyusul... entah bila pulak nak bersedia.. hmmmm...


mel...
InsyaAllah mel... best pulak komen ko kali ni... ada nilai2 moral.. hehe

said...

Salam abg cHime..

setiap kali tiba nyer bulan Ramadhan....yanie suker baca 1 puisi yg bertajuk ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR BUAT KITA....

" YA ALLAH....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi.
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti....
AMIN...."

Selamat Berpuasa...

=)

Izariza said...

Chime,
begitulah dik. hidup ini ujian. hiudp ini peringatan. bagi mereka yang mahu. berfikir.

Selamat menyantuni Ramadhan mbarak :)

Keri AlHaj said...

salam kak izariza...
hidup ini ujian, hidup ini peringatan, tapi mati adalah sebaik-baik peringatan. Moga kita tergolong dlm golongan mereka yg mahu fikirkan tentang peringatan ini...

addyaholix said...

yang tumbuh pasti berganti. tapi gantinya takkan sama. takkan pernah sama bang chime.

saya pernah hampir terjatuh bila kehilangan arwah tok sikit masa dulu. alfatihah buat arwah!

zai said...

Salam Chime..

Sedih sgt2 baca N3 ni sbb kak zai sendiri pun kehilangan beberapa orang rakan dan saudara baru2 nie..tak terbayang bagaimana keadaan keluarga mereka yg akan menyambutnya tanpa insan yg tersayang dihari raya kali ini buat kali pertama...pasti tiada lagi serinya..

Keri AlHaj said...

addy... yang tumbuh pastinya tak kan sama... tapi berdaolah sentiasa moga yang tumbuh itu akan lebih baik dari yg telah patah..
Al Fatihah untuk Arwah...



Salam kak Zai...
Ya kak. Kita doakan bersama agar ahli keluarga mereka-meraka yg telah pergi ini punya kekuatan jiwa dan kecekalan hati utk menghadapi kali pertama beraya tanpa mereka... Moga mereka terus punya ketabahan...