Saturday, September 5, 2009

Aku mahu bercerita...

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu, tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi.

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan dipisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama.

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera Islam dari luar kota Madinah. Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera Islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya... maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran.

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian, sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang! Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu. Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW.

Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak ke kanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
"Mana ayah ku?”

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu.


Jika kita masih terlupa, biarlah saya ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis. Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum Islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama Islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera, dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat beragama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang diberitahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati, si ibu ini terpegun dan menangis… dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..

Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat beragama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!"


Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,


Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata, Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, agama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat beragama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumah kita, tidak kira di mana kita berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah kita seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hati kita, kerana mereka sedang mengzahirkan hadis Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kita dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kita dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat menikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesungguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…


Ampun maaf... Selamat berpuasa untuk hari berikutnya...


••••••••••••••••

17 comments:

ASYIQ said...

Peringatan yang amat bermakna...

Memang kita mudah lupa...orang Islam mudah lupa. Lupa bahawa kemakmuran yang kita miliki ini adalah hasil pengorbanan mereka terdahulu yang berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir...

Moga mereka semua mendapat ganjaran syurga Allah. Berdoa dan berselawatlah ke atas mereka semua...

Abd Razak said...

Kita sering terlupa pengorbanan Rasulullah serta sahabat-sahabatnya kerana mahu melihat Islam itu sampai kepada kita, lalu bila Islam ada pada kita, sanggup ker kita mempertahankannya utk generasi akan datang...?? Sedangkan bila Islam diperkotak-katikkan oleh musuh, apa yang telah kita buat utk mempertahankan Islam??

sharamli said...

manusia mmg tlalu ghairah kejar keser0n0kn tnpa igt 0rg yg menderita..

dir&fara said...

skang lebih ramai yg terkejar2 nak ke bazar.. nak gi jualan murah.. nak makan byk2 time buke.. tapi lupe tentang amalan2 yang diturunkan nabi pada umatnye..

cDeeAbdulRazak said...

dalam keghairahan kita berbelanja i bazar ramadhan jangan dilupa pada yang tiada. Sesungguhnya air mata amat murah untuk dicurahkan bila mendengar or membaca peristiwa2 duka. Tetapi ada ketika sekelip mata jua kita akan alpa dan terlupa.. sesungguhnya manusia tersangat lalai dalam menjalani tanggungjawab sebagai khalifah di bumu Allah SWT.

Ya Allah, ampunkan kekhilafan dan dosa hamba-hambamu terutama umat kekasihmu, Nabi Muhammad SAW.

i.am.me. said...

setiap kali encik bercerita...pasti mbuat saye mahu mbacanya...pasti ada sesuatu yg mbuat sy beringat stelah terlupa sekian lama...

Guru said...

assalammualaikum

tersentuh sungguh membaca kisah2 benar ini
ibarat langit dan bumi kita dan mereka

Izariza said...

sejauh manakah kecintaan kita kepada Rasul berbanding kecintaan kita kepada urusan duniawi -sekadar muhasabah diri -

terima kasih Chime, kisah penuh makna, mencuit kembali hati2 yang selalu alpa. mmoga rahmat Allah ke atasmu dik.

:: Wiween :: said...

aduh petang2 gini baca entry penuh keinsafan. makin insaf ween. huhuhuhu abg batman bile nak jd imam mesjid nih??? Ehh lari tajuk lak :P

Dida... said...

Salam..

Berceritalah.. selagi anda ingin berkongsi sst yg bermanfaat utk kita semua.... cerita yg pjg lebar ttg pengorbanan Rasulullah utk menyebarkan syiar Islam... dan begitu ku habis membacanya.. terasa satu semangat menjalar di dalam diri ini.. utk menegakkan Ad-Din Allah..

Marilah kita sama2 memerangi perkara2 mungkar.. jika tidak dapat dgn perbuatan, cukup dgn kata2.. jika tdk dpt dgn kata2.. memadailah kita benci perkara mgkar itu dgn hati kita...

Cik Azz said...

Terima kasih atas paparan ini....Begitu menyentuh jiwa...Memang kita sering terlupa pada pengorbanan dan airmata mereka. Banyak yg akak dapat dari ceritera Chime ni....Terima kasih kerana sering mengingatkan...

smurf said...

Salam chime ...
berceritalah ... cerita2 mu bkn cerita kosong . ceritamu penuh dgn iktibar yg menjadi panduan dan keinsafan bg mereka yg membacanya termasuk diri ini ..

noorcahaya said...

Seronok membaca... pengorbanan yg sukar utk kita lihat sekarang.

Dilla Ady said...

sangat menginsafkan...bergenang airmata..

sesekali terlupa pada yang sudah terlebih dahulu bersusah payah..sesekali terlupa untuk bersyukur kerana ade lagi yang lebih dahulu lalui sukar sebelum kite..

Sharif John said...

Mata saya bergenang membaca renungan dari tuan ini... Setinggi-tinggi terima kasih...

Adek Abigail said...

aku x mampu..

addyaholix said...

dah boleh buat kuliah subuh ni ustaz hensem! haha~