Dalam pergaulan, kita dituntut supaya lebih mengutamakan 'Jangan' daripada 'suruh'. Misalnya: Jangan mengumpat lebih utama daripada memberi nasihat. Ertinya kalau kita tidak mampu memberi nasihat kepada seseorang tidak mengapa, tetapi yang lebih utama jangan mengumpatnya. Jika tidak dapat membantu tidak mengapa asalkan jangan menyusahkan. Tidak mengapa jika tidak dapat memberi asalkan jangan mencuri...
Itu yang saya pelajari dari seorang teman yang saya temui setelah agak lama terpisah. Setelah dia menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir tahun lalu - hanya sekali sahaja saya bekesempatan bertemu dengannya itu pun sejurus selepas dia pulang ke Tanah Air. Masing-masing dilanda hambatan tugas yang sangat menghimpit. Namun cuti hujung minggu disambung dengan sehari cuti Merdeka memberi kesempatan saya bertemu dengannya sekali lagi pada pertemuan yang memang tidak dijangka di sebuah masjid ketika selesai bersolat tarawih.
Sambil-sambil menikmati moreh yang disediakan kami bersembang seadanya... Seronok berbual dengan orang bijak. Bualnya bual ilmu yang bermanfaat...
"Dalam puasa pun macam tu jugak"... katanya mengenai keutamaan 'Jangan' berbanding 'Suruh'.
"Maksudnya... Jangan buat lebih utama dari suruh buat?" Saya bertanya..
"Aku rasa gitulah. Tapi tak apa. Nanti kita cuba-cuba tanya pada yang lebih arif. Tapi dalam Ihya' Ulumuddin jelas mengatakan, tinggal mengumpat masa siang hari lebih utama daripada solat sunat di malam hari atau qiamullail" Bicaranya lagi.
Dia terus menyambung... "Dan jugak, itu sinonim dengan sebuah hadis yang menjelaskan betapa wanita dikatakan ahli neraka, walaupun banyak solatnya di malam hari, dan banyak puasanya di siang hari kerana lidahnya selalu menyakiti hati jirannya."... "Pelik jugakkan, walaupun bulan puasa ni ramai orang sembahyang tarawih dan baca al-Quran, tapi perpaduan antara kita tak bertambah kukuh pun." dia menyambung lagi dengan biacara seolah-olah menukar hala perbincangan.
"Apa pulak kaitannya antara tarawih dengan perpaduan, baca Quran dengan persaudaraan.?" Tanya saya pula. Saya faham benar sikap sahabat saya itu yang suka mengubah 'rencah' tanpa mengubah kuah.
"Bersolat, baca Quran, meningkatkan iman. Bila iman meningkat, ukhuwah secara automatik meningkat jugak. Iman dan ukhuwah terhubung secara berkadar terus. Kalau ukhuwah ada masalah, maksudnya iman jugak ada masalah"...
Saya angguk tanda faham... "Tapi kenapa solat tarawih dan baca Quran bulan puasa tak tingkatkan iman?"
"Sebab kita lupa perkara 'jangan'. Banyak perkara 'jangan' yang kita buat walaupun pada masa yang sama banyak perkara 'suruh' yang kita laksanakan."
"Maksudnya...??"
"Banyak baca Quran, tapi mengumpat kita buat juga. Banyak sembahyang, tapi hasad dengki terus kita layan. Banyak yang sunat-sunat kita buat, tapi terus jugak berprasangka, pemarah, rasa malas terus kita ikut..."
"Hmmm, kalau gitu, kau rasa elok sahaja kita tinggalkan 'jangan' walaupun tidak buat apa yang disuruh?"
"Jangan gitu pulak. Kita bercakap pasal usaha nak tingkatkan puasa. kita nak tingkatkan puasa tahun ni dengan tinggalkan perkara 'Jangan' lepas tu buat perkara yang 'suruh!'.....
Perbualan kami yang kemudiannya berkisar pula tentang kehidupan dan tugas-tugas harian agak terganggu bila seorang pakcik dengan wajah yang agak ketat dan tidak senang duduk bersila berhampiran kami. Ada krisis antara dia dengan ahli jemaah masjid - Berebut giliran buat kenduri majlis berbuka puasa...
"Tak patut, dia ambik malam Jumaat, padahal saya dah tempah dulu. Mentang-mentanglah dia ada pangkat, ada duit, senang-senang je kebas giliran orang. Entah-entah AJK masjid pun terlibat sama." Nada suaranya walaupun tidaklah terlalu keras jelas menunjukkan rasa tidak puas hati.
Saya dan sahabat saya, saling berpandangan.
"Sabarlah Pak Haji, Niat dengan usaha Pak Haji dah pun Allah nilai. Bagi makan orang buka puasa pun dah besar sangat ganjarannya di sisi Allah." Perlahan sahabat saya cuba redakan rasa tidak puasa hati Pak cik tersebut. Saya hanya mendengar dan setuju.
"Sebab tu lah saya nak malam Jumaat. Lebih berkat. Jumaat lebih ramai orang datang. Ni dia bagi malam selasa. Orang kurang. Kalau dapat malam minggu pun ok jugak."
"Sabarlah Pak Haji. Kami faham apa Pak Haji nak tu. Lagi pun tak pasti jugak lagi malam selasa tu tak ramai orang kan. Kadang-kadang mengejut je musafir-musafir dengan pekerja-pekerja asing yang buat ladang tu datang berbuka kat sini. Tak pasti jugak malam Jumaat tu ramai orang. Mana tahu kalau hujan. Orang memang tak keluar rumah punya." Saya pula cuba tenangkan pak cik tersebut.
"Saya tak nak musafir. Saya tak nak pekerja-pekerja Bangla dengan Indon yang ramai. Saya nak orang tempatan yang makan." Nada sauaranya masih agak keras.
"Eh! Pak Haji, yang utama sekali kita bagi bukan ke pada orang yang memang perlukan? Musafir tu orang tengah penat. Berhenti rehat nak solat. Kadang-kadang tak cukup belanja, tak sempat beli makan. Lagi elok kalau dia makan kenduri kita kan? Pekerja asing tu, kadang-kadang lebih susah. Bagus kalau kita tolong orang susah..." Sahabat saya pula memberi pendapat. Lembut intonasi suaranya seakan memujuk agar tidak terus mengganggu rasa hati pak cik tersebut.
"Dia orang tu mana kenal saya. Saya nak orang Qariah ni. Itu lebih utama. Musafir dengan pekerja asing tu sape? Saya tak kenal dia orang. Dia orang tak kenal saya."
"Hmmm, yang pentingnya dia orang pun saudara kita kan. Allah kenal kita semuanya, Pak Haji. Puasa ajar kita jadi Ikhlas. Puasa ibadah yang paling sembunyi. Kalau kita curi-curi makan atau sembunyi-sembunyi minum pun oarang tak tahu. Kita tak puasa pun tapi nampak penat orang kata kita puasa. Allah je yang tahu. Tak macam solat, haji, zakat... orang nampak apa kita buat. Tak payahlah susah hati nak buat benda baik, Pak Haji... Sepanjang bulan puasa ni sedekah lah hari apa-apa pun, ganjaran pahalanya tetap berganda-ganda."
Mendengar pandangan dari sahabat saya itu, pak cik tersebut tidak bersuara lagi. Mudah-mudahan ada kesedaran di hatinya untuk berbuat baik kerana Allah. Kerana di situlah baru ganjaran akan diberi.
Ini kisah biasa. Tahun lalu kita telah alaminya. Tahun ini berlaku lagi. Tahun depan (andai masih berkesmpatan) kita akan dengar lagi cerita yang serupa walaupun dalam versi yang berbeza pula. Betapa agama menjadi 'ritual' yang kosong makna. Masih ramai menyembah 'diri, dalam sangka menyembah 'ilahi'....
Ikhlaslah kerana Allah dalam berbuat baik sesama manusia...
Ampun maaf - Selamat berpuasa untuk hari keseterusnya...

****************************

10 comments:
tapi kal0 dah mengumpat tu dah mnjadi kebiasaan pada kita...
memang susah nak ubah...
Salam sdra...
astirghfirulllah...teringat diri ni akan perkara 'JANGAN' tu ada kemungkinan masih bertapak dalam diri...moga sedar dan insaf selalu
saya antara manusia yang alpa bang chime. saya selalu lupa dengan perkara "jangan". selalu ambil mudah dengan banyak perkara.
terima kasih bang chime!
Salam abng chime..
Keikhlasan tu macam semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang gelap gelita. Ikhlas itu tidak siapa yang boleh nampak melainkan Allah Taala..
Terima kasih abg chime kerana entri ini juga mengingatkan saya.kadang2 saya alpa dengan perkara JANGAN.
Nak pi terawih ni...sempat lg nk tinggalkan komen...hihi.
Tertarik dgn perbualan ttg sedekah pd musafir atau org asing....betul sgt, walau siapapun mereka adalah saudara seIslam kita....sedekahlah walau kpd binatang sekalipun...Allah tetap pandang asal ikhlas.
Kita kt Malaysia melimpah ruah dgn nikmat...berbanding org lain di negara lain.
Ingat masa kecik2....kalau mak dah tak larang lagi sebaliknya menyuruh pula...itu tandanya mak dah marah...hihi. Kena berhenti cepat2 sebelum kena cubit!!
Lain coraknya apabila kita berbual dgn orang yang berilmu yer...tq kerana sudi berkongsi!
semua orang nak naikkan nama sendiri....padahal sedekah itu sepatutnya ikhlas....walau di mana kita berada dn bagaimana cara kita bersedekah, amal jariah yg ikhlas itu tetap diterima Allah...Insyaallah....
Akak juga sering melakukan "jangan" drpd yang "suruh"....Mekasih atas ingatan ini...
Salam..
Pendedahan dan kupasan cerita yg menarik..... perkara 'Jangan' tu dlm sedar x sedar kita terbuat juga...
sbb tu bila bersendirian, kita akan lebih muhasabah diri daripada kita bercampur dgn orang ramai.... kita akan nampak je benda x elok pada org lain... lepas tu mula la hati ni nak berkata2.... susah betul nak jaga hati dan mulut ni ya...
Bukan saya kata kita x perlu bermasyarakat.. tp, perlunya bergaul dgn orang yg baik2 mgkin boleh merubah jalan hidup kita..
Semoga Allah sentiasa pelihara diri kita dari berbuat dosa.. Amin..
bang mel, mana hilang. tau la dah nak kawen. hehe!
salah satu artikel menarik di bulan ramadhan nie :)
sha... kalau dah jadi habit memang susah nak kikis. Tapi usaha tu tangga kejayaan.. heheh
Salam Razak..
Saya pun sesekali tersedar jugak akan perkara JANGAN tu. Tapi kesedaran tu biasanya tak lama. Bila diingatkan ingatlah sekejap. pastu lupa balik...
Addy...
Saya juga manusia alpa. Tapi kita kan manusia. Memang sifat kita yang lemah ni akan sentiasa alpa. Nak miliki iman yg teguh bukan perkara mudah...
salam aie...
Ya, Ikhlas tu antara kita dgn Allah saje. Allah je yg tahu... Tapi kita yg berbuat baik kenalah cuba untuk ikhlaskan niat kita. sebab selalunya bila buat baik mulalah timbul rasa megah nak menunjuk..
Badariah...
Moga diberikan kesedaran.. Mudah-mudahan
kak Asyiq...
Betul. Niat kita tu yg paling utama. Sedekah perlu diberikan hanya untuk orang yang layak terimanya sahaja. Kita-kita ni tak layak dpt sedekah..
sebab kita punya kemampuan.
kak Azz..
Itulah kehidupan sekarang. buat benda baik memang saje nak bagi orang nampak dan nak naikkan nama.
salam dida...
sebab tu kita kena bersahabat dgn org2 yang baik... org kata kalau berkawan dgn cikgu, kita akan jadi cikgu... kalau berkawan dgn pencuri, kita akan jadi pencuri. Moga kita sentiasa ditemani sahabat2 berilmu yg boleh membantu kita dlm memberi kesedaran...
mel...
kita sama je...
Hah... jawab addy tanya tu. blog tutup lama sgt tak hengat paswed ke?
Pyro...
Moga memeberi sedikit kesedaran pd diri...
Post a Comment