Petang Jumaat, dia mempelawa diri untuk belanja berbuka puasa di sebuah restoran yang agak mewah jugaklah... Saya pun dengan senang hati dan berlapang dada serta merta menerimanya (makan free... sape nak tolak kan)...
Waktu selesai berbuka, di dalam kekenyangan kami berbual agak panjang...
"Macamana duduk kat kampung semula dengan mak ayah!!" Dia bertanya sambil-sambil menghirup air mineral di dalam gelas yang sudah tinggal separuh.
"Hmmmm... seronok. Banyak benda dah terjaga. makan minum, kain baju.... semua ok lah"..
"Patut sangatlah makin tembam... Kawin jelah. Lagi seronok ada orang jaga, boleh jaga orang.. hahahaha" dia ketawa. saya menyusuli tawanya pula.
"Mak ayah engkau sihat?" tanyanya lagi...
"Alhamdulillah.. sihat waalfiat. Ayah ajelah sakit sikit-sikit. sakit orang tua kan... Tapi bila dah duduk kat rumah ni, selalulah kena jadi tempat mendengar. Pasal lembu, kambing, kebun pisang, ladang sawit. Nak tak nak terpaksa jugak dengar walaupun cerita sama diulang-ulang berulang kali. Tapi, yelah. Mak bercerita kan... Tak kan nak bantah. Dah ambik keputusan duduk dengan diorang, bukannya ada orang lain dah kat rumah tu tempat diorang nak bercerita."
"Hahaha... Kau dah jadi macam aku dulu. Cuma engkau lebih bernasib baik." katanya lagi..
"Hmmm, aku lagi bernasib baik? Maksud engkau?"...
"Mak aku dulu kena potong kaki belah kirinya. Sebab kes kencing manis. Dari lutut dan ke bawah... Dia lalui hari-hari terakhir yang sunyi. Iyalah, dengan sebelah kaki apa sangatlah yang dia boleh buat selain duduk diam kat rumah, Tiap kali aku balik akulah yang jadi pendengar setiap cerita-ceritanya."
"Cerita pasal apa?"
"Cerita zaman muda, pahit manis hidup. Cerita bersama ayah besar kan aku adik beradik.."
"Tentu menarik ceritannya?"
Dia tersenyum sedikit - spontan...
"Menarik tu memang menarik... tapi kalau dah diulang sampai puluh-puluh kali, ratus-ratus kali, sampai boleh hafal, rasa teruji jugak kan??"
"Lama sangat ke?"
"Satu sesi selalunya dekat-dekat sejam"...
Sejam???.. huh! dalam diam saya mengaguminya. Kalau saya lah, setengah jam pun dah kira terlalu lama...
"Setiap kali balik kampung, mak akan panggil aku ke sisi katil nya untuk bercerita.. Dan sesi pun bermula..."
"Kata ahli psikologi, manusia perlu didengar katanya macamana mereka perlukan makanan. Makanan tu berikan tenaga, didengar pulak hidupkan rasa.. Allah pun ciptakan untuk kita dua telinga, satu mulut. Maknanya kita mesti banyak mendengar dari bercakap." Tambah dia pula.. Tidak hairan, dia memang pakar motivasi.
"Dan hak mendengar selayaknya kita bagi pada mak ayah kita yang dah tua..."
"Kau kata tadi nasib aku lebih baik. Kenapa pulak?" saya mengingatkan semula kata-katanya awal tadi.
Dia mengeluh lemah...
"Aku cuma jadi pendengar cerita mak aku untuk dua bulan je. Lepas tu dia meninggal... Sampai sekarang aku rindu sangat pada cerita-cerita dia... Rindu sangat... Kalau boleh, aku nak dengarnya semula. Biar sejam ke, dua jam ke, tiga jam ke... tak kiralah selama mana pun. Tak apa..." Sayu suaranya. kelihatan matanya agak berkaca...
Saya terdiam. Tersentuh sungguh. Agaknya sebab itulah emaknya mengulang ceritanya berulang kali. Dia tahu anaknya akan merinduinya lebih dari itu.
"Kau masih ada mak... kau bernasib baik. Dengarlah segala ceritanya. Dah makin tua suara diorang makin kurang jelas kita dengar. Diaorang tak ada cerita baru. Cuma cerita-cerita lama. Seluruh tenaga, kelebihan dan semangat dah diperah habis untuk kita..."
"Yang di ceritakan pada kita bukan cerita sebenarnya. Tapi cinta. Rasa cinta yang bukan sekadar imbauan tapi satu belaian untuk kita... anak-anak yang dah besar dewasa"...
Ya! Seolah-olah secara tersirat ibu tua kita mahu sampaikan bahawa cinta di dasar 'kisah lama' itulah yang menjulang cita-cita di kemuncak cerita-cerita baru kita...
Bila ibu-ayah mahu bercerita meski cerita dan kisah yang sama... dengarlah!! Kerana ketika bercerita, hanya itu yang dimahukannya... Seorang pendengar... Dan, jangan pernah berasa bosan untuk mendengari mereka.
Ampun maaf... Selamat berpuasa untuk hari berikutnya...

******

22 comments:
Yup seorang pendengar...kdg2 cerita yg sama..diulang2..Tidak semua yang boleh mendengarnya Chime..Kdg2 dgr pun buat dekk jer sambil baca paper..
Mungkin kita esok2 pun akan jadi begitu..Sering bercerita dan bercerita..Harap ada yang mendengar..Yang mendengar belum tentu dapat menceritakan balik apa yang didengar kerana tiada ikhlas dihati...
Tapi sekurang2nya mendengar agar pencerita tidak jauh hati dan kecewa..hmmm
Salam sdra...
menjadi pendengar setia pun sudah cukup baik kerana kehidupan org tua yang hanya tertumpu di rumah sahaja, tiada apa yang nak diceritakan melainkan kisah masa lampau...
sobss.....spt kata Chime, kdg2 naik rimas jika cerita yg sama diulang2...kdg2 terlepas jugak mulut ni bercakap....dh bnyk kali dah citer ni...watpe la nk sebut2 lg....tp bila di kenang2 dan diingat2 semula...cerita itulah yg membakar semangat mak utk menjadi lebih tabah dan sabar...
*Tapi akak tidak sekuat dan setabah mak...hmmmm....mungkin sbb belum ada suami kott...hehe...
sam2 kita jdik pendengar yg baik kpd mak ayah..
assalammualaikum
tersentuh sungguh membaca entri ini...
ya, berazam menjadi pendengar
terima kasih..
ajalnya sudah menjemput tidaklah boleh ditunda2 lg..
ad.. hahah. takpelah tak ikhlas pun.. nak dengar sambil buat apa-apa pun tak pe... tapi dengarkanlah. tak kira walau mcamana cara... satu masa kita tak akan berpeluang mendengarnya lagi...
Salam Razak...
Hanya kisah lampau yg mereka ada... tapi utk dgr hal yg sama berulang2 kali, kena ada kesabaran yg tinggi juga...
Badariah...
Rajin2lah telepon ya.. nak tahu perkembangan semasa.. bukan setakat nak diperdengarkan cerita.
Kak Azz...
Ya, ada satu2 cerita yg memang bawak erti pd mereka... itu yg selalu diceritakan... tadah telinga jelah walaupun bosan heheh.
**nanti kawen akak akan rasa jugak... mcmana nak jadi kuat, mcmana nak jadi tabah...
Sha...
Sama-samalah kita...
kak AKLCITIZEN...
Hmmmm... jgn sampai mereka dah tak ada baru kita rindu - menyesal sebab tak mahu jadi pendengar...
Silbi....
Sama-sama kita doakan Al-fatihah utk arwah....
Salam takzim Chime,
akak selalu ingat pesan sahabat, ketika ada jangan lupa berbuat kebaikan kerana bila sudah pergi menyesal tak sudah tiada berguna lagi.
Chime, akak rindukan mak di kampung .. membaca entry kamu ini buat rindu itu semakin membongkah tinggi.. rindukan suara mak .. rindukan masakan mak . .rindukan hilai tawa mak .. oh tiba2 seperti mahu kembali menjadi kanak2 .. dibelaimanja oleh mak setiap hari .. terima kasih Chime, kamu sering buat hati yang tidur terjaga dari lenamimpi :)
kesimpulannya kena syg emak dengan begitu banyak. Syukur kita masih ada emak. :)
Lompat tikam mana?
Yg benar,
Penagih Lompat Tikam (@_@)
susah sebenarnye nk jadi pendengar yang baik ni apatah lagi nk cari seorang pendengar yang baik..
dilla org yg suke menyimpan (bukan stakat barang2 jek tau suke disimpan..hikhik) tak tau bile da tua cerita2 lama akan diceritakan atau lebih elok kalau disimpan..
tapi betul, bile bercerita, beri kita satu kepuasan kan..
Salam Chime..
Napela N3 chime akhir2 nie banyak yang menyayat hati akak..terasa sedih baca cite2 camni sampai nak menitis air mata sbb akak pun dah bergelar ibu dan tahu betapa sukarnya utk menjadi seorang ibu..
kenapa erk akak suke nak nangis..ke akak ni yang jiwang karat hehehe..
ade jugak org nangis cam kak zai ek... sy pong nangis tp tak bg tau chime sy nangis bc entry die nih.. huhuhu...
emak saya pun sebelum meninggal pun.. macam itulah juga..
sungguh tersentuh jiwa dan raga..
T_T
"Patut sangatlah makin tembam... Kawin jelah."
nak jadi GENG GEBU acu yanie ker?
hehhehhehhe
salam takzim kak izariza...
Ya berbaktilah sentiasa kepada ayah dan ibu sementara mereka ada...
Rindukan mak?? raya dah tak lama dah kak... haha, balik cuti beraya boleh jumpa sembang lama-lama... cuti lama kan?
- saya menulis untuk mengejutkan hati saya sendiri yg memang kerap lena... Tapi kalau yang membacanya boleh mengambil manfaat darinya - saya berbesar hati juga...
ween...
Saya sayang mak saya banyakkkk sangat... Infiniti... infiniti + 1 . Sentiasa bersyukur masih punya mak... moga Allah panjangkan usia mak dan sihatkan mak sentiasa...
Lompat tikam??? tak payah bagi lah kot.. sebab dah pandai cari sendiri dah kannnnnn...
Dilla...
memang susah. Tapi dgn mak, walau susah mcmana pun bagilah masa utk dengarkan ceritanya... bukan lama pun kan...
saya pun suka simpan segala cerita. Tapi rasanya sebab kita muda lagi. byk aktiviti lain yg boleh hilangkan bosan... sampai masa bila kita dah tua dah tak ada daya. tak ada sebarang aktiviti, masa tu mungkin kita hanya mampu bercerita utk hilangkan bosan...
salam kak Zai...
Haha... bukan niat nak sayatkan hati sape2. cuma nak bagi sikit pedoman. sebagai anak, ada peranannya, sebagai ibu apatah lagi...
Akak suka nangis tu sebab jiwa akak lembut. mudah tersentuh... oklah tu. Jiwa keras yg tak ok... errrr, jiwang karat pun kira betul jugaklahh... hehehe
Noor...
Nangis ke?? ok! ok!... saya tak tahu... jgn bagi tau kat saya...
endiem...
Begitulah setiap emak. bila sampai masanya, hanya cerita menghilangkan sunyinya.... Al fatihah untuk emak endiem...
Terima kasih sudi singgah sini.
E.D.Y...
hargai emak sentiasa...
Terima kasih sudi singgah...
Yanie...
eh!! yanie pulak... bibah gojes. haha, dah hampir2 penuhi syarat tak nak joint group gebuwww tuu?
Mendengar itu lebih baik dari bercakap...sebab lagi bnyk kita bercakap, lg bnyk kelemahan kita tunjuk...
Apa yg bro nyatakan disini sangat menyentuh perasaan. Ibu saya dh lama pergi menghadap Ilahi... skrng tggl ayah yg makin tua... tp jarang sekali saya disisi dia mendengar luahan hati dia... apakah ada masa lagi?
john... lagi byk kita bercakap, lagi byk pembohongan kita lakukan... tapi mak ayah tak akan bohongi anaknya, jadi segala cerita mereka tu benar belaka...
Kadang2 masa yang sempit mmang jadi musuh kita nak bersama ayah atau mak.kita pun terikat dgn mcm tanggungjawab yg lain jugak kan. ruang dah makin terhad. masa dah makin suntuk. sesekali curilah masa utk dampingi mereka... sementara ada kesempatan...
>> join la join geng gebu...
bnyk lagi ektibiti yg menyeronokkan lepas raya....
hehhehhee......
...ceritanya mudah tapi sarat dengan pengajaran...itu dari lisan seorang tua...
Yang muda pula...bila terulang yang membuatkan kita seolah tidak mahu pandang dan dengar sedang cerita-cerita juga bakal diguna untuk generasi akan datang....
Org kata...pendekatan berbeza walaupun matlamat akhir serupa....
*Tidak sabar juga untuk pulang mendengar #gossip dari Umi di Kuantan kelak.
*Tapi...#gossip itu cerita kah?
arwah tok dulu macam tu. suka bercerita. kadang saya sendiri letih bila mendengar perkara yang sama. tapi saya syukur, diantara puluhan cucu, saya yang selalu menjadi pilihan.
saya masih ingat, di hari-hari akhirnya, tok minta saya bangunkan dia, dan saya urut perlahan belakangnya. kemudian tok mula bercerita. terdetik juga dalam hati merungut tangan yang lenguh. tapi bila saya peluk tok dari belakang, saya dapat merasa sesuatu dalam diri saya. sungguh saya betul-betul rindu tok...
yanie...
ektibiti apa ek... ada tak buat rombongan sambil belajar pergi zoo negara.. heheh
Dayat...
Begitulah selalunya. Bila sering diulang-ulang mula timbul kebosanan. bila bosan mulalah nak menjawab itu ini... haha. terkadang lupa, satau masa kita pun akan lalui fasa itu juga... bila tua dan tak punya cerita selain dari cerita-cerita lama...
**Wah!! gosip!! - lain sikit tu. kalau gosip tak bosan sgt nak dengar.. hahaha
addy...
Layanan yg sewajarnya addy dah berikan pd tok kan? setidak-tidaknya addy tak menyesal dgn tindakan addy sendiri...
Al Fatihah untuk tok.. dan untuk semua org yg kita sayangi yg dah tinggalkan kita...
Post a Comment