Monday, October 12, 2009

Penghujung Larian...

Masuk ke sebuah restoran berhampiran tempat kerja untuk menikmati minum petang bersama dua orang rakan, mengerling sekilas ke kaca tv besar yang sedang terpasang. Siarannya liputan sukan acara lumba lari...

Sambil berbual ringan sementara menanti minuman, sesekali mata meliar juga ke kaca tv.

Perhatian terus tertumpu ke situ bila kawan di sebelah mencuit sambil menjuihkan bibirnya ke arah tv. Seorang pelari sedang rebah akibat kejang otot. Tidak dapat teruskan larian walaupun telah menghampiri garis penamat.

"Tengok!... Apa-apa hal pun, penghujungnya juga yang penting." kata kawan yang mencuit tadi.

"Walaupun awal pusingan dapat nombor satu, tapi belum tentu boleh menentukan sebuah kejayaan, belum tentu kedudukan tu boleh kekal sampai ke hujung." sambungnya lagi.

- Kesimpulan yang pendek itu kemudiannya membawa kepada perbincangan yang makin jauh. Hingga menyentuh hal-hal kehidupan dan kematian. Berkisar pada topik yang sama: Nilaian Di Penghujung...

Mengumpamakan pula dengan ibadah puasa, walaupun seharian berhempas pulas menahan lapar dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, tapi jika pada seminit dua yang terakhir kita gagal untuk bersabar sedikit sahaja lagi (tergesa-gesa minum tanpa memastikan dengan yakin waktu berbuka sudah masuk sedangkan sebaliknya), musnahlah seluruh puasa hari itu. Tiada nilai walau sedikit pun.

Begitulah juga penghujung hidup kita. Itu adalah detik paling penting, paling genting dan paling cemas bagi semua kita kerana itulah yang menjadi titik penentu sama ada keselamatan atau kecelakaan yang bakal dilalui selepas mati nanti.

Berada di penghujung kehidupan, ketahanan iman yg benar-banar ikhlas sahaja yang dapat membantu. Kerana saat itu bukan lagi medan tempat menguji kekuatan mental atau fizikal. Peperangan meletus dalam diri. Benteng keimanan berhadapan serangan bertali arus dari pujukan iblis dan syaitan.

Sedangkan Barsisa, seorang Wali Allah zaman lampau pun tewas dalam peperangan ini, lalu siapalah kita yang berani meletakkan keyakinan boleh melepasi ujian sangat getir ini.

"Ya Allah... Akhirilah kehidupan kami dengan kesudahan yang baik (husnul khatimah), dan jangan engkau akhiri kami dengan kesudahan yang buruk..."

Menyelusuri lorong kehidupan ini... Takdir kita memang berbeza. Ada yang lurus di awal sampai ke hujung. Ada yang lurus di awal, bengkok ditengah dan bengkok pula di hujung... Ada lurus di awal, bengkok di tengah dan kembali lurus di hujung... ada juga yang bengkok dari awal hingga ke hujung... pelbagai gaya pelbagai cara...

Kitalah yang berusaha dan kitalah yang berikhtiar agar mendapat nasib yang baik dengan pertolongan dan rahmat Allah. Kerana kalau rebah di trek larian, sekadar gagal menerima pingat kejuaraan atau piala. Gagal sempurnakan puasa masih boleh diganti semula. Tapi jika gagal melepasi sempadan gelanggang kehidupan dengan langkah kanan, tidak ada harapan untuk merayu lagi.. Saat itu hanya yang empunya diri saja yang tahu nasibnya...



"Ya Allah! jadikanlah sebaik-baik umur kami di penghujungnya. dan sebaik-baik amalan kami, amalan yang penghabisan, dan sebaik-baik hari bagi kami, hari kami menemuimu.."



*******

12 comments:

E.d.Y said...

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu

AiE bAhRi said...

Tak penting di mana ianya bermula tapi yang penting di mana ianya berakhir.

Saiful Bahri like this =)

Tirana said...

Mudah-mudahan kita semua dapat mengakhiri larian dengan baik dan sempurna

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

harap2 kita dapat mengakhiri penghujung jalan kehidupan dengan penuh keimanan...

* amin *

Abd Razak said...

assalamualaikum...

Untuk mengakhiri kehidupan ini dengan kematian yang baik berhati-hatilah terhadap segala (bentuk) dosa dan maksiat, kerana dosa-dosalah yang boleh menyebabkan penghujung kehidupan ini dgn kematian yg tidak baik...

zai said...

Salam Chime..

Rasa seram lak baca N3 Chime kali nie..akhir2 ni kak zai seakan trauma...asyik teringatkan kematian jer...bila terjaga dari tidur hati berdebar2..terasa sudah sampaikah waktunya ?

Mudah2an kita semua sempat bertaubat sebelum meninggal..

a kl citizen said...

assalammualaikum

itulah doa yang dipanjatkan setiap hari. moga penghujung kehidupan ini penghujung yang bernilai

~Kak AZZ~ said...

setiap yg bermula pasti ada akhirnya....Cuma cara mula dan akhir antara kita aje yg berbeza. Moga Allah permudahkan segala pengakhiran kita itu....Amin

addyaholix said...

kita selalu berbangga dengan permulaan, sehingga kadang kita lupa yang kita masih menuju pengakhiran yang tak menjanjikan apa-apa yang pasti.

salam bang chime!

(ni status fb saya. haha!)

Ad Rifza said...

Moga kita semua nanti dalam pengakhiran yang mendapat redha ALLAH..Moga hembusan akhir kita dengan nafas yang akhir dengan lafaz lancar kalimah lailahaillallah..INSYALLAH.TAPI jangan kita lupa permulaan itu penting untuk mendapat akhir yang baik..Apabila sesuatu itu baik permulaannya insyALLAH akhirnya juga baik..Berdoalah..Moga diperkenankan..

chimera said...

edy... Bila kekasihhhhhhh.. mengundang aku pulanggg... (jom karoke nak)


aie... ya! dimana kita akan berakhir tu yg penting.. moga akhir hidup kita dlm iman...


kak tirana... Mudah-mudahan begitulah.. AMinnn


yanie... AMIN!!!! moga diperkenankan...


Waalakumusalam saudara razak..
Ya. itulah caranya utk kesudahan yg baik... terima kasih.


kak Zai...
baguslah selalu ingatkan kematian. Nabi pun memang selalu suruh kita ingatkan perkara yg melupakan kita pd kelazatan dunia - kematian... masalahnya org yg tak ingat mati ni. pdahal mati tu bila2 masa je dia datang.... Ya. mudah2 kita punya peluang utk bertaubat sebelum berakhirnya hidup.


akl citizen.. waalaikumusalam.
Ya! moga doa2 kita tu dimakbulkan Allah.


kak Azz... InysaAllah. moga akhir hidup kita akan disudahi dgn hal yg baik-baik belaka...



Addy... eprmulaan yg indah memang selalu melalaikan..
salam addy
(patutlah mcm pernah baca je komen nih)


ad... InsyaAllah Ad.. moga Allah perkenankan doa-doa kita... Aminnn

HonEyBuNNy said...

amin...mudah-mudahan....