Thursday, September 11, 2008

Gift & Duit Raya...

Happy dlm 2, 3 hari ni ada kawan2 yg baik bagi penghargaan pada saya... saya sangat-sangat hargainya....

Yang pertamanya, duit raya dari KAK LAWA.. (yang sekarang ni dah makin fofulerrr... kejap masuk paper, kejap masuk tv...)

Yang keduanya - satu lagi gift dari AQIES...

terima kasih daun keladi tau...

Wednesday, September 10, 2008

Untuk sahabat saya yang lagi seorang tuu...

Saya tiba-tiba terkesan pulak dgn satu lagi hal ajaib... pelik bin ajaib... - Puasa tapi tak mahu sembahyang???...

Hmmm... betul-betul kalut jugak. Ade ke pulak puasa tapi tak sembahyang. Jangan tak tahu, ramai juga yg buat macam tu... yg buat saya agak terkejut tu bila sahabat saya yang lain pula (selain dari yg tak puasa mcm dlm cerita lepas) pun buat gitu jugak.

Sebenarnya saya dah ketemu dgn beberapa orang yang membahaskan hal ini. Nyata orang yang sanggup bertegang leher memperkatakan sembahyang dan puasa tu satu yang terpisah, memang ada. Jelas. Jadi, mudah je kita tengok orang tak ke mana-mana time waktu zohor, asar atau time sembahyang Jumaat, relaks je dalam opis. Tapi bila tiba time berbuka nanti gelojoh...

Heh! mana diaorang ni belajar ntah?
Sembahyang dgn puasa memang berkait. Kuat menguatkan, satu tak ada tak jalan yang satu lagi. Tak caya tanyalah mana-mana ustaz yang muktabar. Dengar tu... ustaz yang muktabar... ada jugak ustaz yang tak boleh pakai. kan lain orang, lain cara fikirnya.
Nak senang, cari yang tak muktabar... senang tak payah sembahyang. Kekadang tu, sembahyang pakai niat je - dah dikira sembahyang... Eiii, makan boleh pakai niat je ke, pastu terus kenyang???

Jangan bayak pertikai, jangan banyak hujah. Buat saja. Dah agama tu didirikan dengan rukun iman dan rukun Islam, nak buat macamana lagi? Takkan terlepas punya dari rukun ini. Sebab dah gitu. Sebab nabi pun buat gitu. Nabi buat dua-dua - sembahyang nabi buat, puasa pun nabi buat...

Kepada rakan saya yang seorang lagi tu dan semua yg berpendirian bahawa puasa itu satu hal, dan sembahyang itu satu hal yang lain, sampailah masanya untuk berubah pendirian. Jangan jadi orang yang rugi. Buat kerja tak ada gaji. Nak ke gitu? Puasa penat2 tapi tak ada ganjaran... nak gitu?
Hmmm, saya percaya banyak perkara tentang puasa yang kita musykil... bolehlah bertanya pada yang tahu dan kita boleh selesaikan...

Monday, September 8, 2008

Untuk sahabat saya yang seorang tuu...

Saya yakin motivasi perlu dibina secara berterusan. Kita tak mahu amalan kita bermusim.. Time bulan puasa barulah nak banyakkan ibadah, time hari biasa, selamba jerrr...

Maka rugilah orang yang tak mahu puasa tahun ini (bukan tak boleh puasa ya), sebab tahun depan belum tentu bertemu lagi dengan Ramadan. Ramadan tetap jugak datang... kita ni, sama ada masaih ada kesempatan atau tak ada... itu persoalan...

Jadi mari kita manfaatkan usia yg berbaki ini untuk jadikan puasa tahun ini puasa yang lebih baik dari tahun-tahun sudah...

Sebenarnya saya berasa sikit hairan dengan orang yang tak tahan puasa, padahal dia sihat waalfiat. Tak ada apa-apa masalah... saya sikit hairanlah.

Sebab saya rasa untuk mencuri makan, untuk tak puasa dalam bulan puasa lebih susah daripada berpuasa. Bayangkan kalau nak curi makan ni... kalau kat rumah mana boleh makan. Kat mana nak makan? Mungkin dalam bilik... Alright!! buatnya tiba-tiba mak bukak pintu bilik.. mahu hijau muka agaknya nak tahan malu... Silap-silap dalam jamban... errr, eh! jamban pulak, bilik air.
"Dalam bilik air boleh makan ke?"
"BOLEH!!!"...
Huh!... apa punya nafsu

Kat pejabat pun gitu jugak. Cuba beritahu kat mana boleh curi makan kalau kat pejabat. Kalau ada bilik sendiri kira boleh tahan lah... kalau tak ada... tak ke bilik air jugak ke sudahnya...

Haa... kan susah tu... lebih susah dari puasa. Sebab kalau tak puasa kena buat-buat letih juga, kena buat-buat tak boleh banyak bercakap jugak... Kena berlakon... Apa tak susah ke tu??

Hhhhmmm... apa yg susah sangat dengan puasa. Tak mati pun. Tak pernah dengar pulak ada org mati sebab dia puasa. Belum...

Eleh!!! setakat tak makan sekitar 9 jam pun tak larat... Tu, orang Afrika ada tak makan berminggu. Lagipun kita ada peluang sahur. Itulah, malas pulak nak bangun... Sahurlah sikit... Sunnah nabi kita tu... InsyaAllah tak rasa apa-apa. Kalau ada rasa apa-apa pun, itu adatlah. Tak rasa lapar langsung karang tak lojik pulak dek akal... dah maksud puasa tu pun menahan rasa lapar dan dahaga... (dan perkara2 membatalkan puasa).

Okey... kepada sahabat saya yang sorang tu... (errr entri ni tak ditujukan untuk engkau sorang je tau)... selamat membina kekuatan dalaman. dan mulalah berpuasa mulai sekarang.... bukan payah pun... heheh

Monday, August 25, 2008

Gagal & Menang...

Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal... Ia bermakna saya belum lagi berjaya.

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa... Ia bermakna saya telah pelajari banyak perkara

Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan... Ia bermakna saya tiada keyakinan yang kuat untuk mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukan bermakna saya telah diaibkan... Ia bermakna saya berani meneroka sesuatu yang baru

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa kejayaan... Ia bermakna kini saya perlu lakukan sesuatu dengan cara lain

Kegagalan bukan bermakna martabat saya telah dicemar... Ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna

Kegagalan bukan bermakna saya telah membazir hidup saya... Ia bermakna saya ada alsan untuk memulakan hidup baru

Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah... Ia bermakna saya mesti berusaha lebih keras lagi

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mungkin akan berjaya... Ia bermakna saya perlu banyak bersabar.

Orang yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa... Sebaliknya mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa, itulah orang yang gagal....