Tuesday, October 21, 2008

sedikit kisah....

Dengan dua kaki untuk membawaku ke mana aku mahu. Dengan dua mata untuk memandang mentari dan bukit-bukit. Dengan dua telinga untuk mendengar desir angin dan segala bunyi. Ya Allah, maafkan aku bila aku mengeluh....

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya nampak sia-sia.....
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah sudah menghitung airmatamu....

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah telah memberkatimu...

Ingat bahwa di mana pun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah MAHA TAHU & MAHA MENDENGAR

************************************************************

Ok.. kisahnya macam ni... saya dapat satu email dari kak sue, yang menceritakan tentang pengalamannya ketika balik beraya dari KL ke Kota Bharu... ceritanya bukanlah berlaku ketika balik beraya tahun ni, tapi 2 tahun yang lepas...
Al - kisah... kak Sue ni (bertiga) kerana dah kehabisan tiket bas dan kapal terbang, mereka terpaksalah balik dengan menaiki keretapi... (menurut kak sue, keretapi adalah kenderaan yang paling tidak suka dinaikinya)

"Eh! dah azan asarlah" salah seorang kawan kak Sue bersuara. Keretapi masih belum bertolak ketika itu. Akan bertolak pada pukul 4.20 petang. Berkebutulan pula azan Asar kedengaran.

"Nak sembahyang kat mana ya?" Tanya kawan kak sue yang seorang lagi.
"Jom kita pergi tengok gerabak tempat tidur" Kak sue memberi cadangan.

lalu Kak Sue dan dua kawannya menapak ke bahagian kabin untuk menumpang solat asar atas mana-mana katil yang kosong (sebab dalam keretapi berkenaan musalla tidak disediakan)

Alhamdulillah. Banyak katil yang kosong untuk kak sue dan rakannya bersolat. Dan mereka memilih salah satu katil paling hujung dalam kabin itu. Yang berkemungkinan penumpang lain akan naik di stesen-stesen berikutnya.

Tugasan meyembah Allah selesai.

Untuk solat Maghrib dan jamak dengan Isyak, sekali lagi mereka terpaksa bergegas untuk ambil wuduk bila kereta api tersebut singgah di stesen berikutnya. Kerana tandas untuk berwuduk di dalam keretapi tersebut lebih terbuka dan menyukarkan mereka (dan muslimah lain) untuk berwudhuk...

Lalu, sekali lagi mereka mengikut idea seperti tadi bersolat di bahagian kabin. kerana mungkin masih ada mana-mana katil yang masih kosong.

Malangnya tidak terdapat lagi katil kosong, kecuali katil yang mereka gunakan untuk sembahyang asar tadi. Tapi mungkin juga katil itu sudah berpenghuni dan penghuninya pergi ke tandas atau kafe.

Kemudian Kak Sue kena meramahkan diri, menegur kepada seorang kakak (muslimah) yang duduk di katil bersebelahan katil kosong tersebut.

"Assalamualaikum kak!.. saya nak tumpang solat kat katil sebelah ni. Ada ke orang lain yang guna katil ni?"

Kakak itu terkejut.lalu dengan nada suara yang agak keras, kasar dan bermuka garang, tanpa balasan salam dia bertanya pulak:
"Kenapa nak sembahyang kat sini??"

"Saya nak tumpang semayang kat sini sebab asar tadi saya semayang kat sini. Kalau tak ada orang guna saya nak tumpang semayang Maghrib dan Isyak"

"Kenapa... Kat dlm keretapi ni tak ada musalla ker?" Bernada tinggi dan seolah-olah menempelak. (mungkin beranggapan keterangan kak sue tu seolah-olah 'menjawab' dia yang lebih tua kot)

Lalu kak sue terangkan yang keretapi tersebut tak sediakan Musalla. Kak Sue merasakan mukanya panas dan kebas ditanya sedemikian garang di tengah2 kabin. Banyak mata memerhati kepadanya..

Tiba-tiba bahu Kak Sue dicuit seseorang... Kak Sue terkejut.

"Allo adik!" sapa org yang mencuit bahunya.

"Err.. Akak bercakap dengan saya ke?"

"Ya adik!!"

Rupa-rupanya orang yang mencuit Kak Sue itu adalah seorang wanita berbangsa Cina yang Kak Sue merasakan bukanlah beragama Islam berdasarkan penampilannya dan anaknya.

Wanita Cina tersebut mengajak Kak Sue mengikutnya. Kak Sue yang agak ragu-ragu mengekori juga wanita Cina tersebut ke katilnya.

Sambil mengemas-ngemas katilnya, wanita Cina tersebut menawarkan kepada Kak Sue untuk solat di katilnya. Pelawaannya nampak ikhlas dan bersunguh-sungguh...
....
Kak Sue terdiam. terkesima sebentar. Perasaan jadi bercampur aduk. Sedih dengan tempelak kakak Melayu-Islam tadi. Dan terharu dengan sikap prihatin wanita Cina yang berhati mulia itu.
Malu - terharu - terkejut - semuanya jadi satu. Sehinggakan Kak Sue tak segan silu menitiskan air mata. Kak Sue menangis di situ juga.

Dalam sujud terakhir solat dan dalam doa, Kak Sue memohon pada Allah Taala, moga dibuka pintu hati wanita Cina tersebut...
Moga diberi kesedaran dan hidayah untuk dia memeluk Islam...

Sesudah selesai, Kak Sue memgucapkan terima kasih takterhingga kepada wanita Cina itu... Lalu membandingkan keluhuran dan kesedaran antara dua wanita itu tadi...

Sungguh tak sangaka seorang Muslimah sendiri sanggup menempelak pertanyaan saudara muslimnya untuk tumpang solat di katil yang bersebelahan dengan katilnya. (dan bukan katil dia pun)
Dan kemuliaan hati seorang non-muslim yang menawarkan katilnya untuk aku bersolat... dan sungguh kata kak sue.. hingga ke hari ini, matanya akan berair bila mengenangkan cara dia mengemas katilnya untuk ditumpangi serta kesungguhan yang terpamer di air muka dan senyuman pelawaannya..

Cerita Kak Sue selesai di situ... Lalu saya cuba bandingkan apa yang dialami kak sue dengan peristiwa yang di alami saya...

Ahad - Saya mendapat undangan ke open house raya seorang sahabat yang berada di Kuantan. Menurutnya, ramai kawan-kawan lama saya yang sudah lama benar saya tak temui akan hadir sama... Saya teruja. Rindunya sahabat lama.

Lalu hari tersebut saya menuju ke Kuantan dengan menumpang kereta milik Melvin. Rakan baik saya yang beragama Buddha. Melvin juga mendapat jemputan yang sama.

Tiba di majlis tersebut suasana sangat meriah. Benar, ramai kenalan lama yang hadir... ada yang beristeri, yang bersuami, yang beranak pinak... kami dihidang dgn pelbagai juadah yang best...

Masa berlalu hingga mencecah waktu Zohor. Tapi saya lihat tidak ada siapa pun yang ambil peduli. Mungkin masih awal waktu. Jadi saya pun turut menangguhkan sama... Waktu bergerak hingga hampir ke pukul 3 petang... Masih lagi tidak pedulikan waktu. Saya mula gelisah. Hendak bertanya kepada tuan rumah, entah kenapa, terasa segan pula. Mungkin ramai orang di situ.

Pukul 3.30 petang (lebih kurang) kami beransur pulang. Kami telah merancang beramai-ramai untuk ke Teluk Cempedak... Saya tidak membantah, tetapi dengan harapan dapatlah singgah di mana-mana masjid dulu untuk selesaikan ibadah yang masih tertangguh.

"Errr... kita ke masjid dululah ya." Saya memberi cadangan sebelum memulakan perjalanan secara konvoi...

"Ish! tak payahlah, masjid jauh lagi belah bandar sana, nanti lambat pulak kita nak piknik... Engkau qodho' jelah. Lagi pun kita kan musafir... boleh jamak." Seorang rakan menjawab dengan nada main-main. Memainkan hukum hakam.

Saya terkejut... Saya tak mahu bertekak panjang sebab tak mahu mengeruhkan suasana ceria. Takut juga dikata nak tunjuk alim. Apatah lagi saya pun hanya menumpang kereta kawan - Melvin yang bukan Islam.
Kemudian saya lihat Melvin sedang perhatikan saya dengan wajah simpati dengan sedikit senyuman di buat-buat. Ah! Malunya saya pada pemuda cina tersebut.

Ketika memulakan perjalanan Melvin menegur saya...
"Kenapa engkau tak cakap kat aku engkau nak sembahyang?"...
Saya diam. tak tahu nak jawab apa.
Bukan tak mahu bagitahu padanya... tapi memandangkan ada lebih ramai rakan-rakan melayu Islam, rasanya lebih wajar kalau saya mengajak mereka. Saya pun datang dengan menumpang keretanya. Rasa pelik pula kalau saya mengajaknya yg bukan Islam untuk menghanatar saya ke masjid.

Melvin memandu keretanya ke arah bertentangan dengan arah tujuan group konvoi ke teluk cempedak tersebut.

"Aku bawak kau pergi masjid dulu... Tak baik tangguhkan sembahyang. Tuhan marah kan?" Perlahan Melvin bersuara.

Apa saya nak jawab masa tu. Hati saya benar-benar tersentuh. Terasa benar mahu menangis, tapi saya tahankan. Sama ada dia ikhlas atau dia kasihan, itu soal lain... dan saya terasa sangat malu. dengan tindakan rakan melayu-Islam saya.

Selesai sembahyang saya ajak Melvin terus pulang. Tapi sekali lagi Melvin bertindak mengikut akal..
"Nanti apa pula kata kawan-kawan yang lain... tiba-tiba tinggalkan diaorang. tak baik kan?"
- Ah... malunya...

Ya Allah, Moga kau buka hati sahabat ku ini untuk mengikuti agama Mu....

Dan benarlah... Islam itu terhijab oleh orang Islam sendiri...

8 comments:

cappuccino said...

ish2 org pertama bg komen lak..btul tu chime..kdg2 malu kan..org lain yg lg sensitive drp org melayu islam kite..sy phm sngt pgmn kak sue tu..dulu2 biase naik train KL-P.Mas..tau sngt..susah btul nk smyg..tp islam tu mudah kan..tinggal kite jer yg buat2 susah...wallahualam..

azlin hashim said...

Salam singgah, terkedu sekejap bila sy baca cerita ni. hmm, ada satu perasaan lain menyelinap masuk ke hati.. tp tak pe la.

Sufi Idany said...

Abg Chime... bila baca entry abg yang ni tersentuh lak ida... rasa malu dengan diri sendiri... sbb kadang2 ayat mcm kwn abg ckpkan tu pun penah kuar dr mulut ida ... asal musafir je... amik mudah tuk tk nak solat... mudahnya jatuhkan hukum sendiri2... dan sy juga setuju.... Islam terhijab oleh org islam itu sendiri... Semoga kawan abg Melvin tu di buka hati untuk Hidayah Allah dan semoga kita juga akan sama berlindung di bawah rahmat dan 'inayah Allah....

ida pun dapat email pasal solat dlm ketapi tu n, ungkapan tu pun pnah ada teman smskan utk ida... cuma kdg2 semua nyer terbiar mcm tu tnpa ada usaha utk di mengertikan... zalimnya pada diri sendiri... Na'uzubillahiminzalik...

nis n4d (*_~) said...

huhu... nape laa ade org camtu...huhu

SURAIYA PAUZI said...

Weh, syukri...kak sue mana awak maksudkan tu? Harap bukan saya la yek. emel tu saya forward je...not my story.

Keri AlHaj said...

Bro - memangkan Islam tu mudah sebenarnya...

azlin - perasaan sayu ke... saya lagi sayu tau maa tu...

Ida - bila dpt email atau sms nasihat ni, jgn buang terus tau. kalau nak simpan tersu pun tak pe. satu masa pasti berguna.

Nis - Ramai sebenarnya orang mcm tu

Kak sue - laaaa, bukan citer kak sue ke... tapi tak pelah. Blh jugak buat pengajaran... saya nak buat perbandingan sebenarnya dgn yg saya alami...

Aiden Reez said...

Begitulah hakikat dunia sekarang.. Tanda kita sudah menghampiri akhir zaman...

Yang wajib diabaikan.. Apa yang penting ialah keinginan dan keseronokkan perlu dilunaskan...

Tiada rasa takut, tiada rasa malu pada Allah.. Entahlah...

Semoga kisah ini membuka mata dan memberi pengajaran buat kita semua...

noorcahaya said...

baru kenal.. so keje membaca dari mula... rase nak copy paste jek entry ni kat blog.. cetak rompak lah plak ek...