Kito menungso seng orep nang dunio sedhilut ae. Semestine kito golek bekalan secukupe. Ojolah sampek kito kabeh dadi kelalen.Njaluklah ampun karo Pengeran Kuoso.
Siang tadi Abang Am telefon lagi... mengatakan dia tgh on d way ke rumah saya dan sudah hampir benar. hmm, nasib baik dah nak masuk waktu makan tengahari. jadi ketibaan Abang Am diraikan bersama keluarga ketika makan tengahari bersama hidangan-hindangan simple yang special...
Lepak hingga ke petang. Kami bercerita seadanya. Berkisah yang sepatutnya. Babak dan episod terus bermaharajalela. Dari cerita manager yang tak bermotivasi sampai lah peringkat bos yang tak nak ambil peduli. Dari peringkat executive yang keras hati sampailah ke peringkat bos yang suka perli.... semuanya bercerita-ceriti
Suka nak pesan kat korang. Terutama yang baru-baru tuh. Pergi lah carik ilmu. Dengan ilmu ajer kita boleh menegakkan yang kendur. Mengurat yang dah berumur....(tuh pun kalau sanggup kena gastrik minum susu yg dah expired. Ops! Jangan mare)
Ceritanya masih tentang perkara biasa. Tentang perniagaannya.. tentang kehidupan... tentang keluarga. Oh! ya... dia ni duda anak satu. Isterinya meninggal kerana serangan kanser pada tahun-tahun yang lalu.
Saya suka sangat berborak.. boraknya borak berisi. Sembangnya sembang motivasi.
Dia seorang yang saya kira sebagai jutawan yang tak pernah merasakan dirinya jutawan. macam-macam bisnes dia buat... ada ternak itik telur beribu-ribu ekor... kambing lagi... lembu lagi... ayam lagi... ladang pisang lagi... bisnes macam2lah... Pun begitu dia seorang yang rendah diri. Tidak pernah dia memandang rendah pada saya yang kerja-kerja 'cokia' ni. Dan apa yang buat saya rasa tersentuh juga, dia kerapa menghubungi saya untuk memberi nasihat bila di dilanda masalah... hehe...
Sekali lagi dia bercerita tentang wawasan. Pentingnya hidup kita punya wawasan. Dan sepatutnya wawasan 2020 perlu dicapai pada 2010. 10 tahun lebih awal. Kenapa kita mesti tunggu 2020 katanya, sedangkan di hadapan kita semua telah tersedia. Sambil memberikan contoh menara2 megah yg kita miliki.
Boleh lah dia cakap kerana dia telah mencapainya...nak ajer saya cakap macam tuh... tapi dengan dia nie saya jadi kehilangan kata. Dan saya tahu dia lebih suka saya begitu. Memang pun kekadang menjadi pendengar setia lebih baik daripada kita mengomel tak tentu hala.
Dia menceritakan bangunan 5 tingkat yang dibina dengan harga RM 5.5 juta. Katanya kekadang dia menyesal jugak kerana kalau dia tak bina bangunan tuh, duit di akaunnya berjumlah RM5.5 juta. Dia tak perlu berjaga sehingga dinihari, tak perlu pening kepala memikirkan pekerjanya yang beratus orang tu samada bekerja dengan baik atau tidak. Dulu tanah tapak bangunan yang dibinanya itu bekerja untuknya. Walaupun tanah dan bangunan di tengah bandaraya Kuala Lumpur itu bernilai lebih puluhan juta sekarang ini tapi duitnya tak nampak...
Dia juga bercerita bagaimana dia berhubung dengan anaknya yang berusia 12 tahun seperti orang dewasa seusia dengannya yang berusia 40 tahun. Kalau pergi shopping dia hanya akan memberi kredit kad kepada anaknya dan disuruh pilih apa yang anaknya mahu...tapi kedewasaan membuatkan anaknya tidak membeli bukan-bukan. Hanya 2 helai baju dan satu permainan. Baginya dia berjaya mendewasakan anaknya. Dia tidak pandai untuk merendahkan diri seusia anaknya. Yang boleh anaknya miliki darinya hanya lah pelukan dan kasih sayang...
Dia juga bercerita, perlunya menggunakan kesempatan dan peluang yang ada sebaik mungkin. Bersungguh-sungguh, perancangan yang rapi, serius dalam kerja, tahu apa yang perlu dilakukan dulu, detail supaya tidak melakukan kesilapan dan melihat 10 langkah kehadapan adalah caranya untuk berjaya.
Saya bangga dapat berkawan dengan jutawan itu.Saya tak perlu ambil kesempatan dari kebaikannya pada asaya. Dan saya tahu kalau saya nak jadi seperti dia. saya terpaksa korbankan kerjaya yang ada. Itu risiko yang terpaksa saya tempuh. Samada saya berani atau tidak. Setakat nie saya tak berani. Pengorbanan belum tentu membuatkan kita berjaya. Tidak berkorban juga belum tentu membuatkan kita maju dan bahagia.
...walaupun dia jutawan...akhir ayatnya berkata. Siapa jugalah kita. Yang penting kita bahagia dan dan dapat tidur lena tanpa gangguan serta sentiasa memikirkan yang bukan-bukan sambil mengharapkan sedikit nasib menyebelahi kita....tapi.... percayalah... Tuhan sentiasa memberi apa yang kita mahukan. Berbuat baiklah pada sesama manusia .
Sorilah...tidak sepatah pun dia bercerita tentang cinta yang hanya di awangan. Baginya cinta adalah bekerja dan berusaha sambil bagaimana berhubung dengan manusia lain. Dia marah saya sebab saya sentiasa pegang talipon. Dia tanya saya berapa bayar bil sms setiap bulan. Dia sangka, saya tengah sms (memang ya pun). Tapi saya cakap saya buang semua sms lama yang ada dalam talipon saya... hahahaha Dia gelak kerana katanya dia jugak buat benda yang sama di masa-masa tertentu.
dan ketika mahu pulangnya, dia memasukkan sampul surat berisi di dalam poket baju saya...
errr...
"Apa ni Abang Am?" Tanya saya tidak sedap hati..
"Ambiklah. Duit raya... Sorry dah nak habis raya baru nak bagi.."
Saya tak kata apa kerana tahu dia Ikhlas...
"Terima kasih Abang Am.."..
Dia pulang... saya buka sampul surat berwarna coklat ....wang tunai RM300.00....
saya geleng-gelang kepala dengan rasa terharu.
Jutawan cinta adalah mereka yang ingin bekerja dan berusaha dengan matlamat untuk mencapai bahagia.
Ingatlah:
"Rebutlah 5 Peluang Sebelum Tiba 5 Rintangan"
1. WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN
2. WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK
3. WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT
4. WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
5. WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

8 comments:
sekian saja sebuah kisah tauladan. semoga kita semua mengambik iktibar daripadanya.
bile baca kisah ne terase mcm chime ne mmg puitis dlm menyusun ayat...chime ne penulis ker..tp memang best dpt kwn2 cam gini kan..ne le org kata ukhuwah hingga hujung nyawa ne..bestnye dpt duit raye tuuuuu hehhhee...
rebutlah yang 5 itu..
selamat hari raya
bagus betul kisah nih.. betul2 ade tauladan.. the best part bile abg am masukkan sampul dalam poket chime.. :)
-www.zulhatfi.com-
speachless laa abg....
byk yang mengarangi minda... apapun semua tu ada dlm diri kita...
tak abih raya lagi ke? nak wit raya gak ?
chika - ya, sekian mekaceh..
bro - puitis susun ayat???.. errr.. rasa nak tegelak pulak. ecceli, saya menulis jugak ckit2. pernah jugak terbit dlm majalah beberapa kali. Minat.
- kawan2 saya semua besh... termasuk bro jugak... besh...
anntaj - selamat hari raya 6
zul - ha'ah. part yg last tu memang best. tak sangka nak dpt duit raya. dah tua bangka ni...
ida - ni raya lain ida. raya sebab dah abis poser 6...
nak duit raya mintak kat abag Am. heheh
sgt pemurah jutawan nih. skali kasi duit raya RM300. ween hanya mampu kasi Rm1 saja tiap sorang. :D
samalah kita ween... bagi singgit cukup. ikhlas tu yg pentingkan...
Post a Comment