Monday, December 15, 2008

Hidup untuk hidup!!

gambar : flickr.com

Ada masanya... perjalanan hidup rasa sungguh memenatkan. Apa tidaknya, makin ke hujung makin sukar. Sedangkan beban bertambah berat. Tanggungjawab semakin sarat. TETAPI.. masih adakah pilihan lain selain meneruskannya? Hidup selagi hidup... Jangan mati sebelum mati... Sering diri diperingatkan, kalau ada masalah di tengah jalan... teruskan perjalanan. Apabila yakin tujuan dan matlamat tidak sesat, soal kembali ke pangkal jalan tidak timbul. Ini jalan yang paling benar, walaupun jalan yang paling sukar. Inilah jalan paling singkat walaupun terasa amat berat.

Hidup jangan dibelenggu jemu dan lesu. hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dgn rasa indah dan rasa ceria. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik.
Nafas dan aliran darah - modal utk ibadah. Susah payah adalah baja yg membina rasa matang jatuh bangun diri menuju Allah.
Sabar dan syukur adalah minyak bagi pelita hidup yang meliuk lentuk dipukul badai kehidupan.

Jangan gusar bersendirian. Tidakkan tersasar ketika sunyi. Katakan pada diri,
ketika kau sepi sendiri, di sisimu ada PEMERHATI. Dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pelajaran yang mesti dipelajari. Tidak ada guru tertentu. Tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepenuh waktu. Jika datang topeng kepura-puraan... itulah guru yang mengajarmu erti berhati-hati. Jika mampir bejana jujur... teguklah ilmu keikhlasan.

jangan berubah pendirian, walau beralih pendekatan. jadilah wajah yang satu di hadapan yang
SATU. Jadilah dirimu sendiri... insya-Allah kau akan sentiasa juara. Tetapi, jika kau berlakon, kau akan bertukar menjadi klon kedua, ketiga dan seterusnya...
Jangan bermuka-muka hanya untuk menempa nama.
Jangan berdiri di bawah teduh bayang-bayang orang lain hanya untuk digelar berjasa.

Bertatih dengan kaki sendiri lebih mulia daripada bersayap emas milik orang lain. Jadilah raja dalam kerajaan diri yang meghirup udara kebebasan dengan kemerdekaan sebenar. Mendongak tidak bongkak... Mengalah tidak kalah... Tidakkan ada istilah kalah. Cuma kemenangan yang ditangguhkan. Lupakan segala perit masa lalu setelah diperah segala pengajaran dan iktibar. Kegagalan masa lalu adalah kejayaan hari ini... atau hari esok... Menyesal itu bebal... kesal itu bekal.

Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati. Insya-Allah, nanti akan hidup terus walaupun sesudah mati. Ingatkan diri selalu, bahawa hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat.

Sesungguhnya, hidup sebelum mati adalah bekal untuk hidup selepas mati. katakan pada diri, hidup bukan sekali... jadi, hiduplah selagi hidup.. kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP!

21 comments:

-cD- said...

ermm walaupun spm amek sastera tapi banyak sangat falsafah yang memeras dan menjerut fikiran untuk terus berfikir..

nak tanye sket, pada perenggan ke-2 baris ke-3... (hari-harai) tu ape? salah eja ehhh? oopssss

-cD- said...

ehhh baris ke-2 laaa

i-chimera said...

huh! cD ni mcm cikgu wiween jugak tau.. nampak je mende2 yg salah eja tu... nak potong markah ke tak.. tapi dah betulkan dah (sebelum cikgu ween nampak)...

AiE bAhRi said...

bro chime..
sbb tu kita kene rebut peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara..salah satunya hidup sebelum mati.

cappuccino said...

pandainye chime susun patah2 ayat ne..begitu berkesan dan puitis sekali bunyinya...teringat plak kisah sahabat baik sy di sheffield ne..baru saja kematian kakak tersayang raya ke2 baru ne akibat penyakit komplikasi jantung..mmg perit kan..terpaksa terima hakikat dari kejauhan..hidup di perantauan camne la..ada suka ada duka..ada lara..

Chika Chika said...

amboi chime ni kalau bab mengayat ... HAHAH....

nanti boleh mengayat dalam guestbook wedding chika eh. HAHAHA.

chime,
kenapa gambar pengantin kat atas tu?

Amer Aan aka Green Arrow said...

biar la hidup sbg...
org yg briman..
dan biar mati dlm iman

btul x ni chime?...
ni sy buat ayat sndr ni

i-chimera said...

aie - sentiasa ingat juga nasihat rebut 5 sebelum 5 tu... sgt berguna sebagai panduan hidup.

bro - Innalilahiwain'na ialaihiroji'un... takziah utk kawan bro tu... moga dia terus kuat teriam hakikat tu dari kejauhan... saya pernah rasa sakit hilang org paling disayangi... tapi kawan bro tu mesti perit lagi, masa raya... dari jauh pulak... Al-Fatihah untuk arwah...

chika - hhhaaa... ni tgh dok berlatih nak tulis puisi dlm gusetbook wedding chika la ni... haa... tu belum dengar lagi ayat-ayat saya tujukan utk 'org belah sana'.... mesti termuntah-muntah kalau dengar tau... hahah...
errrr... gambar pengantinkah???? errr... iya ke. nampak mcm gambar org gi mesjid je... tu yg letak gambar tu... nak kena tukar ke?

amerr - ayat sindir tu mcm mentindir je... tak pe... tak pe... tapi tak pelah. ayat sindir kali ni penuh kebenarannya... ayat sini mcm ni tak pe. saya suka... kalau sindir yg lain-lain tu, tak suka sgt...

:: Cikgu Wiween :: said...

dan...hidup sgt x bermakna tanpa NASIK! (bak kata abg batman)

:: Cikgu Wiween :: said...

hari harai tu ape chime?? potong markah!! :p

i-chimera said...

ween - betulll... falsafah (sarap) hidup batman... 'biar hilang MILO... jangan hilang NASIK' ... errkkkk... best jugak falsafah gitu kan??? hidup memang sgt tak bermakna tanpa nasik...

Harai??? apa harai??? tak de pun... sape yg tulis harai... tak de, tak de...

:: Cikgu Wiween :: said...

ehem..merujuk pd komen si -cd-, ade org silap taip tp betolkan balik kan?? sapa la tu yek. abg pomen singlet kelabu comot tp comel ke...abg batman macho kaut mkn nasik? agagagagag :p


heeppp..cikgu check tiap2 ayat & komen tau :P

:: Cikgu Wiween :: said...

erk..bukan kaut laa..kuat. ehem tersilap eja lak cikgu nih. agagag :p

i-chimera said...

see.. cikgu pun sama je.. mcmana anak murid tak buat salah... kaut makan?? huh.. lagi hebat dari kuat makan tu... segala makanan di kautnya..

:: Cikgu Wiween :: said...

cett melawan ckp cikgu. rotan kang!!

addyaholix said...

bertatih dengan kaki sendiri memang lebih baik dari bersayap emas orang lain.

tapi kalau aku cuma punya sayap pelepah buruk pon aku dah bersyukur!

Hidney said...

........ *hidney menundukkan muka sambil bermain2 dengan fikirannya ;)

i-chimera said...

addyaholix - manusia berkata "alangkah baiknya kalau aku punya sayap... supaya dgnnya aku boleh terbang tinggi"... Burung pula berkata "alangkah baiknya kalau aku punya tangan... supaya dgnnya aku bloeh memetik buah-buah yg meranum"... ada kemahuan kita yg musthail kita akan miliki... oh ya! bukankan kau dah punya sayap tembaga yg membawa kau terbang ke serata benua???...

hidney - heheh... apa yg ada difikiranmu sekarang ya??

Ecah said...

uk uk da jadi platform utk memasing membetulkan ejaan plak.. rosak komen yg ecah nak kasi.. hadeyyy lupelah.. ok ok bace balik..

i-chimera said...

ecah - cikgu ween tu memangg... nampak je mana yg salah tulis... terus je nak potong markah... ok, ok.. baca balik semula...

Oasis said...

Kita mesti teruskan hidup. chayyok...