Saturday, December 13, 2008

Jadilah diri sendiri

Dalam hidup ini kita sebenarnya akan selalu terpaksa memilih

Setiap kali sujud ketika sembahyang hati akan mendoakan kebaikan dan sesuatu akan berubah. Bersyukur dengan hidup dan kehidupan yang dianugerahkan. Dijauhkan dari segala bencana. Walaupun masih ada yang tidak kesampaian, saya yakin dalam hidup ini kita tidak akan memiliki semua yang kita inginkan. Tuhan itu Maha Kaya ~ Maha mengetahui ~ Pasti ada hikmah disebalik kejadiannya..


Pernahkah kita menjadi orang lain? Sudah tentu ini bukan membicarakan tentang kegiatan lakonan yang sering dilakukan oleh pelakon drama/filem. Tetapi tanpa kita sedari lakonan sebenarnya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kebanyakkan orang.


Seorang pakar psikologi mengatakan hidup bersosialisasi mengharuskan kita menjadi seorang 'aktor' seketika. Jika tidak, risikonya kita akan membiarkan kejujuran dan keterbukaan kita yang apa adanya memberi kesan tidak baik, disampingnya tentu kesan positif.
Anda sebagai contohnya, tak perlu mengatakan "aku bunuh kau" kepada rakan kerja yang sungguh menjengkelkan, meskipun hati anda berkata demikian. Anda juga tidak dapat menyatakan "hodohnya..!" pada seorang wanita yang berpakaian sangat membosankan...

Perlu ada banyak selimut agar anda tetap menjadi seorang yang disukai dalam pergaulan seharian....
Saya terpanar sebentar dengan artikel tersebut yang saya baca dari sebuah buku. Membaca tulisan tersebut benar-benar membuat saya sedar diri. Kita memang seorang pelakon. Pelakon pentas dunia yang paling hebat. Kadang kala kata-kata yang terucap dari mulut kita terpesong dari kata hati kita sendiri. Kerana terlalu menjaga hati orang, hati kita terabai.
Sampai bila kita terus jadi seorang hipokrit? Ataupun hipokrit sudah sebati dalam hidup kita masa kini?... Yelah.... semata-mata nak jaga hati orang dengan harapan orang itu menyukai kita?... Perhubungan itu berlandaskan apa sebenarnya?

Salah ke kita berterus-terang? Mungkin orang itu boleh menerima kritikan kita. Bukan untuk menjatuhkan, tapi kritikan membina. Saya juga seorang yang pentingkan diri sendiri, kerana saya harus menjaga hati sendiri....tapi, terluka juga. Seperti orang melihat saya, mereka melihat saya ketawa.... tapi hati saya? saya juga tergolong dalam golongan hipokrit bukan?
Sebagai contoh lainnya, kita melihat pasangan yang sangat bahagia... adakah mereka benar-benar bahagia atau sekadar berlakon agar mereka dilihat sebagi pasangan bahagia? Seperti seseorang menyatakan rasa cinta yang lahir dari hati dengan penuh kejujuran dan keikhlasan, adakah kita terus menerus menerima mereka? Kita tak boleh mempercayai seseorang walaupun kita dah kenal orang itu bertahun-tahun. Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia....


Membaca artikel tersebut juga membuatkan saya menjadi seorang pemikir. Sebenarnya bagaimana kedudukan kita? Menjadi seorang hipokrit atau jujur? Mahukah kita menjadi seorang yang jujur hingga dipermain dan diperbodohkan? Atau kita jadi seorang yang hipokrit hingga kita menjadi orang lain yang bukan diri kita?

hmmmmmm

11 comments:

BurungBelatuk said...

kadangkala kritikan membina diberikan selalu disalahtafirkan...xpa,janji niat kita baik kan...

Hidney said...

just be yourself n you'll be the sexiest... ader!

:: Cikgu Wiween :: said...

"Seperti seseorang menyatakan rasa cinta yang lahir dari hati dengan penuh kejujuran dan keikhlasan, adakah kita terus menerus menerima mereka? Kita tak boleh mempercayai seseorang walaupun kita dah kenal orang itu bertahun-tahun. Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia...."

sgt sokong ayat-ayat di atas. :)

miEchi said...

'sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia' - baru je g pantai balok tadi :D

♥chubbycekelat ♥ said...

i lurf 2 be myelf!
huhuhu

Chika Chika said...

Tapi kadang-kadang, terlalu jujur menyakitkan diri sendiri dan persekitaran.

Tapi tak ada yg lagi selesa selain menjadi diri sendiri.

bozzobattousai said...

jgn jadik hipokrit...tp kengkadang kena berlakon jugak asalkan tak menipu diri sendiri dan org lain sudah....

cepotet said...

kadang kadang, penat dah cuba menjadi 'hero' dalam setiap episod. sentiasa berbuat baik dengan semua orang. semua watak baik yang dipegang semacam tak memberi kepuasan sebab tak boleh nak menjadi diri sendiri.

sebab tu, sekarang ni, apa yang saya buat, apa yang saya cakap, apa yang ditulis, semuanya akan ikut pada keselesaan sendiri asalkan tak mengaibkan orang lain. memang diri kita adalah diri kita sendiri tapi kita juga hidup dalam kelompok bermasyarakat.

kita takut orang fitnah kita tapi dalam masa yang sama, kita juga kena pandai jaga diri supaya tidak menimbulkan syak syak fitnah.

err.. ni macam terkeluar dari konteks entry je. muahahaha. :p

i love to be myself. buruk baiknya, saya tetap saya. :)

cappuccino said...

chime..menjadi diri kita sendiri tu sudah semestinya..tp kdg2 hipokrit tu perlu..tengok situasi macam mane..play smart..play safe..dlm hidup ini ne umpama sebuah game..kitalah player nye..selamat berhujung minggu...

CT Delima said...

sedang kan pantai lagikan berubah,ini kan pula hati manusia..kata2 tu lah kita nak kena ingat sampai bila2..

i-chimera said...

burungbelatuk - tulah dilemanya kan. nak bagi nasihat baik pun ada masa disalah tafsir jugak...

hidney - see ,sebab tulah tak mo isi gambar sexi2 ni. hehe...
ya.. utk menjadi sexi saya tak perlu jadi org lain... ish! tetiba pulak rasa mcm sexi je saya ni.. heh

ween - ayat-ayat cinta gituuu... berhati-hati selalulah ya...

miechi - balok?? errr.. dok kat mana ni.. kuantan ke?

lili - good!!! be ur self ok?

chika - (ninja hitam dah bukak topeng ke?) - errr... ya. kadang2 keterpaksaan membuatkan kita sakit sendiri... terpaksa bertindak jujur. boring sgt.
org kata bercakap benarlah sekali pun pahit kan?...

bozzo - betullll!!! tapi bukan ke dgn berlakon tu kita dah kira mcm menipu... errr... tak apalah selagi tak menyakitkan sape-sape...

erni - betulkan. kita sentiasa nak dipandang baik oleh semua orang nak baik dgn setiap orang tapi kita tak bertindak baik dgn diri sendiri... dilema kan... tapi kadang2 tu bila dah bosan sgt jadi orang lain tetiba je jadi - "pedulikan dgn apa org nak kata... pedulikan dgn masyarakat... bukan diorg yg bagi kau makan" hehehe... tetiba pulak ya...

bro - tak ada masalah kalau sesekali kena hipokrit... selagi tak mangganggu keselesaan diri sendiri... hidup umpama game - errrr saya suka game need for speed.. lumba-lumba kreta tu... heheh... ok. selamat berhujung minggu jugak

kak CT - kata2 azimat tu kan... utk sejukkan hati yg marah...