Tuesday, December 16, 2008

Penulisan dan Saya

gambar hiasan : flickr.com

ADA BENAR KATA ORANG...
Ramai yang sedia tahu bahawa penulisan membawa suatu makna yang abstrak. Biar dinilai pada pembacanya mahupun diterima oleh penulisnya. Ia mampu menyinar cahaya tumpul dan boleh juga mencetak terus isihati tuan empunya cerita.


Ramai juga sedia maklum yang mana untuk menulis seseorang itu perlu ada mood yang sesuai. Sebenar, ia lebih dari itu. Mood bukan saja harus wujud malah selalunya didalami. Penulis yang seperti saya gemar menyelami perasaan sendiri. Kadangkala saya sendiri tidak berdaya mengurai makna jelas simpulan diri saya. Tiada ayat sempurna untuk diperhalusi...

Berlindung dalam zodiak Gemini, sifat humanisme saya begitu tebal. Saya cepat bersimpati akan masalah manusia lain. Sebarang perkara yang berkait kesusahan manusia – penderitaan, kemiskinan, kezaliman, kematian, kelahiran dan pelbagai macam perkara lagi, mudah sekali meragut belas saya. Sudah sifat, saya lemah bila menghadap cerita, berita dan pengalaman sebegini.

Namun saya teramat jarang mempamerkan kesedihan hati saya di muka khalayak. Mungkin paling lanjur setakat bergenang air mata (sedikit), atau sebak di dada yang tertimpa. Mungkin juga sifat saya yang tidak-mudah-kalah melawan perasaan membuatkan air mata itu terlalu berharga untuk dibazirkan. Saya jarang menangis. Barangkali kerana saya seorang lelalki... yang biasanya meletakkan ego di tempat tertinggi.

Ketabahan hati saya tidak lut dalam soal menegakkan perkara yang memerlukan keadilan, keadaan yang seharusnya berlaku dan tidak patut berlaku. Kadang kala saya terlalu pentingkan diri sendiri kerana mahu melihat segala dan setiap baris perjalanan hidup ini bergerak mengikut kelajuan yang saya pilih – berpandu paten yang saya suka. Saya memaksa keadaan berpihak kepada apa yang saya mahu, berlandaskan kebaikan yang saya rasa sesuai untuk berlaku.

Saya seperti biasa, dengan fikiran saya yang kosong, sering menziarahi kembali memori serta perjalanan hidup saya yang lalu. Segala kejadian yang lepas-lepas diingati dengan harapan percaturan nyawa, jalan hidup dan nasib seterusnya dapat saya ramal. Mungkin kerana takut tidak bersedia dengan ketidaktentuan kemungkinan – gementar saya tidak mampu bersemuka – saya beristiqamah mengejar corak kembara yang tuhan titipkan kepada saya.

Setiap seorang dari kita ada cerita tersendiri yang ingin kita perihalkan. Ada juga rahsia-rahsia peribadi yang kita tidak mahu orang tahu biarpun telah kita mati. Saya percaya pasti akan datang saat atau ketika di mana kita merasakan seharusnya ada cerita peninggalan yang wajar orang lain tahu sebaik kita sudah tiada lagi di dunia.

Pasti ada kisah yang kita ingin orang yang kita sayang ingat bila ajal menjengah di tingkap nyawa. Kita mahu kenangan peribadi yang disasarkan kepada mereka yang masih hidup, berkesan agar kita diingati setelah mati.

Bagaimana manusia boleh berubah bila ditimpa kecewa. Bagaimana manusia sanggup berbuat apa saja untuk melihat orang yang disayangi bahagia. Bagaimana kesedihan boleh dibayar dengan keganasan. Bagaimana manusia cekalkan hati untuk terus hidup buat satu saat yang seterusnya. Bagaimana manusia putus-asa menghadapi kehilangan. Bagaimana manusia tidak pernah putus-asa menunggu kehadiran.

Jadi saya memegang pada suatu pegangan. Saya menulis atau jika menukilkan sesuatu tulisan mengarahkan kepuasan hati. Setiap sesuatu yang dipaparkan di sini adalah simbolik kepuasan saya. Walau mungkin ada yang tidak suka persembahannya, saya kurang periksa....

Saya tidak pandai menyembunyi kegembiraan di hati. Apabila saya gembira, sinarnya dengan sendiri terpampang di muka sedepa. Senyuman ketika rasa selesa selalunya mencungkil riak wajah ceria.

Begitu juga bila hati tercuit dengan gurauan yang menggelikan ulu perasaan. Saya paling boros memberikan ketawa berdekah jika terserempak lawak. Gelak yang terbahak-bahak hingga ke nada nyaring sesangat memberi tema kepada mereka yang belum kenal manusia ini gembira. Atau terpenting tika saya rasa lucu...
Saya tidak faham mengapa ketawa harus disekat-sekat tanpa kebebasan. Lepaskan ia, lontarkan tenaganya. Kalau lucu tak terhingga yang mengundang gelak pecah-gema, mengapa harus ditutup laluan suara, bak gadis sunti tersipu-sipu malu. Mengapa harus jadi hipokrit yang menghindar karektor peribadi.

Saya manusia yang tidak cermat akan perkara ini. Saya insan yang tidak segan silu meluahkan sebarang rasa kepada dunia. Biar buruk pun saya mahu semua lihat. Manusia perlu ada kepelbagaian. Juga penerimaan akan kelainan sifat orang lain.

Oh ya!... bagaimana penilaian anda tentang gaya penulisan saya... semuanya menjurus ke arah motivasi diri sendiri sebenarnya... semoga juga meniggalkan sedikit motivasi kepada yg membaca.. :)

12 comments:

Tirana said...

Saya lebih senang mempamerkan sesuatu yang menggembirakan tentang diri saya. Tapi bukan bermakna saya tidak pernah melalui masa-masa duka cuma kedukaan itu tidak saya kongsikan dengan semua orang. Saya kongsikan dengan orang yang boleh saya percayai sahaja.

cDeeAbdulRazak said...

"Berlindung dalam zodiak Gemini, sifat humanisme saya begitu tebal katanya..."

p/s: Bagi cD 5 juta leh? bole laaaa, bole laaa. Cian kat cD x de duit nak shopping. leh ehhh...

ermm penulisan seseorang juga mampu membuka mata yang sedia ada telah celik tapi dibutakan oleh keegoan dan prinsip. Kuasa penulisan juga mampu melenturkan hati yang keras, menggores dan mencalar hati yang rapuh... lantas melolos dan mengalirkan cecair jernih yang bernama "air mata" Hebatkan? Tapi untuk sampai ke tahap tersebut x semua dari kita mampu..

Bro Chime menghampirinya, cD respek sangat... teruskan berkarya coz kamoo tahu kemampuan dirimu tiada pada org lain..

p/s: ermm tapi kalau nak gelak pun agak2 ler.. jang main redah jer, kang di"LABEL" gilo... ooppsss meroyan kah?

AiE bAhRi said...

Hasil penulisan abg chime dh baik bagi saya.Setiap patah perkataan disusun begitu rapi untuk memberikan maksud kepada pembaca sehingga membuatkan saya sering terfikir berseorang.
Saya sokong apa yang abg chime buat sekarang iaitu hasil penulisan yang menjurus ke arah motivasi diri sendiri kerana ia juga memberi impak yang positif pada saya.Teruskan!!

:: Wiween :: said...

ketawa kalau dilepaskan bunyik cam puaka nyiang rampik *betoi ke eja??* camna yek abg batman?? agak2 jelita x ketawa itu? agagagg :P

pemikir lapuk said...

betul apa yg ko cakap...aku mnulis...dgn cara aku...aku tk kisah apa org nak ckp...yg pnting..ada sesuatu yg aku nak sampaikan mlalui pgalaman aku...

Sufi Idany said...

:) saya cukup senang denaga penulisan anda wahai abgku chime.... huhhuhu.... rindu laa.... kesempatan terlalu sempit tuk ida jadi mcm ri tu.... byk ketinggalan citer abg n kawan2 lelain..... still not felling well.... batuk tk mo ilang la.... leltih dah nih.... take care dearly... huhhu.... org sebelah sana jgn jealous ek.... ni abg kita .....

BurungBelatuk said...

setiap cerita punya maksudnya tersendiri,terpulang pada pembaca menafsirkannya...kalu aku,lebih suka mengetengahkan apa yang betul pada aku dan sambil2 tu mencelah gak sedikit sal perasaan diri dalam tiap2 n3...namun aku tetap menghargai setiap n3 aku dan orang lain...semua itu keindahan berbahasa...

anntaj said...

awak memang creative!

Ad Rifza said...

Ad suka cara persembahan yang chime paparkan didada blog ini..Suatu persembahan yang boleh mencetuskan suatu sentuhan dihati tentang pelbagai perkara esp tentang kehidupan..Corak hidup dan pengalaman manusia yang berbeza akan memberikan suatu pengajaran dan pendidikan yang berguna bagi manusia lain yang mahu berfikir..Teruskan penulisan anda...

Puteri Amna Balqies said...

caye pun suke menulis ttg diri aqies sekeliling aqies..tapi ade gak jeles dan xsuke pe yg aqies tulis..huhuhu tapi aqies peduli ape tu blog aqies ske ati aqies la kan nak tulis ape..janji aqies apey..tol x abg chime huhuhu..menulis terus menulis..

StacyFrenz said...

yah...seperti biasa, ayat2 yg mengagumkan, ada yg bisa ditafsir...ada pula yg mengambil masa untuk ditimba maksudnya. Apa2 pun, tumpahan perasaan pada Blog adalah satu langkah yg baik untuk mencurahkan perasaan hiba, ria, dan ketidak puasan hati. Semua ini kelak akan meninggalkan jejak bila kita tiada kerana Blog telah menjadi DIARI moden tempat melampiaskan suka dan duka yg mungkin jadi sejarah bila kita sudah tiada dan akan bisa terus dibaca oleh selagi iannya link dgn mana2 Blog seterusnya - KOSE

cappuccino said...

rajin2 la menulis..suke baca nukilan chime..bersahaja tapi membina..cukup rempah ratusnya..