Friday, January 16, 2009

Pertengkaran itu... Arghhhhhhh!!!!!!

Terasa ada sedikit perasaan tidak puas hati.

Kadangkala aku perlukan masa untuk bersendiri. Sampai suatu tahap aku dapati jika terlalu lama hidup dalam sela masa yang sama akan membuatkan mindaku kebas dan jiwaku rimas.

Bila berseorangan aku lebih mudah menelan suasana. Tiada desakan untuk mengikut tatacara sesiapa. Waktu yang dilalui bagai bayang yang tiada induknya. Segala yang aku hadap tidak berat sebelah akan pemerhatian orang lain.

Aku tidak pasti sama ada aku harus membiarkan hati ini rentan ataupun mula merawat kecederaanku dari ramuan pengalaman. Aku mungkin telah terlalu biasa dengan perkara sebegini hingga hati enggan memikiri apa yang telah terjadi. Adakah hati terlalu letih hingga luka ini tidak lagi pedih?
Hmmm tidak sepdih mana pun sebenarnya... aku pernah lalui perkara yg lebih pedih satu ketika.

Apa yang aku rasai sekarang tidak penting, kerana apa jua yang bakal datang, aku harus jua tempuh. Bagai tiada pilihan, aku semestinya kena berdepan.

Aku telah sahut cabaran yang dilaungkan aku sendiri. Bukan dia yang datang tetapi aku yang undang. Aku yang berjanji kepada diri bahawa jika ditakdirkan kami tidak menjadi, aku sanggup.

Setidaknya aku telah buat yang terbaik untuk menyayangi dia dan menguji diriku. Mengungguhi dugaan dan mencabar kesusahan perhubungan. Aku telah perjudikan kemampuanku, kemahuanku dan kekuatan emosiku.

Aku citakan yang terbaik dan terindah untuk dia. Tetapi mungkin apa yang terbaik dariku tidak cukup baik untuk dia.

Ada aku kecewa? Mungkin ya. Mungkin aku sedikit kecewa. Aku kecewa kerana aku gagal mengotai janji dan membuktikan kepada diri bahawa aku mampu.

Ada seribu macam perkara yang bergelutan dalam mindaku. Ada seribu macam perasaan yang meracun hatiku. Sesetengah orang memang rendah, nilai diri dan pemikiran. Sesetengah orang memang pengecut, secara kasar dan pada dasar.

Antara perkara yang paling menakjubkan aku adalah keberanian aku untuk tidak rasa malu dengan tindakan sendiri. Selalu sekali aku terlalu menimbang keprihatinan orang dan tanggapan mereka terhadap perlakuanku. Sudah kerap kali rasanya aku terang-terangan mengiyakan naluriku bahawa tiada satu jiwa pun dalam dunia ini mampu menghalang aku rasa merayakan apa yang aku rayakan.

Nota: setiap kekata hikmah dihargai, apa yang kira aku ambil, apa yang tidak, aku jadikan halwa auditoriku sahaja. Aku tidak perlukan justifikasi sesiapa untuk mengenal siapa aku. Aku berputar dalam duniaku sendiri. Aku self-absorbed yang taksub. Namun. Aku sebenarnya takut pada ketika aku berdiri megah mempertahankan kepercayaanku. Aku sebenarnya malu pada saat aku berjalan penuh yakin menatang keperibadianku. Aku sebenarnya gementar tatkala aku berlari riang dan bersorak dengan ketuanan ego yang aku dukung..


Aghh!! pertengkaran itu.. benar buat hidupku sedikit tak menentu... kerjaanku lagi ngak seru... idea utk menulis juga buntu...

****************

"Hey! Engkau di sana..... "



I don't like you........


.....


..... I Love you...."


Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

12 comments:

:: Wiween :: said...

errk...garang penulisan chime kali nih sampai jadik takut mau komen apa2. huhuhu

tenang yek abg batman :D

AiE bAhRi said...

ABg chime ke ni?
erkk..takut nk tegur.
Sabar n tenang byk2 ye.
Dalam benci ada sayang lagi..kan?

Izza - Jiejah said...

pertengkaran bisa membuat hubungan semakin membara menyala² ~ jgn sampai terbakar udah .

Ad Rifza said...

Suatu justifikasi yang kita mampu fikir dalam gerak rasa pertengkaran yang mana hanya kita mampu dan rasa apa yang teralir dalam diri..
Suatu rasa yang kita mampu fikir dan ambil faedah darinya.. Insyallah.. bersabarlah..Ujian itu tiap detik dan saat akan tiba tetapi akal yang waras jua mampu menenangkan buih2 panas yang menggelegak..

a.b geldofg said...

wah....kata2 yg pnuh mkna

i.am.me. said...

uhhu..bagai berada di dlm penulisan itu..tenang..sabar...yakinla dgn hikmahNya....

cepotet said...

hmm..

moga semuanya akan jadi baik baik aja ok. tenang yach.

Che Mat said...

Seperti ini lah wacana gelora yg menghambur rasa dan kacau diminda dan jiwa CM suatu waktu dulu sewaktu bergelar kekasih pada yg dikasih... segalanya telah berlalu dan CM semakin dewasa... kamu juga tidak terkecuali namun akan berjaya melangkauinya..dgn cara kamu sendiri. Inilah harga sebuah kehidupan :)

fazemy said...

owh inikah cinta..

dr itu! said...

hmmm.... cinta kah penyebabnya... ayoo... td baru ja komen kat abg ad gni... hmmm....bersabar la yer...

Sis Lin said...

ape lak kes nye nih..adeh kata2 tu mcm mmg meluap2 tu dlm bdn..sabo2 yer..

Keri AlHaj said...

ween - haaa, jgn cuba-cuba nak komen yg membangkitkan kemarahan ya.. tgh dok marah ni... tapi dah tak marah sgt dah... dah cool sikit...

aie - sayalah ni. sesekali layan rasa marah... hehe. dahh.. dah tenang dah.. huhu.

jiejah - nyaris jugak nak terbakar. mujur cepat2 bomba datang...

ad - saya jarang marah... susah utk marah... tapi sesekali tak boleh tahan jugak dari meletussss...

geldofg - kata2 tgh beremosi tu...

miechi - saya sedang tenangkan diri dgn memasukkan diri ke dlm penulisan saya.. ada sorang teman cakap, kalau geram ke.. marah ke... tulis kat kertas.. pastu renyukkan kertas tersebut... tapi mcmana nak renyukkan lappy ya...

erni - dah tenang dah... dah dekat2 nak baik dah...

Che mat --- Lamanya tak jengah siniiii.... Ya, perkara itu memang dilalui oleh setiap org... itulah cara2 nak belajar nak sabarkan diri, matangkan fikiran, kuatkan semangat... - lepas ni bab nak pujuk memujuk pulak.. hahahah.. hadoiiiii...

fazemy - ini bukanlah cinta... ini ialah kemarahan... cinta tak akan membuahkan rasa marah... (ceh!! mcm bagus ke kan)

alhaqimi - cinta boleh menyebabkan akal tengelam timbul... arggghhh.. kalau haqimi sedang bercinta, haqimi juga akan rasa pengalaman yg sama... kalau belum bercinta, satu masa haqimi akan rasai juga... perkara lumrah.

sis lin - ada laaa kes tragis sikittt... masa dok tulis tu memang meluap2 la. ssekarang tak lagi dah...

mekasih semua utk kata2 dorongan dan semangat...