Sunday, January 25, 2009

Rezeki

Walaupun tangan yang memberi itu jauh lebih baik dari tangan yang menerima, kadangkala kata orang, rezeki jangan ditolak.

Adakalanya kita bukanlah dalam golongan rakyat termiskin. Kita masih punya duit untuk membeli barang-barang tanpa perlu bergolok-bergadai. Kita juga ada masanya bukan orang yang kebulur. Walaupun hari-hari makan nasi lauk ikan masin, kita masih belum menadah tempurung dari rumah ke rumah. Dan pada setiap masa kita percaya kita bukan orang yang lemah. Kita tidak akan menyembah kaki atau membiarkan kepala dipijak mereka yang kuat dan berkuasa, sebaliknya memilih untuk menjaga maruah dan harga diri.

Tapi adakalanya kita harus akur yang tangan kita ini hanya layak untuk menjadi tangan yang menerima.

Buangkan ego dan lihatlah kepada realiti. Kita masih punya duit untuk membeli barang-barang tanpa perlu bergolok bergadai tetapi sampai bila ia mampu bertahan; sehari, seminggu, sebulan?

Kadang-kadang mungkin bagi kita duit itu tidak penting tetapi untuk orang lain di sekeliling kita, duit itu sudah jadi keperluan. Nak sekolah kena bayar yuran. Nak makan, kena beli. Nak kawin dengan anak orang, kena bagi duit pada emak dan ayahnya. Kita tidak akan mati dengan hari-hari makan nasi berlaukkan ikan masin tetapi mana kita hendak cari zat kalau doktor cakap kita sakit kerana kurang zat? Apa pula yang akan terjadi kalau ditakdirkan pada suatu hari nanti sudah tidak ada ikan untuk dijadikan ikan masin? Adakalanya adalah sangat betul untuk menegakkan pendirian dan menyuarakan apa sahaja yang kita fikir tidak betul tetapi letakkan sedikit fikiran ~ adakah masa dan tempatnya betul. Kita marah, orang yang kita sedang marahi itu juga sedang marah. Dua-dua pun tidak mahu berganjak dengan pendirian masing-masing. Akhirnya yang bersorak itu adalah syaitan.

Kita mahukan sesuatu tetapi kita tidak mampu. Kita berkehendakkan sesuatu tetapi kita tidak berdaya. Tapi itu bukan alasan untuk jadi bodoh sombong. Dunia yang kita duduk sekarang belum dipenuhi oleh manusia yang tidak punya hati perut.

Dari sekecil-sekecil pemberian ~ misalnya duit satu sen, kepada sebesar-besar pemberian ~ seperti rumah banglo dua tingkat, akan ada tangan yang mahu memberi. Kita tidak minta, tetapi mereka mendesak untuk kita menerimanya. Kerana bagi mereka, kita lebih memerlukannya berbanding mereka. kita mungkin malu-malu untuk menerimanya, tetapi bagi mereka itu semua adalah hak kita. Kita tahu kita tidak punya sesuatu untuk dipulangkan sebagai balasan ~ walau dalam apa jua bentuk sekalipun. Dan bagi "tangan-tangan yang memberi itu pula, mereka sendiri tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Cukuplah sekadar kita mengucapkan terima kasih - atau sekurang-kurangnya menghargai pemberian itu.

Catatan:
Kemiskinan bukanlah satu dosa, tetapi ia boleh membawa kepada kekufuran
kekayaan pula bukanlah satu pahala, tetapi ia juga boleh membawa kepada kekufuran...





Terus Boikot Yahudi Laknat....

9 comments:

eJump said...

yeah sokong sama skali...
lebih lg ayat nie...
"tangan-tangan yang memberi itu pula, mereka sendiri tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Cukuplah sekadar kita mengucapkan terima kasih - atau sekurang-kurangnya menghargai pemberian itu."
tpi bg org yg x reti nk ucap trime kasih tu mcm laa nk buat~~ isk3~~ berbulu je...

Ad Rifza said...

Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada dibadingkan dengan orang lain..RAsa syukur kita adalah dengan memberikan lebihan dari apa yang kita ada dengan zakat..Jadi dalam harta yang kita ada ,ada hak bagi orang yang susah...Dalam agama kita kita sering dan malah digalakkan untuk memberi sebagai rasa syukur dalam diri bahawa rezeki itu pemberian Allah...rite?..

AiE bAhRi said...

Kalau dah rezeki kita sesiapa pun tak boleh usik, kalau bukan rezeki kita, dah dalam mulut boleh keluar balik.

Ochie~(^_^)v~ said...

salam wawaw..
posting menarik...
buatkann ochie bermuhasabah diri.. thanks post this entry mcm ni

bozzobattousai said...

bozzo tak pernah tolak rezeki...bozzo juga tak pernah amik rezeki org...

:: Cikgu Wiween :: said...

rezeki mmg jgn ditolak. tp tag buleh ditolak x agak2?? :p

addyaholix said...

rezeki setiap kita dah ditentukan. yang perlu cuma doa dan usaha.

ab geldofg said...

kmiskinan dan kekayaan semua itu untuk mguji kita

arsaili said...

salam...ya semoga kita sentiasa beringat...kaya atau miskin nya kita