Tuesday, January 6, 2009

Tetamu Senja

"Ada orang meninggal!!" Adik saya memberitahu sebaik saja saya memasuki rumah pulang dari kerja petang tadi...

"Innalillahiwainnailauhiroji'un.... Siapa?" Saya agak terperanjat.

"Kak Leha isteri Ustaz Hamsi"

Saya angguk kepala... terbayang wajah lembut Kak Leha, jiran yang agak berdekatan rumah saya yang memang sedang sakit sejak dua minggu lalu...
Hari Sabtu Kelmarin Pak Cik Hasyim - salah seorang jiran saya juga, telah kembali ke Rahmatullah. Hanya selang beberapa hari, satu lagi perkhabaran duka di sampaikan lagi....

Mengenangkan kematian ini, saya teringatkan cerita 'Tetamu senja' yang saya pernah ceritakan... Cerita tentang kematian juga.


- Hari itu... Sabtu malam ahad (seingat saya... tarikhnya tidak pula saya pasti)... ketika melangkahi masjid di tempat saya utk solat maghrib... seorang teman yg telah tiba lebih awal agak tergesa-gesa menyapa saya dan memberitahu "Ada mayat dalam masjid"

Berderau darah saya.... 'Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un'... siapa pula yg mati? tertanya-tanya hati saya. Sebaik melangkah ke dalam masjid, kelihatan sebuah keranda di sisi dinding belakang ruang utama masjid.

Keranda itu sudah ditutup dgn kain. Ertinya jenazah itu telah disiapkan... (sudah dimandi dan dikafan) hanya menunggu disolatkan sebelum diusung utk dikebumikan. Demikianlah... seorang lagi hamba telah kembali kepada Tuannya.

Selesai solat, iman terus berdoa tanpa wirid, dan solat jenazah pula dilangsungkan.
Semuanya berjalan dgn pantas, dan selang beberapa detik kemudian keranda diusung dalam baki cahaya senja ke tanah kuburan.

Saya ingin juga membantu... tapi kelihatan telah ramai yg mengerjakan tugas, saya minggir ke tepi memberi laluan. Dan dari sosek, sosek mulut yg bertugas rata-rata mengatakan betapa ringannya mayat itu di uruskan... Dan pada awal malam itu bertambahlah seorang lagi di tanah sepi taman kemboja yg dihiasi juga ratusan batu-batu nesan yg tertancap di atasnya.

Ini mungkin kali kedua atau kali ketiga saya menyaksikan pengebumian di waktu malam dilaksanakan. Awalnya terasa asing juga... tapi, menurut kata 'orang-orang tua' jenazah tidak elok di simpan lama.
Malam itu tanah sepi tersebut menjadi terang benderang dgn suluhan lampu kalimantang yg bersusun d beberapa bahagian.

Itulah malam petama hamba Allah itu di alam kubur, dan InsyaAllah (sudah meremang roma saya), saya dan sesiapa sahaja akan menyusul. Terus terang saya katakan, itu amat saya takutkan. Tapi, mahu atau tidak, semua akan mati juga. Stesen berikutnya di alam barzakh sementara menunggu alam akirat. Akhirnya diri sendiri menjadi kaku, dimasukkan ke dalam keranda, kemudian ke dalam tanah menjadi santapan cacing dan ulat.

Merenung-renungkan kejadian di depan mata mengingatkan saya pada sebuah sajak A. Samad Said 'Tetamu Senja' yang antara isinya berbunyi:
"Kita datang ini sebagai tetamu senja.
Bila cukup detik, kembalilah kita kepadaNya,
Kita datang ini kosong tangan dan dada;
(dan terbukti di depan saya ketika itu, saudara kita itu) Pulang dengan tangan kosong jua...

teringat saya satu msg pesana ringkas yg dihantar seorang kawan...
'Waktu lahir, kita diazankan.... Waktu mati kita disembahyangkan... Antara azan dan sembahyang... Demikian betapa singkatnya tempoh antara lahir dan matinya manusia.
ibarat tetamu senja yg singgah di bawah pepohon, menunggu masa untuk meneruskan detinasi. Hari ini kita bertepuk tampar bergembira... entah esok, entah lusa, entah sekejap sahaja lagi, sama ada dia atau kita sudah pun tiada...

Benarlah... kita hanya tetamu senja. Maka bersiapkah sudah kita utk ke sana...
Teringat lagi pesanan seorang teman...
"Tidak penting di mana sesuatu itu bermula... pentingya, di mana ia akan berakhir..."


Semoga Roh Kak Leha dan Pak Cik Hasyim sentiasa dilindungi Allah dan digolongkan dlm golongan mereka2 yang beriman....

Al Fatihah....

11 comments:

AiE bAhRi said...

Innalillahi wainna ilahi rajiun..

Salam takziah buat kelurga kak leha dan pakcik hasyim.Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman..Ameen..

addyaholix said...

dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.

alfatihah buat arwah.
moga ditempatkan disamping hamba-hambaNya yang soleh.

Tirana said...

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun.. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Chime, saya pun suka sajak 'tetemu senja' tu. Bila baca rasa insaf sangat.

Izza - Jiejah said...

innalillahi waina ilahi rajiun buat mereka ..
buat saya terkenangkan arwah abg yg baru 22hr kembali ke Rahmatullah :((

bozzobattousai said...

salam takziah...semua akan dikapankan tangan kosong...yg penting amalan yg dah siap disimpan....

a.b geldofg said...

STIAP DETIK JARUM JAM BGERAK..STIAP DTIK LAH UMUR KITA BKURANG

Keri AlHaj said...

sesungguhnya kematian itulah sebaik-baik peringatan...

IamYonna said...

tetamu senja..
i like that word..

semoga mereka2 yang telah tiada di tempatkan di kalangan mereka2 yang beriman..
amin...

Sufi Idany said...

kepadaNYA kita dtg kepadaNYA jugalah kita pulang. dunia dan kehidupan hanya pinjama smpai saat di janji semuanya harus kita tinggalkan....

semoga Allah merahmati setiap perjalanan kita....

**abg, ida ada kat srawak.... bintulu. jap lagi kang b r dpt th skolah mn n kemungkinan tiada lagi catatan ida....**

Secret Writer said...

Takziah pada keluarga yg meninggal, semoga mereka pasrah dgn ketentuan dan cekal menghadapi hari yg mendatang

dr itu! said...

salam takziah kepada keluarga arwah..