Saturday, February 7, 2009

Cake vs Problem...

Kek harijadi atau kek perkahwinan biasanya tidak sekecil kek lapis apollo (60 sen).

Kek harijadi atau kek perkahwinan ini biasanya bersaiz besar ~ bergantung kepada jumlah orang yang hendak makan. Dan biasanya juga, kek itu bukanlah kek yang sebarangan. Ada yang buat kek aiskrim, ada yang buat kek berkrim coklat, ada yang buat kek berwarna-warni ~ yang penting sedapnya mesti lebih sedap dari kek yang dijual di kedai runcit.. **apa-apa pun saya paling sukakan cis cake secret resepi... hmmm nyum! nyum!**

Tetapi apabila dipotong kek itu, kita biasanya hanya akan menerima sepotong yang kecil - krimnya hanya sejalur yang nipis dan keknya sekali masuk mulut sudah boleh habis. Kadang-kadang kita akan tanya - kek sikit punya besar tapi kenapa kita dapat sepotong yang kecil sahaja?

Ada di antara kita akan memulangkan semula potongan kek yang kecil itu. Ada yang akan berkata - kalau bagi sikit-sikit, lebih baik tidak payah dipotong kek itu. Makanlah seorang-seorang. Atau dengan nada yang lebih sopan ~ tidak apalah, saya sudah makan tadi. Dan barangkali, itulah kali terakhir kita dijamu kek oleh tuan punya kek itu.

Masalah manusia ini ada yang sekecil kek lapis apollo, ada yang jauh lebih besar dari kek harijadi.

Tetapi masalah manusia ini juga kadangkala dilayan seperti kek ~ dipotong dan diberikan kepada orang lain. Bezanya manusia menggelarkannya sebagai berkongsi masalah. Dan berkongsi masalah ini sama seperti membahagikan kek ~ biasanya yang diberi adalah potongan yang kecil sahaja...

Tidak ramai orang yang berpuashati dengan hanya tahu sedikit sahaja daripada masalah orang lain. Contohnya kalau orang itu sakit, kita seboleh-bolehnya ingin tahu dari bagaimana orang itu boleh jatuh sakit sehinggalah apa ulasan terkini doktor. Bukan hanya setakat tahu orang itu sakit apa...

Dan tidak berpuashati itu bukanlah kerana 'ingin menjaga tepi kain'. Seperti menonton cerita, kita mesti tahu pendahuluan dan penamatnya dan bukan hanya cerita di tengah-tengah. Kerana kadang-kadang kita berpendapat ~ jika kita tahu apa sebenarnya masalah yang orang lain hadapi itu, kita akan mengusahakan sesuatu untuk menolong.

Tetapi sebenarnya kita tersilap.
Beberapa hari lepas... saya didatangi kawan yang mahu berkongsikan masalahnya. masalah tentang cinta, masalah tentang duit, masalah tentang kerja, masalah tentang keluarga. Tetapi semuanya pun diceritakan secara 'sekadar memberikan tajuk' sahaja. Disuruh diceritakan secara terperinci, langsung terus dijawab "tidak ada apa-apa". Ditanya kenapa, dijawab "tak payahlah kau tahu."

Kecuali kawan-kawan, saya tidak faham mengapa antara ahli keluarga sendiri pun masih mahu berahsia-rahsia. Jika diberitahu pun, itu bukan cerita yang sebenar. Jika diberitahu pun, itu sudah selepas semua orang lain tahu. Kadang-kadang saya akan bertanyakan ini kepada diri sendiri "kenapa saya hanya diberi sepotong kek yang kecil?"

Tuan punya kek itu memberikan sepotong kecil keknya kepada kita kerana kita datang ke majlis harijadi atau perkahwinannya. Walaupun tujuannya untuk dimakan, kadang-kadang tuan punya kek itu tidaklah peduli dengan apa yang hendak dibuat dengan sepotong kecil kek yang sudah diberikan kepada kita itu; asalkan kek itu tidak dibaling ke mukanya...

Begitu juga dengan orang-orang yang mahu berkongsi masalah dengan kita. Mereka memberitahu kita ~ walaupun sedikit, masalah mereka kerana kita adalah 'orang-orang' di dalam hidup mereka. Walaupun tujuannya untuk meminta nasihat, tetapi mereka kadang-kadang tidak peduli dengan nasihat yang akan kita berikan. Kadang-kadang mereka tidak pun minta dibantu. Mereka memberitahu masalah itu kepada kita supaya kita tidak mendatangkan masalah yang sama kepada mereka..

Jika mahukan kek yang lebih besar, pergilah beli sendiri. Jika mahu tahu sangat tentang masalah orang, pergilah cari masalah sendiri....

tak paham betul aku....





oh ya.. keluar topik sikit. Ada orang kata yg suka melompat-lompat tu katak (merujuk pada sesorang yg melompat baru-baru ni)... Tapi, sekarang ni bukankah dalam kumpulan dia sendiri dah ada 2 ekor katak... ish!! 2 ke?.. bukan 3 ekor katak ke?... errr... korang yg cakap ya, bukan saya yg cakap.... (kesian tau jadi katak, takut mati nanti pun jadi mati katak) - tak paham? tak apa...



12 comments:

Tirana said...

Chime..saya tak kisah..andainya orang bagi sepotong kek kecil pun saya terima asalkan dia ikhlas nak bagi..hehehe..

Begitu juga dengan masalah..andainya ada yang datang kepada saya untuk menceritakan masalah dia, saya sediakan telinga walaupun dia tak cerita habis. Kadang2 yang curah masalah tu bukan minta nasihat atau minta tolong selesaikan cuma dia nak orang dengar aje..supaya hatinya tenang dan tenteram..hehehe

AiE bAhRi said...

Abg chime,
saya suka mnerima komen dan nasihat abg chime.Memang betul buat masa ni saya perlukan sokongan dan kata2 peransang dari orang lain.Mungkin betul abg chime kata..kita kena tgk org yg lebih teruk dugaannya berbanding yang kita alami.

Tapi tak semudah tu abg chime..Baru 7 hari 'bapak tidur untuk selamanya'.Tapi masih terasa kehangatan ciuman yang ayah berikan bila saya pulang ke kampus.

Bagaikan mimpi.Tersedar dan terfikir bahawa bila2 sahaja Allah boleh menarik nikmat yang kita ada.

Tq abg chime atas segala kata2 peransang yang abg chime berikan.Sekarang saya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang anak, ketua keluarga (jawatan sementara yg diamanahkan bila abg saya tiada di JB) dan sebagai seorang ayah suatu hari nanti.

a.b geldofg said...

bgus lagi babi kan...tk mlompat...myndol


aku suka cis kek juga;)

i.am.me. said...

ye..kadang2 kite perlukan teman pendengar..walupun tiada yg dapat ditolong...sekadar tolong dgr je...err....

saya pun suke bereksperimen ciskek!

tp...

tak pahamla cerite katak tu...

addyaholix said...

saya syukur walau cuma diberi sepotong kek kecil. itu tandanya saya masih diingati. walaupun cuma sepotong yang kecil, tapi saya tetap dapat daripada langsung tak dapat. manusia itu pelbagai bang!

saya juga kadang-kadang begitu. sebab saya manusia biasa yang biasa-biasa.

notaAddy : saya suka cheese cake secret recipe jugak. nanti belanja saya haha!

:: Wiween :: said...

herrk....org ngah diet balik nih dia p citer pasal kek lak. seb baik ade makud tersirat! esok kita blaja psl muffin lak yek cikgu??


*err..kompius sapa cikgu sebenanrnya nih??

AiE bAhRi said...

Selesai sudah majlis tahlil arwah bapak yg ke 7 hari.Mengalir air mata tatkala membaca surah yasin yg disedekahkan untuk arwah.

Jiran tetangga ada memberi kek sebagai pencuci mulut untuk para tetamu.Teringat kaitan kek yg abg chime ceritakan ni.

Diziarahi dengan kehadiran seorang ustaz saya semasa sekolah rendah cukup meruntun kalbu saya.Saya dipeluk erat menandakan saya sebak kerana ustaz saya juga rapat dengan arwah.Saya tak cukup kuat bila menceritakan saat2 bagaimana bapak tiada.

Ditadahkan telinga ustaz untuk mendengar tiap luahan saya, cukup membuatkan saya rasa puas dan kuat untuk menghadapi hari2 yg mendatang.Ustaz memberikan saya sepotong hadis berkenaan kematian dan apa yg perlu saya lakukan ialah kuatkan semangat dan bila teringat sedekahkan al-fatihah pada arwah.

InsyaAllah.

Tapi saya memang tak bersedia lg untuk melupakan segala barang arwah kerana kebanyakan baju arwah terutamanya t-shirt biasa dan baju melayu kami adalah sama...

Al-fatihah.

cDeeAbdulRazak said...

Ermmm walaupun hanya sepotong kek yang kecil, kita masih boleh menikmatinya kan... patutnya kita bersyukur coz masih menerima dan menjadi bahan rujukan..

anggaplah kita sebagai medan untuk melepaskan kebuntuan yang berbuku dihati mereka... sekurang-kurangnya kita dapat meleraikan kekusutan yang dialami, walaupun terkadang ianya masih kusut lagi...

cD setuju ngan pendapat bro.. nak kek besar g la beli sendiri.. jom makan kek...

Bro Framestone said...

dulu kalau xsalah aku la kan..kek apollo tue harga 30sen je

Unknown said...

daripada kek hingga ati n perasaan...
hurmmm...satu bende yg berbeza...tpi dpt d sama ertikan..

tiap kali bro Chimera buat n3...mesti membuatkan aku jeles ngan hasil penulisan beliau...
ade je isi2 mendalam...

Keri AlHaj said...

tirana - saya pun sebenarnya tak kisah juga dgn apa yg diberi... kalau tak beri pun tak apa... tapi kadang2 tu tak puas hati bila dtang kat kita pastu cakap "aku ada masalah" bila ditanya apa masalah di jawab pulak "tak apalah"... haa... tu yg buat tak puas hati sikit.

aie - saya pun senang jugak kalau aie nak dgr nasihat saya... saya tahu keadaan aie sekarang memang sht rumit... sabar byk2 ya dik... tuhan bersama org yg sabar... doa byk2 utk bapak... al fatihah byk2 jugak utk dia... semangat mesti mau kuat... menangislah salalu kalau perlu tapi jgn ditunjukkan tangisan tu pd adik2 yg lain... jadilah cth pd adik2 ya...

ab - betulllll.... bagus lagi babi. kalau kita terpegang pun, samak dgn air tanah bersih balik... tapi katak-katak ni memang tak tetap pendirian.

miechi - teman mendengar tu sentiasa perlu ada utk kita bercerita...
tak paham ke cerita katak... tak apalah.

addy - hmmm... setuju dgn addy. manusia ni mcm2...
uih! cis kek saya belanja addy bayar... heh

ween - tgh diet ke???? bukan ke ari tu ada kek coklat apa ke benda ntah nama dia tu... yg secret resepi jugak tu... kannnnnn...

Keri AlHaj said...

aie - bukan saya nak suruh lupakan arwah... tapi pada saya kalau barang2 arwah yg masih ada akan mengundang rasa sedih pd aie dgn adik beradik yg lain... ada baiknya di simpan dulu.. sampai satu masa bila semua dah pulih.. aie bolehlah keluarkan balik... - sekadar bagi pendapat je...

cD - saya pun kadang2 suka jugak bila jadi temapat luakan perasaan.. tapi yg tak berapa sukanya bila yg diluahkan tu tak abis... nak menasihat pun tak boleh.. nak dengar pun tak berapa paham... hmmmm...
jom makan kek... nak belanja ke?

framestone - tak sialap saya memang 3posen pun... sekarang dah mahal.

ejam - hahah.. tak de apalah yg nak dijeleskan... gaya penulisan masing2. ejam pun ada kelebihan yg lain jugak kannn...