Friday, February 20, 2009

Boss

Petang tadi dapat satu panggilan telefon dari Hairi... seorang kenalan - Telefonnya utk bertanya khabar dan menyampaikan berita - huhu... kali ni dia ajak saya mengumpat boss dia... hadoiiii...

Saya tak akan menceritakan tentang boss saya, sebab dia adalah sebaik-baik boss yg pernah wujud di muka bumi ni **ish! bunyi ayat macam nak bodek je**

Tipikal bos ialah orang yang serius dan tegas. Walaupun ada bos yang suka bergurau-senda dengan orang yang bekerja di bawahnya, bilangannya adalah sedikit kerana adalah penting untuk bos menjaga reputasinya. Kata orang kalau diberi muka, nanti dipijak kepala. Sebab itu bos tak berkongsi meja atau bilik dengan orang di bawahnya. Bos ada bilik sendiri. Bos ada komputer yang paling laju di pejabat ~ walaupun dia hanya guna komputer untuk baca emel.

Pekerja bawahan akan melihat bos sebagai pahlawan, cendiakawan dan kadangkala dermawan. Pahlawan kerana berani berjuang untuk dapatkan apa juga projek yang kadangkala dilihat sukar nak dapat, cendiakawan kerana bijak berkata-kata dan seolah-olah serba-serbi tahu ~ walaupun kadangkala apa yang dia cakap itu adalah ayat yang kebetulan dibacanya daripada buku. Dermawan hanyalah pada musim-musim perayaan atau hujung tahun di mana bos akan memberikan bonus. Walaubagaimanapun pekerja bawahan melihatnya, bos adalah selalu betul dan dalam kebanyakan kes, pekerja bawahan adalah selalu salah.

TETAPI.... bos juga manusia.

Seberapa hebat pun dia di mata pekerja bawahan, dia juga punya kelemahan. Dia mungkin paling berkuasa untuk membuat keputusan tetapi tidak semua keputusannya betul. Dia mungkin garang seperti singa tetapi ada ketikanya dia boleh menangis seperti bayi. Dia mungkin tahu segalanya tetapi sebenarnya dia tidak tahu apa-apa.

Yang pentingnya bos juga akan buat silap.

Mengikut cerita dari Hairi yang menelefon saya - Hari ini ialah hari yang tidak boleh berlawak jenaka yang bukan-bukan dengan bos sebab hari ini boss dia menunggu keputusan mesyuarat untuk satu tender yang telah dikejarnya sejak dia memulakan syarikat ini. Ceritanya sudah banyak duit dihabiskan untuk melobi. Apa juga keputusannya, boss nya itu hanya mahu mendengar berita gembira.

Lebih-lebih lagi semalam dia mendapat berita tidak gembira. Kerana sedikit salah-faham tentang definisi lesen pengguna, sebuah syarikat enggan membuat bayaran untuk kerja-kerja yang sudah siap. Ia sudah boleh diduga kerana syarikat ini kerap menangguhkan tarikh pembayaran tetapi boss itu sedikit terkejut kerana ia dilakukan oleh seseorang yang telah dianggapnya sebagai kawan.

Dua contoh ini meringkaskan semua kelemahan bos. Dia bijak untuk bertindak secara menang-menang untuk mendapatkan projek ~ laburkan banyak duit untuk melobi dan dapat projek ratus-ratus ribu sebagai balasan. Tapi mungkin dia terlupa ~ jika dia boleh "membeli" projek itu dengan wang, tidakkah orang lain boleh berbuat yang sama? Akhirnya siapa yang memberi yang paling banyak, dia itulah yang akan dapat.

Semua pelanggan akan dianggap sebagai kawan. Dengan kawan kita tidak perlu berkira sangat. Maka kita akan melakukan sesuatu kepada kawan kita ini adakalanya secara percuma. Ini adalah strategi yang baik untuk memenangi hati pelanggan. Tetapi pelanggan adalah kawan hanyalah jika dia sudah membuat bayaran. Tidak ada duit, kita tidak berkawan. Seseorang yang berniaga patut tahu tentang ini. Bos tidak sepatutnya mudah tertipu begini.

Dan saya terus mendengar Hairi membebel. Katanya bossnya telah membuat pelaburan yang tidak bijak. Tapi yang telah buat keputusan ialah seorang bos. Yang habiskan duit ialah bos. Yang akan tanggung semua akibat ialah bos. Yang akan membetulkan keadaan juga bos .

"Aku ni kuli... jangan haraplah cakap aku dia nak dengar". suara hairi begitu sayu sejurus sebeum menamatkan perbualan...

Kalau tak ada kuli mcmana nak wujud bosss....


*************

hmmm... Oh ya... Kepada 'Penderhaka-penderhaka' dan kepada penentang-penentang penderhaka'... Apalah sangat derhaka kepada Raja tu... Raja juga Manusia... sampai masa ajalnya akan sampai juga, di cabut nyawa juga, di soal dikubur juga... kaannnn...
saje je lah nak bagitau "Derhaka dengan Allah lagii teruk tau???? ".... Allah kata buat, kenalah buat. Kalau disuruh tinggal kenalah tinggal. Dan hukum Allah semuanya sama. Baik kepada rakyat biasa Mahupun kepada Raja... Wajib kepada rakyat, wajib juga kepada raja. Haram kepada rakyat, haramlah juga kepada raja... tak ada beza...
Makanya... tak payahlah ikat kepala dgn kain kuning pegang sepanduk kononnya nak Agungkan Raja lebih dari nak agungkan Allah...
Raja takkan dapat selamatkan kita bila kena soal dalam kubur nanti...

- huh! bukan sekadar melompat... bab membodek pun handal....

apa-apalah...




Tak pernah anggap Hang Jebat sebagai penderhaka... kerana segala tindakannya menentang raja demi menegakkan keadilan...


11 comments:

Tirana said...

Chime..kak tirana jadi 2nd boss dalam rumah..hehehe.. Bila boss no1 tak ada, boss no2 yang ambil tanggungjawab..bukan senang tau jadi boss. Kalau tak terpaksa, rasanya mau letak jawatan..hehehe... Banyak perkara yang boss kena fikir. Sebab tu lah agaknya kebanyakan boss rambut di kepala tinggal sedikit..hahaha..

Cuba check kepala Sultan2 dan raja melayu..ada rambut ke tidak.. Kalau ada maknanya jadi Sultan tak sesusah jadi boss..ekekeke..

easzasif said...

hmm....tiba2 terasa macam ada sedikit ketakutan untuyk melangkahkan kaki ke alam pekerjaan...banyaknya persediaan ment6al dan emosi yang diperlukan..semoga adalah ruang kerjka untuk ez bila sudah menamatkan pengajian nanti...ameen;

ab geldofg said...

mgata org memang bst

AiE bAhRi said...

Abg chime,
Mmg susah sebenarnya untuk menjadi boss.Segala keputusan harus dibuat dengan betul.Tapi kadang kala keputusan yang dibuat tidak memuaskan hati semua pihak.Tapi bila kita berada di kedudukan boss, tidak bermakna keputusan orang bawahan kita tidak boleh ambil.

Baru tahu betapa beratnya mengambil alih sebagai "boss" dalam keluarga sejak peninggalan arwah bapak.

addyaholix said...

saya taknak komen banyak pasal boss. sebab boss saya dah tahu saya punya blog. dan katanya dia pernah baca blog saya. haha!

buat puan ida, kalau puan baca yang ini lah. bila gaji nak naik? haha!

ASYIQ said...

Kami pulak tengah seronok kerana bos baru bersara. Semua orang kat tempat keje sekarang termasuk yang kecik dan beso adalah `bos`
La la la la....

chimera said...

kak tirana - betul jugak ya... byk bos kepala licinkan... kena fikir byk rupanya...
ish! nak cek kepala soltan??? nak cari nahas cubalah buat... hahahaha




eazasif - tak perlu takut... tak ada apa yg perlu ditakutkan. kalau dpt boss garang pun, kalau dia tgk kita buat kerja ok... dia tak kan nak marah...
InsyaAllah - akan ada peluang kerja utk ez nanti... percaya pd rezeki ok...



ab - heheheh... buat dosa memang best...



aie - hmmmm... sesi latihan awal tu. nanti esok2 lepas abis studi betul jadi boss, pangalaman serba sedikit dah ada.... lepas ni nak berumahtangga pulak... kena jadi boss keluarga yg betul2 punya... semua perkara yg berlaku ada hikmahnya...



addy - saya pun tak nak komen pasal boss saya... sebab boss saya memang pembaca blog saya jugak... tapi tak mo mintak naik gaji, pasal baru je naik gaji baru ni... mekasih bossss... heheh




asyiq - salam kenal ya....
huhuhu... seronoklah sementara ada peluang ni kan... esok dah dpt boss baru - siaplah korang... hahahaha... moga akan dpt boss baru yg baik-baik mcm boss saya jugak

eQbalzack said...

boss?? kadang2 ada staff yang over drp boss!!

nasib abg eq tgh study leave...so 2 tahun takde boss...tapi kena mengadap lecturer la plak...

Kos Serani said...

Betul awak cakap tu Chime, kadang Boss ni bukanlah tau sangat, Its happen dia bawa aku pegi tapak projek jumpa client,dia cakap itu ini...so confident jawab bila client tanya, pastu bila dah dapat projek, dia lepaskan kat aku, katanya dia bukan tau...hari tu dia nak dapatkan projek tu jer...so dia bla2 cakap benda teori jer

Shitsurei shimashita said...

jadi bos best wo! tp lagi best jadi supervisor.. bos hentam kita hentam org bawah kita. org kutuk kita kutuk bos...leh ke gitu

chimera said...

bang eQ - hmmm... kadang2 pulak ada staff yg suka mnyendeng2 dekat bosss... kiaps sana, kipas sini... memang meluat betullah... dok studi lagi ke???... bagussss... tapi mengadap lecturer lagi ok sikit dr ngadap boss kan...


kos - hahaha... kira mangasa keadaan lah ni ya... tak pe.. sabar... diakan bosss...



shitsurei - best ke jadi supervisor.. lagi best jadi superman..... errr, tak baik kutuk2 bosss... nanti kena tulah.. haaa