Tuesday, March 31, 2009

Kita adalah kuat

Malam yang telah lewat ni... seperti biasa biar badan telah lelah.. mata semakin layu... Minda tetap seperti itu... seperti selalu. Terus bergolak menari-nari... Diamnya bila hanya mata dilelapkan...

Sebelum saya tamatkan masa berjaga saya untuk hari ini, mahu saya sampaikan satu cerita.. moga ada gunanya... moga ada iktibarnya, moga punya pengajarannya...

Saya mulakan dengan kisah yang terasa memberi kesan di hati.

Petang tadi... sepulangnya dari kerja, ketika tiba di rumah dalam segala kelelahan... lelah badan, jiwa dan minda. Biasanya dalam kepenatan itu saya akan capai apa sahaja bahan bacaan untuk relakskan minda... Dan selalunya untuk tujuan seperti itu, saya memilih bahan bacaan ringan... cerita-cerita kanak-kanak, cerita-cerita haiwan, komik-komik (Koleksi-koleksi lama 'pedang setiawan') atau apa sahaja yang boleh rehatkan kelesuan minda... Semoga dalam kepenatan itu saya masih boleh mendapat manfaat... Dan ya, moga dapat dikongsi bersama...

Saya capai sebuah buku... ntah siapa yang punya... anak saudara saya barangkali. Yang saya kira punya nilai motivasi yang bagus untuk diterjemahkan. Sebuah kisah haiwan bermotivasi... Tajuknya "Kisah Anak Singa"...

Sedikit sedutan dari kisah itu...
Al-kisah, di sebuah hutan, ada seekor anak singa yang kematian ibu. Anak singa itu semakin hari semakin lemah tanpa perlindungan dari ibunya.
Beberapa waktu kemudian ada sekumpulan biri-biri melintas kawasan itu.

Anak singa itu mengerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu biri-biri tergerak hatinya dan merasa kasihan melihat keadaan anak singa tersebut. Lalu timbullah rasa simpati untuk melindungi anak singa tersebut.

Si ibu biri-biri menghampiri anak singa tersebut lalu membelai dengan kasih sayang. Kerana dapat menikmati kehangatan kasih sayang begitu, anak singa tersebut tidak mahu berpisah dengan ibu biri-biri. Dan dia pun mengikut ke mana sahaja ibu biri-biri itu pergi. Dan jadilah dia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan biri-biri itu.

Hari terus berlalu, dan anak singa itu semakin besar di bawah asuhan dan lindungan ibu biri-biri. Ia hidup dalam kumpulan biri-biri. Ia menyusu, makan, minum dan bermain dengan anak-anak biri-biri dalam kumpulannya. Tiada sebarang beza dengan anak-anak biri-biri yang lain. Ia sama sekali tidak merasakan dirinya seekor singa sehinggalah telah besar dan dewasa.

Suatu hari, berlaku satu tragedi. Seekor serigala buas masuk memburu ke kawasan biri-biri untuk mencari makan.

"Kau singa! Cepat lawan serigala tu, cukup dengan mengaum sahaja, pasti serigala tu akan lari ketakutan!" Kata ibu biri-biri kepada anak singa yang telah kelihatan gagah itu.

Tatapi anak singa yang sejak kecil hidup di tengah-tengah kumpulan biri-biri itu turut takut dan berlindung di belakang ibu biri-biri. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembek sama seperti biri-biri lain. Bukan mengaum.

Anak singa itu tidak mampu buat apa-apa ketika seekor anak biri-biri yang merupakan saudara sesusunya, diterkam dan dibawa lari oleh serigala.

Ibu biri-biri sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala. Ia pun memandang anak singa itu dengan rasa marah.

"Sepatutnya kau boleh membela kami! Seharusnya kau boleh menyelamatkan saudara kau diterkam dan dibawa lari oleh serigala jahat"

Anak singa itu hanya menunduk tidak faham apa yang dikatan oleh ibu biri-biri. Dia sendiri berasa takut kepada serigala sebagaimana biri-biri yang lain.

Beberapa hari berikutnya serigala jahat itu datang lagi memburu biri-biri untuk dimakan. Kali ini ibu biri-biri pula yang diterkam serigala. Biri-biri lain semuanya tidak dapat menolong. Anak singa itu tidak sanggup melihat ibu biri-biri yang dianggap ibu sendiri diterkam serigala. Dia pun mengais-ngaiskan kaki sambil menghalakan kepalanya ke arah serigala seolah-olah dia punya tanduk. Melihatkan tingkah laku anak singa itu, serigala maklum di hadapannya adalah singa yang bersifat biri-biri. Jadi telah tiada bezanya dengan biri-biri.

Anak singa itu cuba menyerang.. dia menyerang seumpama biri-biri menyerang iaitu dengan cara menerjang untuk menanduk. Tetapi dengan hanya menghayunkan kaki depannya serigala tersebut berjaya mencakar wajah anak singa tersebut.

Anak singa itu rebah dan mengaduh kesakitan. Biri-biri lain hanya menyaksikan dan ibu biri-biri pula merasa hairan kenapa singa yang besar dan gagah itu tewas kepada serigala.

Serigala terus menyerang anak singa itu, sehinggalah hampir membunuh anak singa tersebut. Pada saat-saat kritikal itu, ibu biri-biri yang lemah itu tidak sampai hati melihat anak singa yang dijaga sejak kecil menjadi korban serigala - dengan sekuat tenaga menanduk serigala sehigga serigala itu terpelanting. Dan anak singa itu dapat bagun kembali.

Ketika itu seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang sangat hebat.
Semua biri-biri ketakutan, anak singa itu turut merasa takut dan serigala jahat yang menyerang itu telah melarikan diri.

Anak singa itu ketakutan. "Jangan bunuh aku! jangan!" rayunya.

"Kau anak singa, bukan anak biri-biri... aku tidak akan bunuh kau."

Anak singa itu menjawab "Tidak! aku adalah anak biri-biri, tolong lepaskan aku."

Singa dewasa sangat hairan. Bagaimana pula anak singa boleh bersuara biri-biri dan bersifat seperti biri-biri. Dengan geram dia menyeret anak singa itu ke sebuah tasik. Dia mahu menunjukkan siapakah sebeneranya anak singa itu.

Sebaik tiba di tasik yang tenang dan jernih airnya, ia menyuruh anak singa itu melihat bayangnya, dan sebaik melihat bayang dirinya sendiri dan dibandingkan dengan singa dewasa.
Sebaik melihat bayangnya sendiri, anak singa terkejut "Kenapa rupa dan bentuk ku sama seperti kau... sama seperti singa."

"Sebab kau adalah seekor singa, bukan biri-biri" Tegas singa dewasa itu...

"Jadi! aku bukan biri-biri? Aku adalah singa?"

"Ya! kau adalah singa. Raja hutan yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Biar aku ajarkan kau bagaimana mahu menjadi raja di hutan!" Kata singa dewasa.

Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya penuh wibawa dan mengaum dengan kuat. Anak singa itu cuba meniru. Dia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ, serigala yang mendengar ngauman anak singa melarikan diri dengan lebih kencang apabila mendengar ngauman hebat anak singa.

Anak singa berteriak kemenangan. "Aku adalah singa. Raja hutan yang perkasa."
Singa dewasa pun tersenyum gembira mendengarnya...

ok... kita tamatkan kisahnya di situ... tidak perlu diceritakan bagaimana kesudahan cerita bagaimana anak singa membalas budi ibu biri-biri yang melindunginya...


Saya tertarik dgn kisah teladan ini. Ya! kisah-kisah kanak-kanak juga punya nilai moral dan pengajaran yang bagus untuk iktibar bersama..
Mungkin juga antara kita, punya persamaan dengan anak singa dalam kisah ini. Sekian lama hidup tanpa tahu jati dirinya dan potensi hebat yang ada dalam diri.

Betapa ramai antara kita yang menjalani hidup seadanya sahaja - ala kadar. Hidup terbelengu oleh siapa dirinya. Hidup dengan tawanan rasa malas dan lemah, langkah yang penuh ragu dan gamam. Hidup tanpa semangat hidup yang sepatutnya. Hidup tanpa kekuatan nyawa terbaik yang dimiliki.
Saya suka memerhati orang sekeliling saya juga untuk dijadikan contoh dalam kehidupan. Antara mereka, ada yang telah temui jati diri. Hidup dengan dinamik dan prestasi yang bagus. Faham apa tujuan hidup dan bagaimana seharusnya dia hidup. Semakin besar rintangan yang ditempuh, semakin besar semangat untuk menaklukinya.

Tapi! bukan sedikit juga yang hidup seadanya sahaja. Hidup dengan apa yang ada dan tidak punya arah yang jelas. Tidak faham tujuan hidup.

Saya selalu dengar orang bertanya "Apa princip hidup kamu?"... dan ada yang menjawab selamba berfalsafah "Saya jalani hidup ini seperti air yang mengalir... biasa saja."

Tapi sayangnya mereka tidak benar-benar faham falsafah 'air yang mengalir'... mereka tidak faham hidup berkualiti. Sebabnya mereka tidak tahu siapa mereka itu. Tidak tahu apa potensi terbaik yang Allah anugerahkan kepada mereka. Boleh jadi mereka itu adalah 'BIRI-BIRI' yang tidak tahu dirinya sebenarnya adalah 'SINGA". Mereka menganggap mereka "BIRI-BIRI" sebab selama ini bergerak dan hidup dalam kawanan "BIRI-BIRI" dan tidak pula cuba untuk berubah.

kenapa tidak berubah?

Kerana mereka tidak mahu berubah.

Kerana mereka tidak tahu, mereke harus berubah.

Kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk berubah.

Kerana mereka sudah biasa hidup dengan pasrah. Tanpa rasa untuk bangkit dari keluh kesah. Bagai telah diwariskan turun temurun.

Antara kita... sama ada kita sedar atau tidak, tidak terkira ramainya orang-orang yang hidup bermentaliti "BIRI-BIRI" meskipun mereka sebenarnya adalah "SINGA".
Ramai yang gerun terhadap bangsa lain... Sama seperti gerunnya anak singa yang bersifat biri-biri ketika berhadapan dengan serigala dalam kisah ini.

Kita adalah singa dewasa yang punya kekuatan yang hebat. Bukannya sekawan "BIRI-BIRI". Apabila keupayaan itu muncul dalam jiwa kita. Maka kita mampu tunjukkan kapada semua bahawa kita adalah "SINGA" yang tidak dpat diperlekehkan. Tapi malang sungguh bila masih ada yang berpendapat diri mereka umpama "BIRI-BIRI". Dan lebih menyedihkan lagi apabila ada yang menyedari diri mereka adalah "SINGA" tapi masih memilih untuk hidup seperti "BIRI-BIRI" Sebab sudah terbiasa hidup sepert "BIRI-BIRI", lalu menjadi malu pula untuk menjadi "SINGA". Malu untuk maju dan berprestasi.

Dan lebih mendukacitakan lagi... mereka yang memilih untuk kekal menjadi "BIRi-BIRI" itu pula mahu orang lain turut menjadi "BIRI-BIRI" seperti mereka. Mereka tetap mahu menjadi "BIRI-BIRI sebab merasa tidak mampu menjadi "SINGA" dan merasa sudah selesa menjadi "BIRI-BIRI". Menyedihkan pula, bila mereka tidak mahu orang lain menjadi "SINGA".. bahkan mereka mahu orang lain menjadi "BIRI-BIRI" yang bodoh juga... - dan ya! jangan lupa... ada juga yang memilih untuk menjadi katak - diperbodohkan oleh bapak katak.

Kenapa kita tidak mahu hayati diri kita sebagai "SINGA". Allah telah berikan maklum bahawa kita adalah ummat terbaik di muka bumi ini. Ummat MUHAMMAD SAW adalah ummat terbaik. Jadi marilah kita bermentaliti sebagai Ummat terbaik....



Firman Allah
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia. Kamu meyuruh berbuat segala perkara baik, dan melarang segala perkara yang salah, serta kamu pula beriman dengan Allah." - (Ali Imran: 110)




20 comments:

Tirana said...

Chime..bagus cerita ni..boleh tak kak tirana copy dan masukkan ke blog kak tirana? Nak suruh anak-anak baca. One of my kids suka baca blog kak tirana maklum la blog tu penuh dgn cerita budak-budak..hehehe.. Kak tirana suka simpan cerita-cerita macam ni untuk dijadikan bahan berfikir dan dibuat pengajaran.

Ad Rifza said...

Hmm bagus cerita tauladan ini...kenapa tidak disudahkan ceritanya...interested nak baca lagi..hehe..
Tapi tergelak time singa mengembek..kih3x..
Bagaimana pula jika manusia itu terpaksa menjadi biri2 kerana terlalu sayangkan orang lain?..hmm

eiza in the house.. said...

bestnya..tgh bygkan msa nak tido chime bacakan citer tu kat eiza..wah mesti lena tidur ku..hehehe

Ejump said...

ejam adalah singa!! ( waicheh~~ tetibe je ejam nie.. )

besh kisah tauladan tu...
kisah mcm mengenai org yang masih d takuk lama...yang hidupnya masih d bawah ptempurung...

bak kate bro chimere..
"kenapa tidak berubah?

Kerana mereka tidak mahu berubah.

Kerana mereka tidak tahu, mereke harus berubah."


hidup ini... kenapa ya?..
@_@"

chimera said...

kak tirana - silakanlah klau nak copy.. jgn lupa wang royalti, hahahah.. ok tak. gurau je.. ambiklah kak. benda baik ni perlulah kita sebar-sebarkan... moga memberi kesedaran...




ad - panjang lagilah nak abiskan ad.. dah ngantuk dah masa tulis tu.
Kalau kita sayangkan org lain, kenapa kita perlu jadi "biri-biri" kenapa kita tak ajak org yg kita saya tu utk sertai kita menjadi "singa"... itukan lebih baik.





eiza - kalau saya baca citer tu masa nak tido, saya takut saya pulak yg tertido dulu... heheh...




ejump - ejump adalah teddy bear.. yg cute tu.. heheheh... kidding.
perubahan itu perlu... dari perkara buruk kepada yg baik.. dari baik kepada yg lebih baik...

hidup ini... kenapa ya?? kerana telah ditentukan begitu.. so, hadapilah segalanya dgn kuat.

addyaholix said...

saya mahu jadi biri-biri yang hidup dalam kawanan singa =)

kalaupun saya masih kekal biri-biri, saya mahu punya kekuatan sehebat singa. saya mahu hebat. sebab saya penat menjadi biri-biri yang cuma nampak comel tapi langsung tak punya kekuatan untuk dibanggakan.

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

membaca selepas abis mengajar anak manusia..hehehe..

tq, rileks ckit minda ni.. ;)

:: Cikgu Wiween :: said...

ehem ehem abg batman da keluar dr lembah jiwang masuk ke lembah motivasi. Macam ni baru bagus. :P :p

ASYIQ said...

Alahai...tgh sedap2 baca terputus la pulak...

...mesti part balas jasa tu ada unsur sedih...

Dah ngantuk la tu...nnti smbung bleh tak? Anak2 kak pun suka crita2 mcm ni.

chimera said...

mel - ko ni ngape... dah ngidam nak makan telor itik masak lemak agaknya...



addy - biri-biri dlm kawanan singa?? eh... boleh ke? bukan ke biri-biri tu makanan singa... hidup dlm kawanan singa lagi mudah nak jadi mangsa singa... walaupun punya kekuatan mcm singa tapi singa tetap memandang biri-biri sebagai biri-biri yg diciptakan sebagai makanan mereka...




adam - hahah. mudah-mudahan memang mampu relakskan minda...





ween - alah... kejap je tu... esok jiwang balik tu... tunggulah kalau tak caya...




asyiq - errrr... ceritanya telah tamat disitu lah... heheheh... ntah papelah sape yg tulis citer tu.. napelah bagi citer tergantung. buat org tertanya-tanya je... huhu

:: Cikgu Wiween :: said...

ya mmg percaya. alam kejiwangan dan abg batman mmg x dapat nak dipisahkan. kena buat pembedahan plastik baru boleh. kehkehkeh

chimera said...

haha... baguslah cikgu ni.. mudah memahami perasaan nak murid...

pu3 balqis said...

huhu..nice post..

dir&fara said...

ye!! kite perlu berubah!! erkkk.. over plak.. tapi serius ni bang, dir dah mule jadi ejen jual perfume plak skang.. hehe.. macam2 kan dir ni? asalnye keje ngan ffamily, tapi sempat lagi part time keje kat workshop.. pastu jadi ejen jual perfume.. hehe..

:: Cikgu Wiween :: said...

eh baca lagi skali baru terpikir nak komen benda lain.

ehhhh abg batman pandai bahasa rimau gua cakap lu! bahasa pokok ke belum pandai sangat asyik silap mengeja aje. gagagagaga

~~ ms. libra ~~ said...

adakah akhirnya, anak singa tu mkn adik2 tiri dia? mcm sedih je kalo camtu... :(

chimera said...

pu3 balqies - thanx.. mekasih sudi singgah...





dir - bagussss... ada wawasan... suka cari peluang.. parfume pun ok.. esei miyaki ada jual tak... saya pulak sekarang ni tgh rancak dgn projek ayam kampung yg dekat2 1000 ekor tu... ada bela itik telor jugak, tapi baru ni kena serangan penyakit pulak... byk je yg mati... tak pe... ujian... kena berani tanggung risiko kalau nak berjaya kan...




ween - bahasa singalah ween... bukan rimau... nanti kita buat citer lain pasal rimau pulak... tak mo lah belajar bahasa pokok.. takut kena hantar masuk sepital.. haha





sue - takkk... bukan gitu kesudahan dia. kesudahannya dialah pelindung kepada seluruh kawanan biri-biri kat hutan tu...

Shitsurei shimashita said...

hebat cerita ini.
memang benar kita membentuk mereka, dan juga dibentuk oleh persekitaran mereka,
maka terbentuklah mereka dgn pa yang dialami sendiri mereka
mereka adalah nasil pembentukan kita sendiri

chimera said...

shitsurei - maka berhati-hatilah ketika membentuk... satu ketika kita akan dipertanggungjawabkan dgn apa yg kita bentuk

ladyeena said...

setuju sgt ngan chime... kekadang kite dah bergerak, berubah.. tapi masih belum cukup cpt. kekadang kite harap org bergerak dan berubah secepat rentak kite, tapi.. susah.

btw, citer yg bagus utk dikongsikan. penghayatan yg baik. seperti selalu =)