Wednesday, April 29, 2009

Aku ingin

aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan kata-kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu

aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada...

28 comments:

addyaholix said...

aku ingin mencintaimu dengan sederhana.
dengan jiwa yang mungkin punya cela.
cinta dalam hati yang buatkan tidur tak lena.

Andrew N said...

hah... pandai pulak ko buat entri pendek ya... kalau tak, berjela-jela je cerita dia... ni utk disambung ke... ok... mari aku musnahkannya...

aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan kalimat yang tak sempat disampaikan rinai hujan kepada cahaya
yang menjadikan jaluran cahaya melengkung 7 warna... (huh... ok latuhhh)

sharamli said...

aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan hati yang kusut
0tak yang serabut
mata yang hampir tertutup..

ya...sy adalah mengant0k...
nite wak..
muahaha

AniS GalaXy said...

pendek je n3 kali nie bro
kalo x slalo anis ambik mase gak la membaca..kekdahnya..huhu

nie kene smbg kan ker puisi jiwang bro chime nie..huhu

Ad Rifza said...

Aku ingin menyintaimu dengan sederhana..
dengan kata-kata yang tidak sempat terpancar dek kerana lajunya pancaran pelangi yang wujud dengan tiba-tiba..

Aku ingin menyintaimu dengan sederhana
dengan alunan muzik yang lari tonasinya dek kerana bakat yang sememangnya tidak ada..

Aku ingin menyintaimu dengan sederhana
dengan banyaknya telur tembelang yang ada kerana ibu ayam tidak tahu mengeram..haha..

Itik ayam ok boss?semuanya sihat2?..hehe

Keri AlHaj said...

eh.. sambung2 pulak ya.. ok saya sambung balik.

aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan ungkapan yg tidak tersampaikan oleh sungai yg mengalirkan air ke muara.. yang mempertemukan dua perbezaan rasa... ibarat sebuah pertembungan budaya.


oh ya... ayam ok je... itik je yg tak ok ad... huh. dah makin pupus

a.b geldofg said...

dan maaf kalau ada bnci dlm aku mcintai mu

angahz said...

hohoho pandai jugak chime berjiwang yer ahaks!!!

addyaholix said...

aku ingin mencintaimu dengan sederhana.
ya, aku cuma mahu mencintaimu.
terus dan selalu mencintaimu!

Andrew N said...

aku ingin menyintaimu dgn sederhana..
dengan ungkapan yg tak pernah disampaikan deru angin kepada dedaunan, lalu berguguranlah merata dan berserakan...

hallamek... apesal aku makin handal ni...

Keri AlHaj said...

aku ingin mencintaimu dgn sederhana
dengan tanda yg tak bisa digoreskan deru ombak kepada lautan... yang menjadikan pasir putih sebagai hamparan tempat menghempas kekusutan...

Andrew N said...

addy... addy mahu terus cintai siapa tu... adik saya ke, adik chime tu... haha

:: Wiween :: said...

aku ingin mencintai seorang vampire. *eh buleh pulak gitu eh???*

addyaholix said...

ni yang saya tengah pening kepala ni bang mel. susah nak memilih antara dua. adik abg mel atau abg chime. tapi kuota memang empat kan? kalau sayang dua-dua boleh? haha!

Andrew N said...

boleh je addy... adik saya dgn adik chime... saya pulak... pilih adik addy dgn adik chime jugak - tapi adik yg lain lah, takkan nak kongsi adik yg sama kan... chime pulak - tak payahlah sebab dia dah ada 'org belah sana',,, ok tak formula gitu

Keri AlHaj said...

woit... main pilih-pilih adik pulakk... ehh.. kan dah kira adik beradik dah tu... sumbang muhrimmmm...

addyaholix said...

bang mel, bang chime.
saya dah pening!
kepala dah ting tong. haha!

Andrew N said...

ting tong? mabuk laut ke addy...

Keri AlHaj said...

eh.. mana ada mabuk laut... mabuk air jambulah... hahahahahah..

Andrew N said...

mabuk air jambu? majlis dia baru ni bagi hidang air jambu kot... tu yg mabuk tu.. hahahahha

Keri AlHaj said...

air jambu beshh apa... campur sekali jambu air dgn jambu batu tu... perghhh... hehe... seb baik addy tak ajak kita sekali mel. kalau tak dgn kita2 sekali mabuk jambu... hahaha

Andrew N said...

woittt... apa jambu2 nihh... berani ko kutuk adik aku yg jambu tu... siap ko.....

Keri AlHaj said...

laaaa...mana ada aku kutuk adik aku yg jambu tu... kan kita dok citer pasal air jambu...

mel... lepas ni tak risau sgt dah... kita dah kurang sorang pesaing...

Andrew N said...

aku tahu... sebab adik kita tu dah dpat award 'Jambu'.... so, gelaran hensem tu dah jadi rebutan kita berdua dah lah...

Keri AlHaj said...

itulah dia... ko pun dah takde peluang nak rebut award 'jambu' tu...
kalau ko nak jugak, ko boleh rebut award jambu dalm kategori 'jambu batu'... hahahah

addyaholix said...

apa yang jambu-jambu ni bang chime? haa bang mel. cuba marah sikit bang mel tu. asyik kutuk saya jambu je. buatlah apa yang patut. piat telinga tu sikit ke. haha!

siapa cakap hilang sorang pesaing dalam merebut gelaran? award jambu tuh award sampingan je. saya masih dalam list untuk bersaing merebut kejuaraan ok. tiada istilah mengalah. haha!

Keri AlHaj said...

ehhh.. mana ada kutuk.. kan tgh dok puji tu, bangga tau dpt adik jambu ni.. mesti selalu kena puji punyalah.

uh. nak rebut lagi ke. kata hari tu dah mengalah... lepas dpt anugerah jambu, terus semangat nak tanding semula... hmmmm

addyaholix said...

saya bukan jambulah. diulangi saya bukan jambu. saya dah mula jadi hijau ni. itu tandanya saya marah. haaa cepat mintak maaf cepat. siapa cakap abang tak boleh mintak maaf dengan adik? haha!

ok saya tak bertanding. bagi peluang buat abang-abang pulak. saya jadi juri boleh? haaaa cepat ambil hati saya bang kalau nak markah lebih. haha!