Friday, April 10, 2009

Takdir kita berbeza


Ada sedikit kerumitan saya selitkan pada cerita kali ni.. lebih berupa kesedihan sebenarnya..
Nasib dan takdir kita memang berbeza… engkau telah ditentukan bahagian engkau… dan aku telah ditentukan bahagian aku.. kelainan takdir itulah menunjukkan betapa Maha Kuasanya Allah...
berat atau ringan.. sikit atau banyak… segala ujian yang Allah timpakan pada kita hamba-hambanya adalah bersesuaian dengan keupayaan kita menanggungnya… dan hikmah disebalik setiap yg diciptakan… Hanya Allah juga yang tahu.

Bukan mahu mengeluh atau meratapi nasib… tapi sekadar ingin kongsikan derita…
Tidak!! Derita itu bukan milik saya… bukan tertimpa di atas saya… tapi pada seorang kenalan lama… yang saya kira usianya tidaklah terlalu tua (walaupun lebih tua daripada saya)…
Sekali lagi, sekadar ingin kogsikan derita… Meski pun tak akan sama dengan yang merasa – kerana seberat mana pun mata memandang… di bahunya juga tergalas beban…
Berkongsi, sambil menyelami perasaan dan pengalaman hamba Allah yang sedang diuji olehNya….


Setelah hampir setahun (barangkali – tidak tahu jangka masa yang tepat – mungkin juga melebihi setahun) dia bergelut dengan kesakitan yang amat dan dengan segala macam kesukaran., sedang pada waktu yang sama masih cukup kuat tauhid dan tawakalnya kepada Allah s.w.t. dalam pada dia menanggung derita kesakitan… sekali lagi, dia disahkan pula mengidap kanser hati (peringkat awal)…

Penyakit asal yang sedang dideritai tiada juga tanda berkurangan, biarpun telah menjadi penghuni hospital – sehinggalah dia disuruh pulang sahaja setelah segala prosedur perubatan moden gagal memberikan perubahan positif….
Namun bagi MOHD MAHADI, dia tidak mahu ‘berlepas’ begitu sahaja….

Masih disandarkan harapan dan baik sangka kepada Allah SWT. Dalam situasi yang semakin tak pasti… Dan dalam munajat yang makin lazat dirasai… Dalam pasrah yang semakin tidak berbelah bagi… Namun, andai perjalanan sudah hampir mencecah garisan penamat, beliau memang benar-benar telah sedia… tidak ada keluh tidak ada kesah dari bibir pucatnya jauh sekali sangka-sangak buruk pada Allah yang maha kaya… Tidak ada… Betapa sabarnya dia… betapa cekalnya dia.. betapa tabahnya dia… dan betapa pasrahnya dia…

Menatap satu persatu wajah anak-anaknya yang berusia 4 ke 11 tahun semasa jenazahnya dimandikan, tidak menampakkan lorek-lorek luka dan kecewa… Sudah lebih setahun mereka menyaksikan derita sang ayah… sedih nestapa bagai tidak tergamak menggores hati.
“Andai kematian lebih baik untuk ayah! Kami relakan… Sudah terlalu lama ayah derita… Cukuplah!...” -

“Bila hari Jumaat? Lambat lagi ke?”… Dia bertanya kepada seorang kenalan yang baik yang selalu menziarahinya – seminggu sebelum kematiannya.

“Hari ni.. Jumaatlah.” Jawab kawannya itu.

“Saya ni lahir dulu hari Jumaat… Kalau boleh nak pergi pun Jumaat juga…” Katanya lagi.

Ajal datang menemuinya selepas zohor hari Khamis - 9 April 2009 (semalam) … Di mandi, dan disempurnakan sehingga dikebumikan pada malam itu juga (malam tadi)… Malam Jumaat, beliau sudah berada di alam barzakh… Mudah-mudahan dikira terkabul jugalah satu-satunya hajat yang amat bermakna buatnya, setelah banyak hajat yang lain tidak kesampaian lagi…

“Kalau dah sihat nanti… saya nak qadha solat..” keluhnya lagi pada kawan yang sama.
“Rasa tak sempurna solat duduk dan baring macam ni.”

“Tak apalah… Awak bukan tak solat. Awak sakit, awak dah tunaikan solat cara orang sakit.. Bukan awak tak solat.. Allah maha tahu.”


Setelah setahun (lebih) menanggung derita – Ujian tanda rahmat dan kasih sayang Allah… Akhirnya tamatlah kisah yang mengharukan ini. Sampai ke mati – pergantungan dan penyerahan kepada Allah sangat mengkagumkan.
Mudah-mudahan sakit yang dideritainya benar-benar membasuh segala dosa dan mengangkat lagi darjatnya di sisi Allah SWT.

Mudah-mudahan kepulangannya ke hadrat Allah menepati sepertimana seruan di dalam al-Quran “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai.” (al-Fajr: 28)..

Dan…
Untuk kesekian kalinya…
Hanya sebuah al-Fatihah yang dapat dikirimkan sebagai hadiah….

Al-Fatihah….. (Untuk Allahyarham Mohd Mahadi - Yang menderita kerana sakit Barah Usus)








15 comments:

addyaholix said...

moga arwah bahagia dan damai disana insyaallah!

apalah sangat yang saya lalui kalau nak dibandingkan dengan derita arwah selama ini. mungkin yang saya tanggung cuma sekelumit dari sengsara yang arwah pendam selama hayat. mungkin apa yang saya lalui terlalu kecil. ya, saya yakin mungkin lebih kecil dari sekecil-kecil zarah. setahun bukan sekejap. dan bagi yang menanggung derita, sesaat saja sudah umpama bertahun lamanya. inikan pula setahun. saya mampu bayangkan. dan saya faham. dan alhamdulillah arwah mampu bersabar dan yakin itu semua dari tuhan dalam menguji imannya. saya tahu arwah kuat. dan moga kekuatan arwah itu ada dalam diri saya.

saya tersentuh bila arwah mengatakan mahu qada solatnya. seolah tak sempurna kalau berbaring. moga pengorbanan arwah dibalas setimpal di alam yang baru insyaallah. sesungguhnya selepas mati, masih ada kehidupan. yakni kehidupan yang kekal dan hakiki.

entri bang chime yang ini buat saya merenung kembali hidup saya yang saya rasa terlalu banyak kurangnya. moga saya mampu terus hidup dengan sesuatu yang mampu saya banggakan kelak. insyaallah.

al-fatihah dan doa buat allahyarman mohd mahadi. moga arwah ditempatkan bersama para sahabat. al-fatihah!

:: Cikgu Wiween :: said...

takziah buat arwah kawan chime. moga ditempatkan di syurga Allah. InsyaAllah..:)

Tirana said...

Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh yang Esa...

Ad Rifza said...

Moga ROH nya dicucuri rahmat Allah..Insyallah...

~~ ms. libra ~~ said...

takziah buat keluarga arwah...moga roh arwah ditempatkn di kalangan golongan yg soleh...terkesan di hati bila membaca arwah ingin mengganti solatnya kerana rasa kurang sempurna...walhal su yg sihat walafiat ni..... "sigh....

AiE bAhRi said...

Takziah dan al-fatihah untuk arwah.
Moga dia lebih aman di sana.Amiinn..

chimera said...

addy - begitulah kita... bila sesekali diberi ujian bermacam-macam hal bermain dlm fikiran - tiap kali ujian yg agak-agak berat, cubalah ingat bahawa ada org yg lagi teruk diuji... dengan cara tu, insyaAllah kita boleh fikir balik, bahawa yg menimpa kita tak lah seteruk mana... (selalunya saya gunakan cara tu)...

kalau addy tgk arwah semasa hayatnya... memang mengharukan. saluran najis utk dia buang air besar tidak boleh berfungsi - jadi, di bahagian perutnya di tebuk dan disambung dgn satu kantung yg gunanya utk keluarkan najis... dan dia bergerak ke mana-mana bersama kantung tersebut... (saya sebak bila ingatkan itu).. tapi dia tak merungut langsung... kesabarn jenis apa yg dia miliki... ya, saya juga harap kekuatan arwah ada dlm diri saya..
byk yg buat saya tersentuh.. bukan setakat niatnya nak qada solat sahaja... dia pergi tinggalkan byk pengajaran berguna, bahawa kita ni jauh lebih baik keadaannnya dari sesetengah manusia lain..



ween - AMINNN!!! mudah-mudahan dia akan terus ke syurga...





kak tirana - Ya.. mudah-mudahan begitulah...





ad - InsyaAllah...




su - bukan setakat sue... saya pun... kadang2 guna alasan sakit utk tak bersolat... huh!!





aie - AMINNN....

addyaholix said...

saya selalu harap saya mampu kuat. sebab saya tahu ada yang lebih malang dari saya. memang kadang-kadang bila sakit belakang datang balik, saya selalu minta mati. walaupun saya tahu itu dosa. sebab seolah tak hargai kehidupan yang Dia beri untuk setiap kita. saya pernah menangis seorang diri dalam bilik menahan sakit. rasa tak tertanggung, tapi alhamdulillah saya tetap juga sihat. saya selalu ingat itu antara ujian dari Dia untuk saya. cuma kadang-kadang bila emosi melebihi semua, saya hilang pertimbangan untuk berfikir waras. sebab saya cuma manusia biasa bang!

[S]itie [B]Um [B]Um said...

takziah..

a.b geldofg said...

al fatihan........hidup di sana lagi mdamaikan

azizi said...

salam

semoga rohnya bersama org2 yg dikasihi dan diredhai. Allah sayang dia. Dibersihkan segala dosa.

* keep on writing.

chimera said...

addy - addy memang mampu utk lebih kuat.. bila sakit belakng tu datang.. memang sakit sangat ya?? - yakin dgn janji Allah yg dah tentukan setiap penyakit ada ubatnya (kecuali mati).. cuma ubat tersebut addy belum temui lagi... bawak-bawaklah pergi berurut ke... mana tahu kot2 ok...
kita sama je addy, bila dah ditimpa sakit yg agak2 berat sikit, mulalah fikir cara tak waras...





siti - ya.. takziah utk keluarga arwah




ab - mudah-mudahan dia damai di sana...




azizi - salam... Ya.. Allah sayang dia.. dia aman kat sana.. InsyaAllah...

W. Hidney said...

good thing will come to those who wait... ingat tuh

Sufi Idany said...

Al-Fatihah utk Arwah...semoga pemergiaanya menamatkan derita...semoga keluarga tenang dna terus cekal tanpa Arwah....

Nasib dan takdir tidak sama kerana semuanya sudah di tetapkan..... ada titis di tubir mata..... byk yang wat ida sayu 2 3 ari ni.....

chimera said...

hidney - ya... akan saya ingat sentiasa..



ida - ujian ke atas kita memang berbeza mengikut keupayaan kita menanggungnya... sabar byk...