Saturday, May 16, 2009

Bukan Sebarang Jasa...


Entri ini saya tujukan khas untuk cikgu Wiween, Kak Lawa, Kak Asyiq, Ustaz Adam, Puteri Ezza, Sufi Idani, Azza-irah, ... dan semua guru-guru yang membaca blog saya juga kepada semua guru di seluruh Malaysia....

Sepuntung Dian, Serangkai Intan...

Profesi ini...
Tetaplah terus menjadi inspirasi,
digemari dan diminati
meski di hadapan ternanti...
aneka cabaran yang menguji,
barangkali juga bertali-tali
menuntut ketulusan hati
agar segalanya nanti
berharga di sisi Ilahi
Semoga DIA akan membalasi... dengan ganjaran yang tinggi.

Profesi ini...
tetaplah terus disanjung dan dihargai
kerana kita mengerti
bahawa jasa, pengorbanan dan bakti
yang telah mereka taburi
banyaknya tiada terperi
bukan ringgit warisan budi
membentuk warisan generasi
agar segak berdiri... dihiasi sahsiah dan jati diri.

Profesi ini...
tetaplah terus disayangi, dicintai dan dikasihi
kerana kita sebenarnya mengakui
merekalah yang banyak memberi
sedangkan sedikit dibalasi
mereka juga sering dilibati
jika krisis moral generasi
semakin menjadi-jadi
sedangkan senario terkini
yang disebut globalisasi
banyak mencorak mempengaruhi
menyumbang nilai-nilai tidak murni
justeru kita juga harus fahami
dan bersama mengawasi
kerana tugas ini... tanggungjawab setiap diri.

Profesi ini...
Tetaplah terus dikagumi dan dihormati
kerana kita menyedari
hakikatnya mereka adalah nadi
di dalam tubuh pertiwi
menjana bangsa bermula dari umbi
kerana...
bukankan sebelum mencecahkan kaki ke tangga universiti
atau berpenat meraih rezeki
awalnya perlu dahulu mengenal A, B, C
atau alif, ba, ta, - huruf-huruf jawi
perlu pandai mengira, mencampur, darab, tolak dan bahagi
di samping tidak melupai
didikan berakhlak terpuji
membentuk peribadi berbudi pekerti
kerana...
walaupun tamadun melangit tinggi
andai akhlak menyapu bumi
sedikit pun tidak beerti

Profesi ini...
tetaplah terus dibanggai dan disyukuri
hingga tersemai keinsafan di dalam hati
bahawa mereka yang berada di bidang ini
sungguh beruntung sekali
ilmu dan tunjuk ajar diberi
semoga menjadi jariah selepas mati
bukankah di sana nanti
segala-galanya tidak berguna lagi
selain iman dan amal bakti........

Sesungguhnya bukan sebarang jasa...
Seorang Insan bergelar GURU

- chimera 2009


dan bersempena hari guru ini... saya tuliskan juga sebuah sajak tulisan Allahyarhan Usman Awang yang sangat saya gemari... kepada semua guru yang pernah mendidik saya sehinggalah saya menjadi "manusia" seperti sekarang.... Hanya Allah akan membalas segala jasa baik kalian. juga kepada semua guru di Malaysia...

Guru Oh Guru (oleh Usman Awang)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


SELAMAT HARI GURU.. Untuk mu cikgu-cikgu insan yang mulia..... moga terus berbakti dengan tabah.

17 comments:

ASYIQ said...

Chimera,

Syukran atas N3 ni...sedih pulak ada kawan2 yang menghargai jasa guru.

Akak copy entry ni untuk kenang2an di blog akak.

Alahai....speechless.

Ad Rifza said...

Aikk kebetulankah sajak yang sama..hehe..
Takpe untuk guru2 kan..hehe..
Selamat Hari Guru bagi guru-guru yang membaca blog Chime..

Sufi Idany said...

Selamat Hari Guru Ida....ehehehe.

nice puisi yang abg wat tu.... nak wat tanda kenangan laa...

p/s : sorry abg laam tk tinggal jejak kat kamar abg ni.... bkn tk nak...selalu baca je.... then nk tinggal jejak tenet kt dlm utan ni salu wat poblem.... tensen gua.... uhuhu....

Keri AlHaj said...

hidney - saya tak pernah jumpa dia lagi walaupun sgt kagumi dia... tapi hari tu terserempak dgn A samad Said kat pesta buku...




kak asyiq - sama2... guru memanglah perlu dihargai tak kiralah siapa pun dia.
Ya... copilah. diizinkan... rasa berbesar hati juga kalau akak nak letak hasil tulisan saya kat blog akak...




ad - hahaha... sajak tu memang glamer. Dulu masa ada persembahan hari guru masa sekolah dulu, sajak tu lah yg saya deklemasikan.



ida--- selamat hari guru....... ok, mcm mana saya boleh tak senaraikan nama seorang guru yg tabah di pendalaman sana ni, sedangkan nama ida pun ada jugak dlm fikiran saya utk disenaraikan. ok. saya dah senarikan semula....

hahaha... tak pe.. sabar jelah byk2. ida dah sudi baca pun dah memadai... hehe.. selamat hari guru sekali lagi, semoga terus tabah mendidik anak bangsa di sana...

sharamli said...

selamat ari guru jgk

:)

:: Wiween :: said...

wuuuu mekasey abg batmanku. terharu secara tiba-tiba. besh sajak tu!

air mataku yg mahal pun jatuh 8,9 titik. (~_~) *sob*

Sufi Idany said...

Hahah...touching laa abg td tk der pun lg nama sufi idany tu.... apapun thanks....

Puteri Ezza said...

Terima kasih Abang Chime. Terharu sangat adik abang ni tau.

Keri AlHaj said...

sharamli - selamat hari guru...




ween - see, berjaya menjatuhkan air mata yg mahal walaupu 9 titik... tak pe, saya akan usaha lagi bagi jadi 10 titik pulak.



ida - tadi tu terlalai kot. minatak maaf atas keterlalaian...



ezza - tak de apa-apa pun dek. sekadar menghargai golongan yg berjasa ni saje.... moga terus berbakti sepanjang masa... selamat hari guru ezza...

::alifdalmim:: said...

bnyk2 tajuk entry pasal ari guru..title ni la yg paling best...hehehe

erm, trima kasih..susah2 je watkan sajak utk sy...hahaha..

tq2..[sy dpt bnyk adiah arini..] ;p

addyaholix said...

hebat sajak abang. sejuk hati tiap guru yang baca. boleh jadi seniman la kalau macam ni bang. haha!

dibelakang setiap insan, pasti ada seorang guru yang berjasa!

saya ada tulis satu entri dan sajak juga buat guru. tapi tiba-tiba laptop habis bateri. habis hilang tak sempat nak save. malas nak taip balik sebab semua saya tulis secara spontan. haha!

dan selamat hari guru untuk abg chime jugak. sebab banyak yang saya belajar dari tulisan-tulisan abg =)

eqbalzack said...

bangga woo000 jadi cikgu ni...hehe

eqbalzack said...

chimera...send abg eq email, bley?

i.am.me. said...

woww....

Keri AlHaj said...

adam - selamat hari guru, saya cuba carikan title yg terbaik utk di sesuaikan dgn bakti insan-insan berjasa ini... jasa yg bukan sebarang jasa...
hadiah???... anugerah cikgu paling bergaya tu yg best sekali kan... heheh...



addy - blh jadi seniman.. hahaha. addy makin pandai membodek lah. Saya akan cuba sedaya upaya utk jadi mcm Usman Awang... memang terlalu jauh nak kejar... tapi saya akan sentiasa kejar... tapi kaki saya dah lenguh.
Uih... sajak utk cikgu. cubalah try salin balik... saya nak baca jugak. - selalunya saya, kalau sajak-sajak yg agak2 elok sikit saya tulis dlm file lain dulu. pastu baru copy paste masuk kat sini.
selamat hari guru utk addy jugak. Hakikatnya kita semua adalah guru. mendidik diri sendiri utk tidak buat perkara jahat juga merupakan tugas pendidik... walaupun terhadap diri sendiri... errr... yelah kot


abang eq - haha... saya tahu. dulu, lepas habis sekolah saya pernah jadi cikgu jugak. GSTT kat sebuah sekolah menengah. budak2 pompuan suka sgt... maklumlah dpt cikgu hensem heheheheheh... muda pulak tu. (muda pd masa tu lah. sekarang ni dah sedang-sedang dah)
ok.. nanti saya bagi email tu. nak buat apa bang...



miechi - errrr... apakah maksudnya itu. Teruja melihat saya yg semakin hensem kah?? heheheh

arazma said...

slamat ari guru..

addyaholix said...

ya. saya setuju. kita guru pertama untuk diri sendiri. semua terletak atas keputusan kita sendiri. =)

salin balik? tulis secara spontan bang. dah lupa apa yang saya tulis. tunggulah untuk tahun depan =)