Wednesday, May 6, 2009

Cabaran Minggu Pertama

**Entri ini merupakan satu tugasan yang diberi oleh yoyoh.com dalam satu cabaran menerima kritikan**

***Setiap blog ada sejarahnya. Ceritakan di blog masing-masing, sejarah bermulanya anda dalam dunia blogging. Nyatakan kategori blog anda dan mengapa anda memilih kategori tersebut. Gunakan kreativiti anda.

***Saya tidak pasti dengan jelas sangat bangaimana blog saya boleh bermula... Saya boleh nyatakan ia bermula begini.

Pertamanya - terdorong oleh rasa ingin mencuba disebabkan pengaruh rakan sekeliling
Bila rakan-rakan di sekeliling saya (di tempat kerja) menceritakan tentang keseronokan memiliki blog, dan kebanyakan dari mereka telah memulakan langkah ke dunia maya ini. Lebih menarik lagi.. menurut mereka, selain dari tempat untuk menulis pelbagai perkara yang kita suka, sama ada untuk melepaskan sebarang rasa suka atau duka, sebagai diari atau tempat rujukan resepi atau apa sahaja, blog juga boleh menambahkan kenalan antara kita di alam maya dan tentunya juga boleh dibawa ke alam nyata... - dan ya! salah seorang kenalan bloger saya - menemui jodohnya melalui blog...

Kedua - Kerana minat saya dalam bidang penulisan.
Saya mengimpikan untuk jadi seorang penulis tersohor (InsyaAllah)... Jadi, pada saya... untuk menulis, perlu ada sesuatu yang boleh mendorong saya untuk menulis dan perlu ada ruang juga untuk saya 'merekodkan' segala tulisan saya. Pada saya, semua itu boleh dimulakan dengan...... mempunyai catatan harian seperti di blog, multiply, dan website personal... di mana, di ruang ini kita bebas menulis apa yang kita ingin rasakan.. dan kita alami setiap hari. Ia sebenarnya mampu melatihkan diri kita menjadi lebih efektif terutama bagi mereka yang ingin menjadi penulis.

Ketiga - Saya gemar memotivasi diri saya melalui tulisan saya sendiri (selain dari membaca buku-buku motivasi dan blog-blog berunsur mativasi juga)...
Ya... selain memotivasi diri sendiri, semoga hasil tulisan saya juga boleh memberi motivasi kepada orang lain biar pun sedikit. Maka dengan itu terbinalah sebuah laman blog saya sendiri atas sebab tiga perkara ini... Saya tidak pasti bilakah tarikh awal blog saya lahir.. tapi bila merujuk pada entri pertama saya yang bertarikh 7/8/2008, saya meletakkan itulah tarikh blog saya wujud di alam maya ini.

Kategori blog...

Saya tidak bijak mengkategorikan blog saya ini dari kategori apa. Tapi beberapa kenalan maya yang selalu membaca tulisan-tulisan saya (terima kasih) - mereka mengatakan blog saya blog berinformasi dan bermotivasi... mudah-mudahan begitu (saya selalu berharap begitu). Walaupun apa yang saya tuliskan di sini tidak semuanya berunsur motivasi, tapi saya kira, sebahagian besar darinya memang punya nilai-nilai motivasi (setidak-tidaknya kepada diri saya sendiri) - jadi saya memilih kategori bagi blog saya sebagai blog motivasi... (moga tidak dianggap keterlaluan dan moga pembaca-pembaca bersetuju juga meletakkan blog saya dalam kategori ini)...

Kenapa saya memilih kategori ini... Ya!.. sebab saya dah nyatakan antara sebab saya berblog adalah kerana saya mahu menulis... dan sebab saya mahu menulis adalah untuk memotivasi diri sendiri...



- saya budak baru belajar... kalau salah tolong tunjukkan

10 comments:

sharamli said...

sedikit sbyk mem0tivasikan diri dan jgk 0rg lain :)

addyaholix said...

saya bermula dari dorongan seorang teman baik yang menggalakkan saya untuk menulis. dia tahu saya mampu menulis berbanding diri saya sendiri. sehingga sekarang saya masih belajar untuk menulis.

ya. saya setuju. blog abang berunsur motivasi abang chime. banyak membuatkan saya berfikir tentang hidup dan diri sendiri. juga berkaitan manusia lain. ada sesetengan tulisan abang turut mempengaruhi hidup saya.

Andrew N said...

wahhhhhhhh.... addy dah menunjukkan wajah..... habislah kita chime..... jambu siotttttttt.... hahah

Keri AlHaj said...

sha - mudah-mudahan begitu...




addy - halllaamekkkkkkkkk... dah bertukar wajah... siap glases besar gerabak lagi tu... hensemm siottt... eh! hensem pulak... jambuuu siott.

Hmmm.. bijak kawan addy yg tau kebolehan addy dalam penulisan. kalau tidak rugi je kebolehan yg ada tak ditonjolkan.
ya.. semoga tulisan saya memang punya motivasi kpd org lain juga. bukan pd saya semata-mata..



mel - tak lah.. ni pertandingan menulis karangan darjah 5... tidak melebihi 350 patah perkataan... tak nak join ke.

itulah dia, sekali adik kita ni keluar dgn bergaya sekali... abislah kita... kena kuatkan lagi benteng pertahanan ni...

Tirana said...

Dari gaya tulisan, kita boleh kenal perwatakan seseorang...betul ke? Kak tirana rasakan begitu.. Chime memang seorang yang tinggi motivasinya..(bukan bodek tapi kenyataan)..Minat kita hampir sama.. Kak tirana pun suka baca buku2 motivasi.. Bukannya apa..untuk memotivasikan diri sendiri..

bozzobattousai said...

bozzo buat blog pasal dah ada broadband kat umah...senang...

addyaholix said...

bang mel,
haha. ada berani? uihh jambu jugak ke? ok nanti saya tukar. letak yang tak jambu. letak yang betik pulak. haha!

bang chime,
saja pakai glasses sebab nak tutup parut yang kena tetak dengan parang dekat mata tu. jugak nak lindung lebam bawah mata yang hitamnya dah macam buntot kuali. haha!

ya dari dia saya belajar menulis. dari sokongan dia saya mula berkarya(kalau tulisan saya boleh dikategorikan sebagai karya), dari dia saya kembali suka membaca, dan dari dia juga saya berjinak dengan sastera, sajak dan puisi bang. padahal masa sekolah itu yang paling saya benci. haha!

dan saya cuba belajar untuk tulis sesuatu yang bermotivasi. macam abang chime jugak =)

:: Wiween :: said...

haa mendengar kata pun murid bernama zairul nih. Baru karangan dapat A!

Chayokk blog berinformasi penuh motivasi! (^_^)

Keri AlHaj said...

kak tirana - saya tinggi motivasi??? uhuk!! rasanya sebab saya tak berapa bermotivasilah jadi saya selalu kena baca buku2 motivasi.. hehe.. ye kak. minat kita hampir sama... sebab tu saya jugak suka baca blog kak tirana - sebab blog kak tirana pun tak kurang juga nilai2 motivasinya.. menyampaikan motivasi melalui cerita.



bozzo - haha... betul tu. rugi je ada brodband kalau tak buat blog kan.




addy - hmmmm... sebab tu ke pakai glasses. tapi rasanya mata ada taklah teruk mana sgt pun. kesan parut pun tak menjejaskan apa-apa... dan kesan lebam hitam? baru epas bertumbuk ke??
hmm.. tentunya dia tu istimewa orgnya sehingga semuanya addy nak mula kembali disebabkan dia...
bagus addy... bykkan membaca - dgn tu horizon peikiran jadi luas utk menulis dan berkarya... teruskan... saya bagi sokongan...





cikgu - haaa!! bukan senang nak tgk budak zairul tu dengar kata cikgu dia tau... degil budak tuuu...
seb baik dpt A... ni yg buat zairul tu nak dengar kata cikgu selalu ni...

chayokk jugak blog diari yg kelakar menghibur hati... heheheh

addyaholix said...

ya. dia antara teman paling hebat!