Saturday, May 23, 2009

Selamat Hari Ibu

Apakah sudah terlewat untuk saya ucapkan ucapan itu kepada ibu saya dan ibu-ibu semua??? Tidak!!! Kerana setiap hari adalah hari ibu....


Gambar hiasan : Flickr.com


Petang semalam... Sufian - seorang sahabat - yang bertugas sebagai bomba di Johor - dan memang telah lama tak di temui - tiba-tiba menjengahkan wajah di hadapan pintu rumah... Gembira saya bukan sedikit. Dia antara sabahat yang saya rindui.

Macam-macam cerita yang dibawa... suka, duka... sedih, gembira... cemas, lega... - tugas sebagai bomba memang menjanjikan pelbagai pengalaman hebat yang tak akan semua antara kita dapat rasainya...

Sambil-sambil berbual ketawa... tiba-tiba dia terdiam sebelum membawa satu kisah. Pilu dan menyayat hati sekali... Keajaiban kisah dari rasa kasih seorang ibu.

Cerita dari Sufian - mengingatkan saya pada kisah "ibu monyet" yang saya tulis sempena hari ibu yang lalu yang saya salin semula dari buku "U-Turn Ke jalan Lurus" hasil tulisan ustaz Zul Ramli... Cerita tentang 'Kuasa Fitrah' ibu yang mahu dikongsi bersama oleh seorang pemilik dusun durian yang menembak seekor ibu monyet. Diceritakan bagaimana monyet itu ketika meraung kesakitan, darah sedang mencucur deras, kesakitan merayap di segenap saraf dan sendi, pada luka yang dalam dari bekas peluru pula berbuih terbaur darah pekat bercampur lendir kesakitan yang tidak mampu dibayangkan, namun pada saat itu ketika anaknya yang bergayut pada tengkoknya meruang katakutan si ibu telah menarik anaknya dan diberikan susuan, Hanyir darah dan gempita kesakitan tidak dapat memisahkan antara kasih ibu dan anaknya.. Sungguh tragis itu yang datang dalam sebak rasa saya bila mula-mula membaca kisah ini.

Kisah yang dibawa Sufian hampir sama tapi versi yang berbeza - Dia kongsikan pengalamannya sebagai anggota bomba yang sering berhadapan dengan keadaan gawat lewat kemalangan ngeri dan bunyi geruh nafas akhir serta wajah-wajah kematian.

Saya kongsikan cerita beliau:
Pada sebuah kemalangan dahsyat di satu lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta dan sepasang suami isteri dan seorang bayi, kereta hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksima. Kereta remuk sepenuhnya, di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya pada stering terlungkup dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.

Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya yang tersepit di situ terkapit antara tempat duduknya dan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat. Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tercucuk-cucuk dalam kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahunya pula patah , tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya.

Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat (dan yang membawa bayi tersebut kepada si ibu adalah Sufian sendiri) bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat. Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya. Dalam seribu kepayahan si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya. Dalam saki baki nafasnya itu ia memeluk anaknya, merangkul erat dan diberikan lautan kasih sayang dalam aliran air susunya. Kasihnya seputih susu seorang ibu dan dalam nafas samar dan dada berombak si ibu berangkat pergi buat selama-lamanya… meninggalkan anaknya bersama secebis kisah ajaib tentang kasih seorang ibu pada anaknya.

Pastinya kisah tersebut sangat mengugah perasaan kerana sepanjang penceritaannya saya perasan ada butir-butir jernih di tubir mata yang ditahan dari terus tumpah - tentunya, kerana dia menyaksikan sendiri setiap bait-bait kisah yang berlangsung.

Tragisnya kisah ini. Ia begitu menyayat rasa, dalam nafas yang dalam saya berfikir tentang harga kasih seorang ibu.

Begitulah seorang ibu, Allah memberikan mereka ‘rahim’ kerana mereka kaya dengan kasih sayang. Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadi dan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.

Namun hukum alam bagai telah tertulis, ketika kita sedang berada di puncak putaran hidup sedang mereka pula meratah usia kian merangkak tua. Mereka tidak lagi bernafsu untuk makan seperti kita dan kegembiraan begitu tercatu buat mereka pada usia begini.

Namun mereka punya memori indah dengan kita. Kita yang digomol sewaktu kecil sehingga dengannya kita tidak merasa kesunyian. Ketika demam mereka juga tidak tidur sepanjang malam menjaga. Ketika ketakutan mereka memeluk erat menenangkan kita sehingga boleh melelapkan mata. Ketika membesar, kita meminta itu dan ini, kita mungkin mendapat semua atau sebahagiannya, tetapi kita tidak pernah tahu cerita di sebalik semua itu mungkin ada kesukaran yang tak diceritakan. (Saya pernah terjumpa seorang ibu yang saya kenal sedang menangis tersesak-esak di sebuah masjid kerana tidak punya wang yang cukup untuk membayar yuran yang diminta oleh anaknya sedang dia tidak punyai jumlah wang itu dan dia tidak memberitahukan ini kepada anaknya...) Itulah yang mereka ada, memori dengan kita.

Tetapi malangnya memori itu hanya di pihak mereka sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana kita sedang sibuk dengan urusan semasa yang tak pernah habis habis.

Di titik perselisihan inilah menjadikan mereka terabai. Mereka melalui hari-hari yang kosong tanpa ingatan anak-anak, melalui malam malam sepi tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru terasing dunia yang tidak meriah membilang baki-baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain pula buat selama-lamanya.

Peritnya mereka di penghujung hidup sedang warna hidup kita meriah sekali, dengan tawa ria rakan-rakan dan limpahan kesenangan yang gemerlapan.

Marilah bertanya, bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka?

Bilakah kali akhir kita mendoakan mereka setulus hati?

Bilakah kali akhir kita menuturkan sayang dan rindu pada mereka ?

Bilakah kali akhir kita ambil berat tentang masalah mereka ?

Bilakah kali akhir kita berjenaka dan mereka ketawa ?

Bilakah kali akhir mereka bercerita sedang kita mendengar dengan tekun dan mereka seperti tidak mahu mengakhirinya kerana pendengar itu sangat berminat untuk mendengar ?

Bilakah kali terakhir kita bersalaman untuk pulang dan mereka memeluk dan di dalam hati mereka ada getar begitu sukar melepaskan kita pergi?

Carilah jawapan dalam selaut rasa, bukan sesiapa memaksa semoga kita menghargai sesuatu yang paling bernilai... hati seorang ibu!

Apakata... Selepas membaca artikel ini kita hubungi mereka dan tuturkan sayang dan rindu, ketika kita masih punya peluang untuk itu....



Dan sama-sama kita pastikan... setiap hari adalah hari ibu...

Salam kasih sayang untuk semua ibu di seluruh dunia.



Gambar hiasan : Flickr.com

19 comments:

::alifdalmim:: said...

ingat lagi chimera penah ckp.."setiap ari adalah hari ibu.."..

happy mothers day...

sharamli said...

kasih ibu membawa ke syurga

:: Wiween :: said...

sedey lak baca yg ibu tu sempat susukan anak dia walaupun da parah..

huwaaaaaaaaaaaa sayang emak! :(

v said...

Seorang ibu mampu membesarkan 5 orng anak tp 5 anak belum tentu dapat menjaga hanya seorang ibu ... Aku akan telefon mama sat lagi, thanks for d reminder ...

i.am.me. said...

bergenang je air mata nih....

syurga di bwh tpk kaki ibu....

Ad Rifza said...

Selamat Hari Ibu..Kalau hari2 kita ucap sayang ibukan bagus..tapi keterbatasan dan kesuntukan waktu tidak mengizinkan begitu..Jadi yang paling hampir kita boleh lakukan ialah berdoa kepadanya...

Jika kita tidak berdoa untuk orang tua kita, maka putuslah rezeki kita:

Apabila seorang meninggalkan do’a bagi kedua orang tuanya maka akan terputus rezekinya. (HR. Ad-Dailami)

Oleh karena itu sebagai anak yang berbakti hendaklah kita sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita. Di antara doa-doa untuk orang tua yang tercantum dalam Al Qur’an adalah sebagai berikut:

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:

Robbirhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo

“Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” [Al Israa’:24]

Aminn..

chekgu Bani Hassim said...

kisah kasih ibu yg kasihnya selautan sehingga hujung habis nyawanya.
menyayat hati.

selagi kita ada manusia bergelar ibu, merekalah syurga kita.

cintai dan hargai ibu kita. merekalah segalanya. segalanya adalah ibu.
:(

Tirana said...

Menitis airmata membaca kisah kemalangan itu... Kasih ibu kasih sejati..wlau dalam keadaan apa sekali pun, ibu biasanya akan mengutamakan anak-anak. Memang nalurinya begitu..

p/s Lama tak jenguk blog Chime...Terimakasih krn mendo'akan kak tirana. Alhamdulillah, kak tirana semakin sihat.

Keri AlHaj said...

adam - ya! pastikan setiap hari adalah utk ibu...




sha - kasih anak?? membawa ibu ke mana??




ween - tulah... lain kali kalau mak suruh mandi tu, terus je mandi. jgn tangguh2 lagi .hahahah




lili - salam kenal... hmmm apa yg kita sanggup buat utk ibu. bila disruh buat pilihan apabila berhadapan dgn kekasih hati pun, ibu boleh tewas.


miechi - pastikan syurga tersebut jadi milik kita


ad - terima kasih... doa yg bagus... sama-sama kita amalkan.




chekgu - ya.. selagi mereka masih bernyawa... dan selagi kita masih bernyawa... cintailah mereka sepenuh jiwa




kak tirana - Ahamdulillah akak dah makin pulih. hanya ibu-ibu yg ada naluri tersebut... walau apa pun keadaannya - berhadapan dgn maut sekali pun... anak adalh paling utama....
sebab tu Allah bagi kuasa untuk ditaati kepada ibu sebanyak 3 kali ganda berbanding ayah...

ASYIQ said...

Chime...

Best entry ni...ditambah pula dengan gaya penceritaan yang berkesan...memang ko hebat menulis chime. Akak sukaa...

Kisah ibu...memang layaklah pengiktirafan yang diberikan oleh Allah dan RasulNya. Tiada bandingannya di dunia...

umi_e said...

sedihnya baca kisah tu...

:: Wiween :: said...

ihhhh apa kaitan kisah nih dgn ibu suh mandi nih??? nak kena tembak abg batman nih!

Keri AlHaj said...

kak asyiq - biasa jelah... tak ada hebat mana pun... cuma sebab cerita tu best... bila kita tulis jadi bestlah...
- di tempat paling rendah pd seorang ibu - tapak kaki - Terdapat sebuah kenikmatan yg tak terhingga utk anak-anak - syurga... tapak kaki tu, tempat paling rendah, kalau tempat yg lebih tinggi... entah kenikmatan jenis apa pula yg Allah anugerahkan pd kita...



umi - menginsafkan kan?



ween - ehhh.. ada kaitannya. kalau mak suruh mandi pakai sabun, jgn degil buat-buat mandi kobau pulak... sian mak, letih dia beli sabun... hahahah


mel - contact jgn tak contact... pastu ko contanct adik ko pulak... ckap aku kim salam... heheheh

addyaholix said...

syurga isteri pada suami. syurga anak pada ibunya.

ya. sepatutnya kita raikan ibu setiap hari. bukan cuma pada satu hari saja. mengandungkan kita saja hampir setahun.

selamat hari ibu buat semua. juga buat ibu bang chime juga. dia kan bakal mak mertua. haha!

arazma said...

baca kisah monyet ari tu pun dh mengalir air mata.. ni kan pulak kisah benar..sedih dan pilunya hati ini....sedih tul...

x tau la mcmana tatkala angin sangkakala bertiup nanti... dh digambarkan yg menyusukan anak akan terlepas anaknya, yg mengandung akan keguguran...

begitu kuat kasih ibu hingga dimasukkan dlm gambaran betapa hebatnya pula tatkala kiamat berlaku...

AiE bAhRi said...

Salam abg Chime..
Ya!sememangnya hari2 adalah hari ibu. Jangan mengkhususkan hari2 tertentu je untuk meraikan ibu.

Dan yang paling penting ibu adalah harta yang paling bernilai buat saya.

Selamat Hari Ibu buat ibu2 di luar sana..

myesigadistwinkle said...

salam...

agk touchg cter ni..
mmbri keinsafan pd dr..
thnx!

smge kte sme2 menghargai ibu kte..
:)

IamYonna said...

omg!! T______________________________T
sumpah bergenang air mata!
dalam bergelut dengan kematian.dia sempat menyusukan anak dia
T_______T
besarnya keajaiban seorang ibu

eiza in the house.. said...

sebak hati..bila baca n3 nie..sob3