Thursday, May 21, 2009

sebuah teka-teki


"Cuba teka... apakah bendanya..." Suara ustaz dalam radio itu jelas kedengaran. Sejak tadi hati dan fikiran saya tertumpu kepada buah bicaranya. Mudah, lunak dan menyentuh.

"Orang buat tak mahu pakai, orang yang beli pun tak mahu pakai, tapi orang yang pakai... tak sedar dia memakainya." Sambung ustaz itu tenang. Azmi - rakan saya ligat tangannya memutar stereng, kepala saya pula ligat berfikir mencari jawapan kepada teka-teki diajukan oleh ustaz tersebut. Secara outomatik, saya kuatkan volume radio kereta. Puas saya fikirkan... tapi tak ketemu sebarang jawapan.

"Haa! senang je... KERANDA!!" Ustaz itu menjawab sendiri setelah memberi masa beberapa lama kepada pendengar untuk memikirkan jawapan. Saya terdiam.

"Pembuat keranda tidak mahu memakainya. Begitu juga yang membelinya, manakala si mati tidak sedar dia telah memakainya."

Saya termenung... itulah ajaibnya kematian. Sesuatu yang pasti dan hampir tapi sering dilupakan.

Semua kita akan merasai mati. Anehnya majoriti manusia merasakan bahawa yang akan mati ialah orang lain. Ya! rata-rata kita seolah-olah hanya ingin menjadi 'pembuat' dan 'pembeli' keranda, bukan 'pemakainya'...

saya menyedari Azmi memperlahankan kelajuan kereta. Entah terkesan dengan teka-teki tersebut... Yang pastinya pada saya memang meninggalkan kesan (kesan sementara - yang memberi keinsafan sementara... hadoiiiiii).

**tapi sekarang, ramai jugak orang yang mula ingatkan kematian... bila putus cinta, bila gagal periksa, bila dibuang kerja... haaa... bila dilanda dukacita - sampai ada yang nak bunuh diri - atau paling tidak pun, merungut "kalau macam nilah nasib aku, baik aku mati je"... hmmmm.. apa-apalah.***

16 comments:

cDeeAbdulRazak said...

ermmm entah esok lusa kita pula akan dijemputnya. Selagi ada hayat beringat dan beramallah, bukan enjoy sakan...

p/s: waaaa air mata mmg da kering.

addyaholix said...

tiap yang bernyawa, hujungnya tetap mati. itu yang Dia tetapkan untuk setiap kita bang. saya yakin kita semua tahu yang itu, cuma kita selalu untuk menidakkan. saya juga bukan sebagus mana. bila ingat tentang mati, saya jadi kecut perut. sebab dosa yang ada tak tertanggung rasanya.

selamat pagi bang chime!

Ad Rifza said...

KEMATIAN JUGAK TAJUK BLOG DIE.. HEHE.. ALHAMDULILLAH..SAMA2 KITA MENGINGATI MATI...BARULAH KITA DALAM LANDASAN YG BETUL SENTIASA..INSYALLAH..
MATI ITU PASTI...

Sufi Idany said...

erm..... Tiap bermula pasti ada akhirnya.... kdg2 kita letih dan penat dalam perjalanan ini, jiwa rasa cukup menyesakkan.... saat itu terasa ingin di hentikan semuan nya.... biar mati penyudah derita, tp kita lupa.... episod kehidupan selepas mati....apa bekal kita nanti....?

Izariza said...

entah kapan kita pun akan berpulang .. terima kasih .. entri ini memberi makna dan peringatan :)

sharamli said...

bila dh kecewa bru nk ingat mati..kal0 tgh bahagia..rs cm nk idup seribu tahun..tu la manusia

shay said...

kematian teman kita paling rapatkan...

Keri AlHaj said...

cd - enjoy tu enjoylah... tapi hidup kena balance... dua2 sekali kena ada... dunia, akhirat..

p/s.. air mata dah kering?? jadi berhentilah menangis...



addy - kalau ditanya antara kita, siapa yg berani hadapi hari mati... terus terang saya pun amat takut. tapi takut setakat takut jelah... tanpa ada usaha pun nak bagi nak cegah rasa takut tu...




ad - Kematian itu sebaik-baik peringatan....




ida - hmmmm... kita harap mati tu pengudah derita... tapi siapa pulak yg tahu, kalau kematian itu permulaan sebuah derita - yg lebih hebat lagi... betul! bekal tu kena ada...



sha - hahaha... manusiakan. bila susah baru ingat tuhan (konsep yg samalah tu)... sifat kita, memang mudah lupa.




shay - ya.. teman yg semakin hampir.. huhhhh...



hidney - moga keinsafan kita akan berterusan...

ASYIQ said...

Kalau akak jawab kain kapan pun boleh juga yea...sebab orang Islam tak beli keranda sebab keranda ready made dh ada di surau-surau...

Isyk...pepandai pulak akak.

Pagi tadi waktu nak pegi kerja...ada accident dan orang bermotorsikal tu dah terlentang di atas jalan bertutup kain. Mati dah tu...

Tersentap kejap hati ingatkan kematian....

Keri AlHaj said...

kak asyiq - haha... betul jugak ya. keranda memang dah disediakan kat surau-surau... tapi rasanya teka-teki tu ustaz tu tak tujukan kepada org islam semata-mata kot... orang tak islam pun boleh jugak nak jawab...

bila tgk kematian depan mata... memang terasa sentap nya... saya dulu, masa sekolah... pernah seorang kawan mati atas ribaan saya... huhhhhh... sedihhhh gileerrrrr bila ingatkan balik... tapi dah lama dah.

a.b geldofg said...

ada ketika kit rasa bagus mati

dan yg paling bnyak ketika...takut mati

chekgu Bani Hassim said...

mati tu kan pasti..
dan mati tu rahsia...
kalau ckp pasal mati, sape yg nak kan??
tapi bile dah sampai masenye, ia akan pergi begitu jea...
dgn atau tanpa rela...

arazma said...

ya Allah, bimbang nya bila fikirkan bekalan yg nk dibawa mati...

penah jupe teka-teki ni tp sebab dh lama, telupa jwpnnya... tekejut balik bila baca jwpnnya...

Anonymous said...

xsgke plak 2 jwpn nye..

arsaili said...

salam...bro thanks for sharing...sebab tu la kita sentiasa disuruh mengingati mati, agar kita terus membaiki diri...mati tidak mengenal usia..tua atau muda..dah kawin ke belom....

Keri AlHaj said...

ab - selalunya bila susah je baru rasa mati tu bagus... tak tahu, lepas mti tu bagus ke tidak..


chekgu - betull... sebab tu kena lah sediakan bekalan utk lepas mati nanti. supaya kita tak 'lapar' 'dahaga' di sana (haha - cakap je ni... bukan buat pun - habih camno?)




arazma - kita ni, bimbang tu setakat bimbang jelah... tak ada ikhtiar pulak mcmana nak atasi rasa bimbang tu (saya cakap kat diri sendiri ya)...


mencari erti - saya pun langsung tak sangka jawapan dia mcm tu... buat sentap je...




arsaili - hmmmm... mati akan diingati bila berlaku kematian depan mata... lepas tu - tak akan lama, akan dilupakan balik... huhhh..

saya! tak kawin lagi.. harap2nya dptlah jodoh sebelum mati. haha