Saturday, August 1, 2009

Bantulah!! sayangilah sesama kita...


Petang tadi, dalam perjalan pulang dari Jerantut, menemani seorang teman untuk temujanjinya dengan seorang pemilik butik perkahwinan untuk menempah sewa pakaian (atau hal-hal yang berkaitan). Di tengah-tengah kekalutan serta simpang siur dan gempita kereta yang rum-rum di jalan raya, saya melihat sepasang suami isteri sedang berjalan agak longlai di tepi jalan. Si suami berpeluh-peluh menuntun motosikalnya dengan seribu kepayahan sementara si isteri mengheret langkah di belakang sambil mencebek topi keledar menapak penuh sukar, dia kelihatan mengandung (meski pun tidak terlalu sarat). Terlukis pada wajah mereka warna hitam keperitan seperti aspal, resah dan gusarkan tentang keselamatan diri juga tentunya segumpal rasa malu yang pahit. Alangkah kesat rasa di hati apabila melihat suasana begini dan lebih perit kerana tidak dapat menghulurkan bantuan yang sepatutnya. Fenomena sebegini seringkali kita saksikan, biasanya kita hanya memerhati dengan sayu kemudian beberapa kilometer di hadapan segalanya luput dari ingatan bersama dendangan lagu dari corong radio dan penghawa dingin kereta yang nyaman!

Kita terbiasa dengan melalui hidup tanpa membantu. Kita tidak pernah bangun pada hari yang baru dan beniat untuk membantu seseorang pada hari ini. Kita tidak pernah bertanya : “Siapa yang perlu aku berikan pertolongan pada hari ini ?”

Antara soalan yang sering dikemukan oleh Rasulullah kepada para sahabat selepas selesai solat subuh adalah : "Siapa pada pagi ini telah menolong saudaranya ?”

Rasulullah contoh seorang murabbi yang berjaya membentuk minda di kalangan para sahabat: Hidup untuk membantu .
Sementara kita pula berasa selesa dengan persekitaran diri sendiri dan apabila kita berhajat kita akan bermohon ke hadrat Allah. Sedangkan Rasulullah memberitahu bahawa pertolongan Allah untuk kita bergantung kepada sejauh mana kita membantu saudara kita.

Saya teringat kepada seorang sahabat baik semasa menuntut di Universiti di ibu kota satu masa dulu - dia orang Kelantan - anak jati Kelantan. Dia sentiasa mempersiapkan di dalam raga motornya beberapa gelen minyak petrol. Apabila dia berjumpa dengan orang yang mengheret motosikal kerana kehabisan minyak dia akan memberikan bantuan dengan memberikan minyak petrol tersebut.

"Saya rasa sangat bahagia apabila melihat mereka gembira...” Ujarnya bila saya bertanya tentang sikapnya ini.

"Kita akan melalui suatu perasaan hebat, ketenangan hakiki dan kepuasan bila melihat wajah orang yang ditolong itu. Ada cahaya dalam mata mereka ada sinar damai yang tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkannya.” Bicaranya begitu menggetarkan terbau harum ketulusan budinya.

"Pernah beberapa kali, ada yang ingin membayar balik petrol itu menangis terharu apabila diberitahu bahawa saya hanya ingin membantu...” Sambungnya untuk berkongsi, nadanya begitu mendidik.

"Apalah sangat nilai seringgit dua yang hanya boleh membeli secawan teh tarik, sedangkan nilai melepaskan kesusahan itu tidak ternilai di sisi Allah...”

Dia menutup ceritanya, saya menikmati tarbiahnya dan menarik nafas panjang dengan selaut azam untuk cuba meneladani akhlak mulianya itu.

Alangkah mulianya hari itu sekiranya kita dapat menolong, melepaskan kesusahan dan menutup keaiban saudara muslim.

Mari kita sempurnakan hadis Rasulullah ini :

"Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan saudara muslimnya daripada kesusahan dunia Allah akan melepaskan baginya kesusahan di hari Akhirat, barangsiapa yang memudahkan urusan saudaranya Allah akan memudahkan urusan dunia dan akhiratnya, barangsiapa yang menutup satu keaiban saudaranya di dunia Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah membantu hambaNya selama mana hamba itu menolong saudaranya.” Hadis riwayat Muslim .

Salam kasih sayang.
Jom sayangi umat Rasulullah!



****************

10 comments:

Cik Azz said...

setuju dgn chime.....kita sering berkata kasihan tanpa berbuat apa2...jalan mudah, doa2kan lah agar mereka yang dilanda kesusahan itu mendapat rezeki dr Allah dan dipermudahkan segala urusan...Amin

Keri AlHaj said...

ya... mendoakan kebaikan juga adalah bantuan dari kita pd sesama insan...

Mr Aan said...

kita kene same2..
tlg mnolong...

Ad Rifza said...

Pernah terfikir....Sama-samalah kita tolong menolong sesama manusia yang memerlukan pertolongan.. Niat yang ikhlas menolong dan membantu akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah..InsyALLAH...
Sama-sama juga kita fikir dan hayati maksud hadith Rasulullah s.a.w tersebut..Moga kita sama2 memahami..
p/s:Bagaimana pula kalau kita cuba menolong mengubah org lain menjadi baik?..Menolong gakkan tu?..Tapi kdg2 diherdik dan dimaki..hmmm

Abd Razak said...

Sering terjumpa keadaan sebegini, terbuka seluasnya pahala untuk dikutip tapi seringnya tidak sedar...mudah-mudahan Allah beri petunjuk.

Ini adalah gambaran antara ciri orang beriman seperti dinyatakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu hinggalah dikehendakinya berlaku pada saudaranya apa yang dikehendakinya berlaku pada dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Guru said...

saya setuju ngan k.azz tu..
memang bila dalam kereta sedang memandu ternampak juga tapi, tak berdaya nak memberhenti kereta ... so selalunya panjatkan doa untuk mereka supaya Allah mempermudahkan urusan mereka segera dan dijauhkan segala bentuk kesusahan

AiE bAhRi said...

Salam.,
Salam hujung minggu..

Memang sukar dan penat bila kita kehabisan minyak atau apa2 masalah pada motor menyebabkan kita terpaksa menolak seorang diri sepanjang jalan. Penat yang amat sangat sbbnya saya juga pernah alami sebegitu. Orang lalu lalang hanya mampu melihat sahaja.Alangkah seronok dan terhutang budi bila saya dapat berjumpa orang yang sedia membantu seperti kawan abg chime..

:: Wiween :: said...

oleh yg demikian, harus laa chime membantu ween tanda paper exam. hak hak hak

zai said...

Teringat kak zai masa pregnant dulu..kalau naik bas mesti ada orang bagi duduk nyer tapi ada lak mamat yang kak zai tengok bagi duduk kat makwe cantik dari bagi kat orang mengandung..hampeh betul..

IamYonna said...

aduh abg T__T setiap entry abg mesti buat air mata yonna bergenang! T___T kenapa kita mcm tu eh? setiap hari kita nampak org susah, tp kita hanya takat kesian. tp kenapa x membantu?
kenapa manusia perangai mcm ni? mcm2 alasan yang dibagi.

yonna pernah tolong org. tolong ajar komputer. even benda sgt kecik, tp betul ckp kawan abg tu, kita rasa sangat2 puas, rasa perasaan tu sangat bahagia bila dpt mengajar sesuatu ilmu tak kisahlah sekecil zarah skali pun :)