Wednesday, August 19, 2009

jangan terima... abaikan...

Ketika ingin mengeluarkan wang dari mesin ATM, saya terbaca satu iklan yang tertampal pada dinding berdekatan mesin ATM itu. Lebih kurang ia berbunyi begini :

Jangan melayan sebarang SMS yang anda terima yang meminta nombor akaun atau kad kredit anda. Sekiranya anda melayan atau membalas mesej tersebut mereka boleh mengakses ke dalam akaun anda!
Abaikan SMS tersebut.

Saya rasa berterima kasih kepada pihak bank yang mengingatkan perkara penting ini. Dari sudut lain saya teringat kepada pertemuan saya dengan seorang sahabat. Mari kita kongsi secebis kisah hidup ;

Petang itu kami berdua duduk di sebuah kopitiam. dua cawan kopi bersama roti bakar memberikan aroma memperisa pertemuan di petang yang damai itu.

"Aku ada hak untuk membalas penganiayaannya...”

Tegas bicaranya memulakan perbualan, dalam nadanya berbaur luka dan kesakitan yang dipendam. Matanya lemah merenung ke dalam mata saya, menagih perhatian dan sokongan.
Saya hanya diam memerhati wajahnya yang mendung. Sedikit saya merespon itu masih belum cukup baginya meredakan gelodak lava di dalamnya. Sepontan saya teringatkan hal yang sama yang pernah menimpa saya satu masa dulu sehingga tidak mampu memberi kata maaf untuk satu jangka masa yang sangat lama... (apa-apa pun semuanya tentang saya dah saya selesaikan... kentang busuk yang saya kendong selama ini telah saya buang).

"Aku boleh doakan kehancurannya. Bukan aku yang balas tapi mintak biar Allah beri kat dia balasan yang setimpal. Nabi Musa pernah mintak agar musuhnya dimusnahkan.” Panjang lebar penjelasannya.

"Aku
dah tanya dekat beberapa orang ustaz dan mereka kata ok!” luahnya penuh yakin bertali arus dengan sandaran dan reference penuh berautoriti.
Saya mengangguk-angguk merespon, dengannya diharap dapatlah sedikit menawar bisa dari kesakitan yang telah dimaklumkan kepada saya lewat e-mail sebelum ini. Ia berkenaan rakan kongsinya yang pecah amanah, songlap duit dan lebih pedih memburukkan dirinya kepada orang lain. Dia merasa reputasinya telah benar-benar tercalar. (ada sedikit persamaam dengan apa yang saya pernah lalui)


“Betul!!… itu hak kita sebagai orang yang teraniaya.” Saya mengiyakan hujahnya sebentar tadi, membetul duduk mengemas kuda-kuda.

"
Tapi sebenarnya kita ada beberapa pilihan dalam hidup ini.” Tutur saya, cuba membawa ia melayang keluar dari gelutan masalahnya. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip 'kita adalah apa yang kita pilih'. Dia mendengar dengan teliti bersandar seperti mempersiapkan pertahanan.

"Maksudnya ... aku kena sabar jelah?” Tingkahnya memangkah, jelas dia tak berapa selesa.
Saya memamah roti bakar, di lidah terasa keenakan rasa kaya dan butter.

"Pilihan itu ada kat sini..” Saya mengisyaratkan kepala tanpa mempedulikan argument dia tadi. Dia pula menjamah roti bakar terdengar bunyi rangup, saya biarkan dia menikmati kelazatan roti bakar tersebut.

"Apa yang ada dalam minda kita, membentuk keputusan dan nanti bakal menentukan apa rasa kita.” Saya sedikit berfalsafah, dia fokus.

"So.. dia tu macam mana? Takkan nak biar je...” Ujarnya mencelah, sedikit mencebik. Dia itu tentu si polan yang membikin dia bermasalah. Nampaknya dia ’mesra’ betul dengan si polan itu sehingga tak mahu berpisah daripadanya sekejap pun (teringat lagi kisah saya satu ketika dulu).

”Begini..” saya memulakan kembali bicara sambil menjeling pada minatnya.
"Orang yang berbuat tidak betul itu adalah tanda yang ia sedang menderita sakit kat dalam. Dia menanggung kesakitan, lepas tu dia cuba pindahkannya kepada orang lain melalui umpat, caci, maki, tohmah. Kesakitan rohani tu cuba di hantar macam mengirim dan menerima sms.” Saya beranalogi memudahkan faham.

“Bila dia berjaya kirimkannya dekat orang lain dia rasa puas demi meringankan kesakitannya itu!”
"Masalahnya adalah kita yang bermurah hati menerimanya, lepas tu kita pun menderitai kesakitan itu. Sekarang sakit tu dah berkembang. Bila kita berniat pulak nak balas semula, maknanya kita sedang mengganda dua kesakitan itu, bila dia terima kembali dan mengirim lagi, dah mengganda tiga sampailah tidak terbilang lagi jumlahnya!”

"Kita yang membuat pilihan untuk terima kesakitan itu! Ingatkan, kita adalah apa yang kita pilih” Sekali lagi saya menunjuk isyarat kepala, dia mengangguk, cahaya di mukanya sedikit bersemangat.

"
Jadi aku selama ini buat pilihan yang salah?” Ajunya menagih kepastian, saya rasa saya tak perlu menjawab.
"Bila kita melayan dengan asyik berfikir, ambil peduli sangat, termasuklah ambil berat nak sangat dia kena huku, kita sebenarnya tengah receive penyakitnya.” saya cuba bercakap perlahan-lahan, satu persatu - cakap saya adalah berdasarkan pengalaman seperti yang pernah saya lalui.
"Apa kita rasa dalam hati, sakit bukan ?” Tanya saya, dia mengangguk berkali-kali.
"Sedangkan sebelum ini rasa sakit itu tiada.”
Saya mengemas hujah di sana sini bagi menjelaskan kepadanya punca kesakitan yang sedang ditanggungnya itu.

"Ingat tak? kita hanya ada seratus peratus. Bila sebahagian besar peratus kita habiskan memikir tentang apa yang dia kata dan apa dia buat pada kita, peratusan untuk bertindak wajar dah jadi makin sempit dan akhirnya minda kita buta, jalan kita mati dan kita tidak nampak perkara lain selain dari dia!” Saranan saya bertalu-talu seiring dengan kopi kami yang kian surut.

"Sekarang jangan pedulikan dia, buktikan dengan berusaha lebih keras untuk berjaya kerana hasil dari usaha kita lebih tajam dari kata-katanya.” Saya memperlahankan nada mencari tempat parkir bagi perbualan kami.

"Nampaknya tak perlulah aku doakan apa-apa tentang dia... kan?” Pertanyaannya bernas, nampak ada cahaya di hujung terowong.

Sekali lagi saya tak perlu jawab soalannya kerana kemudian dari itu perbincangan kami begitu positif, dia telah 'berpisah' dengan si polan dan perbincangan kami berlegar mengenai hal-hal baru dan peluang dalam bisnes untuk lebih maju. Bicaranya begitu bertenaga sekali, mungkin khasiat kopi itu mengapung kembali semangat pahlawan dalam dirinya yang selama ini kusam.
Saya melihat sesuatu daripadanya, ia tentang musibah yang di datangkan oleh manusia lain kepada kita. Sebenarnya ia adalah kesakitan dalaman mereka yang mereka ingin agihkan kepada kita. Jadi jangan menerima atau mengambil kesakitan itu. Abaikan sama sekali apa-apa provokasi daripadanya dan fokus kepada keperluan kita yang telah dirancang sejak sekian lama.

Dalam kitab Minhajul Abidin, yang saya baru habis baca terjemahannya baru-baru ini, pada bicara Imam Al Ghazali mengenai jalan yang patut ditempuh untuk menghampirkan diri kepada Allah adalah dengan mengetahui halangan-halangan dan cara mengatasinya. Di antara halangan besar yang disebutkan adalah manusia yang ada di sekitar kita. Jalan keluar untuk itu adalah dengan ’uzlah’. Dalam kitab itu dititipkan nasihat agar, jangan tingkah laku manusia yang hasad di sekeliling kita menjadi penghalang kepada usaha mendekat diri berbakti kepada Allah atau sesama makhluk. Uzlah dalam ertikata lebih praktikal menurutnya adalah tidak terkesan atas sebarang tindak balas mereka walaupun masih bergaul dengan mereka. Inilah persiapan minda memperkasa akal sebelum ianya menjadi picu untuk kita bersifat dengan sifat-sifat terpuji ( mahmudah) yang lain.

Justeru itu, persiapkanlah minda untuk beruzlah di dalam massa! Janganlah sikap mereka itu menyibukkan kita kepada sesuatu yang lebih utama iaitu kejayaan kita sendiri. Sama seperti notis dari pihak bank mengenai sms asing yang meminta nombor akaun kita, jangan terima dan abaikan !!





***Belajar dari kesilapan lalu... Memberi maaf tidaklah sesukar mana... kita sendiri yang memilih jalan susah dan menjadikannya susah... Akibatnya kita sendiri yang tanggung***

17 comments:

arnamee said...

Salam.

metaforanya indah.

sms itu=pesanan itu = penganiayaan itu.

betul, pilihan pada kita, tak mampu ubah mane2, ubah diri dlu, tu kena ubah dri kita, jangan menekan, bila kita terima masalah dan penganiayaan itu, kita yang mkin kacau.

-entri ni? sye suke:)

aprilgurl said...

yup btul3x tu...kita apa yg kita pilih....

tp mmg susah nk maafkan org yg wat kita rase sengsara....

tp contoh ala ala bagi / menerima sms nih menarik dan praktikal...lg mudah nk phm apa yg chime nk sampaikan....

so akhir kata '' jangan terima...abaikan..''

sharamli said...

jgn terima?

tp mmg kita dh terima kn..

Dida... said...

Salam Bro..

Bravo.. cerita penuh pengajaran.. saya juga pernah mengalami perkara yg serupa.. dan telah tersilap pilih jalan.. balas membalas sms yg penuh menyakitkan.. akhirnya.. apa yg saya dapat.. makin bertambah sakit hati ini.. setelah berumah tangga saya belajar utk memaafkan kesalahan dia.. yg semmgnya amat berat utk dimaafkan.. dan sekarang.. Alhamdulillah, hati terasa terlepas dari belengu itu.. dan kepala sedikit ringan..

Terima kasih di atas perkongsian penuh bermakna ini.. keep it up!

:: Cikgu Wiween :: said...

kwn ween td baru kena. konon org dr celcom. call bgtau kwn tuh menang kredit brapa hinggit tah. pastu mintak kwn bg no akaun dia. depa nak masukkan dlm akaun. dia ingat kami nih x skolah ke tatau trick. apa kes mintak no akaun bank nak masukkan kredit???? dungu jugak org itu ek?? huhuhu

a kl citizen said...

menarik betul ...
musibah yang disebabkan oleh manusia
angkara ingin menyebarkan sakitnya

silbi abigail said...

"kita adalah apa yang kita pilih", ini betul walau pilihan kita slah, itu pgalaman. patah balik seawal mungkin. bersabar bukan menanti kejayaan dtg bergolek tp berusaha dan sabar melakukannya walau kejayaan yg hadir itu kecil tp kpuasan amat bsar.
sabar jg x bermaksud menunggu masa yg sesuai. atau skadar tunggu dan lihat. kena wat pilihan dan berusaha utk membuktikan pilihan kita itu benar dan salah.

Kuwe said...

haih.

biasalah tuh manusia.
part ini “Bila dia berjaya kirimkannya dekat orang lain dia rasa puas demi meringankan kesakitannya itu!”

buat ku fikir tentang.teori pemindahan tenaga.

Ad Rifza said...

Beringat..Betullah tu kita adalah apa yang kita pilih..jalan mana kita pilih..jalan sengsara atau jalan bahagia..Pilihan di tangan kita..Walaupun kdg2 kita silap dalam pilihan..Mana mungkin manusia betul segalanya..
Tetapi jika kita sedar dan maklum atas sesuatu yang kita rasa ianya perlu diabaikan..abaikanlah..Tapi jika gerak hati rasa untuk terima ,terimalah..Moga Allah bukakan jalan hidup yang terbaik..Berdoa moga apa yang kita pilih itu mendapat REDHAnya..INSYALLAH..

Tirana said...

Guna pendekatan "the law of garbage truck" (perinsip lori sampah).. Sampah akan bertimbun dalam diri kita dari sehari ke sehari. Dan sampah itu perlu kita buang. Selalunya orang yang tak bertanggungjawab buangkan sampah mereka pada orang lain dan kita pula angkut sampah itu dan humban pulak kepada orang lain. Apakata kita jangan kutip sampah yang orang lain lontar pada kita dan sampah kita pula kita buangkan di tempat yang betul. Mungkin itu boleh beri ketenangan kepada kita sedikit sebanyak. Semua itu bergantung kepada apa yang ada dalam minda kita. We are what we think!

noorcahaya said...

perggg.. ayat cam dlm novel....

ASE1 said...

salam chime ..
apa yg telah berlaku pada saya
baru2 nie membuat saya byk berfikir dan merasa sakit hati . Saya telah memaafkan wpun saya tidak dimaafkan . Tapi hati saya tenang kerana saya tidak teringat2kan hal tu lagi ... so , abaikan !

~Kak AZZ~ said...

Kita selalu diingatkan dgn macam2 benda...jgn buat itu...jgn percaya ini...jangan...jangan...jangan...tapi kenapa kita seringkali alpa bila ada iklan/sms yg berkaitan dgn duit...

Mungkin kita nak cepat kaya tanpa perlu berusaha lebih....dan cara paling singkat, percaya dgn segala tipu muslihat...akhirnya kita juga yg terperangkap....Salah siapa....??? Kita diberi akal....gunakan la dgn sebaik2nya...Wallahu'alam...

imHepPie said...

camna lak kalo mintak maaf tpi org yg dmintak tu xmo memaafkan huuu....


mkn roti bakar taruk pe??cekelat ke hik3...

Razak said...

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tandanya takwa itu wujud dlm diri...

chimera said...

salam arnamee...
apa-apa pun semua perkara biarlah berpada-pada kan. kalau pun masih jugak nak terima jgn sampai sesakkan kepala...



aprilgurl...
kemaafan tu, ibaratkan satu perkara yg kita miliki dan ia perlu diserahkan kepada seseorang... semuanya atas kita utk bertindak. tak sesusah mana sebenarnya, just berikan saje... tapi yg jadi susahnya sebab kita terikat dgn ego diri... (saya menulis ikut pengalaman diri jugak)



sha...
Ya. kalau yg dah terima tu, buang ajelah kan... (cakap memang senang kan)



salam dida...
saya jugak pernah tersalah pilih jalan menerima kesakitan jiwa orang ke dalam diri kita... akibatnya - dekat2 lima tahun saya tahan sakit yg saya kira saya sendiri yg pilih utk rasa sakit... seb baik sekarang dah ok...
apa-apa pun pilihlah utk tak mahu terima dan tak mahu rasa sakit...



ween...
itulah dia. yg nak menipu tu pun bangang semacam je. hmmm nasib baik jugak penipu tu jenis yg dungu2.. kalau jenis yg bijak2 mau terpedaya jugak kan...



kak citizen...
kita boleh buat apa2 perumpamaan utk elakkan merasa sakit...

chimera said...

silbi...
betul, andai tersalah pilih, segeralah perbetulkan mana yang salah dgn segera memilih pilihan yg tepat...



kuwe...
pemindahan tenaga?? hmmmm... mcm boleh guna pakai jugak. memindahkan tenaga-tenaga jahat kpd org lain


ad - betul... apa yg kita pilih akan menentukan apa jadinya kita. kalau kita pilih utk jadi sengsara krn marah dan dendam, maka sengsaralah kita... begitu jugak lah sebaliknya. jadi pilihlah dgn bijak jgn sampai merosakkan diri sendiri...


kak Tirana...
Saya pernah baca pasal lori sampah ni kat blog akak dulu... betul kan. kenapa perlu pilih utk jadi lori sampah dgn menerima- dan menerima lagi sampah-sampah org buang pd kita... ada baiknya kalau kita tolong bersihkan sampah tersebut dan dibuang ketepat pelupusan sampah...




noorcahaya...
hahah... masa sembang tu takdelah mcm novel sgt... tapi bila tulis ni biar syok sikit org nak baca...



ASE...
betul... abaikanlah. apa nak buat lagi kalau org tak sudi maafkan... moga Allah beri petunjuk kpd org tu satu masa nanti...



kak Azz...
bila bersangkut paut dgn keuntungan selalunya kita sering tak berfikir secara wajar... duit kan. memang selalu kita harap boleh dpt dgn cara mudah. itu yg selalu bertindak tanpa fikir bila dpt sms macm tuu...



imheppie...
itu, berdoalah moga Allah lembutkan hati dia untuk maafkan kita... org tak sudi maafkan, nak buat mcmana lagi dah... yg penting kita kena ada sifat pemaaf. dgn membri maaf, kita jugak akan dimaafkan... Allah tu sgt adil



saudara Razak...
semoga rasa taqwa itu tak akan pernah hilang dr dlm diri kita...