Saturday, August 15, 2009

Subuh Terakhir

Secara peribadi saya memang mengenalinya meski pun kami tidaklah rapat. Dia lebih rapat bersahabat dengan abang sulong saya manakala saya agak intim dengan ahli anggota kumpulan yang lain. Dan sejak saya menghentikan tugas di Kuala Lumpur dan menyambung tugas di Pahang memang saya langsung tidak pernah berjumpa dia lagi.

Kali terakhir saya berjumpa dan bertegur secara ala kadar ialah di majlis 'Open House' hari raya anjuran Rabbani Production Sdn Bhd Tahun lalu. Saya (dan semua orang) memanggilnya sebagai Ustaz. Dia memang sentiasa ramah dan mesra.

Mendengar berita yang beliau meninggal dunia pagi itu sangat mengejutkan saya. Kerana setahu saya dia seorang yang sihat. Begitulah… kematian yang datang tiba-tiba.

Senyum, suara dan sifat ramah-tamah serta hormatnya masih terbayang di ruang mata. Al Fatihah untuk mu… Allahyarham ASRI IBRAHIM. Istirahatlah wahai sahabat dari ujian dunia, semoga kau soleh di sisi pangkuan Cinta Allah di sana.

Dan Subuh hari itu - Subuh terakhir buatmu...

Al fatihah......


7 comments:

sharamli said...

al fatihah....

Dida... said...

Salam..

Pemergian org yang soleh dan baik hati memang amat dirasai oleh kenalan2..

Moga roh Allahyarham terpilih dikalangan orang yg beruntung dan berbahagia di alam akhirat.. Amin..

Abd Razak said...

Salam sdra...

Pergi takkan kembali...selamat berihat ustaz...moga kau ditempatkan Allah dlm golongan yang selayaknya mendapat balasan yang baik

addyaholix said...

moga pergi dia disambut para malaikat dan ditempatkan bersama yang soleh dan solehah. amin.

alfatihah!

Cik Azz said...

al-Fatihah untuk arwah. Memang terkejut dengan berita pemergian beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...

Moga2 keluarga arwah...isteri dan 6 orang anak tabah menghadapi ujian Allah ini...Takziah untuk mereka...

Ad Rifza said...

Moga dia ditempatkan bersama-sama org yang soleh..DariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali..
Al Fatihah..

AiE bAhRi said...

Al-fatihah untuk ustaz Asri..

Semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..