Memberi lebih mengembirakan dari menerima... Begitu selalu ditegaskan pakar-pakar motivasi. Dalam Islam kita memang digalakkan menjadi tangan di atas berbanding yang di bawah... Sebuah hadis nabi juga ada menyebut begitu...
Tapi hal begitu mudah pada teori sahaja. Praktiknya memang sangat sukar...
Seperti tahun lalu, juga tahun yang sebelum itu, selepas solat raya seperti tradisinya kami bermaaf-maafan dengan Ma dan Ayah... juga dengan adik beradik yang lain, juga dengan ipar duai dan anak-anak saudara... Meriah melihat seisi keluarga (walau tak semuanya ada) berkumpul bersama. Lebih menyeronokkan bila melihat si kembar Hakimi & Azhari dah mula belajar untuk merangkak...
Hari masih pagi lagi ketika kawan-kawan saya datang berkunjung. Kemudian mereka beria-ia mengajak saya ke rumah mereka. Saya tidak menolak. Tidak patut menolak. Hari raya aktivitinya tentulah untuk kunjung berkunjungan (rancangan untuk ke rumah 'orang belah sana' adalah pada waktu petang atau hari raya ke dua).
Dari berkunjung itu, terus melarat-larat ke rumah kawan-kawan yang lain. Lepas satu, satu... tanpa disedari entah berapa buah rumah sudah saya kunjungi... Hampir Zohor baru pulang ke rumah semula. Letih. Kenyang...
Adik saya datang menegur... "Abang, dah lupa ke..."
Saya tersentak, lantas bertanya...
"Ma mana?"
"Dalam bilik... nak sembahyang zohor." jawab adik saya itu..
"Nasik dagang?" tanya saya lagi...
"Ada kat dapur belah belakang..." Jawabnya pendek. Memang dapur rumah saya terbahagi dua, dapur depan dan dapur belakang.
Saya segera berwuduk kerana waktu Zohor telah masuk... Selesai solat, Ma sudah siap di meja makan..
Saya bergegas ke arah Ma...
"Ma! Nasi dagang ada lagi tak?"
Seperti biasa Ma senyum lantas bangun dari duduknya. Tangkas...
"Hmmm, ingatkan Mu dah lupa. Manalah tahu, dah jumpa kawan-kawan"
Kami bersama duduk di meja makan. Sesudah Zohor begitu, tidak ada tetamu yang datang. Ayah bersama adik-beradik yang lain tentunya ada program yang lain. Tinggal saya dengan Ma. Abang saya ada.. tapi tidur di biliknya (Huh!!)
Kami berbual sambil makan nasik dagang... Itulah saat paling intim antara saya dengan Ma sejak dulu. Bukan sekadar makan nasi dagang bersama gulai ikan aya (tongkol), tapi lebih dari itu. Semua itu membawa seribu satu rasa di sebalik pelbagai peristiwa. Suka duka kami bagai terjalin segalanya di sebalik basuhan beras pertama, suapan, kunyahan...
"Dulu kita susah" Ma berbicara sambil tangannya menyendokkan nasi dagang ke pinggan saya yang telah tinggal kurang sesuku isinya.
"Tapi, Ma tetap buatkan nasi dagang untuk kami setiap kali raya." Balas saya...
"Hmmm, kekadang sikit je... cukup untuk mu adik-beradik.."
Dulu memang hidup kami agak susah. Kami menyambut raya di bawah aras sederhana tetapi tetap meriah..
Selalunya bila nak raya Ma akan menurut kemahuan saya untuk memasak apa untuk raya... Kekadang, adik-adik saya meminta Ma buatkan nasi himpit, atau ketupat... tetapi saya tetap berkehendakkan nasi dagang untuk raya - Dan keputusan Ma juga bergantung kepada kemahuan saya... Maka, setiap tahun nasi dagang adalah hidangan istimewa ma untuk kami seisi keluarga dan untuk tetamu yg berkunjung.
Dan setiap lewat malam raya, saya akan membantu Ma... Mengupas kelapa, membelah, mengukur... mengacau nasi (campuran beras dan beras pulut) yang hampir masak kemudian ma akan mengukus semula sehingga masak...
Nasi Dagang Ma, memang tiada tandingan... Serius, kawan-kawan saya yang berada di kejauhan berkunjung ke rumah saya semata-mata untuk menikmati nasi dagang Ma... Chef Wan juga tidak mampu melawan kehebatan nasi dagang Ma...
"Ma makan la sekali..."
Dari tadi Ma hanya mencuit sedikit, untuk memulakannya. Padahal saya tahu Ma telah kekenyangan. Dia tahu saya tidak akan memulakan sebelum dia mulakan...
"Makan, makan... Ma puas tengok kamu makan. Dari kecil, sampai ke tua (tua?) ma bersyukur sangat sebab boleh buatkan nasi dagang untuk mu.." Suara ma sedikit sayu...
"Susah atau senang tetap ada nasi dagang..." kata saya pula.
"Selagi ada kasih sayang... selagi Ma masih hidup... selagi mu masih mahu nikmatinya.. InsyaAllah.." Suara ma semakin perlahan...
Ma telah tua. Walaupun masih kelihatan bertenaga, saya tahu Ma kepenatan untuk membuat nasi dagang kerana memerlukan tenaga yang banyak juga untuk mengacau nasi untuk disekatakan degan santan, apatah lagi, disediakan dalam kuantiti yang banyak. Malam itu... Ma tertidur di sofa ketika berehat kepenatan. Saya tidak mahu kejutkan. Lantas tidurnya terus di bawa hingga ke subuh, dan sesudah solat subuh Ma menyambung menyudahkan juadan istimewa itu... Kerana itu saya menegur Ma..
"Ma tak payahlah susah-susah sediakan nasi dagang lagi... lepas ni nanti kita upah katering je..." walaupun saya tahu tiada siapa boleh tandingi kehebatan nasi dagang ma... tapi demi melihat kepenatan yang Ma alami... tidak mengapa kalau saya beralah... (sesekali)
"Mu ingat ma susah?.. Tak, ma tak susah... ma gembira. Dari Mu masih kecil, dari abang-abang mu masih kecil. Dari rumah kita rumah papan lagi hinggalah rumah kita dah besar macam sekarang... Hati Ma tetap gembira setiap kali buat nasi dagang untuk anak-anak Ma untuk raya." Kata Ma sambil mata tuanya merenung jauh. Saya yakin dia merenung masa silam kehidupan kami..
"InsyaAllah... Anak-anak Ma pun begitu. Kami akan sentiasa doakan Ma. Kesihatan Ma, kesejahteraan Ma.." Suara saya juga mula searus dengan nada suara Ma.
"Ma pun begitu... Selain takbir dan solat raya, Ma paling gembira bila semua anak-anak Ma dan cucu berkumpul bersama. Jangan cakap pada adik-beradik Mu yang lain.... Satu lagi buat Ma gembira ialah bila dapat makan Nasi Dagang bersama mu, anak bujang tua (tua?) Ma ni" Kata Ma seakan berbisik... (memang saya anak bujang tua Ma... Dua orang adik saya *seorang lelaki dan seorang perempuan* telah pun mempunyia keluarga sendiri - langkah bendul)...
Begitulah Ma... Pandai ambil hati saya. Tapi untuk adik-beradik yang lain tentunya Ma ada kata-kata 'Istimewanya' tersendiri untuk menghargai mereka. Masing-masing rasa 'dilebihkan'...
Sebagai anak bujang 'tua' yang tinggal bersama Ma juga - memangnya saya melihat kesusahan dan kesungguhan Ma sediakan nasi dagang istimewanya... Tetapi percayalah, setiap kali kami duduk bersama mengupas kelapa, mengukur, memerah santan, menyiang bawang, menyukat beras, mencuci beras, mengukus, menggaul sebatikan, mengukus lagi... ketika menjelang raya, kami gembira. Nasi dagang Ma bukan sekadar nasi dagang... Ia cerita suka duka kami. Ia lambang jalinan kasih sayang kami... antara saya dgn Ma... juga seisi keluarga.
Ya! Saya memahami rasa gembira Ma. Rasa gembira hasil memberi. Justeru Ma memberi dengan kasih sayang. Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri. Allah memberi untuk kita memberi.
Mulianya Ma kerana tangannya di atas, manakala tangan kita anak-anaknya selalu di bawah. Hidup akan kelam, duka dan kecewa bila kita hanya menerima... Ceriakanlah dengan memberi.
Satu perkataan pendek yang menggambarkan seluruh pengajaran dari puasa dan hari raya ialah: MEMBERI. Dan itulah ganjaran dari Nasi Dagang Ma.... Hidup mesti memberi...

**********
15 comments:
Salam sdra...
begitu pergorbanan seorang ibu, padanya penat lelah itu perkara yg menghubungkan kasih sayangnya pada anak-anaknya...
nasi dagang memang saya suka... :)
Salam abe chimera,
ohh. nasi dagang!!
terharu lop dek uu bace.
hargailah mereka yang masih ade.
dilla harap dilla jugak ade resepi istimewa untuk anak dilla nnti bile dia da besar..
sangat suke, bersemangat, terharu bile anak mengharapkan, merindui masakan dari kite..
tapi, dilla ni tak pandai masak la pulak..camne nk ade resepi istimewa nih..hikhik
eh, nasi dagang jek ke yg ade? Ketupat sotong takde ke raye2 ni?
ok la tu....nak makan nasi dagang dan boleh sama2 menolong mak di dapur utk menyediakan semua keperluan...
*tp skang ni ramai yang tolong makan dari tolong mak di dapur....sian mak terkontang kanting sorang2...sedangkan yg lain dok ralit mengadap tv or pc....huhu...
kim salam kat Ma.....
anak angkat kat Putrajaya kim salam...
hehhehehe
Chime,
Sy pun amat menghargai masakan emak. Kalau boleh hafal setiap step resipi masakan emak supaya rasanya serupa...
Kini rasa amat gembira apabila abang2 dan kakak2 saya memuji masakan saya yang memang mirip masakan emak...
Lagipun skrg emak perlukan pewaris, musim raya skrg emak dah rehat saja, tak perlu lg bersusah di dapur....syukur anak perempuannya sudah ada yg boleh mewarisi air tangan emak.
Memang sbg seorg ibu, apa sahaja yg anak dia suka dia akan usaha utk menyediakannya...ada kepuasan bila tengok anak2 makan. Tak payah makan, kenyang rasanya!
Sebagai 'anak' dan 'ibu'....akak dapat merasai jiwa kedua2 insan itu...
mcmana nasi dagang dapat namanya? dan mgapa wajib meggunakan ikan tongkol?
lama gak tak melantak nasi dagang, wat bfast sedap tuuu...
setakat nih nasi dagang tersedap sy makan kat cherating.. mmg org saner terror masak nasi dagang ek... kat johor nih.. nasi keras berdentum kalo makan
psttt.. mintak resipi bleh?
memberi..lebih baek dari menerima...
ermm 2 kali Ma sebut perkataan "tua" hahahaha x reti2 lagi kew?
ermm besar makna dan maksud memberi tu kan.. so mana duit raya? x reti nak "memberi"
huhuhu
Errrmmmm....syahdu bila baca diolog abg ngn ma abg. Seperti berada di rumah sendiri....ibu, tidak pernah marasa susah walau kita melihat mereka susah....mulianya sifatmu...
Nasi Dagang, Umi pun wat Nasi Dagang raya pertama....dari Kerteh ke KT...
Adussss, rasa nak menetap terus di Pahang, dekat dimata ayahanda dan bonda tercinta.....
Assalamualaikum...
Raya yang sungguh bermakna bersama dgn Ma yang tersayang... saya dh tiada kenangan2 mcm tu.... Harapan saya agar saudara sentiasa bahagia disisi keluarga...
Nasi dagang... saya suka..
salam razak...
itulah dia. yg ada masanya anak ni payah nak faham tentang kasih sayang ibu.
yuyu...
Nasik dagang tu kebanggan kite dok?
raye baru nih yuy masok mendeh??
dilla... satu masa, bila anak2 dah ramai dah terbiasa sgt2 dah dgn tugas seorg ibu akan adalah resepi istimewa yg memang dinantikan oleh anak2... tunggulah.
Ketupat sotong tak pernah buat masa raya. payah nak dpt sotong size besar... dulu masa arwah tok wan ada, balik kampung selalu lah dpt ketupat sotong.
kak Azz.. sebab nak makan lah kena tolong byk tu. heheh. sebab ma buat apa yg saya nak kan. saya pun kenalah buat jgak apa yg ma nak.. tgk2 tv tgk tv jugak... sambil2 tu tolong jugak mak... sambil2 tu bakar mercun jugak... hahah
yanie...
ok... salam mu akan disampaikan.
kak asyiq...
nak jugak belajar buat apa yg mak tahu buat. mak selalu pesan suruh belajar. takut nanti tak ada org nak buat bila dia dah tak ada... huhu!! Allah panjangkanlah umur Ma... nak suruh isteri belajar masak nasik dagang - kawinnya tak jugak kawin lagi... hehehe...
silbi...
Ntah!!! saya makan je. tak pernah pulak nak kaji asal usul nama dia. tapi rasanya dulu, bila org2 ni pergi berdagang... dicamprkan sekali beras dgn beras pulut... pastu bila nak masak dah jadi susah nak diasingkan dimasak je sekali beras2 tu... heheheh... cerita rekaan je.
tak wajib pun ikan tongkol. belah kelantan sana dia guna mcm2 jenis lauk. belah terengganu je pakai ikan tongkol.
noorcahaya...
haha... memang belah2 pantai timur sana nasik dagang dia hebat2.
pssttt!! resepi!! kejap ya, nak tanya ma kejap...
Sha...
kannn... itulah yg sifat yg ada pd ibu... memberi, memberi dan terus memberi...
cD... sebenarnya banyak kali ma sebut 'tua' tuuu... tapi biasalah. chime kan jenis bebal sikit hahaha.
duit raya??? alaaaaa... hmmm saya beri kasih sayang jelah... boleyyy...
dayat...
sampai bila-bila pun itulah sifat ibu. akan lakukan apaa saje utk anak2... tapi kita anak-anak ni.. huh! harap2 akan terus dpt balas jasa...
huih! nasik dagang jugak ke? boleh buat tajuk entri baru pulak 'Nasik Dagang Umi'... gituu...
john...
Waalaikumusalam... Uit.. sudah tukar namanya. sempena raya ke?
terima kasih... tersentuh saya baca komen john.
Moga mereka2 yg kita sayangi yg telah pergi dulu akan aman di sana...
Salam Chime..bujang tua..(hehehe nasib tak taruk kat title blog (mcm bujang susah)..
Itula..kak zai nak berleter sikit ni..nape tak kawin2 lagi nie..kesian tau kat ma sbb terpaksa buat nasi dagang sbb chime kalau chime kawin mesti title N3 ni dah berubah tajuk jadi Nasi Dagang Isteriku..hehehe.
wah...bestnye...kasih ibu tiada tandingannya...hargai kewujudannya...agar ibu sentiasa bahagia...anak2 penyeri hidup ibu tercinta...yg penting, jgn jadi anak durhaka...hehehe
(apa aku melalut nie???)
Post a Comment