Wednesday, October 7, 2009

Jeritan Kucing bersenggama...

Lena ku yang baru sekejap tiba-tiba diganggu oleh bunyi bising yang agak mengerikan. Bunyi jeritan keriau kucing jantan atau mungkin juga si betina membuat aku bingkas bangun. bunyinya terlalu hampir... Rapat.
Kucing siapa itu memekak di waktu-waktu begini. Tidak tahukah dia ini bukanlah waktunya lagi untuk bersuara riuh.

"Maafkanlah dia kerana waktu ini adalah untuk dia membuat bising!"... satu bisikan bedesus ketelinga bagi mengurangkan amarah.

Lalu lenaku yang terganggu ditambah bunyi riuh kucing mengawan itu tiba-tiba memberikan aku sedikit 'idea' untuk merangkai sedikit kisah... Kemudian aku perlu berterima kasih pada sang kucing jantan betina yang masih asyik membuat bising bercumbu-cumbuan..

Ya! kisah kucing bising bercumbuan-cumbuan mengawan ada kisahnya yang boleh kita ambil pengajaran.

Di antara kucing dan anjing dan konteksnya ada jalinan sejarah dan ceritanya sejak zaman Nabi Nuh a.s dan pepatah melayu juga meyebut: Seperti anjing dan kucing, tidak boleh bertemu - mahunya hanya bercakaran.

Dan kisahnya:
Sejak zaman Nabi Allah Nuh A.S dua makhluk anjing dan kucing ini telah mencipta sejarahnya bermusuh dan berseteru secara turun temurun. Perseteruan bermula sejak sesamanya dalam bahtera Nabi Allah Nuh lagi dibawa hingga ke hari ini. Hingga ke malam ini. hingga ke waktu yang telah menjengah pagi ini.

Orang (termasuk aku) tidak akan marah dan terganggu nikmat tidurnya sekiranya sang kucing dalam seyap-senyap, dalam suasana aman damai, romantik dan disirati pula dengan anyaman tali-tali kemesraan keintiman dan cinta mencintai dalam melakukan senggama bebas. Ini tidak. Kaum kucing zaman Nabi Allah Nuh dan kaum kucing di zaman terkini (1430 H) ini, dalam melakonkan babak-babak bercumbu dan bersetubuh... bisingnya, riuhnya, gemparnya sampai terdengar orang sekampung.

Ada sebuah riwayat;
Riwayatnya begini;
Diriwayatkan dari Wahab bin Munabbah: ketika Nabi Allah Nuh naik ke bahteranya untuk belayar, maka masuklah segenap jenis makhluk yang berpasangan. Kucing dan anjing juga dibawa bersama dengan pasangan masing-masing (jantan-betina).

Nabi Allah Nuh melarang setiap makhluk Allah itu melakukan persetubuhan agar tidak beranak pinak, dibimbangi ruang di dalam bahtera menjadi sempit. Tetapi anjing yang tidak sabar bersama ketinggian nafsunya tidak mempedulikan larangan Nabi Allah Nuh. Dan si anjing lalu bersenggama.

Perlakuan tidak senonoh itu lalu diperhatikan oleh si kucing yang busy body. Lantas dia datang mengadap serta melaporkan bahawa sang kucing telah menyaksikan adegan tidak senonoh itu di dalam bahtera. Nabi Allah Nuh mencerca perbuatan sang Anjing yang melanggar larangan kerana melayan tuntutan nafsu serakah. Tetapi anjing manafikan tuduhan si kucing. Kucing yang agak marah, melaporkan kepada Nabi Allah Nuh:
"Wahai Nabi Allah. Aku melihat sendiri dia telah melakukan sedemikian. Kalau Nabi Allah berdoa memohon Allah memperlihatkan, tentu Allah akan perlihatkan kepadamu ketika dia melakukan perbuatan itu."

Nabi Allah Nuh lantas berdoa memohon kepada Allah. Kemudian anjing melakukannya lagi malah semakin galak sehingga tidak mahu berpisah dengan bininya itu.

Kucing datang lagi mengadap Nabi Allah Nuh untuk mengadukan hal itu. Nabi Allah nuh pun datang melihat pasangan itu sedang asyik masyuk bersetubuh... Anjing menjadi sangat malu lalu berdoa kepada Allah: "Wahai Tuhanku! singkaplah aib dan cela si kucing ini di waktu bersetubuh sebagaimana dia menyingkap keaibanku."

Allah memperkenankan doa sang Anjing.
Dan akibatnya?
Bila kucing bersetubuh, maka berteriaklah dia dan menjerit menyebabkan makhluk Allah lain mendengar dan mendapat tahu. Inilah akibatnya hingga ke hari ini, ke waktu ini.

Apakah iktibarnya untuk ditafakur dan dimenungkan?
Apakah simboliknya?
Apakahyang tersirat disebaliknya?

Inilah balasan yang Allah timpakan kepada orang yang menyingkapkan malu dan aib orang lain.
Iktibarnya kepada manusia?
Simboliknya kepada manusia?

Demikian jeritan dan teriakan sang kucing bercumbu bersenggama di tengah malam ada sejarahnya.







*********

16 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

Tirana said...

Semoga Allah memelihara kita dari perkara yang tidak baik itu.. Baru hari ni kak tirana tahu sejarah kenapa kucing bising waktu.... Kak tirana masa kecil dulu, kalau dengar kucing betina bising2 macam tu, selalu ambil kayu, hambat kucing jantan sebab kak tirana ingat kucing jantan ni dok buli kucing betina..hehehe

zai said...

Salam Chime..

Setuju dng Tirana, baru hari ini kak zai tau kenapa kucing dok buat bising, sllu gak ambil penyapu gempar2kan kucing2 tu sampai lari lintang pukang, kesian kat diaorang erk, kak zai p kacau daun..ingatkan bergaduh..rupa2nya hehehe..

Tapi benarlah sabda Nabi, jika Manusia hilang malu, ianya lebih hina dari binatang..bukti seperti
keadaan kini yg maksiat dan zina dilakukan secara terang2an dan video2 lucah anak2 melayu juga boleh ditonton dgn mudahnya diinternet..nauzubillah

Dilla Ady said...

baru la tau nape la kucin suke memekak time2 mcm tu..

kdg2 bile die mengiau tak ingat dunia time pepagi bute tu, rase seriau pun ade sbb ngiaunye garau semacam..mule ingat benda lain..mane la tau kot2 hantu kucin ke..hikhik

said...

~ hanya mampu tersenyum bila dengar bunyi2 manje dari si kucing di pagi hari....~

cDeeAbdulRazak said...

ermm bukan dok kata kucing je.. manusia pun terkadang lebih hina dari tu.. siap menjerit mendengus mengekek bagai.. (sedap la kononnya) oppssss..

p/s: ada kesilapan ejaan telah dikesan..
'Bila kucing bersetubuh, makan berteriaklah dia dan menjerit'

bersetubuh sambil makan kah? oopssss... lariiiii

noorcahaya said...

anjing buat senyap ek.. cam tak pernah nampak ler...

cahayaMata said...

kucing dan anjing...
huuhu..
perkataan baru AKU belajar hari ini...
"bersenggama"..
pelik plk rase..hehe

Cik Azz said...

tak suka la kalau taim kucing2 mengawan ni....bising ya amat....kadang2 tu kucing betina sekor je, tp kucing jantan sampai 3/4 ekor nunggu.....pastu gadoh2 sampai kuar najis2...eeuuuwww.....

*Janganlah ada antara kita yang suka buat pe'el cam kucing2 ni ya...huhu..

**Pnh baca kisah ni, cumanya tak tau pulak kisah anjing yg berdoa tu...Tenkiu sbb bg info terperinci...

Unknown said...

mmeaaaooowww~~~

sharamli said...

sem0ga kita diajuhkan dari zina...

Adek Abigail said...

bor.. minta ni nak minta izin linkkan post ni kat blog sya.. approved.. x approved.. nak gak link.. leh ea..

Admin said...

aku link ko k..

Ad Rifza said...

First time baca kisah ni..Tak pernah lak across dimana2 sebelum ini..Tq lah bagi satu input dalam diri..
Yup jgn cerita keaiban orang lain nanti ALLAH akan buka keaiban kita.Seboleh2nya kita sorok aib orang kecuali untuk satu maslahah yang memerlukan kita pelajari sesuatu ataupun sebagai pengajaran/pengadilan.

Wanpetunjuk said...

.....what goes around comes around....and this is Karma!

Takut bila kita berbicara soal keaiban. Moga2 kita semua terhindar dari segaa aib.

Bro...byk pengajaran dari cerita ini!. terima kasih atas perkongsian ini....

Keri AlHaj said...

Salam sudara razak...
Ya.. moga kita dilindungi Allah dari gejala-gejala tidak sihat tersebut..


Kak Tirana...
hehehe... masa kecik2 dulu, bila dengar je bunyi kucing miang tu... saya dgn dik beradik terus diam nyorok belakang mak... Takut... hehehe...


Kak Zai...
Dunia dah akhir zaman... sifat malu dah tak ada lagi dah. seks org dah berani buat kat tempat terbuka. tak ada segan lagi dah. siap rakam video sendiri pastu sebarkan pulak... mcm bangang je perangai...

dilla.. hahaha.. kita samalah. dulu ingatkan bila bunyi gitu tandanya ada hantu datang. takut bukan main lagi.. hahahah..


Yanie...
uih!! boleh lagi senyum... saya kalau dgr rasa nak balun2 je bdn batang kayu... haha


cD... ha-ah kan... saje je, merengek kuat2 suruh org dgr... kalau kucing tu memang sebab dia tak dak akai... manusia pulak lagi teruk dari kucing..
Alahhh... salah eja tu sebab di tulis masa ngantuk. mamai... dah betulkan dah... nyampah!!


Noorcahaya... ntah... menatang lain tak buat kot.. dia je yg buat...


akunia... hahah.. tu bahasa sastera tu. masa sekolah dulu, pinjam buku kawan2 yg ambik sastera, bahasa sastera klasik guna perkataan 'senggama'...


kak azz... betull!! bising tak hengat.. kadang2 tu ambik air sebaldi terus simbah. pastu diamlah sekejap. pastu bising lagi... huh!..
tapi pe'el macam ni, nampak gayanya manusia pun dah mula buat...


edy... bunyi kucing miang ke kucing lapar tu...


sha... Ya! moga Allah jauhkan kita dari dosa zina..



silbi... sila bro... Royalti jgn lupa ek..heheheh...



gnela... ok.. terima kasih. nanti saya link awak balik...



Ad... ya. lindungi aib orang lain.. Allah akan lindungi aib kita... Kat sini, kat akhirat sana...


Dayat... moga Aib kita Allah lindungi.