Monday, September 15, 2008

Ramadhan Dan Syawal "TAG" Oleh Fadzli

Tetiba je aku kena buat tugasan. Tag ni fadzlikhan yg suruh aku buat... ni baru sempat nak tulis... tag ni berkisah tentang ramadan dan syawal... oklah.. tak mo simpan lama-lama biarlah aku selsesaikan

Syarat2 permainan adalah seperti berikut:
  1. Kena jawab soalan ni dgn jujur dan ikhlas (alah - tipu sikit2 tak apa kot)
  2. Berikan soalan yang sama kepada rakan blogger yang lain. Bagihtau lak kat depe kalau tak kasi bukan la "TAG" namanya..ekekeke (malasnya nak mencari mangsa- aku ni kategori mangsa, bukan pemangsa)
  3. Maksimum hantar untuk 5 orang jer. (tgoklah dulu...)
3 Perkara-Ramadhan

1. Berikan pendapat mengenai pasar ramadhan di tempat anda.?
Pasar Ramadan??? errrr... entahlah, dalam 15 hari puasa ni rasanya aku baru 2 kali berjalan kat pasar ramadan... tak sempat pulak nak perati secara detail - esoklah aku pergi semula pastu aku bagi semula pendapat aku kat sini - Boleh??

2. Apa yang anda suka dalam bulan Ramadhan yang tiada dalam bulan lain?
1st... bulan Ramadan ada nasik... (ish! bulan2 lain tak de nasik ke) nasik is my feveret food... makan nasik di bulan ramadan (bukan diwaktu sianglah) adalah sesuatu yg paling nikmat dan seronok sekali di maya pada ini...
eh! orang nak benda yg ada di bulan Ramadan tak ada kat bulan lain lah.. okey... ulang semula... yg nasik kat atas tu tak kira ya... itu sebagai maklumat tambahan sahaja..

bulan ramadan ada apa?
1st... ada orang bakar pelita. suka bakar pelita keliling rumah (dah stat buat dah ni) bulan tak Ramadan kalau buat macam tu mesti menimbulkan persoalan di hati para penonton yang melintasi perkarangan rumah...
2nd... tak mahulah cerita pasal sahur sebab nak yg aku suka je kan? sahur ni tak berapa suka sgt walaupun ada makanan feberet aku (nasik). tapi walaupun tak berapa suka tetap bangun jugaklah demi menjaga hati ibu yg penat memasak (sifat anak yg soleh gitu)
3rd... bulan ramadan boleh berbuka puasa... (utk org yg berpuasa sahaja) berbuka puasa ialah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh aku (dan anda semua jugak kan) - kan seronok masa berbuka, perut tgh lapar, tekak tgh kering... tetiba jer di sirami oleh air tebu yng dingin - perghhhhh nikmat tak terkata... masa tu memang dah tak hengat benda lain dah... seronok gilerr.. bulan tak ramadan mana boleh buat semua tu... apekehe plak kalau tak puasa tetiba je, nak berbuka...
4th... boleh shopping baju raya. ni part yg paling seronok ni... mega sale giler2 punya... tapi tahap keseronokannya tetap bergantung juga pada tahap ketebalan poket anda... ketebalan kad kredit jugak boleh diambil kira... mana ada org nak beli baju raya masa lepas raya kan...

ok cukup kat situ.

3. Siapa anda di bulan Ramadhan?
Sape aku... aku masih lagi aku yg anda kenali dulu (bagi mereka2 yag kenal aku lah) yg berbeza pun, mungkin berlaku perubahan fizikal sedikit - yakni, kurus di waktu siang dan kembali kembang diwaktu malam) hensemm masih tetap sama... masih hensem seperti biasa, tiada berkurang walau seinci pun...

3 Perkara Syawal

1. Keutamaan sempena Syawal untuk...
Yang penting sekali baju rayalah... tahun ni aku ingat nak pakai baju melayu kaler pinklah pulak... pinkk???? - ish!! tak jadi, tak jadi... menurut kata org belah sana, dia nak pakai kaler hijau muda... hmmm boleh... cantik... aku suka hijau muda...
penyediaan duit raya jugak dah semakin bertambah sebab ada berlaku pertambahan jugak dalam pengeluaran anak saudara... mak bapak diorg jugaklah yg untung, bebudak tu kecik2 je lagi... poket sape yg tebal nanti ekk... untung, untung - aku ni kena ada anak jugak ni, baru boleh pungut duit raya anak-anak...
errr... lagi... kuih raya, tu urusan mak aku... aku bagilah duit belanja sikit. langsir pun urusan mak aku jugak... bagilah duit belanja sikit lagi... sarung sofa - tak payah tukarlah kot... baru lagi tu... lagi... lagi...

2.Dengan suasana ekonomi sekarang, adakah ianya akan menjejaskan syawal anda.?
Ntah... sebab syawal tak sampai lagi... dah sampai esok, barulah tahu terjejas ke tak... tapi tak ada apa2 kot... terjejas sikit jelah...

3. Visi lepas syawal.?
Kena senaman habis-habisan... (kalau rajinlah)

ok tu jawapan bagi semua soklan kali ni.... pastu nak kena tag orang lain pulak ya...
org lain tu, nanti dululah... nak round blog member2 jap...

ok fadzli - sekian terima kasih... lain kali jangan bagi lagi dah....

Sunday, September 14, 2008

rentetan dari cerita suami curang --

Kehidupan terbaik - emas
Yang tak berapa ok - intan
bawah daripada tu - berlian
bawah lagi - permata
last sekali - arang : - sila rujuk buku motivasi hasil tulisan Dr HM Tuah Iskandar 'Membina Imaginasi Gemilang' untuk lebih memahami ukuran ini....

Cerita lepas saya try sentuh sikit tentang suami sibuk nak menggatal. Maaflah saya guna perkataan menggatal. Habis nak guna perkataan apa lagi? dah memang gatal - ops! puasalah - ampun maaf.

Akak yang hari tu mengadu pada saya - yang suaminya itu sebagai tak mampu beristeri dua.
"Akak memang tahu dia tak mampu... belanja pun selalu mintak dari akak, nak kawin dua amendenya..."
Lebih kurang macam gitulah aduannya.

Hmmm, ya tak ya. Ukurlah baju di badan sendiri, kenapa nak ukur kat badan orang lain. Kalau tak mampu terutama dari segi ekonominya, tak payahlah nak tanam impian-impian yang semacam tu. Buat lawak je.

Alasan para lelaki selalunya macam ni: "Isteri dah tak secantik dulu, dia tak pandai layan, dia tak pandai bermanja-manja macam dulu, tak solehah..."
Amboi - awak tu masih kekal handsome macam dulu ke? hahah - yang tang solehah tu yang tak tahan tu. Pandai kata isteri tak solehah, yang awak tu soleh ke?

Dulu ayah selalu jugak ingatkan - jangan harap nak dapat isteri macam Fatimah kalau awak belum macam saidina Ali; jangan mimpi nak dapatkan suami macam Saidina Ali kalau awak belum macam Fatimah...

Nampak? saling berkait. Ada ke pulak isteri nak suruh jadi macam Fatimah dia sendiri macam Abu Jahal, mana ada jalan! Isteri pun samalah jugak...

So, the moral of the story - kita sama-sama kena berubah. Kalau nak kebahagiaan anugerah Allah, kena berubah. Tak boleh harapkan satu pihak je berubah. Kalau satu pihak je berubah, tempang jadinya. Macam tayar kereta pancit. Bila hal ini terjadi, walaupun masih ada tiga lagi tayar yang okey, kereta tetap tak boleh nak bergerak...

Hidup kita memang dah serupa itu. Berubah pada kebaikan hukumnya wajib. Maknanya kalau tak berubah dari jahat kepada baik, berdosa. Dahlah berdosa, hidup pulak tak bahagia. Tak ada maknanya...

Sekali lagi, jangan mimpi nak dapat isteri macam Fatimah kalau kita tak macam Saidina Ali.. Jangan mimpi nak dapat suami macam Saidina Ali kalau kita masih belum macam Fatimah...

Sabda Nabi SAW "Permulaan marah itu gila dan kesudahannya menyesal"

Ampun maaf...

Friday, September 12, 2008

Berfikir dewasa... bertindak dewasa...

Berborak ada masa... takkan nak surf web atau blog yang ada unsur motivasi tak boleh. Takkanlah sibuk sangat sampai kematu buat kerja... tentu ada masa untuk senyumkan?? - itu ucapan dari seorang rakan kerja siang tadi - errrr... aku ni kerja serius sangat ke???...

Ok... ceritanya macam gini. Dua tiga hari ni agak free sikit, jadi bolehlah singgah ke bazar Ramadan berhampiran utuk intai-intai juadah nak berbuka... tetiba dapat panggilan telefon dari seorang kenalan yg agak rapat - seorang kakak yang telah agak berusia juga. Suaranya ketika itu agak desperate sangat. Kasar dan bengis sikit. Eh! suara bengis tu macamana ya? - Alah! takkan tak boleh bayangkan...

Kakak yang seorang ni... peliknya bila ada masalah rumahtangga, seringnya dia mengadu pada saya minta saya bagi pendapat macamana nak selesaikan hal dia dengan suami - saya dari dulu lagi dah agak pelik - orang kahwin puluh-puluh tahun, mintak pendapat dari orang bujang yang tak ada pengalaman tapi teringin jugak nak kawin - untuk selesaikan hal rumahtangga... huh!!

Kali ni, dia kutuk dia punya suami... Dia kata suaminya tak sedar diri, ada hubungan dengan anak angkat belasan tahun... kemuncaknya ke hotel!!! laaaa... bulan puasa tuuu... saya tanya berapa umur suami? - 49 tahun... laaaa... dah tua tuuu...

Kata kakak tersebut, mereka dulu tak ok, kemudian jadi ok sebab dia kuat bekerja, sekarang jadi tak ok sebab perangai suami. Dia tak sangka, suami yang tak tinggal sembahyang... kiranya hujung-hujung pada usia dekat 50-an buat perangai... macam biasa... dia tanya saya, apa yang perlu dia buat (persoalan pelik)...

Apa patut dia buat?
Kalau jawapan orang tengah marah - "Terajangkan aje... lelaki tak guna. Tua kutuk, tak sedar diri. Dari simpan laki macam tu, baik tinggal sorang-sorang"...

Saya kena fikir banyak jugak untuk bagi jawapan... almaklum dalam hal macam gini, pakar motivasilah yang sepatutnya jadi tempat rujukan.
Dan saya pun macam biasalah belagak macam bagus je, bagilah jawapan -Macam ginilah (jawapan saya) - "Apa lagi yang akak nak sekarang ni?? Suami umur 49, akak pun lebih kurang, agak-agak berapa lama lagi kita boleh hidup... Katakanlah setahun je lagi. Alahai kak... setahun je lagi yang terakhir tu aktivitinya - bergaduh... aktivitinya dendam, benci, meluat sakit hati."

Bayangkan kalau kita mati, masa minda kita tengah berserabut dengan dendam, benci, meluat, geram, sakit hati. Boleh tenang ke mati? Hujungnya macam tu, agak-agak ok tak dalam kubur sana. Agak-agak ok tak akhirat?

Saya kata "Teruskan hidup akak. Takkan usia macam ni nak bercerai pulak. Bercerai tu puas hati tapi boleh tenang ke? Soal suami kita jahat, suami buat tak tentu hala, soal buat benda tak patut tu soal dia. Soal dia dengan TUHAN dia. Isteri tak bertanggungjawab sebab tak didik suami, tapi suami akan dipertanggungjawabkan sebab tak didik isteri" - **Perghhh... boleh saya jawab macam tu - macam bagus je**

Nasihat saya kepada wanita yang menghadapi masalah serupa ini, jangan berapi sangatlah. Nak berapi jugak tunggu habis bulan puasa dulu... itu pun kalau nak berapilah.. kalau tak nak, lagii baik...

Dah tua-tua kita buatlah cara tua. Fikir cara tua, bertindak cara tua. Dan para suami yang macam tu, "Bila nak menopause?"

Ampun maaf....

"Bukan yang bernama puasa itu sekadar menahan makan minum, tapi puasa sungguh-sungguh itu menahan diri dari perkataan yang tidak ada gunanya dan kata-kata keji." (Riwayat Muslim)

Thursday, September 11, 2008

Ni nak bagi duit raya jugak ni....

Ok... ini ditujukan khusus untu semua rakan2 saya kat sini... terutama sekali yg terpaksa beraya awal...


duit raya ni saya nak bagi pada mereka2 yg berikut...

1. Kak Lawa

2. Ween
3. Aqies
4. Kak E
5. Sodep
6. Topek
7. Along
8. Angah
9. Cik Yuyu
10. Rezz
11. Combi
12. Ryan
13. Fadzli Khan
14. Shaizar
15. Ako...
16. Amer

dan mereka2 yang lain... harap2 cukuplah ya byk tu, tahun depan jangan mintak lagi...

ok ada sikit tambahan nama kat sini ya... sebab semalam tu dah lewat malam sgt nak masukkan satu2 nama... harap dpt diambil dgn segera sementara stok masih ada...

mula dgn no 1 balik ya...
1. Chika... (sorry chika - saya betul2 ingatkan nama chika dah tersenarai - chika kan my feveret blogger... tak boleh lupakan dia ni... sorry)
2. Dir
3. ecah
4. rosma
5. anuar
6. kak sue
7. cik abu
8. Heliza AF
9. Fysal
10.ien

kpd yg agak terlambat sikit tu harap maaf lah ya... sebarang kesulitan amtlah dikesali....