Teman... Aku seperti kamu juga...
Biasakan anda dengan dunia penulisan... (maksud saya bukan penulisan blog semata-mata).. Satu ketika, penulisan juga adalah dunia saya. Walaupun tidak sepenuhnya. Beberapa artikel... beberapa cerpen... dan beberapa sajak tulisan saya pernah diterbit siarkan dalam majalah-majalah tertentu... Kini hambatan tugas membataskan saya untuk terus berurusan dengan dunia tersebut... dunia yang saya kira kegemaran saya juga... saya amat meminatinya...
Dalam penulisan, sering terjadi sesuatu frasa yang kita anggap paling indah, bernas dan hebat pada perkiraan kita - tetapi - tidak begitu dalam realitinya. Walaupun selalu diingatkan supaya kita menyunting sendiri tulisan kita, tapi frasa yang kononnya sangat indah itu tidak akan kita buang. Munasabahkah kita membuang sesuatu yang kita sayang...
Justeru... kita perlukan orang lain menyunting tulisan kita. Dan hanya pada ketika itu sahaja frasa kesayangan kita dipotong atau dibaiki. Setelah itu... hasil tulisan kita akan menjadi lebih baik lagi...
Sahabat ...
Terkadang hidup kita seperti itu juga. Akan sentiasa ada individu, sikap, pendirian atau pandangan hidup yang kita anggap benar tetapi hakikatnya tidak. Walaupun kita cuba memuhasabah diri, ia tidak akan kelihatan juga sebab ia sudah terlalu rapat dengan diri kita...
Cuba dekatkan sedekat-dekatnya tapak tangan ke mata kita sendiri. semakin dekat, semakin kecil radius penglihatan kita dan ia akan menjadi semakin kabur... Maka... begitulah juga sikap, pandangan dan individu yang terlalu hampir dengan kita... kekadang sudah terlalu hampir hingga kita menjadi 'kabur' untuk melihatya...
Boleh jadi dia itu seorang teman yang rapat. Tapi hakikatnya dialah musuh kita yang paling ketat. Tetapi oleh kerana terlalu sayang, onarnya kabur di mata kita. Mungkin kerana pandainya melayani perasaan dan impian kita, lalu kita letakkan seluruh kepercayaan, padahal dia pula sedang bersiap sedia untuk khianati kita.
Atau, mungkin juga ia sebuah buku yang kita kelek ke sana ke mari. Kita baca berulang kali, lalu pengajarannya kita sanjung dan kita junjung. namun.. hakikatnya buku itu lari dari hidayah dan tersasar dari Taufik Allah... Sedangkan bertahun-tahun kita telah berhujah, membuat keputusan dan bertindak atas suluhan buku yang kabur itu.
Mungkin juga ia sebuah organisasi atau syarikat yang kita anggap payung atau pelindung. Tetapi dia sebenarnya adalah penyekat karier dan kerjaya kita untuk pergi lebih jauh. Kita sangkakan ia adalah payung yang melindungi kita dari hujan atau panas... tetapi tidak. Ia adalah hijab fikiran dan minda kita untuk melihat horizon peluang dan ruang yang lebih luas dan dalam....
Ah!!! boleh jadi juga ia satu amalan, yang kita anggap ia menyelamatkan. Mungkin juga satu gelaran kesolehan, status ibadah atau status sosial yang begitu mententeramkan, melegakan namun tanpa sedari itulah terowong bagi ujub, riak, takbur yang mencelah. Rasa baik, tenteram dan aman yang dihadiahkan oleh amal dan gelar itu rupa-rupanya membawa kita ke daerah rasa tidak berdosa atau kurang berdosa - satu jurang yang paling ditakuti oleh para solehin dan mukminin...
Lebih parah kalau ia melibatkan rasa hati dan jiwa... boleh jadi ia sang kekasih, si jantung hati, si buah hati, ORANG BELAH SANA, atau apa pun jua gelaran yang kita cipta untuknya... Mungkin juga sang suami atau isteri... yang tutur kata mereka adakalanya meruntun jiwa...
Carilah kecintaanmu yang mungkin membutakan mata hatimu. Dan teman.. aku juga sepertimu... kerap dibutakan oleh cinta... Carilah semua itu di sebalik pendirian, prinsip, gelaran, jawatan, amal, isteri, suami, teman dan segala yang menjadi kesayangan kita. "Suntinglah" tulisan hidup kita dengan imbasan dan suluhan doa... Mudah-mudahan Allah akan memberi kita panduan dan keberanian untuk jadi seperti "Ibrahim a.s." yang rela menyembelih "Ismail a.s" - seoarang anak soleh, taat dan setia yang manakan mungkin akan menjadi hijab cintanya kepada yang Esa??...
Dan kepada mu... ya! kau... coretan ringkas terakhir ini adalah untuk mu... (aku tahu kau juga pembaca setia coretanku... moga kali ini juga kau masih sudi untuk membacanya)...
teruslah kau dengan pendirian mu ketika menegur aku yang sentiasa lalai dan leka ini... Ku perhatikan landasan mu sentiasa di atas kebenaran... ketahuilah - dalam banyak-banyak perkara... aku memang selalu mengharapkan mu. Memang manusia tidak penah lari dari kesilapan. Apatah lagi manusia seperti aku. Ada rahmat Allah yang menbuatkan aku terus bersyukur dan menyayangimu, insan dalam hidupku sekarang. Kau bukan sahaja membuka minda dan menegur pendirian aku yang acapkali degil, megah menjunjung kemodenan yang seringkali teragung pada unsur kebaratan. Kau bukan sahaja sedarkan aku dari lamunan "aku bijak... aku tahu apa yang aku buat" malah kau tidak pernah sekali pun lupa mengingatkan aku agar tidak lupa untuk berjumpa dan pasrah pada Tuhan ku 5 kali sehari. Bertekak pada nilai hidup yang masing-masing bawa. Pada pendirian bak batu kerasnya yang masing-masing mahu tegakkan.
Walaupun dari keserasian bercinta kau dan aku sangat sesuai, waduh! dari segi pemikiran umpama langit dengan bumi layaknya....
.... Moga rajukmu tidak lama....
....