Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul...

Semalam... ketika ber'dating' dengan 'orang belah sana'... saya dan dia dan adik lelakinya (seperti biasa, dia tak akan pernah keluar sendirian untuk keluar dengan saya... Muhrimnya sentiasa ada sebagai teman...) singgah makan di sebuah restoran. Waktu tengahari...

Satu perbualan berunsur metafora memberi kesan di hati saya... Berkisar tentang Rasul Junjungan mulia.

"Kalau kita sedang memandu di jalan raya, tiba-tiba kenderaan yang datang dari arah bertentangan mengelip-neglipkan lampu. Satu demi satu... Apa petandanya tu?" Tanya 'orang belah sana' sambil mula menyuapkan makanan ke mulut secara perlahan-lahan.

"Ada polis kat depan" jawab saya ringkas.

"So, apa yg kita buat masa tu?" tanya dia lagi.

"Buatlah apa yg patut... pakai tali pinggang, slowkan kereta, campak telefon ke tepi kalau masa tu kita tengah bersembang pakai telefon"...

"Kenapa kita buat macam tu?.... sebabnya kita percaya kat depan ada polis walaupun kita belum nampak. Hanya dengan isyarat kita dah yakin. Lepas tu sebab yakin tu, kita pun bertindak secara spontan.. kan?"

Saya diam... adiknya yg sejak tadi menumpukan perhatian juga diam. Dan saya mula terfikir ke arah mana sebenarnya metafora tersebut diajukan.

"Keyakinan selalunya melahirkan tindakan. Macam tulah jugak keyakinan kita pada hari akhirat. Pasti akan ada tindakan walaupun kita tak nampak macamana rupanya hari akhirat. Macamana kita percaya dekat pemandu-pemandu kenderaan yang hanya mengelip-ngelipkan lampu padahal kita tak kenal pun siapa mereka tu. Entah mereka berbohong, entah mereka bergurau... tapi kita terus je percaya dan bertindak."

"Siapa yg bawa berita tentang hari akhirat, Syurga dan neraka semua tu?" Tanya dia lagi...

Saya masih diam sambil terus menyuapkan makanan ke mulut.

"Bukankah 'dia' yang kita rayakan hari kelahirannya esok... "(esok tu maknanya hari nilah)... Yakin ke kita pada dia. Baginda bukan sekadar kelipkan lampu, tapi dah berjuang habis-habisan untuk yakinkan kita pasal Syurga dan Neraka...... Masalahnya, kita ni... Yakin ke tidak?"

Saya masih diam... tak tahu nak meyampuk walaupun hakikatnya saya sangat suka menyampuk bila dia bermotivasi..

"Kalau yakin.. mana tindakan kita?... "
"Mandi laut pakai seluar pendek, pastu gambar siar dekat blog....!!!"
- perlahan suaranya ketika menyampaikan rasa tidak puas hatinya...

Huh! ke situ pulak.. Saya hanya tersengih... Memang sejak beberapa hari ni, dia agak tidak puas hati dgn tindakan saya menyiarkan gambar 'seksi' - konon-kononyer... dekat blog saya... **oh ya! dia juga salah seorang pembaca blog ni, sejak dia terlihat gambar kat terengganu tu, tak henti-henti dia mengomel pasla gambar tu.. saya tak pernah jawab apa-apa... dia betul... ** (kalau awak ada baca cerita ni nanti - saya nak bagi tau saya sayang kat awak.. heheheheheh - gambar tu nanti orang buanglahh...)

Walaupun nada suaranya bukanlah bersungguh sangat, tapi hati kecil saya terasa sayu juga. Dalam hati kecik saya berkata sebenarnya saya tak berapa kenal dan yakin kepada Rasul kita. Berapa banyak sunnahnya yang dah saya tegakkan... atau sekurang-kurangnya cuba saya tegakkan... huh... Nan adooooooo....

Hari ini... Saya teringatkan pada majlis Sambutan Maulidur Rasul 3 tahun lepas yang saya ikuti sambutannya yang dibuat di sebuah mini stadium di pinggir Ibu Kota. Sedih juga. Apa tidaknya, setelah tamat ceramah, bernasyid dan berselawat... Stadium dipenuhi dan bertaburan dengan sampah yang berselerakan. Kotor dan semak sungguh kelihatannya. Kalaulah kehebatan mendengar ceramah, benasyid dan berselawat dibuktikan dengan sunnah menjaga kebersihan... bukankah lebih baik lagi. Nabi junjungan mulia sangat sukakan kebersihan yg menyifatkannya sebagai sebahagian dari iman, tapi sayang kita membuat kotor pada dalam kehangatan meyambut hari kelahirannya. Apa bezanya dengan sampah sarap yang terhasil oleh mereka yang menyambut perayaan lain...



Hari ini lagi....
Saya tercari-cari rasa hati yang hebat kepunyaa Rasulullah SAW.
Bagaimana hatimu wahai Rasul Junjungan ketika kau berkata "Jangan kau seksa penduduk Taif, kerana aku mengharap dari sulbi mereka akan lahir keturunan yang beriman.." (ketika menjawab permintaan malaikat untuk mengazab penduduk Taif yang mendustai dan melukakannya dengan lontaran batu.)

Bagaimana wahai Nabi ketika kau berkata, "Hari ini aku maafkan kamu semua wahai pendudk Mekah. Kamu semua adalah saudaraku.." (ketika pembebasan Kota Makkah dan memberi pengampunan beramai-ramai kepada orang yang pernah mengejek, menyeksa dan ingin membunhnya dahulu)...


Bagaimana hatimu Kekasih Allah, ketika kau berkata "Ummatku! Ummatku!" Ketika usiamu di penghujung riwayat, sedang Siti Aisyah kesayanganmu dan anggota keluarga lain berada di sisi sedangkan mulutmu tetap mengingati kami... umatmu!)


Bagaimana hatimu wahai Rasulullah....

Tidak terjangkau oleh hati kami yang berdosa ini. Tak mungkin, tak mungkin akan ada lagi hati yang sesuci begitu... Hati yang kotor ini hanya mampu merintih. Berikan aku Ya Allah! hati yang berharap untuk dapat mencintai... Hati yang seperti itu....




Salam Maulidur Rasul.....

14 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

haa padan muka kan da kena marah. tu laa letak lagik gambo seksi seksa yg amat tu. kan da kena bebel. wahahahahahahahahahha gelak sama dia! muahahahahahahahahhaha (bayangkan wajah komeng! komeng si penjahat zaman purba! haha)

lagik satu, kurangkan mengetag rakan-rakan jugak. Nanti akan dibebel pulak oleh rakan-rakan. kuikuikui :p

addyaholix said...

haha kena marah ye bang?
itu tanda dia sayang =)

salam maulidur rasul buat semua!

Ad Rifza said...

Salam Maulidurrasul Chime..

Tirana said...

Alhamdulillah..ada yang beri teguran..hehehe.. Teguran yang diberi oleh orang yang tersayang, mesti terkesan sampai ke tulang hitam..hahaha..

Selamat menyambut maulidur rasul...

Shitsurei shimashita said...

sabar2 yer, biasalah pict2 ni leh jd isu sensitif krana berpendapat u r mine tak nak org lain kongsi keayuan/kekacakan kita. Naknya pict yg gitu2, stilah dia terasa geram tp saya yakin chimera leh handle dgn tenang.

Salam Maulidur Rasul 1430

AiE bAhRi said...

Ada juga yang memberi peringatan.Alhamdulillah..sekurang2nya untuk peringatan dan kebaikan abg chime juga..

Cerita yang menarik bagi saya untuk dikaitkan akhirat...

Salam Maulidur Rasul.Semoga keimanan kita semakin bertambah dari masa ke semasa..

chimera said...

ween - itulah dia... padan muka budak chime tu... tapi rasanya gambor tu mana ada sexi sgt... siap dah buat efec kat gambar tu tak nak bagi org kenal... (tapi tunjuk aurat tu tetaplah berdosa tak kira sexi ke tidak kan)... (terbayang wajah komeng penjahat zaman purba dlm versi comel)...

tu saya dah kurangkan dah tag tu... dulu saya listkan nama member panjang2... sekarang ni saya letak gambar ween sorang je.. kan dah kurang tu...





addy - dia tak marah pun... tapi dia sindir je... kena sindir ni lagi bahaya dari kena marah... heheh - mudah2ah tu tanda dia sayang...



ad - Salam Maulidurrasul jugak ad...




kak tirana - dia memang selalu menegur kak... saya je jenis jahil keras kepala... heheheh... memang terkesan... salam maulidurrasul kak.




hitsurei - ecceli dia ni agak sensitf sikit kalau melibatkan dosa pahala.... Alhamdulillah kalau jodoh saya ditemtukan dgn dia. nanti adalah yg nak tunjuk kalau saya buat salah... masalah tak berat mana pun. boleh handle lagilah... heheh...
salam MaulidurRasul jugak ya..

chimera said...

aie - dia memang selalu memberi ingatan.... itu yg saya 'sayang' sgt kat dia... heheheheh.... saya salah dia tegur... dia pulak jarang pulak nampak buat salah yg boleh saya nak tegur. heh...

salam maulidirRasul Aie... Moga keimanan kita semakin bertambah... Aminnnn

Amer Aan said...

mung tu dok ltak...
pic seksa wat gapo
pdn muka mu...
kene bebel
(doh kuar doh ganu kito)

:: Cikgu Wiween :: said...

hui..apa kata pasni cam cut off jugak nama ween. baru hensem tag tersebut.kuakuakua :p

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

so sweet kene bebel ngn 'orang belah sana'...

btw, dating anda penuh dgn ilmiah..make me impress!! really!!

::salam maulidurrasul s.a.w::

chimera said...

amerr - bukang seksa mane sangak pongg... sikik-sikik je... dak pe, pah ni orang tohok la gambo tuu... padang muka...



ween - nehi... nama ween tetap akanmasuk senarai... huahahahahaha... gelak samseng kampung dusun lagi sekali...




Adam - kena bebel pun sweet ke?? heheh... pedas woooo... tahan telinga jelah. dah buat salah kan.
dating dgn orang berilmu ni, gitulah gaya dia... memang sentiasa meninggalkan kesan...
- salam MaulidurRasul SAW jugak...

suesamsudin said...

su dgr psl metafora yg sama di masjid baru2 ni...last week rasanya masa su solat jemaah kat ctu...agaknya ms nak sambut Maulidur Rasul baru2 ni, ustaz2 ramai mgunakan pendekatan ni dlm menyedarkan secara halus n berlapik pd kita kisah perjuangan Rasulullah menyebarkan dakwah pd kita, umatnya.....
*sbg manusia, pengisian rohani sgt penting kan utk sentiasa mengingatkn kita yg selalu alpa....untung chime ada "org di sana" yg sentiasa mengingatkan...ada yg terkapai2 sendiri nak meluruskan jalan yg terkadang bengkok....

chimera said...

sue - ya! Alhamdulillah saya beruntung... Sue, bila nak undang saya masuk blog sue... hish... dah lama tunggu...