Wednesday, February 25, 2009

Life is nothing if not challenging

Some struggle from the very beginning till the very end - grappling and wrestling with troubles and trials few of us ever experience.

And some seem to have it easy. Finances, romance, career, family, fun; everything seems to fall into place for them. Most of us are somewhere in between these two extremes.

We struggle from time to time with difficulties. We bear up under our share of suffering. And we partake in our share of happiness as well.

But have you ever wondered - even when life is at its best - if this is all there is?
Certainly, when we compare our lot to many in the world, we can feel as though life is good. But, still, many of us hear a small voice inside - asking if life offers nothing more than transitory happiness .

Don't we spend our lives trying to ignore the fact that life for each of us is going to end - and that we are helpless in the face of this certain fate? Isn't this why so many of us fill our calendars with activities and vacations and diversions - just to avoid having to face our own mortality?


Manusia akan berselisih faham kerana banyak perkara - berebut harta, berebut kawasan, berebut kuasa. Apabila berselisih faham, tidak semuanya berakhir dengan semua pihak bersependapat. Biasanya yang berlaku ialah mesti ada satu pihak yang betul atau menang. Biasanya dicapai dengan cara berperang.

....dan manusia berperang dengan bermacam-macam cara. Adakalanya dengan cara bertarung secara fizikal seperti bertumbuk dan bergaduh. Adakalanya dengan menggunakan bantuan medium lain seperti senjata api dan kereta kebal. Ada manusia juga berperang dalam bermacam-macam cara. Adakalanya secara psikologi seperti sekatan ekonomi atau sekatan makanan . Dan boleh juga melompat macam katak kalau suka....

Hmmm... tapi kita orang muda (yang sedang-sedang) tidak perlu untuk bergaduh untuk perkara-perkara yang kecil seperti ini ~ berbanding menyakitkan tangan memukul bola, saya lebih suka menendang bola. Tetapi untuk mengajak orang-orang yang bertangan besar dan suka memukul bola dengan kuat ini untuk bermain bola, saya tidak fikir ramai yang berminat ....


Oh ya... sebelum terlupa... Mulai esok... (lusa sebenarnya) ...Please accept my apology for not updating any story & visiting others, although I have to say, this time, I have a very good excuse lah.

I wanted to travel somewhere... with 2-3 buddies... and all night in the bus... (dah lama benorr tak naik bas... rasa teruja pulak) - Mungkin di sekitar 4, 5 hari... ke beberapa tempat pilihan... huhu... teruja. (lama dah tak bercuti)..

Dan sebelum itu saya selesaikan satu hutang tag yg diberi kepada saya... diberi oleh adik yang cantik manis Ryna Rayhana...

Sape lah pencipta asal tag ni... saya tak pasti apa motifnya... kita tengok ya...

1. Anda dikehendaki mengambil 3 pic di bahagian muka..
2. Pastikan dicrop..
3. Setiap 1 pic hanya boleh menampakkan 1 @ 2 anggota sahaja..
4. Huraikan sedikit tentang pic itu..
5. Tag sape jer asal lebih 5 org..

Motif????????....
tapi takpelah... sebagai menghargai Dek Ryna inilah dia jawapannya:


Mata saya... nak xplain apa ek... cuma tengoklah ada tahi lalat kat kelopak mata bawah belah kanan... orang kata, kalau ada tahi lalat kat mata ni, jenis org kuat tidoo... errrrr... yelah agaknya.


Saya agak kurang berkenan pada hidung yg besar ni... Kalau boleh saya nak hidung yg kecik mcm shah Rukh Khan... (hidung shah rukh khan kecik ke ha??) **errrr... jgn nak byk komen. Syukur Allah bagi hidung yg sempurna - Dia ambik balik hidung tu baru padan muka** - ok! ok!... syukur Alhamdulillah... atas kurniaan hidung yg sempurna ni...




Bibir mulut berulas nipis... errrr... tak reti lah nok komen pasal diri sendiri...


Ok... dah settle... bolehlah bercuti dgn aman tanpa bebanan hutang yg tertinggal... dan saya tak nak tag sape2 lah...

ok... jumpa lagi bila saya balik nanti...
have a nice day


Monday, February 23, 2009

Sekadar catatan...

I had a quiet conversation with a dear old friend yesterday. It was about a challenge (read: opportunity) that I declined to take. He send me an e-mail couple of days a go. Questioning me. He thought I had the capability. I told him honestly the reason why. I simply was not interested in the challenge presented to me. And I am the one who know what is best for me.... yes?

He came to see me again yesterday. Tried to convince me to change my mind. I did not and I was not about to change my mind. He left and I dropped him an e-mail. Thanking him for trusting me. He replied and said that I’ve been in my comfort zone too long. Am I? Maybe I am.

For those who knew me would know that I never decline a challenge nor pass an opportunity to develop my self. But why is it difference this time? Maybe because I know my pool too well. Maybe because I know the other fishes too well. I knew that the big fishes does not always look after the smaller fishes. And there are sharks. And vampire fishes. And jelly fishes that are transparant but ready to electrocute you.

Don’t get me wrong, I was not afraid of them. I have never been and I never will. But to be able to swim, I need to have clear mind. And peace at heart. Something that I doubt that I will keep on having, had I welcomed the challenge. Although that would mean I will get more planktons but planktons come with a price. A price that I am not willing to pay.

Am I at fault to choose not to take it?



hmmmm... apa-apalah...

Saturday, February 21, 2009

Things I See.. (Lammee See...)

Ada sorang teman bertanya... kenapa saya suka menulis...
Errr... apa ya saya nak jawab... Hmmm selalunya saya menulis hanya untuk memotivasi diri. Mudah-hudahan dpt memotivasi orang lain juga... maklum larrr nak baca buku motivasi bukan semudah baca novel kisah cinta. kalau boleh.... bukan takat baca... cuba faham dan selami di sebalik TerSurat dan TerSirat kata-kata itu...

Kata orang yang berakal.... dalam hidup kita... setiap hari akan ada "Jalan" yang perlu kita pilih... jalan yang dipilih mungkin jalan yang mudah... atau mungkin juga jalan yang penuh dengan dugaan dan cabaran... atau jika tersilap pilih jalan, mungkin kita akan temui "jalan mati" Ops! Boleh jugak kalau mahu jalan-jalan cari makan

Hakikatnya kita perlu memilih... biarpun membuat pilihan bukanlah perkara yang mudah... adakalanya kita perlu berbohong... atau mungkin perlu menyakiti sesuatu/seseorang/mungkin juga diri sendiri...

Inilah hakikat kehidupan... kita yang bernama Manusia... tidak pernah puas dengan apa jua kelebihan dan kekurangan yang kita miliki... sifat Dengki itu sering menguasai diri... bukan hanya orang lain, malah... adakalanya kita jugak begitu. So.... jangan nak kontrol-kontrol bagai... takde faedahnyerrrr...

Adakalanya kita akan menjadi mangsa dengki orang lain... dan ada kalanya juga... kitalah "pendengki" itu...

Hmmm... dengki itu tidak salah... ada masanya dengki tu memang perlu... cuma tinggal lagi, bagaimana kita mengawal perasaan itu kepada satu tahap yang sepatutnya... yakni yang paling minima... bagaimana? Bergantunglah kepada cara kawalan masing-masing... jangan sampai merosak diri... jangan sampai merosak orang lain sudahh...









oh ya... sebelum terlupa (saya kalau bab yg ni memang senang lupa... ada masanya buat-buat lupa) - Ada tag lagi nak buat...

Saya kena tag dengan si Naga Perang... ok.. jom tengok apa dia nak...

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah...(maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)

1) Anak Kunci
kegunaan asal - untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
kegunaan sampingan - Errr.. nakk buat apa ek... buat anting2 wanita boleh lah kot... gantung kat telinga... hmmm, macam bagus jugak idea ni kan... comfirm kunci tak hilang. kalau balik kerja suami isteri... masa nak bukak pintu tu... keluar dialog mcm ni:
"Yang!!! Kunci pintu rumah mana... ?"
"Ni haa... tergantung kat telinga ayang ni... abang tolongla bukak jap.." see.. selamat dan praktikal.

2) Penutup Pen
kegunaan asal - tutup pen, x nak kasi dakwat kering
kegunaan sampingan - Errr! buat pengorek telinga di waktu terdesak... cth waktu terdesak tu mcm ni... seekor lipas (lipas tau) tiba-tiba merayap masuk telinga... (mcm ganas lah pulak cth yg ni) errrr... (sat, nak pikir cth yg lain pulak)...

3) Botol Mineral
kegunaan asal - tempat simpan air
kegunaan sampingan - Buat rakit masa nak mandi kat teluk Kemang... kumpul byk2 pastu cantumkanlah... kalau rajin, bukan setakat rakit... kapal titanic pun boleh dibina... itu kalau rajinlah... kalau malas, boleh buat hantar surat style orang dulu-dulu. tulis satu surat, sumbat dlm botol tu, tutup kemas-kemas... pastu campak tgh laut... kalau nasib baik, surat tu boleh lepas ke kutub utara tanpa perlu bayar duit stamp... kalau nasib tak baik, belum sempat buat apa-apa botol tu dah kena tolak dgn ombak sampai balik kat kaki kita... tapi tak de masalah... boleh lempar balik semula... kalau tak lepas jugak lagi... lempar lagi... berulang2 kali... kalau tak lepas jugak, barulah fikirkan alternatif lain... cthnya beli je sampul surat sekeping, stamp sekeping... poskan ke pejabat pos... lagi selamatttt...


4) Paper lama

kegunaan asal - leh digunakan utk buat draft paper
kegunaan sampingan - Buat sampah... hehehe... boleh pulak bagi jawapan simple.


5)
Seluar 'D' lama (seluar D??)

kegunaan asal - pakai kat dalam bukan di luar... (ohhhh seluar tu rupanya. Malu nak sebut ke?)
kegunaan sampingan - Boleh je kalau nak pakai kat luar mcm sorang super hero tu... atau pun boleh jugak buat topeng masa nak merompak bank... hmmmm... nak tuba ikan kat sungai pun orait jugak... nak tuba orang pun boleh tu kalau kena dengan cara dia...

6) Lesung batu
kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb
kegunaan sampingan - Buat penukul ketuk paku kat dinding... buat senjata pun boleh. cthnya kalau nampak pencuri nak masuk rumah, baling je lesung tu dgn sepenuh tanaga, tapi pastikan sampai terkena kepala perompak tu... jgn sampai terkena kepala laki, atau bini yg tgh nyorok belakang pintu pulak ya... tak pasal-pasal pulak bergaduh laki bini...

7) Langsir
kegunaan asal - kehiasaan umah/keceriaan umah
kegunaan sampingan - Buat lap tangan masa kenduri... cari-cari tisu tak jumpa. dah tu org tgh ramai, nak bergerak pun payah... kira capai mana yg sempatlah...

8) Komputer ofis
kegunaan asal - buat keja rasmi
kegunaan sampingan - Haaa... buat bloglah. apa lagi kan... pastu jawab tag... errrr, tapi tag ni saya jawab pakai i-mac kat umah ya... tak guna opis punya...

9) Duit syiling
kegunaan asal - nak lengkapkan duit kertas
kegunaan sampingan - buat gores kad prepaid celcom yg baru beli petang tadi...

10) Laman Blog
kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru. tukar2 pendapat
kegunaan sampingan - Buat iklan jual barang... reka-reka cerita pasal katak... pasal kera ke, pasal oreng uten ke...pastu isi gambar byk2.. isi lagu byk2 dah mcm MP3 player pulak - isi mcm2lah. pastu berat, payah nak loading...


haaaa..dah abis pun... then kena tag org lain pulak ya...
saya nak tag cikgu ween (tak sengajalah cikgu) dengan cD... (tag yg dulu2 bila nak buat ha)... kak lawa, Dir, Dek pajeli, Miss Zaza... dan sodep...

sekian...

Friday, February 20, 2009

Boss

Petang tadi dapat satu panggilan telefon dari Hairi... seorang kenalan - Telefonnya utk bertanya khabar dan menyampaikan berita - huhu... kali ni dia ajak saya mengumpat boss dia... hadoiiii...

Saya tak akan menceritakan tentang boss saya, sebab dia adalah sebaik-baik boss yg pernah wujud di muka bumi ni **ish! bunyi ayat macam nak bodek je**

Tipikal bos ialah orang yang serius dan tegas. Walaupun ada bos yang suka bergurau-senda dengan orang yang bekerja di bawahnya, bilangannya adalah sedikit kerana adalah penting untuk bos menjaga reputasinya. Kata orang kalau diberi muka, nanti dipijak kepala. Sebab itu bos tak berkongsi meja atau bilik dengan orang di bawahnya. Bos ada bilik sendiri. Bos ada komputer yang paling laju di pejabat ~ walaupun dia hanya guna komputer untuk baca emel.

Pekerja bawahan akan melihat bos sebagai pahlawan, cendiakawan dan kadangkala dermawan. Pahlawan kerana berani berjuang untuk dapatkan apa juga projek yang kadangkala dilihat sukar nak dapat, cendiakawan kerana bijak berkata-kata dan seolah-olah serba-serbi tahu ~ walaupun kadangkala apa yang dia cakap itu adalah ayat yang kebetulan dibacanya daripada buku. Dermawan hanyalah pada musim-musim perayaan atau hujung tahun di mana bos akan memberikan bonus. Walaubagaimanapun pekerja bawahan melihatnya, bos adalah selalu betul dan dalam kebanyakan kes, pekerja bawahan adalah selalu salah.

TETAPI.... bos juga manusia.

Seberapa hebat pun dia di mata pekerja bawahan, dia juga punya kelemahan. Dia mungkin paling berkuasa untuk membuat keputusan tetapi tidak semua keputusannya betul. Dia mungkin garang seperti singa tetapi ada ketikanya dia boleh menangis seperti bayi. Dia mungkin tahu segalanya tetapi sebenarnya dia tidak tahu apa-apa.

Yang pentingnya bos juga akan buat silap.

Mengikut cerita dari Hairi yang menelefon saya - Hari ini ialah hari yang tidak boleh berlawak jenaka yang bukan-bukan dengan bos sebab hari ini boss dia menunggu keputusan mesyuarat untuk satu tender yang telah dikejarnya sejak dia memulakan syarikat ini. Ceritanya sudah banyak duit dihabiskan untuk melobi. Apa juga keputusannya, boss nya itu hanya mahu mendengar berita gembira.

Lebih-lebih lagi semalam dia mendapat berita tidak gembira. Kerana sedikit salah-faham tentang definisi lesen pengguna, sebuah syarikat enggan membuat bayaran untuk kerja-kerja yang sudah siap. Ia sudah boleh diduga kerana syarikat ini kerap menangguhkan tarikh pembayaran tetapi boss itu sedikit terkejut kerana ia dilakukan oleh seseorang yang telah dianggapnya sebagai kawan.

Dua contoh ini meringkaskan semua kelemahan bos. Dia bijak untuk bertindak secara menang-menang untuk mendapatkan projek ~ laburkan banyak duit untuk melobi dan dapat projek ratus-ratus ribu sebagai balasan. Tapi mungkin dia terlupa ~ jika dia boleh "membeli" projek itu dengan wang, tidakkah orang lain boleh berbuat yang sama? Akhirnya siapa yang memberi yang paling banyak, dia itulah yang akan dapat.

Semua pelanggan akan dianggap sebagai kawan. Dengan kawan kita tidak perlu berkira sangat. Maka kita akan melakukan sesuatu kepada kawan kita ini adakalanya secara percuma. Ini adalah strategi yang baik untuk memenangi hati pelanggan. Tetapi pelanggan adalah kawan hanyalah jika dia sudah membuat bayaran. Tidak ada duit, kita tidak berkawan. Seseorang yang berniaga patut tahu tentang ini. Bos tidak sepatutnya mudah tertipu begini.

Dan saya terus mendengar Hairi membebel. Katanya bossnya telah membuat pelaburan yang tidak bijak. Tapi yang telah buat keputusan ialah seorang bos. Yang habiskan duit ialah bos. Yang akan tanggung semua akibat ialah bos. Yang akan membetulkan keadaan juga bos .

"Aku ni kuli... jangan haraplah cakap aku dia nak dengar". suara hairi begitu sayu sejurus sebeum menamatkan perbualan...

Kalau tak ada kuli mcmana nak wujud bosss....


*************

hmmm... Oh ya... Kepada 'Penderhaka-penderhaka' dan kepada penentang-penentang penderhaka'... Apalah sangat derhaka kepada Raja tu... Raja juga Manusia... sampai masa ajalnya akan sampai juga, di cabut nyawa juga, di soal dikubur juga... kaannnn...
saje je lah nak bagitau "Derhaka dengan Allah lagii teruk tau???? ".... Allah kata buat, kenalah buat. Kalau disuruh tinggal kenalah tinggal. Dan hukum Allah semuanya sama. Baik kepada rakyat biasa Mahupun kepada Raja... Wajib kepada rakyat, wajib juga kepada raja. Haram kepada rakyat, haramlah juga kepada raja... tak ada beza...
Makanya... tak payahlah ikat kepala dgn kain kuning pegang sepanduk kononnya nak Agungkan Raja lebih dari nak agungkan Allah...
Raja takkan dapat selamatkan kita bila kena soal dalam kubur nanti...

- huh! bukan sekadar melompat... bab membodek pun handal....

apa-apalah...




Tak pernah anggap Hang Jebat sebagai penderhaka... kerana segala tindakannya menentang raja demi menegakkan keadilan...