Monday, September 8, 2008

Untuk sahabat saya yang seorang tuu...

Saya yakin motivasi perlu dibina secara berterusan. Kita tak mahu amalan kita bermusim.. Time bulan puasa barulah nak banyakkan ibadah, time hari biasa, selamba jerrr...

Maka rugilah orang yang tak mahu puasa tahun ini (bukan tak boleh puasa ya), sebab tahun depan belum tentu bertemu lagi dengan Ramadan. Ramadan tetap jugak datang... kita ni, sama ada masaih ada kesempatan atau tak ada... itu persoalan...

Jadi mari kita manfaatkan usia yg berbaki ini untuk jadikan puasa tahun ini puasa yang lebih baik dari tahun-tahun sudah...

Sebenarnya saya berasa sikit hairan dengan orang yang tak tahan puasa, padahal dia sihat waalfiat. Tak ada apa-apa masalah... saya sikit hairanlah.

Sebab saya rasa untuk mencuri makan, untuk tak puasa dalam bulan puasa lebih susah daripada berpuasa. Bayangkan kalau nak curi makan ni... kalau kat rumah mana boleh makan. Kat mana nak makan? Mungkin dalam bilik... Alright!! buatnya tiba-tiba mak bukak pintu bilik.. mahu hijau muka agaknya nak tahan malu... Silap-silap dalam jamban... errr, eh! jamban pulak, bilik air.
"Dalam bilik air boleh makan ke?"
"BOLEH!!!"...
Huh!... apa punya nafsu

Kat pejabat pun gitu jugak. Cuba beritahu kat mana boleh curi makan kalau kat pejabat. Kalau ada bilik sendiri kira boleh tahan lah... kalau tak ada... tak ke bilik air jugak ke sudahnya...

Haa... kan susah tu... lebih susah dari puasa. Sebab kalau tak puasa kena buat-buat letih juga, kena buat-buat tak boleh banyak bercakap jugak... Kena berlakon... Apa tak susah ke tu??

Hhhhmmm... apa yg susah sangat dengan puasa. Tak mati pun. Tak pernah dengar pulak ada org mati sebab dia puasa. Belum...

Eleh!!! setakat tak makan sekitar 9 jam pun tak larat... Tu, orang Afrika ada tak makan berminggu. Lagipun kita ada peluang sahur. Itulah, malas pulak nak bangun... Sahurlah sikit... Sunnah nabi kita tu... InsyaAllah tak rasa apa-apa. Kalau ada rasa apa-apa pun, itu adatlah. Tak rasa lapar langsung karang tak lojik pulak dek akal... dah maksud puasa tu pun menahan rasa lapar dan dahaga... (dan perkara2 membatalkan puasa).

Okey... kepada sahabat saya yang sorang tu... (errr entri ni tak ditujukan untuk engkau sorang je tau)... selamat membina kekuatan dalaman. dan mulalah berpuasa mulai sekarang.... bukan payah pun... heheh

12 comments:

:: Wiween :: said...

kalo xleh pose and curik2 mkn camna lak chime?? egegegegegeg *lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii*

Keri AlHaj said...

dah tak leh makan ke... kalau gituu tak yah curik makan takper... makan kat rumah pun mak dah tak marah...

:: Wiween :: said...

silap ayat tu..bukan dah xleh makan ke..dah xleh pesa ke.huahahaha potong 5 mrkah lagik! :D

Keri AlHaj said...

tak suka betullah komen kat cikgu ni... nampak jer salah orang tau... dah tu berapa markah je yg tinggal... ehhh! cuba cikgu chek tgk apa cikgu tulis tu... namapak mcm ada salah eje je... kena bagitau GB ni... anak murid takleh potong markah cikgu... biar GB je yg potong

:: Wiween :: said...

alaa..tu GB da phm.dia tau cikgu kesygn dia nih suke tulis guna short form. GB amat mengerti. da potong byk mrkh tinggal -2 laa kot markah chime nih.camna mau lulus ni?? repeat laa! agagag

:: Wiween :: said...

pesa = nama manje bg posa :p

Keri AlHaj said...

masuk ni dah 4 kali kena repeat... cikgu dekut lahhhh... tak m sekolah dahlah...

nama manja bagi raya amenda plak cikgu

:: Wiween :: said...

uih..jgn tamo skolah.nanti mak awk marah.cikgu report kat mak awk aje nanti. aggagaga
nama manje bg raya = hantu raya. ngeh3

Puteri Amna Balqies said...

HEHEHE..kecuali la pompuan kan chime...kekadang ade mase yg di wajibkan tak bole pose..cikgu caye tak pose la..caye nak minum milo bole???

Keri AlHaj said...

betullah aqies... madsud cerita saya kali ni ditujukan utk org yg tak mau poserr... bukan yg tak leh poserr... saya tahu... aqies, dgn cikgu memang nak sgt poser habis sebulan... tapi apakan daya, kusangka panas hengga ke petang... ujan plak ditghari...

Aiden Reez said...

Salam...

Itulah hakikat manusia di zaman sekarang... Benteng iman terlalu rapuh sehingga perkara2 yang wajib diabaikan...

Dunia ini hanyalah sementara, yang kekal abadi ialah alam akhirat kelak.. Apa yang diamalkan di dunia ini akan dibawa kesana sebagai bekalan... Jadi, terpulang pada masing2 bagaimana untuk mengisi 'bekal' untuk dibawa kesana nanti...

Terima kasih kerana mengeluarkan entry ini; sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar buat mereka2 yang sering leka dengan hal2 keduniaan...

:D

Selamat menjalani ibadah puasa..

Keri AlHaj said...

rezz - itu pun betul jugak. tapi takkanlah benda2 basic mcm puasa tu pun tak mampu buat... budak2 darjah 1 darjah 2 pun boleh, yg tua2 bangka pulak tak mampu... buat malu je.

trima kasih rezz... entri ni biasa2 je... kalau boleh dibuat iktibar - Alhamdulillah

selamat berpuasa jugak