Wednesday, October 8, 2008

amalkan terus budaya ziarah...

Dan kita perasan tak?, takbir hari Raya Aidilfitri, hanya di sunatkan daripada waktu berbuka puasa di akhir Ramadhan sehinggalah ke solat hari raya sahaja, dalam 15 jam sahaja lebih kurang, lepas solat Hari raya dan tak di sunnatkan takbir lagi, kenapa ek? Tak macam takbir Hari Raya Haji, di sunnatkan sehingga mencecah lebih tiga hari, kenapa ek?

Mungkin pada pendapat saya yang bukan Ustaz Ulamak ni, jika Allah sunnatkan bertakbir sampai hari raya enam misalnya, maka dah tentu ada antara korang yang akan pakat-pakat duduk dalam rumah masing masing dan malas nak pergi ziarah dengan alasan nak bertakbir sambil layan TV..

Tapi tulah hikmahnya, sunnat bertakbir hanya sampai solat hari raya, maka korang kenalah ‘lenjan’ habis habisan pergi ziarah semua orang kampong, pergi dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu, niat hanya kerana Allah, dan ketahuilah bahawa, amalan ziarah ni akan kekal sampai bila-bila, dalam syurga dah takde orang solat, puasa atau pergi Haji, tapi dalam syurga, semua ahli syurga akan ziarah antara satu sama lain, dan kemucak ziarah adalah, menziarahi Allah SWT.

Jadi, jika kita nak masuk syurga, kenalah rajin buat amalan ahli syurga, rajin buat program ziarah semata mata kerana Allah, jangan tunggu hari raya sahaja, kalau boleh seminggu sekali korang kena ziarah jiran korang, sebab Nabi bagitahu, ‘julat’ jiran kita adalah 40 buah rumah kiri dan kanan, dan ada tempat khas untuk mereka yang buat ziarah di bawah arasy kelak.. pendek kata, nak masuk syurga, kenalah banyak buat amalan ahli syurga, kan?

Dan ziarah yang paling Allah suka adalah ziarah semata mata kerana Allah, bukan ada tujuan lain, seperti nak memancing... (er cthnya memancing anak dara orang atau memancing undi atau memancing kat kolam ikan belakang rumah orang), kutip derma ke, atau pinjam kicap ke, pinjam kacip fatimah pun bukan, semua tahu sudah, pergilah belajar ziarah dengan mereka yang sentiasa berulang alik ke masjid… itulah maksud ‘life goes on’ sebenarnya!

Dan bersaksilah bahawa mereka adalah ahli syurga!

6 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

uihh...sapa laa tu ziarah pancing anak dara org tu? agagag :p

amalan berziarah mmg bagus chime. mengeratkan silaturrahim sesama manusia. :)

i-chimera said...

uih!! bukan saya tau.. saya dah tak mancing anak dara org... pasal saya yg dah terpancing...

Chika Chika said...

memancing ar best!
hahaha

i-chimera said...

besh ke mancing? tak best la... mcm boring je.. saya sekarang ni tgh berminat nak belajar masak dadih.. hahaha

cappuccino said...

errrr ustazzz..ziarah blog ke blog masuk lam list gak ker hehheheh...takpe kan ustaz..ziarah tak semestinye terjah dak hehhehe...

i-chimera said...

alamak!!! ustaz ke??? huhu...

ok. bebalik kita pada persoalan pokok (ceh!! ayat pun dah macam ayat ustaz tgh dok mengaja fardu ain ni..)

ziarah blog??? er er... kira orait jelah... hahaha - jawapan ustaz jahil