Thursday, October 9, 2008

Duit raya... SEPOSEN... huh! SEPOSEN???? edisi khas malam jumaat...

Ok... macam ni.. time raya bila tgk budak-budak beraya yg tujuan utamanya adalah nak kumpul duit raya - teringat saya zaman budak2 dulu... halnya tetap hal yg sama. raya nak kutip duit.

Tapi bila dah dewasa (tualah) kita mula sedar bahawa raya ni bukanlah utuk kutip duit raya lagi. tapi sebagai hari kemenangan setelah sebulan berperang dengan nafsu.

Sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan kita sepanjang Ramadan, masa beraya kita bersedekah kepada kanak-kanak barang seringgit dua, supaya kegembiraan ini diraikan...

TAPI... raya tahun ni, lain pula jadinya. Beban hidup kita tiba-tiba semakin memberat bila diorang menaikkan harga minyak sampai 41% (wadehel)... Jika dulu-dulu petrol berharga RM10 kita boleh memandu untuk lebih 100km, hari ni RM10 hanya boleh buat bayar utk 4 liter petrol. Bukan tu je... harga makanan sudah naik mendadak sampai roti canai pun berharga 80sen hingga singgit sekeping.. itu pun saiznya dah makin halus... nipis... - tak lama lagi, takut jugak jadi sehalus dan senipis sutera...

4 bulan lalu. diorang mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter sebab harga kat pasaran dunia dah mencecah USD140 setong. Kadar tukaran asing masa tu - RM3.20 bagi setiap USD. Harga RM2.70 itu sebenarnya lebih mahal drpd harga sebenar ketika itu. Kita boleh buat apa? hanya mendengus... then tambah dosa dok mengutuk, mengeji... Nak mogok, nak demonstrasi... ISA dok tunggu... (wadehel)

Tapi hari ni, harga minyak dunia TURUN MENDADAK sampai melepasi paras USD100 setong. Diorang masih dok berhujah tentang kedudukan tukaran asing kita yang sebenarnya tidak banyak berganjak. Sekitar RM3.4 bagi setiap USD.(Wadehel)

Kalau nak kira dengan faktor2 sekeliling, sepatutnya harga petrol sekarang sehabis mahal pun antara RM2.15 hingga RM2.20 seliter. Tapi kenapa pulak kita masih perlu bayar RM2.45 seliter? Tak patut sangat2 diorang naikkan harga minyak sebanyak 78sen seliter sebelum ini sebab perkara tu jadi bebanan luar jangkaan untuk kita.
TAPI... (ada tapi lagi), bila harga minyak dunia dah turun secara MENDADAK... Diorang cuba pulak berdalih, cari formula sesuai untuk turunkan harga minyak.(wadehel)

Kita dengar ketua pembangkang -DSAI- tawarkan nak turunkan harga minyak sehingga 50sen seliter kalau Pakatan Rakyat memerintah - then, Diorang pun tak nak kalah... Diorang kata KEMUNGKINAN harga petrol akan turun 30sen seliter berdasarkan harga semasa. Kita pun bergembiralah sebab akan dapat duit raya lebih dengan penurunan harga tersebut - konon-kononnya.

TIBA-TIBA ... Diorang hanya luluskan SEPOSEN saje walaupun harga minyak dunia sudah merosot melebihi USD40 setong. Dasar KABINET HAJI BAKHIL... (Wadehel).

Hahahaa... gelak ramai-ramai... ada ke kita dapat duit raya SEPOSEN, padahal diorang dah untung besar masa harga minyak naik, dan diorang juga dapat untung dari penurunan harga minyak dunia sekarang ni sebab diorang dah tak payah lagi tanggung subsidi yang tinggi..

Huhu.. Diorang lagi suka tengok kita susah, merempat, sengsara... asalkan ANAK MENANTU diorang terus kaya raya... Mungkin Diorang suka sangat-sangat bila dapat tengok MENANTUNYA dari Kampung Dusun boleh pandu kereta ke sana kemari dengan bapak kereta dengan DUIT KITA digunakan untuk isi minyak keretanya.

Dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang pun, diorang masih ada hati lagi nak tindas kita. Tak mustahil kita akan mati tersepit kalau diorang terus duduk atas TAKHTA...

"Duit raya tahun ni... SEPOSEN shj ya... banyak songel pulak!! nasib baik aku tak bagi 5sen"...

Oklah... Apa-apa pun, terima kasihlah kita ucapkan pada diorang sebab bagi kita duit raya SEPOSEN tu pada kita. hmmm, apa-apalah....

13 comments:

cappuccino said...

btul tu chime..kite org marhain ne ibarat mentimun..dilenyek dipijak lunyai gak akhirnye...kdg2 sifat manusia bile di atas lupe di bawah..terbang tinggi ke langit smp lupe berpijak ke bumi..ish2 ape yg merepek ne..entahlerrr sy sendiri pn tarakkk paham kekkekekeke...

i-chimera said...

betull... diorg lupa agaknya, tak kira mentimun, tak kira durian tak kiralah buah apa pun... sampai masa buruk... buruk jugak. tak kira PM tak kira marhain... sampai masa mati, mati jugak... bahaya terbang tinggi-tinggi, sebab kalau jatuh, sape dok paling tinggi dialah paling parah... haha.. saya pun tahu jugak bagi komen simpul2 tak berapa nak paham ni...

Ad Rifza said...

Aa'a laa chime memang betul..terasa sangat2 dulu2 laa masa baru2 naik..skrg dah lupa ..melayu kan mudah lupa..hehe..Apa2 pun harapan kita moga diturunkanlah lagi seminimum yang sepatutnya mengikut keadaan semasa...

Amer Aan said...

seposen pn jd la....
hehehe

:: Cikgu Wiween :: said...

kita musti bersyukur walaupun hanya seposen tau. Tu pun rahmat dr Allah. Depa tu saluran jek :p

i-chimera said...

ad rifza > betulll... melayu mudah betul lupa. saya pun sebenarnya tak ingat sgt dah minyak tgh mahal... dah lupa... pasal saya byk duit kot... heheheh

amer > jadilah...

Wen >bukan tak mahu syukur... ni nak citer pasal diorg ni, masa harga dunia naik, serta merta harga kita pun naik tanpa berpikir panjang...
tapi bila harga dunia turun... pikir 700, 800 kali pun... ha, bau dpt seposen... tak ke pelik tu...

:: Cikgu Wiween :: said...

biasa laa tu chime. Bile suda jadik org berkuasa, begitu laa jadiknye. xpe, anggap saje ujian Allah okeh? :D Suatu hari depa pun akan diuji jugak. ;)

ladyeena said...

wahh... byknyer wadehel.. terkehel ke tu?

yonna bebot =) said...

haha..wadehel?
mcm chika lak :p ngeh2..

tu la bro..
kesan kenaikan minyak sangat dirasai oleh semua org.
diorg yang atas2 tu dah kaya,
sebulan goyang kaki pon tak pa.
duit ttp masuk.
kita ni yang kene kesan.
semua mmg mahal.
kalau beli brg rumah skang ni mmg cecah 2 3 rat la..
dulu xde pon sedasat ni
huh..

i-chimera said...

ween - jgn mintak mereka di uji.. mintaklah supaya mereka insaf seblum terlambat - sgt bahaya jadi org berkuasa. kat depan Allah, nanti dialah yg paling byk kena soal...

eena - heheh... dekat2 nak terkehel jugak la...

Yonna - Chika?? Yes, sumber inspirasi kita bersama tu (sila beri kredit kepada chika atas penggunaan bahasa yag dipinjam dari ayat-ayat dia) hahah

Itulah dia... d moral of d stori - kitalah yg kena bertindak...
huhu (apa punya neraka)

bozzobattousai said...

memang tak patut pon turun seposen. patutnya turun lebih rendah dari harga sbelum naik dulu. RM1.50 pun ok. singgapura ngan us dah turun bnyk dah. tapi malaysia nih org atas nak makan bnyk sgt.

i-chimera said...

betul tu bozzo... diorg ni makan byk2, tak kenyang2 lagi ke.. makan byk pun boleh bawak penyakit... perut boncit... tak lawa dah.

cappuccino said...

chime..ari tu xdan nk bagi kad raya..nt sy qadha balik pkai poskad wat kenang2n leh tak..nt bg address sy pos dr sini...nt leh frame kt pintu rmh hehe...