Thursday, October 23, 2008

satu lagi hari yang meriangkan

Sekadar mahu mengingatkan... setiap yang dijadikan Tuhan itu mempunyai nilai agung yang tersendiri dan terasing. Kita semua berbeza dan dipelbagaikan untuk saling memahami dan berinteraksi selain beramal dan berbakti... Percayalah! Jika saya manusia istimewa, begitu juga istimewanya anda....

Ok.. cerita keterujaan yang berterusan...
Hari ini saya menerima sekeping lagi kad raya dari kenalan (maya)... walaupun kad dikirimkan bukanlah kad yang berunsurkan kad raya tetapi niatnya kad tersebut dihantar kan sebagai kad raya - dan dimaafkan juga kerana dekat 'sana' sudah tentulah tak ada kad raya...




Kad ini dikirimkan sebagai balasan kepada e-kad yg saya berikan kepadanya - ahh! tak sangka pula dibalas secara real punya kad... dan apa yg sgt menerujakan saya bila menerima kad ini berbanding kad-kad lain ialah kad ini dikirimkan jauh dari SHEFFIELD, UK....



Hahaha... terasa bagai mahu riak kepada seluruh isi rumah bila dapat kad ni... saya canang kepada semua orang yg ada di rumah bahawa saya menerima kad raya paling jauh...


Terima kasih yang tak terhingga kepada CAPPUCCINO atau pun nama dia... errr... bro! nak isi nama betul ke tak payah ni?? hmmm.. tak payahlah kot.
kita panggil dia CAPPUCCINO cukuplah. Beliau adalah ayah kepada 2 kanak-kanak comel yg wajahnya telah saya potretkan dalam entri yang lepas...
Thanxxx bro... serius saya suka sgt2 atas ketibaan kad ini. Teruja dan terharu sangat-sangat. Rasa macam budak-budak dapat duit raya pulak seronoknya... don't worry... akan dibalas dalam tempoh yg sesegera mungkin...

Sebenarnya saya nak berkisah dengan sedikit kisah malam ni... tapi mengenangkan saya telah di tag oleh seseorang - iaitu ZUL... Jadi ada baiknya kalau saya selesaikan dulu tugasan tersebut. So, kisah yang nak saya kisahkan akan kita baca di entri yang seterusnya...

Tag dari zul kali ni ialah kena senaraikan 10 nama dalam phonebook aku yang pelik/menarik.. lepas tu kena xplain kenapa guna nama gitu... (errr... gitu lebih kurang syarat-syarat penyertaan kot)

Ok. Tak pe... kita mula! antara nama yg ada dalam telefon saya;

1. Man Nila - Seorang dari member rapat saya - kenapa nama Man Nila, bukanlah sebab dia suka pakai baju yang berwarna biru akibat di nila. bukan jugak sebab dia penjual nila. dan dia juga bukanlah orang yang mencipta kata pepatah 'akibat NILA setitik rosak susu sebelanga' - dinamakan sebagai man nila kerana suaranya apabila menjerit nyaring - saling tak tumpah macam suara itik nila - itik nila tu tau tak apa? Alah itik seratilah... ---errrrr... mintak ampun man...

2. Along - Errr... Along tu nama yang pelik dan menarik ke hah?? ish! tak pelik langsung... dan tak menarik langsung juga... abis tu apesal saya isi nama dia kat sini. Ok walaupun nama dia tak pelik, tapi dia ada hobi yang pelik... hobi dia suka kumpul kad prepaid telefon byk2.. kalau masuk bilik dia ada berjuta-juta kad tu tertampal kat dinding bilik... tak ke pelik tu... - oit! salah konsep ni. org nak yang nama pelik, bukan yang hobi pelik.... errr, tak boleh ke yang ni...

3. Faizal Tahir - errrr... sejak bila pulak aku kawan dgn artis ni... errrr... biar betul...

4. Secret admire - Ha, yang ni saya tak tahu sape... dari dulu lagi suka buat miss call... pastu hantar msg jiwang-jiwang yang meremangkan bulu ketiak... bila saya call balik tak mau pulak dia jawab... bila hantar msg tanya siapa, boleh pulak dia jawab "Alah... U tak kenal I ke?"... boleh gituu??

5. Jangan jawab - Eh!... saya pun tak tahu apa motif asal nama sebegini ada dlm telefon saya. Sape dia ni hah? apakah ini beerti setiap panggilan dari dia saya tak perlu jawab - tapi tak pernah pulak dia call... so, macamana saya nak jawab kalau dia tak call... sape dia ni *** Sambil garu-garu kepala***

6. Nona Rogayah - Haha, walaupun namanya terdengar begitu unik dan antik yang menggambarkan betapa jelitanya tuan yg empunya nama - tapi hakikatnya apalah yang ada pada nama sebab dia ni bukanlah seorang wanita walau pun dia jelita...

7. Awek Aseng - Seorang awek kepada kawan saya yang bernama Aseng - tapi saya tak tahu sape nama awek tu... pelik tak?? pelik laa, sebab awek tu lawaa sioootttt...

8. Wajah pujaan hamba - errrrrr... heheh (apa sengih-sengih)

9. Layan je - Ni satu lagi nama dan nombor yang tak dikenali... tapi layan jelah... tak layan karang kata sombong pulak...

10. Yatim - ini namanya bukanlah sebab dia anak yatim... tapi memang nama dia Yatim - esok kalau dia ada anak-anak, anak-anak dia itulah yang akan digelar anak yatim walaupun masih memiliki ibu atau bapa. Kalau dia ni kawin dengan pompuan nama piatu... maka anak-anaknya adalah anak Yatim Piatu...

Dah selesai. lepas tu kena passing kat 3 org lain pulak... siapakah org2 yang bertuah tersebut okey kepada mereka yg bernama seperti di bawah ini... sila lah bersiap sedia ya.
  • Cik Yuyu...
  • Ryan
  • Cikgu Ween

11 comments:

Mr Aan said...

fuh...
nsib baik den x kena...

arsaili said...

salam..begitu sekali kegembiraannya...mesti pengirim pun rasa gembira

Zulhatfi Aziz said...

Nona rogayah tuh kelakar la plak.. haha.. unik dan menarik..

-www.zulhatfi.com-

:: Wiween :: said...

ayoyo..skali incik kopi kapal api..eh..incik copuccino kasik kad raye kat bang ngah daa..jeles ni jeles! nak kad raye dr UK gak! *ulu kelang pun buleh*

errr..betoi laa byg tu nampak mcm pala batman. Wooo...dpt kad raye dr negara omputih teros tuko jadik batman yek bang! agagagga jaga laa nanti kena tembak ngan Joker!! :P

aduhai daku ditag pulak.Faizal Tahir ??? musti muke beliau cam mamat rambut rebonding tu kan..egegege :p Eh dlm fonbook ween ade 300 nama pelik. mau mention 300 buleh x?? kuikuiki

Keri AlHaj said...

amer- sebab kena bagi kat 3 org je. kalau tak dah bagi jugak suh amer buat

arsaili - harap2 begitulah juga...

Zul - Unik kan... kalau tgk org dia, msti rasa lagi unik.

Ween - see... saya berjaya sekali lagi menjeleskan ween... setelah berjaya menjeleskan ween dpt jumpa hijaz baru ni...
agaknya kalau ween dpt kad raya omputih, ween pun bertukar jadi joker jugak kot... maklumlah teruja sgt, sampai tak sedar dah menjelma jadi apa benda.

Sufi Idany said...

nak gak kad raya!!!

erm nama2 dlm phonebook ni mcm2... sampai kadang2 tu tk igt mana satu.... kadang2 2 3 nama yang sama... kena laa wat sequal lak... huhuh....

abg sehat ke?

cappuccino said...

hehheheh klakar ler entry chime kali ne...sib baik dh dapat yer..risau gak takut jatuh ke selat melaka..nt hanyut sampai ke indon..nt dpt kt org lombok seh hehhehe..hrp2 chime suke..nt gantung wat frame deh heheheheh...
simple2 jer chime..sbg ingatan dr sy yg jauh ne..

sorry lmbt lak respond hr ne..seharian ngadap supervisor kt uni..pkl 5pagi lg siap2....gi noreh pastu trus gi uni..dkt 8mlm br balik rumah...penat btul..sib baik esok dh sabtu..boley ler nk rest sket lps noreh pagi2 esok..huhu keje..keje..keje...ape nk buat daaaa....

Keri AlHaj said...

ida-- nak kad raya ke... dah, org dah tak hantar kad raya dah masa ni. kena tunggu raya yg akan datng pulak tau...

Bro-thanx bro.. suka sgt... simple tapi ada sentimental velue.. dpt kad raya lain pun suka jugak. tapi yg ni lebih sikit - sebab berjaya buat posmen tu kagum "wah budak ni dapat kad raya dari UK"...
huhu. dah namanya pun kerja. mana ada kerja tak penat kan??

Aiden Reez said...

Assalamualaikum...

Tahniah dpt kad raya dari jauh... Bagus juga kerana itu tandanya kenalan kita mengingati diri kita walaupun jauh dimata... Yang istimewanya, ianya kenalan siber yang mungkin belum pernah kita ketemui...

:)

Menarik nama2 dalam buku telefon... Ada yg tak pernah dengar pun... Setuju, memang aneh dan pelik!...

:)

Keri AlHaj said...

rezz.. lama dah tak datang ya. exm ok?? 4,5 keping jugaklah dpt kad raya taun ni. tapi yg ni special dia kena rentas benua nak boleh sampai ke sini...

Unknown said...

abg ku syg! ensem woo.. owh! maapkan adikmu kerna.. lmbt ambk mnde ini. ahaks2!~
thnks thnks thnks..