Tuesday, December 23, 2008

Do Something About It...

.... I was always an open person, but you have to break a lot of things that stop you sometimes. It made me even more outgoing, more open to people, and more willing to learn. I learned a lot about people, a lot about different cultures -- I learned a lot of English . I think it will be hard for me to give it up so easily.

Good Feeling or Feeling Good....
We all like to feel good. We can't feel good all of the time, but we try. For most of us, feeling good just comes natural. For others, it needs to be enhanced artificially. In some individuals there is an imbalance of brain chemicals that can cause them to not feel good. These guys may need professional help to get them to feel good again. Feeling good is wonderful, but there are times when we just can't. Problems develop and we feel bad. Feeling good can be free, affordable, and expensive. Everyone is different and feeling good is very subjective. The bottom line is to look at what feeling good is costing you. Is it a few dollars over the weekend? Is it your self-respect? Is it your marriage? Is it a paycheck? Is it time? Is it a life?


Pesan seorang teman:
Kadang-kadang bila kita memberi sesuatu kepada orang lain, kita tidak boleh selalu mengharapkan apa-apa sebagai balasan.

Adakalanya hidup kita ini didatangi dengan sedikit kelebihan yang dianugerahkan oleh tuhan. Pada suatu hari kita sangat miskin sehinggakan terpaksa makan roti yang orang buang.... pada suatu hari yang lain kita sangat kaya sehinggakan makan roti ada orang yang tolong suapkan. Pada suatu hari kita sangat bebal sehinggakan untuk mengira 1 + 1 pun kita tidak tahu... pada suatu hari yang lain kita menjadi sangat pandai sehinggakan kita boleh mengira tanpa menggunakan kalkulator.... dan bersama anugerah itu, ada haknya untuk orang lain.

Hmmm...sebab itu tuhan menjanjikan kita pahala sekiranya kita menggunakan kelebihan yang telah diberikan kepada kita itu untuk membantu orang lain. Kalau kita kaya dan kita tolong orang miskin, kita diberi pahala. Kalau kita pandai dan kita tolong pandaikan orang yang tidak pandai, kita juga diberi pahala.

Orang yang kita tolong itu mungkin boleh mengusahakan sesuatu sebagai balasan ~ dia boleh membalas semula apa yang kita beri atau dia tolong kita semula dengan cara yang lain, tetapi apa-apa pun yang mereka usahakan untuk membalas kita itu tidak setanding dengan pahala yang tuhan telah janjikan.

Kadang-kadang kita mahu mengatakan sesuatu, tetapi kita tidak tahu apakah ayatnya yang betul.

Bila kita mahu memberi nasihat, kita tidak mahu nasihat kita itu bunyinya seolah-olah kita menyalahkan orang yang kita beri nasihat itu. Kita juga tidak mahu nasihat kita itu disalahertikan sebagai kita cuba menunjuk kita ini pandai serba-serbi. Kita sama sekali tidak mahu nasihat kita itu berbunyi seolah-olah satu arahan. Tetapi pada masa yang sama kita juga tidak mahu memberi nasihat yang sekadar 'melepas batuk di tangga'. Kita mahu memberi satu nasihat yang benar-benar dapat membantu tetapi kita masih tersangkut mencari ayat yang sesuai dan akibatnya nasihat kita itu seumpama 'mencurah air ke daun keladi'.

Bila kita mahu memberitahu sesuatu, kita tersepit untuk 'berkata benar walaupun pahit'. Kerana bukan mudah untuk semua orang menerima kebenaran.... dan bukan mudah juga untuk semua orang menerima yang diri mereka itu silap.

Tetapi sama sekali kita tidak boleh berkata bohong. Lalu kita terkial-kial untuk mencari ayat yang berbunyi neutral dan tidak menimbulkan sebarang provokasi ~ baik di pihak yang benar atau pihak yang tidak benar. Kita juga mahu apa yang kita cakap itu boleh diterima atau sekurang-kurangnya menjadi bahan untuk perbincangan secara damai. Kita tidak mahu hanya kerana apa yang keluar dari mulut kita, kita semua menjadi musuh...

Secara semulajadi, tidak semua orang dilahirkan dengan bakat atau pesona berkomunikasi. Ada orang yang menilai kita dari apa yang kita cakap. Ada orang yang menilai kita dengan cara kita meyakinkan mereka. Ada orang yang cuba memperlekehkan kita dengan tujuan untuk menguji... terutama orang yang ada PHD. Ada orang yang tidak begitu yakin tetapi mahu melihat sama ada kita wajar diberi peluang. Ada orang yang begitu 'keras hatinya' tetapi jauh di sudut hatinya, dia mahu melihat sejauh mana kita akan berusaha....

Meyakinkan manusia adalah satu tugas yang sangat sukar. Ia hanya boleh dilakukan orang-orang dan cara-cara yang tertentu sahaja. Maka berjaya meyakinkan manusia boleh dikira sebagai satu kemenangan yang sangat besar. Kerana kalau tidak berjaya meyakinkan manusia, apa-apa yang selepasnya tidak mungkin akan berlaku....

8 comments:

:: Wiween :: said...

eh bukan tadik chime mtk 700 hengget kah?? tu balasan tu..agaggagag :p

Keri AlHaj said...

ish dia ni laaa... saya kata kalau ween rasa mnyusahkan saya, boleh lah bagi 700 hengget... tapi saya rasa tak mnyusahkan saya pun... so, bagi 300 cukuplah... agagagaga... nak no akaun tak??

:: Wiween :: said...

300 kupang kan kan kan? ;p :p

Keri AlHaj said...

300 dirham...

Tirana said...

Setiap orang ada bakat dan keistimewaan yang Allah anugerahkan. Menggunakan bakat dan keistimewaan itu untuk kebaikan dan manfaatnya dapat diambil oleh orang lain merupakan ibadah kita kepada Allah.

nurfairuz said...

bagusnya kata2 tu,nk ambik sbg contoh la:-)

Keri AlHaj said...

tirana - memang betul, Allah beri kelebihan pd setiap manusia selain dari utk kita memanfaatkan kelebihan tersebut, Allah juga suruh kita beramal... Kalau kita lebih, kita tolong penuhkan org lain yg kurang... begitu lah sebaliknya. Kita manusia dalah utk lengkap melnegkapi...

hidney - org kata bercakap benarlah walau pahit - kalau tak sanggup nak berbohong, diamkan ajelah... heheh boleh kot jawapan gitu.

Keri AlHaj said...

nurfairuz - mana2 yg rasa elok tu ambiklah... yg tak elok tu betulkanlah... heh (salam kenal)