Wednesday, December 10, 2008

Something to Ponder....

Kata orang sudah jadi adat permainan ~ ada yang kalah ada yang menang. Tapi kebiasaannya bila kita bermain, kita tidak mahu berada di pihak yg kalah.


Pesan seorang ustaz ~ "Janganlah kita bergembira dengan kesusahan orang lain" ~ dan maksudnya dengan 'orang lain' itu ialah sesiapa sahaja yang bukan diri kita ~ tidak kiralah dia itu kita panggil keluarga, kawan atau musuh sekalipun.

Kerana ~ kata ustaz itu, air dapat memadamkan api.

Kalau kita biasa sebut hidup ini umpama roda... kita akan percaya bahawa hidup ini ada masa kita suka dan ada masa kita duka. Bagi orang-orang yg hari ini mereka susah, sekurang-kurangnya hari duka mereka sudah datang. Selepas ini mungkin akan datang pula hari untuk mereka gembira. Tetapi bagi kita yg bersuka-suka hari ini, kita tidak tahu entah bila pula hari duka kita akan datang. Kalau hari ini kita bergembira dengan kesusahan orang, kita tidak tahu adakah esok kita masih boleh bergembira sebegitu. Kalau hari ini kita bergembira dengan kesusahan orang, mana tahu esok kita akan tahu bagaimana bila kita kesusahan, orang lain pula yg bergembira.

....tapi kita ini manusia ~ apa yang biasa kita buat, itulah yang payah kita hendak ubah .

Kalau kita bencikan seseorang, tidak apa yg lebih menggembirakan daripada melihat orang itu di dalam kesusahan. Kalau orang itu jatuh basikal sahaja pun kalau boleh kita mahu gelak berguling-guling di sebelahnya. Kalau orang itu merangkak-rangkak meminta air di padang pasir, kita mahu berdiri di depannya sambil meminum berjag-jag air ~ tanpa setitis pun diberikan kepada orang itu. Kalau orang itu luka, kita dengan rela hati mahu menyapu luka itu dengan garam.

... itulah sikapnya manusia.

Seelok-eloknya bila orang lain dalam kesusahan, kita buat 'rileks sahaja' ~ bersikap tenang dan jangan 'ribut-ribut' hendak 'menjaga tepi kain orang'. Jika orang itu memerlukan bantuan... kita beri bantuan setakat yg kita mampu. Jika orang itu kesedihan... kita cuba redakan kesedihannya. Buat apa yg patut kita buat, tolong apa yang boleh kita tolong ~ jangan pula kita yg lebih-lebih 'berjoget', jangan pula kita yg lebih-lebih meraung.

....itu kalau orang lain dalam kesedihan. Bagaimana kalau orang lain dalam kegembiraan?




Hmmm... malas nak gaduh dengan orang yg 'sudah banyak makan garam' ~ kita yg tidak salah pun boleh jadi salah.


11 comments:

-cD- said...

Ermmm tang intro tu "permainan" apa yg dimaksudkan? oopsss.. huhuh

seronak ke melihat org lain ditimpa musibah? nie cam pak guard yg gelakkan cD tu la nie... sengal tol.. nanti la dia.. karma..

p/s: ermm org yang banyak makan garam tu kena kurangkan sket.. nanti banyak penyakit dia dapat... oopsss

AiE bAhRi said...

Abg chime,
Mmg betul sikap manusia sering ingin senang dan menang.
Dan lagi...
manusia sebenarnya TIDAK bersedia untuk menerima kekalahan walaupun itulah hakikatnya.

Apa yang penting kita buat biasa sahaja dengan sesuatu keadaan kerana suatu hari nanti kita juga akan mengalami semua keadaan seperti orang lain alami kerana itulah putaran alam.

:: Cikgu Wiween :: said...

aik..ade org tua naik angin ngan chime ke. heheh meh ween tembak beliau

i-chimera said...

cd - intro tu... main congkak dgn batu seremban... huhu..

bukan seronok tgk org ditimpa musibahlah... mcamana kalau org yg kita benci sgt2 tiba2 ditimpa musibah... kita seronok tak masa tu... secara jujur saya mengaku, mungkin saya akan senang hati... hueheeehehe.. zalimnya.
pakgad tu tangkap je buat korban...

aie- sebab tu org cakap hidup umpama roda (roda-roda kota raya - tetiba je).... tak akan selamanya dok kat atas, tak kan selamanya dok kat bawah....

ween - adalah sorang tua sengal namampos tu... rasa nak tangkap wat korban je...

miEchi said...

hidupla dlm wasatiah..

today is urs..

tomorrow is mine..

life must go on..

even u r the most weakest person at that time..

believe in urself..

believe in Allah..

i believe i can fly!![start dah...]

:: Cikgu Wiween :: said...

eh jgn korban beliau..cian. kang menangis lak anak2 beliau. hehehe

BurungBelatuk said...

Salam kenal n salam singgah...setuju ngan kata keramat kat atas sekali tuh...kalu duk bersenang atas kesusahan orang mmg xberkat...tp manusia sekarang lebih suka jln yg sedemikian...

addyaholix said...

sudah lumrah namanya manusia.
kadang-kadang kita mudah lupa.
kita lupa pada Dia.
kita lupa pedihnya menjadi hina bila kita dah punya kuasa.
sebab kita manusia.
dan kita cuma tersedar bila kita hilang apa yang ada.
kita cuma ingat pada-Nya bila ditimpa bencana.
sudah lumrah kita manusia yang terlalu mudah alpa.

Hidney said...

good points to be pondered at... hari ni hari diorg. mana tau esok lusa hari kita plak...

Chika Chika said...

saya setuju dengan kata2 terakhir.
yang font kecik itu. patutnya tulis besar sikit. HAHA :P

Ted said...

hidup umpama roda

kadang2 kita di atas, bila diatas, janganla lupa diri

sebab kita pasti akan berada di bawah...cuma menunggu roda berputar.