Monday, February 9, 2009

Dan bermulalah cerita katak itu..

Sebelum itu saya ingin meminta maaf pada anda yang membaca sekiranya entri kali ini berupa luahan rasa tidak puas hati saya... kepada yg tidak gemar dgn perubahan gaya penulisan saya bolehlah mengundurkan diri... - cerita ini adalah rekaan semata-mata... tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati **ok! fine ada kena mengena dengan beberapa orang yg masih hidup... tapi tak de kena mengena dgn yg telah mati.... harap maklum



Tibalah pada satu hari telor-telor katak yg dijaga rapi dan ditatang seperti menatang minyak yg penuh menetas - menjadi berudu-berudu...

bapak katak yang berwajah hodoh dan berbadan besar serta telah beruban dan bermata rabun dan bernafsu serakah sangat besar pun sangat gembira dengan kelahiran anak-anak katak tersebut.. Bersorak dia keriangan 7 hari 7 malam bersama bininya yg berwajah angkuh dan berbadan montel ibarat kerbau...

Daripada beribu-ribu anak katak yg baru menetas, bapak katak yang berwajah hodoh dan berbadan besar serta telah beruban dan bermata rabun tersebut telah memilih 3 ekor katak yg akan menunaikan segala impiannya apabila kata-katak tersebut dewasa kelak... dan 3 ekor katak terpilih tersebut pun dijaga dgn rapi dan sangat teliti... di beri makanan yg paling lazat iaitu lalat-lalat dan langau-langau yang berwarna hijau yang paling gemar mengerumuni najis dan bangkai..

dan setelah dijaga rapi dan diberi makanan lazat yang berkhasiat, dewasalah ketiga-tiga katak tersebut menjadi katak-katak yang sempurna sifat kataknya. Bapak katak sangat mengasihi anak-anak katak yg bertiga itu. Segala keinginan katak-katak yg bertiga itu dipenuhi... di beri katak betina, di beri lalat-lalat yg sihat, direndam di dalam kolam yg berlumpur untuk mencantikkan kulit gerutunya... dan diajar juga cara untuk melompat dgn lebih tinggi dan pantas. tapi segalanya ditunaikan dgn syarat... iaitu katak-katak yang telah bijak melompat tinggi ini satu hari nanti akan dapat melampiaskan nafsu serakahnya yg semakin hari semakin besar.

Tiba masanya, ketiga-tiga katak terpilih yg bijak melompat tinggi ini pun di panggil mengadap bapak katak yang berwajah hodoh dan bermata rabun tersebut... maka segeralah ketiga-tiga katak tersebut melompat-lompat berkejaran menuju ke tempat bapak katak bersemayam... di hadapan bapak katak yang berwajah hodoh tersebut terhidang beberapa ekor bangkai katak yang telah kembung perutnya dan dikerumuni lalat-lalat dan langau-langau hijau yang gemok... bukanlah bangkai-bangkai katak tersebut yang menjadi hidangan santapannya. tetapi lalat2 dan langau-langau hijau yang berterbangan itulah yang disambar sekali-sekala dgn lidahnya yang kelihatan semakin berbelit-belit..

Tetapi kalau diikutkan nafsu bapak katak yang besar, bukan setakat lalat-lalat pengurung bangkai itu sahaja mahu disantapnya, kalau boleh dgn bangkai-bangkai katak itu sekali pun mahu ditelan... tetapi demi manjadi reputasi sebagai bapak katak yang besar dan konon-kononnya bermaruah, ditahan sahaja keinginan itu.

Tetapi ada sedikit kelainan pada lidah bapak katak yang hodoh dan bermata rabun tersebut - lidahnya bercabang seperti lidah biawak - tidak seperti katak-katak yang lain - **mengikut kepercayaan bangsa-bangsa katak di situ - bapak katak tersebut ialah hasil kacukan antara katak dgn biawak.** - dan sebab itu jugalah wajah bapak katak tersebut jugak lebih buruk dan hodoh berbanding dgn wajah-wajah katak yang lain di bawah pimpinannya. Dan apabila berada di bawah sinaran cahaya bulan purnama, wajah bapak katak yang sedia hodoh tersebut akan kelihatan amat mengerikan sekali...

Ada pun bapak katak yang berwajah hodoh dan bermata rabun tersebut bukanlah bapak katak yang utama dlm golongan katak-katak itu... sebab masih terdapat seekor lagi bapak katak yang menjadi ketua kepadanya dan katak-katak yang lain... Dan ketua katak ini pula juga adalah jenis katak yang tidak punya pendirian sendiri. Dia lebih gemar mendengar nasihat dari seekor katak yang merupakan laki kepada anak betinanya **senang cerita - menantunya... - berupa seekor katak yang sangatlah tidak senonoh perangainya...

Dan ketua kepada katak-katak ini mengikut ceritanya tidak mahu lagi menjadi ketua kepada katak-katak kerana telah bosan memakan lalat-lalat hijau - (mengikut perjanjian antara katak-katak, sesiapa yang tidak mahu lagi memakan lalat hijau maka katak tersebut tidaklah layak lagi menyandang jawatan ketua)...

Bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun sangat gembira bila mendapat tahu ketua katak yang suka mendengar kata menantu tersebut akan bersara tidak lama lagi... Sebab bapak katak hodoh ini merupakan timbalan kepada ketua katak yang suka mendengar kata menantu itu - bermakna, jika ketua katak yang suka mendengar kata menantu itu bersara dari dunia katak ini bermakna jawatan tersebut secara outomatiknya akan beralih kepada bapak katak yang hodoh dan bermata rabun... dan ini juga bermakna akan lebih banyak lalat-lalat dan langau-langau hijau serta katak-katak betina yang akan dinikmatinya. Bapak katak pasti akan menajdi lebih besar dan sihat bila lalat-lalat dan langau-langau hijau bervitamin dimakan dgn jumlah yg lebih banyak... dan tentulah semakin banyak zuriat-zuriat katak akan lahir ke dunia bila katak-katak betina dikerjakan sewenang-wenang olehnya.

Oh! ya.. berbalik kita kepada cerita 3 ekor katak yang bijak melompat tinggi yang dipanggil mengadap bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun itu... Bila tiba di hadapan bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun itu, ketiga-tiga katak tersebut pun terliurlah melihatkan lalat-lalat dan langau-langau hijau yang berterbangan dgn banyakya mengerumuni bangkai-bangkai katak yang terhidang... lalat-lalat tersebut pula amat luar biasa sifat fizikalnya... berbadan besar dan lebih hijau serta berkilau-kilau. Melihatkan lalat-lalat dan langau-langau luar biasa yang mengurungi bangkai-bangkai katak tersebut, melelehlah air liur ketiga-tiga katak yang bijak melompat tinggi itu berupa lendir-lendir menitik-nitik ke lantai kediaman bapak katak yang memang telah sedia kotor, busuk, hanyir dan berledir ... Dan bapak katak pun tersenyum dengan sinis melihat reaksi katak-katak tambatannya yang bergitu bernafsu melihatkan lalat-lalat berterbangan mengurungi bangkai-bangkai katak...

Ketika itulah bapak katak yang berwajah hodoh dan bermata rabun tersebut menjerit...
“ONGGG!!!” - bunyinya seperti katak memanggil hujan dan sgt garau suaranya.
Tiba-tiba dari sebalik balik dinding keluarlah 6 ekor katak-katak betina yang montel yang berkulit licin sedikit berbanding katak-katak betina yang lain. Dan keenam-enam ekor katak betina ini menuju ke arah bangkai-bangkai katak yang diurungi lalat dan langau hijau gemuk berkilat kemudian beratur mengelilingi bangkai-bangkai katak dgn gerak tubuh yang sengaja dilentok di liang liukkan...

Melihatkan kehadiran 6 ekor katak betina yang ‘cantik’ tersebut semakin terbeliaklah bijik mata katak-katak bertiga itu sehingga menitis-nitis air liur dan kembang kecut pipinya mengeluarkan bunyi ‘Ong! Ong! Ong!’ dgn sangat bernafsu sekali..

Ketika itu di tempat bersemayamnya bapak katak yang berwajah hodoh dan bermata rabun tu juga sedang diulit oleh beberapa ekor katak betina yang tidak kurang seksinya.

‘Hahahahah” Bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun itu ketawa...
“Anak-anak ku sekelian... apakah kau ingin menikmati langau-langau yang hijau dan gemuk luar biasa itu dan bersamanya juga aku berikan katak-katak betina tersebut utuk kau puaskan nafsu serakahmu?” Tanya bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun tersebut...

maka katak-katak bertiga itu pun bersorak keriangan dan terkinja-kinja seperti mendapat hujan setelah setahun tidak mandi...
“Mau pak... mauu... Ong! Ong! Ong!...”

‘hahahaha...” Bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun ketawa lagi dgn suara yg lebih nyaring dan garau...
“bagus anak-anak ku... nafsu kamu semua memang hampir meyamai nafsu aku.”

katak-katak bertiga tersebut terus molompat terkinja-kinja penuh nafsu sambil lidahnya mula terjelir-jelir melihat hidangan yang hebat disediakan oleh bapak katak hodoh brmata rabun kepada mereka...

"Semua harta-harta dunia ini akan aku beri kepada mu sekiranya kamu mahu menjalankan tugasan ku".. kata Bapak katak hodoh bermata rabun lagi kepada ketiga-tiga katak tambatannya. Ketika itu bapak katak hodoh bermata rabun ini telah pun memanjat ke atas belakang seekor katak betina tanpa rasa segan dan silu kepada katak-katak lain yang memerhati...

Bersambung di episod akan datang.....

3 comments:

Ad Rifza said...

Masih tertanya2..kena tunggu episod akan dtg..hehe..

poj said...

alahaiii... part katak jantan tgh nak buat projek ngan katak betina.. bersambung ler plak!! citer ni UNRATED ke? klu ye, sure xde potong punyer! ahaks! kena tunggu sambungan dier nie!

Keri AlHaj said...

ad - ok, tunggu sambungan dia...

poj - oit! scene bapak katak panjat katak betina berakhir setakat situ je.. cerita ni kategori 'U'... tapi adalah SG sikit-sikit... SX sikit-sikit...