Saturday, February 14, 2009

Shall We Dance??

What makes for a good, lasting relationship? Wouln't we all love to have the magic formula for that one!

Kadang kala kita menerima satu topik yang menceritakan tentang kerjaya, cinta, kehidupan dan sebagainya. kalau bagus kenapa tidak kita cuba berkongsi bukan?? Moga-moga sahaja bermanfaat.

Malam tadi dalam bosan-bosan - on kan TV... Dan TV3 menyiarkan cerita "Shall We Dance".. saya tak pernah menonton cerita ni sebelum ni. Tertanya jugak kenapa tv3 siarkan cerita ni - hari ni baru saya tahu... Today is 14 February... itu pun setelah beberapa org mengucapkan salam hari kekasih pada saya.. - kalau tak memang tak perasan langsung... dan... ya!! Jeniffer Lopez memang dabommm dalm cerita tu!!

Menonton "Shall We Dance" it's encourage me to think about love and happiness. A marriage can be so dull and boring someday, and those who can not resist that, would find happiness by looking for the other things or other person, then... there you are "An affair to remember". Tapi bagi saya, kisah-kisah affair macam gini sangatlah membosankan... bla! bla! bla!

(pendapat dari orang belum kawin ni)... Cinta harus ada dan bersemi dalam perkahwinan. Namun, juga tanpa sedar kita telah melupakan bahawa cinta sesungguhnya merupakan syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan itu sendiri. tanpa cinta perkahwinan akan mati... Yang tersisa adalah bangunan perkahwinan semata ~ ibarat rumah kosong tanpa penghuni yang perlahan-lahan akan dirosakkan oleh kekosongan itu sendiri.

Membina satu hubungan diperlukan 2 orang, jika salah seorang mematikan hubungan tersebut, maka salah seorang lagi tidak akan memiliki hubungan sama sekali.

Bukalah hati untuk pengalaman dan idea baru, kerana kita tidak pernah tahu apa yang mungkin dapat di pelajari di dalamnya.

Gagalnya satu hubungan kemungkinan besar dimulai dari kurangnya kemesraan. Rasa mesra bkan sahaja merupakan rencah utama dalam satu hubungan, tetapi juga memberikan letusan api cinta (mcm over pulak ayat ni).. satu hubungan harus bekerja secara konsisten untuk memberi dan menerima.

jangan menilai pasangan dari kesalahannya, tapi ubahlah kesalahan menjadi satu hal yang baru untuk dipelajari. hargailah pasangan kita dengan seadanya. Tidak ada hal yang lebih penting dan indah dikala seseorang dapat dan mahu bersama kita dalam suka dan duka...

Carilah jalan untuk berkomunikasi lebih intensif dengan pasangan. Kerana komunikasi merupakan kunci utama dalam satu hubungan - juga merupakan satu celah. Jika terlambat untuk menyeberanginya, celah itu akan semakin besar dan susah untuk dijangkau.

Kepercayaan adalah suatu bahagian penting dari hubungan apa pun dan ia perlu dikembangkan....

huh! hari-hari yang tiada rehat....

11 comments:

addyaholix said...

sungguh kamu sedang bahagia kan bang? indahnya bila ada yang sayang. selamat untuk kamu!

Keri AlHaj said...

addy - bahagia sgt tu tak adalah... akan lebih bahagia kalau saya dgn 'org belah sana' tu dah ada ikatan yg sah... (ntah bila lah nak jadi)...

hidup single pun bahagia jugak kan??
selamat untuk addy jugak...

addyaholix said...

untuk hargai "orang belah sana", apa kata kamu letak gambarnya bang. haha!

Shitsurei Shimashita said...

'org belah sana' tu jauh sgt ke?
hehehe! follow the flow bro !Wo!

a.b geldofg said...

cinta dan dugaan....utk mguji cinta sejati

Keri AlHaj said...

addy - terasa jugak nak isi gambar dia byk2... hahah.. tapi sejak saya tahu yg org beleh sana tu pun selalu baca cerita saya kat sini... takut pulak nak isi gambar dia. dia marah pulak nanti hehehe... tapi dia pernah ada dlm entri saya tarikh 26 sept 2008 tajuk 'kad dari ku utk mu'.. tak jelas sgt sebab buat efec. tapi kalau klik atas gambar tu nampak mcm jelas jugak kecantikannya, gituuuu...

shitsurei - dia tak lah jauh... dekat sgt sebenarnya. satu daerah... nape pulak hal 'org belah sana jadi topik pulak ni...

ab - moga kita sama-sama menemui cinta sejati kita...

aprilgurl said...

nk gak tgk gamba org belah sana..hihi....

:drp sy yg tmpg menyebuk =p

Shitsurei Shimashita said...

yelah chimera kalo saya dgn orgn belah sana tu yg smua mengikut tu. hehehe!! apa2pun dilayan ja hidup ni.
Hapi mesti slalu, sedih kdg2 wo..

arsaili said...

salam...suka tgk citer tuh..ehehe..relaxing

Tirana said...

Chime..

Pesan kak tirana satu saja...perempuan dan lelaki amat2 berbeza dari pelbagai aspek jadi belajar memahami dan menghormati perbezaan itu.

Keri AlHaj said...

april gurl - nak tgk jugak ke... nanti kena tanya tuan yg empunya body dulu ya...

shitsurei - hahaha... mcm tulah nasib org bercinta kannn...

sis tirana - terima kasih... memang lelaki perempuan dilahirkan utk saling lengkap melengkapi... faham memahami memang perlu ada antara satu dgn lain.