Friday, February 13, 2009

Gambar ke enam (dan katak bertiga)

Sebelum cerita katak bertiga itu terus berlangsung... saya mulakan dgn satu tag yg diberikan pada saya... (bilalah agaknya nak selesai ya).. tag ni diberikan oleh sodep. sebab yg ni senang, saya selesaikan dululah. Tag dari cikgu Ween nanti baru akan saya buat sebab tag dia jenis yg kena jawab soalan... bolehhh...

ok.. jom settlekan. Apa yg sodep nak ya?? - yg dia nak adalah seperti berikut.

• Go to your photos folder in your computer.
• Go to the 6th folder of photos.
• Go to the 6th picture in that folder.
• Put the picture on your blog and description of it.
• Invite six friends to join the challenge.
• Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Hmmm... sepatutnya penyertaan saya dibatalkan sebab folder gambar2 saya tak adalah sampai enam... walaupun gambarnya ada byk... dah bagitau kat sodep, - sodep kata takpe, isi je gambar ke enam... dari mana-mana folder kot.

oleh kerana saya pun tak berapa nak paham, saya bagi jelah gambar ni:

Haaa.. sebab mintak gambar ke 6... nilah dia... kalau gambar ni yg betul punya (tak edit lagi) dia nombor 5... ok... lain kali mintaklah gambar no 5...
*seb baik jugak tak mintak gambar no 9... kalau tak bolehlah tgk gambar "orang belah sana"... - oh ya!!! tapi kenapa mesti gambar nombor 6 ya???...

Lupa plak - keterangan gambar. Gambar asal ada 5 org semua sekali dlm gambar tu. Tapi tak tahu nape jadi 4. Dah lah tinggal 4 - yg sorang tu jadi separuh pulak... - senag cerita, dah jadi 3 setangah dah... padahal mamat yg gambar dia tinggal separuh tu memang hensem... Tapi tak kisahlahkan.. bukannya orang tahu pun dia sape... dan satu lagi... mamat yg tolong tampalkan gambar tu kat dinding tu pun tak ada kena mengena dgn gambar tersebut... dia hanya jalankan tugas sebagai penampal banner... ok! so, jgn tanya dia sape...
keterangan gambar lagi - semua dah berumahtangga kecuali yg sorang tu... (tak payahlah bagi tahu yg mana satu ya - nanti naik pulak saham dia, hehehe)...

ok cukup ... pastu tag orang lain pulak... mcm biasa, org berikutnya ialah cikgu ween, cD, Dek Yuyu, Hidney, Sis Tirana, Addyaholic, aie pastu sorang lagi annamiechi... ok.

*************************************

Dan kisah katak pun disambung lagi.....
“Semua harta-harta dunia ini akan aku beri kepada mu sekiranya kamu mahu menjalankan tugasan ku”.. kata Bapak katak hodoh bermata rabun lagi kepada ketiga-tiga katak tambatannya. Ketika itu bapak katak hodoh bermata rabun ini telah pun memanjat ke atas belakang seekor katak betina tanpa rasa segan dan silu kepada katak-katak lain yang memerhati...
sambil melakukan kerjanya, bapak katak yang hodoh dan bermata rabun tersebut terus menyambar lalat dan langau hijau gemuk yg semakin banyak mengerumuni bangkai katak di hadapannya.

Katak yang bertiga itu melihatkan aksi 18sx bapak katak yang hodoh dan bermata rabun, semakin membuak-buaklah nafsu berahi mereka kepada katak-katak betina 6 ekor yang sedang beratur sambil memberi aksi-aksi yg menghairahkan...

HH AHAHAHAH... Bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun terus ketawa... "macamana sekarang anakku... Kalau aku tawarkan kamu semua dgn Lalat dan langau hijau yg gemok bersama katak-katak betina tersebut... mahukah kamu menjalankan tugasan dari aku..."

Maka - Katak-katak bertiga yang mula kelabu mata dengan segala benda yang cuba disogokkan, tanpa berfikir panjang terus terkinja-kinja tanda setuju... Setuju!!!! setuju!!! setuju!!!!... jerit mereka... dan di sahut pula dengan jeritan katak-katak betina “ONG! ONG! ONG! ONGG!” Yang juga melompat-lompat gembira...”
“Bagusssssss!!!!”.... Kalau begitu, segala hidangan lazat dan betina-betina tersebut adalah milik kamu...

Tanpa mengetahui apa tugas yang akan diberikan kepada mereka, katak-katak bertiga terus menyerbu ke arah bangkai katak yang semakin sarat diurungi lalat dan langau hijau yang gemok... Menikmati hidangan mereka sepuas-puasnya - kemudian masing-masing bergilir-gilir memanjat ke atas katak betina yang 6 ekor yang disediakan utk mereka....

Sebenarnya Bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun tersebut sangatlah digeruni oleh semua katak-katak kerana keganasannya. Malah, untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa ular-ular besar yang mengemari daging katak... bapak katak berwajah hodoh dan bermata rabun itu sanggup menyuruh konco-konconya menangkap katak-katak lain untuk dihidangkan kepada ular-ular atau pemanga-pemangsa lain...

Pernah satu ketika ada seekor katak betina yang cuba timbulkan masalah dalam kehidupannya (kehidupan orang suruhannya) ditangkap lalu di jemur sehingga badan katak betina kembang - dan kembang seperti belon dan meletop hingga tidak meniggalkan sisa... Dan atas kuasa kejahatan yg dimiliki juga, katak suruhannya yang telah meletupkan katak betina itu dapat diselamatkan dari dihukum di mahkamah katak-katak...(Oh! ya... dia lupa barangkali pada huuman akhirat... eh!... dia kan katak... mana dikenakan hukuman akhirat... sebab tu boleh buat jahat sesuka hati... kannnn).

Bersambung....

13 comments:

alhaqimi said...

besh cerita katakn neh!!

-cD- said...

saje je kan...
muka cD da sebati ngan tag katanya.. ermm cam bau katak salai laa

addyaholix said...

kena tag? aduhh!
ok insyaallah nanti saya jawab haha!

:: Cikgu Wiween :: said...

errk...kenapakah??

kenapakah musti mengetag diriku lagi??

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *menangis 8 baldi!*

Ad Rifza said...

Katak oohh katak...

easzasif said...

yup..tema kita memang sama..btw memang suka itam n biru...nice 2 knoe u

Shitsurei shimashita said...

wakakakakakahhh! kalo kata sebenar jumpa cerita ni, pasti dia nangis akibat diperkatak kotak katikkan skrg.

Shitsurei shimashita said...

terima kasih kerana follow blog saya. terima kasih skali lg.

chimera said...

bul - citer katak pun besh ke... nanti nak buat citer putera katak yg tunggu tuan puteri cium dia biar dia blh jadi org balik semula

cD - Hahaha,nama cD senang nak taip - tu yg cD selalu jadi mangsa tu.

addy - tag simple je kan.

Ween - Engkaulah feveret ku utk dijadikan mangsa jawab tag... selalulah tertulis nama secara tak sengaja. jgn menangis dulu... simpan dulu air mata tu utk tag2 berikutnya...

ad - **sambung** kenapa kau panggil hujan...

shitsurei - itulah dia. tetiba je nama katak jadi glamer...
dan terima kasih utk awak jugak seba follow blog saya juga...

W. Hidney said...

ada tag rupanya... mcm menarik jer tag ni. tunggu ek. i akan jawab. dont worry

Tirana said...

hahaha..tu dia..kena tag dah..jangan kata gambar no6, folder gambar pun tak ada..eekekekehh...insyaAllah nanti saya buat. Letak sajalah gambar mana-mana kan..

Tirana said...

Macam pernah dengar kisah katak ni..hahaha...

AiE bAhRi said...

alamak..kena tag gak ngan abg chime ni..takde pic smpai folder ke 6 la..
insyaAllah saya buat..