Wednesday, February 18, 2009

Jangan terlalu mengharap...

Bersedia untuk berhadapan dengan yang terburuk... Kita memang patut mengharap dan mencari yang terbaik, tetapi bersedialah untuk menerima yang terburuk.

Apabila kita terlalu mengharapkan kebaikan, kita akan terkejut dengan keburukan. Apabila kita terlalu yakin pada sesuatu kita akan patah semangat melihat kegagalan. Kita boleh mengunjur yang cemerlang dan yang hebat-hebat, tetapi jangan lupa untuk bersedia mendepani yang terburuk.

Kita yakin pada seseorang. Katakanlah kita yakin sebab dia itu baik dengan kita. Kata-katanya lembut pada kita melambangkan hatinya yang bersih. Kita pun terpesona dengan peribadinya. Bagi kita dia itu tentunya tidak akan membawa sebarang masalah.

Maka pada satu hari kita meyerahkan satu tugas kepadanya... kita kata "Buatlah, aku tahu jadinya saje." Kepercayaan kita padanya padu.

Tiba masanya kita dapati apa yang dijangka, meleset sama sekali. Hasil kerja dia yang kita sangat percaya rupanya tidaklah setara mana. Kita amat kecewa tentunya. Kenapa? Sebab kita dah meletakkan harapan yang terlampau tinggi. Unjuran kita pada dirinya menggunung dan kita pula tidak sedia menerima yang buruk. Tiba-tiba ia menjadi buruk dan kita menganggapnya terlalu buruk dan sangat kecewa.

Persoalannya kenapa perlu berlaku begitu??

Kita perlu mengunjur sesuatu yang berbeza kalau unjuran kita yang pertama tidak menjadi seperti yang kita harapkan. Dalam soal ini kita perlu sediakan dua jalan. atau dua pelan. Memang kita dah isyaratkan supaya yakin dengan pelan A, tetapi jangan lupa pula untuk bersedia dengan pelan B bimbang Kalau-kalau pelan A tidak sama seperti yang kita jangkakan.

Kita mungkin boleh bekerja keras untuk memastikan pelan A berjaya, tapi jangan pula lupa, soal jaya-gagalnya usaha turut ada campur tangan pihak lain yang tidak setuju dengan kita... dengki.. atau dendam dengan kita atau boleh jadi tidak faham keinginan kita.

Contohnya kita menempah sehlai baju, dan mengharapkan baju tersebut siap dengan sempurna - sehingga ia menjadi kenyataan bukan kuasa kita yang menentukan. Ia berada di tangan tukang jahit. Apa yang kita gambarkan mungkin tidak sama dengan apa yang ada dalam kepala tukang jahit tersebut.

Maka itulah kita perlu bersedia dengan unjuran yang sebalik daripada apa yang kita tetapkan. Supaya dengan itu kita tidak terlalu kecewa dan marah.

Terlalu yakin kadang-kadang menjadikan tindakan-tindakan kita kurang sempurna. Terlalu yakin tidak kecundang biasanya akan berakhir dengan kecundang. Terlalu yakin boleh 'smash' masa main badminton, kadang-kadang bulu tangkis terkeluar dari gelanggang. Terlalu yakin pandai selalunya berakhir dengan kejahilan.

Ada banyak elemen penentu kejayaan dan hampir semua elemen tersebut berada di tangan orang. Biarpun keyakinan diperlukan untuk membina kekuatan dalaman, ia perlu dilapik dengan sesuatu di bawah kawalan.
Orang bijak adalah orang memiliki satu unjuran tetapi beberapa perancangan. Tatkala dia membuat ini, sebahagian dari masanya tertumpu juga untuk hal-hal lain. Tatkala yang ini mencapai kejayaan, yang lain-lain turut menyumbang.

Terlalu banyak benda perlu dilakukan dalam hidup dan semuanya menuntut kecemerlangan. Maka orang yang paling cemerlang adalah orang cemerlang dlam semua bidang yang dilakukan...

12 comments:

Tirana said...

Hope for the best but prepare for the worst..Over confident biasanya memakan diri sendiri.

Shitsurei Shimashita said...

tp jangan putus harapan k???

jgn berhenti berharap kalo harapan, harapan ale, la obe sinang ku tule.
lalalalalalalalala........

a.b geldofg said...

tiada ksmpurnaan dlm hdp..cuma kita tsnyum...bila saraf snyum bfungsi dgn baik

sharamli said...

kal0 xde keyakinan cmna?

sgt2 tnsi0n kal0 byk sgt hal nk difikrkn...........................

aprilgurl said...

yup..btul tuh..kalo kita terlalu mengharap..kita tak akn bersedia menghadapi sesuatu yg buruk.dan apa apa pon jgn terlalu negatif kt diri sendiri..atau sesuatu perkara..kene bersangka baik pd Allah selalu..sbb akn dpt imbuhan yg berbaloi..(it happened to me)

***chimera..., sy pnya kepala dgn tukang jahit mmg selalu x sama...ada jek kene alter balik.

traveloch said...

fuh...juz a nice word..love it..
falsafah 2 beb..hhehehe

Keri AlHaj said...

kak tirana - betul tu... cukup sekadar yakin kita akan berjaya (bila mengusahakan sesuatu) jgn terlalu yakin... kecewanya lebih parah jika gagal.



shitsurei - hahaha... hadoi sekali lagu la obe ya.. patutlah rasa macm biasa dengar... ingatkan cakp jawa.



ab - yg sempurna tentunya Allah... Tetapi kita pun selalunya inginkan yg sempurna sahaja... sedangkan kita tahu sempurna tu bukan milik mahkluk... hmmmm...



sharamli - kalau tak de keyakinan pun parah jugak... yakin pd kemampuan diri tu kena ada... tapi jgnlah yakin sgt sgt...



aprilgurl - semua akan jadi milik kita kalau Allah dah tentukan itu rezeki kita.
**belajar menjahit sendirilah... nanti boleh jahit baju sendiri pastu blh ambik upah jahit baju tukang jahit tersebut - pastu buat balik mcm mana yg dia dah buat... **mcm hasutan membalas dendam je**



easzasif - errrrkkkk... falsafah ke tu... ya lah agaknya... anyway, mekasih...

AiE bAhRi said...

Manusia sering sahaja memberi harapan yang tinggi kepada manusia yg lain.Tetapi pengharapan itu sebenarnya tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Sanagt setuju dengan penulisan abg chime.Apa jua perancangan sebenarnya kita perlu menyediakan dua pelan (tapi kalau lebih lagi bagus) sebabnya sekurang2nya pelan yang telah kita rancang itu sekiranya tidak dapat dilaksanakan, kita boleh tukar kepada pelan yang satu lagi.

Oleh itu, semua perkara perlu ada persediaan untuk dapat seperti apa yang kita harapkan.

eqbalzack said...

terlalu sukar utk jadi cemerlang dan terbilang..selalu je ada org yg dengki. tak gitu?? hehe

Ad Rifza said...

Apabila terlalu mengharap kita akan kecewa..Jgn terlalu mengharap pada suatu yang belum jadi kerana apa2 aja akan berlaku..Bila Allah kata jadilah maka akan jadilah tetapi bila takdir Allah kata tidak..Ianya tetap tidak berlaku seperti yg diharapkan..Selepas melakukan sesuatu kita berdoa dan memohon padaNYA dan berserah takdirNYA selepas itu..Insyallah kita redha..:-)

cDeeAbdulRazak said...

ermm katakanlah bang chime nak tempah baju nikah.. Bang chime soh leha nie jahitkan, dan yakin baju nikah tu akan siap dengan chantek sekali..

Tapi dihari yang dijanjikan, hasilnya ADOOOO... kekeke

itu cite sebetolnya kan? matilah cD propah.

Keri AlHaj said...

aie - mcm tulah sifat manusia, bila bagi harapan pd orang - maknanya - adalh nanti seseorang yg akan dipersalakam bila keinginan tak menjadi mcm yg dinginkan...
hiudp perlu ada byk rancangan...



eQ - Manusia... mana pernah nak senang tgk org lain berjaya... apa pun yg kita buat, tak kiralah baik ke tak mesti akan timbulkan rasa tak puas hati pd org2 tertentu...

ad - bila letak harapan yg menggunung pd sesuatu perkara, kalau gagal memang comfirm meraung... seelok2nya biarlah berpada-pada...


cD - uih!!! mana tau ni... pakai ilmu PGL ke???
leha tu memang sudell betul, kata pandai sgt jahit baju - abis jahanam baju kawin saya dikerjakan... ada ke patut dia nak jahit labuci atas poket pastu nak isi ropol-ropol --- huhuh.