Monday, March 23, 2009

Jadilah pendengar yang baik

"Apabila anda benar, Anda tak perlu marah... Apabila Anda salah, Anda tak boleh marah" ~(Mahatma Gandhi)
Tidak ada seorang pun yang dilahirkan sempurna. Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah..

Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala tanpa perlu bersusah payah...


.. Kita hanya boleh memberikan pendapat atau nasihat. Sama ada orang mahu menerima pendapat atau nasihat kita, itu terserah kepada diri masing-masing. Manusia punya hak dan kebebasan untuk mengatakan 'tidak' atau 'tidak mahu'. Kita pula punya hak menyuarakan pendapat kita, mereka juga punya hak menyuarakan pendapat mereka juga. Pesan Mak, jika kita mahu pendapat kita - dan diri kita - dihormati orang, maka kita harus belajar untuk menghormati pendapat dan diri orang lain juga. Seharusnya kita tidak memaksa atau menekan orang untuk menerima atau menelan kata-kata kita. Setiap isu boleh dilihat dari beberapa penjuru atau sudut dan dari pelbagai aspek dan perspektif. Kadang-kadang ia juga bersifat subjektif dan kita pula sebagai manusia perlu bersikap objektif. Bersykurlah kalau orang sudah mahu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut, hati dan fikiran kita. Tetapi ingatlah.... .... Setiap kata-kata kita mencerminkan dunia pengatahuan kita dan pengetahuan kita tentang dunia.

Belajarlah untuk menerima seseorang itu seadanya. Jangan memaksa dia menjadi apa yang kita mahu. Dunia ini luas terbentang. Banyak yang bisa dipelajari walau dari seekor semut sekalu pun. Dunia ini juga penuh dengan masalah... Dan salah satau dari masalah tersebut adalah terlalu ramai manusia yang hanya pintar berkata-kata tetapi pada waktu yang sama, mereka tidak pintar mendengar kata-kata... Ketahuilah... Mendengar dengan baik juga adalah satu seni. Maka itu, perbaikilah seni pendengaranmu.

Keluarlah mencari ilmu. Perbanyakkan membaca dan melihat. Belajarlah juga untuk bergaul dengan manusia... tidak kira bangsa, agama atau negara. Gunakanlah mata, telinga dan akalmu dengan baik... Adakalanya apa yang kita lihat tidak seperti yang kita sangka dan begitulah sebaliknya....

Selamat Mencari




Sebelum saya tamatkan... Mari Kita sama-sama doakan kesejahteraan untuk seorang sahabat kita yang menyanbut hari lahirnya hari ini....


Selamat Hari Lahir AQIES comel... semoga sihat sejahtera selalu... dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diangerahkan kebaikan, semoga semakin manis juga... , dan moga segera bertemu jodoh dengan abang kapten handsome tu... hehe... -tahniah atas pertambahan usia, dan takziah sebab dah makin tua (ayat biasa dengar je kan?)...

13 comments:

addyaholix said...

tiap manusia punya hak untuk bicara. cuma kadang-kadang kita lupa untuk bercakap sesuatu yang ada gunanya.

kita selalu mahu(baca : suka) mengkritik, tapi selalu juga melenting bila dikritik. kita selalu lupa manusia lain juga seperti kita, punya hak untuk bercakap apa saja. ya apa saja. maksud saya bercakap apa saja yang kita mahu. cuma manusia yang bijak tak bercakap sesuatu yang buat hati sekeliling terluka.

Puteri Amna Balqies said...

maceh kerna menghadiahkan kek yg berwarna pink tu..

sharamli said...

sdg mencari..hu3

::alifdalmim:: said...

"Jadilah pembaca yang baik.." hehehe ;p

Unknown said...

"Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala tanpa perlu bersusah payah..."
wow..betul2...

hurmm..
ejam xtau nk ckp ape pasai pesan mak tu...pendapat atau nasihat...
unword d buatnya...

dan pasai seni pengdengaran..
err..
ejam pendengar yg baik..
leh ke camtu?.
ehehe...


btw, yg pasai arijadi tu..
apy beshday 2 tuk Cik Aqies...
betul kate bro chimera mmg comey orgnye...hee~~

ASYIQ said...

Salam....

Tajuk ni memang mengena sungguh..nak jadi pendengar yang baik susah sungguh...mulut ni nak mengomen juga. Hisy...apa punya diri!!!(Sayalah tu...)

Part dengar ckp mak tu saya suka sungguh...suka lelaki yg dengar cakap mak. He he. Anak yg baik.

i.am.me. said...

pencarian yang tiada penghujung...

anap_ilmi said...

Sgt terkesan...give more..more!haha

bozzobattousai said...

bozzo masih lagi mencari....hepi besday aqies...

Keri AlHaj said...

addy - kadang-kadang bercakap sesuatu yg berguna ni agak membosankan... dan kalau yg sebaliknya pulak memang menyeronokkan... hehe..
betul kan... mengkritik memang dibwah bidang kuasa kita... tapi tak suka pulak kena kritik...





Aqies - Sama-sama... hepi birtday aqies...




sharamli - ok.. teruskan mencari.. pastikan sampai jumpa ya...





adam - hehehe... pembaca yg baik pun bagus juga... saya suka kalau apa yg saya tulis dibaca oleh pembaca-pemaca yg baik... haha



ejam - oklah tu kalau ejam pendengar yg baik... saya harap saya jugak seorang pendengar yg baik...





asyiq - saya pun sama jugaklah... bila org bercerita ada je benda nak menyampuk...
ecceli apa yg mak pesan saya bukan ikut sgt pun... hehehe (anak yg nakal)



miechi - ya, selagi nyawa dikandung badan...semoga di kahir hidup kita kita akan temui sesuatu yg dpt menyelamatkan kita...





anap - hahaha... tak de idea dah ni...




bozzo - saya pun masih sedang mencari --- Semoga satu masa kita akan jumpa apa yg kita cari...

AiE bAhRi said...

Manusia suka mendengar pendapat orang lain tetapi tak semua yang boleh menerima pendapat orang lain itu..malah kadang2, apabila diberi pendapat, akan disalahtafsir pula..

Pendengar yang baik bukan sahaja menadah telinga sahaja untuk mendengar pendapat atau masalah orang lain tetapi bersedia untuk memberi pendapat dan tindakan yang sewajarnya..

Happy besday to Aqies..dah tua dah..hehehe

Unknown said...

tpi bro chimera juga sorang penulis terhebat..
ehehe...

Keri AlHaj said...

aie - sebab tu lah dia dinamakan pendapat... pendapt diberi tak semestinya akan diterima kann.. perlu dikaji buruk baiknya juga...





ejump - penulis terhebat???? hahahaha... mcm2 lah ejam ni.... mana hebatnyanya tulisan saya cuba tunjuk sikit... hahaha... rajin-rajin puji ni, nanti saya bawak naik motor besar tu ronda ladang kelapa sawit... bleyyy