Thursday, April 2, 2009

Api Dalam Sekam....


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri... ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan... cintai, sayangi... Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Ibarat musafir dahaga di padang pasir, mengejar 'fatamorgana' yang disangka air... Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya.
Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!


Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi... siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan?? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..



sungguh!! Aku bukanlah jenis yang pemarah
jauh sekali untuk jadi pendendam...
tapi!! kemarahan nan satu ini....... Ahhhhh!!!!

22 comments:

Unknown said...

uhhh.
tersirat kata-kata bro!!!
adeh, kemaafan tidak seperti memberi maaf!
tetapi kemaafan lahir dr lubuk hati,
biarlah ia melawan dgn mudah tetapi
luhur di sanubari.

ishhkk. mngarut je dek uu nih!
* tersekima kata2 abg tulis!

memberi kemaafan,?
ssh dlm erti kata dlm memaafankan!

a.b geldofg said...

ambil air smbhyang....dan bdoa

Keri AlHaj said...

cik yuyu - org kata memaafkan danmelupakan perlu ada seiringan... kononnya memberi maaf tapi masih tak lupakan kesalahan si pemohon maaf tersebut umpamanya ketulah 'iceberg' yg terapung di lautan luas.. di permukaan laut kelihatan kecil dan tidak membahayakan, tapi di dasarnya ada kelutan besar yg mampu tengelamkan kapal titanic... errrr...
over pulak ya..
senag cakap mcm nilah - forgive and forgot...




mel - budak sengal mana ni? ko ckp pasal sape ni (sambil garu2 kepala buat2 tak paham)... hahah...
ok, ko pun marah kat dia jugak ke.. hmmm, marilahkita memarahinya secara berjemaah.. ahahaha...
ok, serius... aku taknak lah kau teribat dlm permusuhan aku. lama-lama oklah tu. aku tukar kerja bukan sbab tulah. kat sini dkat dgn family, dkat dgn 'org belah sana' heheh.. tak de kena mengena dgn budak senagl tu... ok lah.. kalau ada pun kira faktor sampingan jelah... sekrang ni, aku anggap aku tak de hubungan apa-apa dgn dia.. dia bukan kawan aku, dia bukan musuh aku... aku tak kenal dia sape... mudah-mudahan dgn cara tu aku boleh lupakan rasa marah aku ni...
eh!! kita sembang pasal ni nanti bila ko dtang ke pahang lah.



ab - ya!! itu yg sebaik-baiknya... hmmm

~~ casper~~ said...

makan masa yg lama untuk melupakan...memaafkan mmg semudah melafazkan di bibir (hati belum tentu lagi!) tp utk seiring dgn perlakuan melupakan tu bang, amat payah sekali....apatah lg kalo kesalahan yg dibuat itu betul2 menghancurkan luluhkan hati, merosakkan hubungan dgn insan lain, mengecewakan hati org yg berbudi pd kita...hmmm, ni pengalaman su...xsama dgn marah yg abg alami, tp su faham betapa susahnya nak "forgive n forget" !

Keri AlHaj said...

su - kira orait sikitlah kalau dpt memaafkan meski tk dpt lupakan... tapi situasi saya ni, nak maafkan pun masih blm mampu apa lagi nak melupakan... yeah.. moga satu masa saya dpt selesaikan bebanan ni... saya tak peduli kalau org kata saya pendendam... sebab saya je tahu apa yg saya rasa... sama mcm sue... sue je yg tahu apa yg sue rasa... pengalaman kita mungkin berbeza... tapi kita lalui hal yg sama... payah nak lupakan rasa perit kejahatan org... moga Allah buka hati kita untuk memaafkan dan melupakan...




nblike - saya tak isap roko lah cik... tak pernah rasa nak cuba pun... menda lin ada tak? parfume ke?... ada tak?




mel - aku cuba mel... tapi aku ni bukanlah org yg mulia sgt. bukan baik sgt... kalau ko rasa aku mcm hebat je, bagi nasihat pendapat yg konon-kononya mcm bagus dekat engko dan siapa2... hakikatnya aku tak sebagus mana. aku mcm ko jugak. manusia biasa je.. darah aku merah, rambut aku hitam, uban aku putih... aku emo, aku nangis bila aku sedih, suka ikut perasaan... aku ketawa bila gembira... sama je.. tak de apa2 yg istimewa pun... kalau ada lebih sikit pun... mayB aku ni hensem lebih sikit lah dari engko hahahahaha.... so, utk aku lupakan rasa marah aku ni, buat masa sekarang ni rasa mcm mustahil plak... tapi aku tetap cuba...

AiE bAhRi said...

Lelaki yang kuat adalaha lelaki yang dapat menahan kemarahannya..

Ermm..dh byk tertinggal baca entri abg chime..broadband n laptop bt hal..

:: Wiween :: said...

eehhh garang sungguh abg batman dlm entry nih. takuttttt :p

Keri AlHaj said...

mel - ko ni suka tau buat aku kembang... tak baik puji-puji buat aku riak mcm tu... hahahaha... ko pun sahabat aku yg hebat jugak... ok! ok! tak best sembang kat sini.. org tahu rahsia kita... nanti aku onkan YM.. aku sms ko dulu ok...





aie - betulll... setuju... mungkin saya bukan lelaki yg kuat..
saya pun bukanlah jenis yg tak mampu kawal rasa marah... payah nak marah.. tapi sesekali bila melapaui had kesabaran... saya meletup jugak.. tapi tu cerita lama...




ween - garang ke??? rasanya saya tulis tu dah penuh berhemah dah nak bagi neutralkan kemarahan sebenar... bagi cth sikit, perenggan mana nampak garang... ha

Rosie Rose said...

bagus la bro. walau begitu marah, tapi masih cuba lawan perasaan amarah tu ngan bijak. bukan mudah utk handle perasaan sendiri, apatah lagi perasaan marah dan kecewa. tabik la bro! good attitude!

Tirana said...

Chime...

Nabi Muhammad adalah seorang yang senang memberi maaf.. Kadangkala baginda disakiti..ada ketika baginda dihumban dengan najis..tapi apakata baginda "sesungguhnya mereka itu tidak tahu" maksudnya orang2 yang menyakiti baginda itu 'tidak berilmu. Justeru, kita pun boleh menganggap begitu pada orang yang menyakiti kita barangkali, agar senang kita memberi maaf.

Keri AlHaj said...

eena - saya memang tak suka tunjuk kemarahan walaupun tgh marah... nak kata bijak jandle perasaan tu... hmmm entah. biasa-biasa jelah. saya pasti eena pun dah bijak handle perasaan bila tertekankan... lagi pun marah saya dah tak sehebat dulu... cuma nak maafkan tu, tak boleh lagi..




kak tirana - rasa cam sejuk je baca komen akak... alangkah baiknya kalau saya boleh contohi Rasulullah...

Ad Rifza said...

Memang betul amat sukar untuk memaafkan org lain bila hati dah marah dan terasa yang amat..Tapi kenapa membiarkan api itu membakar sekam..Jiruslah dengan air yang dingin memadamkan api agar sekam tidak lagi terbakar hangus..then lepas api padam buanglah sekam yang telah terbakar tadi..tggl lah sekam yang masih sempurna adanya..
Memang payah..tapi itulah sebaik2nya dalam hidup..Kan hidup lebih bahagia dan hati akan tenang apabila tiada kita tiada musuh..Berlapang dada dalam segala hal..Insyallah, Allah membantu kita..

Sufi Idany said...

erm.... apa citer ni abg.... membara-bara ni....bagai ledakan lahar gunung berapi... panasnya terasa membakar segenap ruang.... apapun biarkan musuh2 itu bersorak dengan kemenangan mereka, jgn sampai kita kalah dengan rasa dendam dan api amarah... harga diri tidak akan luntur dek kata maaf yg di bagi, mahal lebih tinggi nilainya disisi DIA.... tp pastikan musuh2 itu tidak lagi tertawakan kita.... utk itu hindari mereka sejauh yang mungkin.... ntah laa abg..... ida akui bkn mudah utk kata maaf sbb till now masih ada amarah, masih ada dendam yang mengait rasa sekalipun masa sudah lebih 20 thn berlalu.....

Shemmi said...

jiwang dan jiwa2

Keri AlHaj said...

ad - api tu dah pun padam sikit demi sikit... saya tak akan menjirusnya... bairlah dia padam sendiri menikut peredaran masa yg terus berlalu... ada prkara2 yg tak boelh kita lupakan walaupn dah usaha dgn sunguh-sungguh ke arah itu... satu masa api itu akan padam juga... saya biarkan masa untuk membetulkan keadaan...




ida - lamanya tak singgah... ida sihat ke? takde papelah ida... sekadar ingat cerita lama...panasnya pun dah tak macm dulu lagi... dah surut...saya masih belum sedia nak beri kan kata maaf pada kemarahan nan satu ini...




shemmi - heheheh... jiwang jugak ke... hadoiiii... tulis cerita cinta org kata jiwang, tulis cerita api pun jiwang jugak... sah lah, saya ni memang jenis jiwang... hahahaha.. errr mekasih sudi singgah... salam kenal

addyaholix said...

abang seorang yang tak mudah marah. tapi bila marah, abang mampu buat semua ketam bibir mengerekot rapat ke dinding. abang juga mudah memaafkan, tapi susah sekali melupakan. maksud saya abang mampu memaafkan tapi tak bermakna salah itu abang lupakan. mungkin juga abang seorang pendendam. betul?

itu juga diri saya.

Keri AlHaj said...

addy - betul saya bukan pemarah, betul jugak saya seorg pemaaf... dan saya boleh lupakan juga salah orang... dan bukan... saya bukan pendendam... cuma...
kesalahan yg satu ni saje... satu ni je... hahhhhh... rumit sungguh... kalaulah addy tahu betapa kemarahan saya benar2 berada dipuncak ketika kena kejahatan nan satu ni... Tuhan je yg tahu... - terus teranglah saya kata... saya menangis malam tu fikirkan ada jugak org buat jahat mcm tu kat saya (tapi sikit2 jelah) padahal dia kawan saya...

addyaholix said...

ya. kita bukan tuhan. kita bukan nabi. kita cuma manusia yang selalu buat silap. dan menjadi hak kita untuk memaafkan atau tidak. walaupun kita disarankan untuk selalu memaafkan perbuatan manusia lain. tapi kita bukan nabi bang!

saya boleh memaafkan. tapi salah itu akan saya simpan dalam hati. saya tak mampu buang. dan untuk itu saya dikatakan pendendam. ya mungkin ada betulnya. ayah juga pernah tegur sifat saya yang satu ini.

mungkin saya mampu faham apa yang abg cuba sampaikan. saya juga pernah lalui saat yang betul-betul buat saya hilang akal. dan hanya kerna mulut seorang manusia, kini saya hilang semua kawan-kawan saya. dan saya terima semua dengan hati terbuka. damn it. bila ingat, selalu buat saya sebak!

Keri AlHaj said...

saya kira... terus myimpan kesalahan seseorag dlm hati bukanlah pendendam namanya... sekadar utk ingatan dan pengajaran utk kita terus berhati-hati, agar hal tersebut tak berulang lagi...
hmmm hebat juga pengalaman pahit addy sampai hilang semua kawan... tapi pengalaman saya ni, saya tak hilang kawan... 'dia' tu pulak yg hilang kawan-kawan... Allah balas mcm tu barangkali... saya dah tak peduli sgt dah...

addyaholix said...

ya. itu antara saat paling pahit dalam hidup saya. tahun baru cina yang lepas genap setahun saya hilang semua kawan-kawan saya. semua sebab mulut seorang yang pernah saya anggap karib satu masa dulu. tapi sekarang saya selalu harap dia tak pernah ada dalam hidup saya. dan berani saya kata, saya menyesal pernah kenal dengan dia. tapi masa tak boleh diulang, jadi saya terima. mungkin itu qada dan qadar dari Dia untuk saya. saya selalu anggap pasti ada yang lebih baik di hadapan kelak untuk saya.

saya yakin yang satu ini!

Keri AlHaj said...

perkara dah berlalu kan... InsyaAllah, akan ada yg lebih baik utk addy lepas ni...

sama jugak mcm saya... sekarang saya pun tak nak ada sebarang hubungan dgn 'dia' tu... dia bukan musuh saya, bukan juga sahabat saya... saya tak kenal dia... ibarat berjumpa dgn seseorg yg tak dikenali di bandar.. saya anggap mcm tu lah...

saya tak mahu apa-apa lagi dah sekarang. balas dendam tak mahu, ap-apa pun tak mahu... saya cuma harap saya boleh lupakan terus kejahatan tu dari diri saya... itu saje...

addyaholix said...

ya moga-moga bang chime. moga kita sama-sama mampu belai dan pujuk hati untuk memaafkan dia dan melupakan semua insyaallah.

cuma yang macam kelakar bila dia pernah bagitahu seorang kawan, dia bertukar kerja dari KL ke JB cuma sebab segan terserempak dengan saya di KL. haha!