Kita boleh memilih dengan siapa sahaja untuk kita berkawan, tanpa sebarang alasan yang kukuh sekalipun. Mungkin hanya sebab dia baik, atau sebab dia cantik, atau mungkin dia penyabar. Tak kira apa juga alasan, bergaullah sebaiknya dengan mereka...
Saya pernah membaca tulisan seperti ini:
"Selalu ada timbal balik dalam suatu persahabatan tapi bergantung juga pada apa niat persahabatan tersebut, boleh jadi putaran yang saling berjalan, saya kurang faham apakah hubungan manusia dengan alam, lingkungan makhluk hidup bukan manusia juga boleh disebut suatu konsep persahabatan (dalam erti sebenarnya) tapi yang jelas hubungan kita dengan mahkluk di dunia ini boleh jadi akan menciptakan harmoni yang indah jika didasari rasa tulus dan saling menjaga keseimbangan...
Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapan sendiri. Juga ada batas-batas yang kita perlu jaga... mana yang perlu, kita lakukan, dan mana yang tidak perlu, cubalah kita elakkan.
Saya juga tidak sebijak mana dalam menangani nilai persahabatan... tapi jika diminta diberikan tips dalam bersahabat, saya boleh katakan begini:
Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku. Ada sesetengah orang tidak bijak menilai yang mana gurauan atau yang mana hal serius. Jadi berhati-hatilah selalu. Jangan sampai ada yang terluka dengan walaupun kita hanya menganggap sebagai gurauan... Manusia, pelbagai cara fikirnya.
Jangan terlalu celupar atau mengkritik. Konon engkau macam ni tak bagus, engkau macam ni tak ok... engkau pakai baju putih nampak gemuk, pakai baju hitam nampak pendek... dan macam-macam. Jangan... kerana kita sendiri tak sebagus mana dan tidak sebetul mana juga.
Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suami atau kaum keluarganya. Memadailah kita tahu melalui apa yang mahu diceritakan sahaja... jangan sibuk-sibuk nak korek sampai ke dasar. Sesetengah perkara rahsia, memang perlu dirahsiakan.
Jangan ditanya perkara-perkara yang sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya. Kalau dia berhutang bukannya kita nak tolong bayar pun. Hutang sofa dekat court mammoth pun kita tak langsaikan lagi. Jadi jangan nak sibuk-sibuk dengan hutang orang.
Jangan bocorkan rahsia,terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
Jangan mempersoalkan kekurangan & keburukan sahabat. Cuba lihat nilai positif yang ada padanya. Jangan lupa pula untuk melihat diri sendiri, diri kita ni baik sangat ke?
Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat kita. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan mengongkong. Hormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.
Jangan dibalas kemarahan dengan kemarahan... Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. berdiam & tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.
Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita kemana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah SWT.
Memanfaatkan kebaikan. (point ini jangan dipresepsikan ke hal yang buruk). Manfaatkan kebaikan masing-masing untuk mengembangkan hubungan yang baik antara kita. Jangan cuba mencungkil kisah lalu yang sedih atau kurang baik, kerana akan membuatnya tersinggung. Senantiasa memberikan sokongan untuk hal-hal baik.
Jagalah sopan santun. Sikap ramah dan sopan yang tulus tanpa basa-basi dapat menyambung komunikasi dengan orang lain. Malahan akan mampu mengubah perilaku orang lain.
Bersikaplah penuh ketulusan hati. Dengan bersikap penuh ketulusan hati dan berterus terang, orang lain akan mudah menaruh kepercayaan dalam segala hal.
Persahabatan sering menimbulkan ujian, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi ujian itu bahkan boleh menjadi semakin kukuh karenanya…
Persahabatan tidak terjalin secara otomatik, tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.
Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.
******************************************
True friends listen to you even when you're swearing yourself out
True friends will always be there when you've been to hell, and back
True friends will always welcome you, even when the world turning its back to you
You can tell them whatever and not regretting a word you've said
True friends don't betray
Would you look at that list? Maybe I am just too hard to be friended...
Whatever true friends are, I missed mine so much.
gambar hiasan: flickr.com & koleksi peribadi
entri ini merupakan jawapan bagi cabaran yoyooh.com, Minggu 4
13 comments:
Erti sahabat mungkin tidak sama bagi setiap individu..Bagi sesetengah orang mereka merasakan apabila sudah dinamakan sahabat we've shares everything..segala kesusahan,segala keperitan,segala kegembiraan semuanya dikongsi..One of my sahabat said" Sharing is caring"..
Betul kata Chime adakalanya kita terlebih2 dalam bersahabat tetapi oleh kerana "concern"nya kita kepada sahabat membuatkan kita mahu lihat hanya yang terbaik untuk diri sahabat kita..Setiap sahabat akan memahami niat baik sahabat yang lain..
Dalam persahabatan harus ada kejujuran, keikhlasan, dan tolak ansur. Terimakasih atas tips yang bermnafaat untuk dijadikan panduan.
tp bukan senang nk jdik sahabat yg baik..dan mencari sahabat yg baik..
ati manusia kita xtau..ari ni baik..es0k kdg2 b0leh berubah...
n3 yg menarik....nnt bebila nk sedut boleh??
rindu pd sahabat2 lama...ketika berjuang di bangku sekolah, bangku kantin, bangku kuliah,
...bangku...x de bangku, kt semejid kena bersila, selepot...
Salam bro..
kabare?
saya setuju tentang ini;
Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suami atau kaum keluarganya. Memadailah kita tahu melalui apa yang mahu diceritakan sahaja... jangan sibuk-sibuk nak korek sampai ke dasar. Sesetengah perkara rahsia, memang perlu dirahsiakan.
~memang sangat terbukti tidak sihat jika diamalkan.
betolla ape yg ko ckap kat atas tu...
walaupun kite ni jenis mulut longkang, still kene jage segalanya...
jgn main lepas je semua..
sbb bukan semua boleh org terima...
lambat laun akan meletop jugak...
Chime,
Pada akak waktu bersahabat yg paling best masa study ler...zaman blajar dan dok asrama. Kwn2 la ganti pd keluarga...
Ada satu kesedihan di hati akak....akak terkehilangan seorang sahabat baik dari KIK (kini KISAS Klang) sehingga grad di UM...zmn 1995 last jumpa...lost contact sampai sekarang...huhu.
Inilah pentingnya alat komunikasi...time tu blum ada hp dan sms.
Era berkerjaya dan berkeluarga...bersahabat ala kadar sahaja. Tak rapat sangat dan tak sampai bergaduh...banyak keperluan lain yang ditamakan dari ruang utk mencari sahabat karib...dh x sempat. W`bagaimanapun ttp menghrgai sahabat2 yang ada skrg.
haa kan da ckp ini blog motivasi. bagus catatan nih abg batman. Buleh di buat reference ;) errr tp kalo menang jgn lupa kita punya share yek. ween 90% abg batmna hambik 10% cukup.
muahahahahahha
Chime betul tu segala apa yg tersurat atau tersirat di sini tentang persahabatan. Cuma saya tertanya sendiri...adakah kita kawan? kalau kawan, mcm automatik juga, mcm kenal tapi x kenal heh heh heh
Ad - lain org lain pendapatnya... Mak saya selalu pesan, buat baik berpada-pada... tak kiralah pd sahabat atau sesiapa... kalau kita terlalu concern pun kalau pd jenis sahabat yg faham tak apa... tapi mungkin jugak dgn cocern kita tu buatkan sahabat jadi rimas... jadi biarlah berpada...
kak Tirana - Ya, mudah-mudahan memang bermanfaat... setakat yg mampu saya fikirkan sahaja...
mel - ciri2 yg mana satu... ciri-ciri yg tulisan kaler merah ke hijau...
sha - berdoalah sntiasa supaya hati kita tetap.. tetap sentiasa jadi yang baik...
arazma - sedutlah... saya suka kalau perkara2 yg ada manfaat kita boleh sebar-sebarkan... tapi jgn lupa duit royalti... hahahahahaha...
sentiasa rindu sahabat2 lama zaman bangku-bangku dulu... semua dah bekeluarga rasanya - tinggal saya je lagi yg dok single... hadoiiiii
salam sri - Waras!!!!
haha... masalahnya manusia yg jenis mcm gitu memang ramai.. bagi tau sikit nak tahu lagi... bagi lagi nak lagi... sampai habislah dia nak tahu... huh...
chekgu - hmmm, kena fikir dulu sebelum berkata-kata... tapi selalunya kalau dgn sahabat baik memang kita tak sempat nak fikir apa dah... kalau jenis senang faham tak pe... kalau tak, haha... mmaang meltup lah.
kak asyiq - hmmmm memang zaman sekolah dan studi dulu2lah zaman paling berharga dlm persahabatan... tapi, bila dah ada keluarga... anak-anak, keutamaan tentunya akan bertukar arah... dan sahabat2 pun tetap akan faham situasi tu... apatah lagi kalau sahabat2 juga telah punya keluarga sendiri... kesibukan tugas pun dah menghadkan ruang utk bersahabat secara 'dulu-dulu'... masing-masing pun dah faham, sebab memang masing-masing pun sibuk jugak... hmmm
ween - memang mata duitan... ambik semualah...
tapi... abang batmna tu sape ek... bat mania kah??
kos - Sahabat maya pun masih dikira sahabat... masih kena jaga hati perasaan mereka... masih perlu bertegur sapa kalau ada peluang.... mana tahu kalau satu masa nanti saya tersesat ke sabah, atau kos tersesat ke pahang... boleh jugak saling mintak bantuan... eh! ramai apa, sahabat2 yg asal mereka sahabat maya je, tapi akhirnya jadi betul-betul sahabat kat dunia sebenar...
bukan ke unik tu... kenal, tapi tak kenal... tak kenal, tapi kenal... hahaha
terima kasih hidney... ur statment tiba-tiba mcm bagi semangat pulak. sebabnya tak ramai yg suka membaca pasal nasihat dan pandangan ni - tapi jiwa saya lebih menjurus utk menulis perkara2 tu... hal2 lain tak bijak sgt... ada yg sudi baca pun dah memadai... tak perlulah ada peminat atau takut peminat lari... hahahah...
terima kasih sekali lagi...
cheers..
Abg chime,
Good info.
TQ
Post a Comment