Monday, May 4, 2009

hey Jealousy!!

Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka.

Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang2 yg dibawahku dan tidak melihat pada orang2 yg diatasku.

Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan.

Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: "Laa haula walaa quwwata illa billahi" kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikannya.

Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia.

Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat.


Pesonal Experiences
Well, I feel obligated to start this one. I do not mean to say that these are even my own personal feelings, although a lot of them are... The main issue Huz and I talked about was about difficult people. Jealous people. Some people just want to get you and they do not even know why. And I have never really given this much thought before, but he was right. Maybe the problem is not always with you if your heart is right with God. Maybe it is with the people around you. Difficult people ~ jealous people and difficult people are everywhere..


Pengalaman Peribadi:
Dengan lafaz Bismillah... kalau ditanya apakah perkara yg paling tidak mahu saya ingat2 lagi ialah ~ jika diberi pilihan saya tidak suka berkerja atau secara terang-terangan untuk bercampur rapat dengan orang yg "suka perasan", sinis, penuh prasangka dan pemarah. Tidak terbayang bagaimana orang tua yg sepatutnya menunjukkan peribadi/akhlak yg terpuji harus bersikap seperti orang yang tidak bersekolah tinggi. Sukar untuk sebumbung atau bertoleransi dengan orang yg terlalu banyak masalah peribadi (Pesanan Penaja: Jangan suka bawak masalah rumahtangga ke pejabat ~banyak musibat~ sebab asyik kena sumpah-seranah org keliling jer!) Saya tidak dapat menerima apapun alasannya.... mereka tidak harus dihormati!! Yelah... tapi kita mencari sesuap nasi untuk rezeki yang halal...

Bila berbicara tentang individualis, saya teringat emak. Teringat perseteruan kami yang panjang tentang istilah ini. Menurut emak, saya satu masa adalah orang yang sangat individualis, cuek dan tidak peduli tentang perasaan orang lain... malah sukar mahu serius!! Saya tidak difahami. Hmmm... tentu saja tidak pada semua perkara.



Apa yang Tuhan berikan kepada kita adalah yang terbaik. Cuba beri sedikit fikiran kepada apa yang kita miliki sekarang dan nilailah semula. Semoga kita semua ditunjukkan jalan yang benar...

9 comments:

sharamli said...

xguna faham perasaan 0rg yg xphm perasaan kita..

Semoga kita semua ditunjukkan jalan yang benar...insyaallah

Ad Rifza said...

Setiap manusia perlu mempunyai sifat2 mahmudah..dan elakkan sifat2mazmumah...Sifat manusia banyak bezanya satu sama lain..Sometimes diri kita tidak boleh terima sifat org lain yang cukup merimaskan diri kita..but abaikan saja kerana itu sebaiknya dari mengusik jiwa yang merosakkan ukhuwwah yg terjalin...Bila hati kukuh tautan dengan tali-tali Allah insyallah hasilnya timbul sifat-sifat yang diredhaiNYA..

addyaholix said...

dari pembacaan saya, dari hasil tulisan abang selama ini, saya rasa abang seorang yang mengambil berat. mungkin agak kurang tepat dengan pendapat mak abang, tapi kata orang, ibu lebih mengenali anak sendiri. jadi tepuk dada tanya hati!

dan oh ya.
memahami orang lain kadang-kadang boleh jadi lebih mudah berbanding cuba memahami kehendak diri sendiri.

Keri AlHaj said...

sha - buat je mana yg kita rasa betul utk kita. ada masa kita pentimgkan org lain... ada masanya kita kena pentingkan diri kita sendiri...



ad - nak pupuk mahmudah tu tak mudah. saya sendiri - boleh terima apa jenis sifat buruk orang sebab saya juga punya sifat buruk yg saya tak sedari ianya buruk yg mungkin buatkan org rimas dgn saya sebab sifat tu. jadi ap pun sifat kawan-kawan saya saya terima seadanya dgn terbuka. kemudian barulah tegur secara beransur-ansur... tapi sata kurang gemar kalau sifat2 buruk yg dibawa ke tempat kerja dan mengganggu kerja2 yg patut dibuat...




mel - hahaha... aku kan pelakon handalan. ko tak kenal aku dulu-dulu... ko kenal aku masa aku dah baik...



ween - eh, jadi sahabat org kaya lah best... boleh mintak dia belanja lompat tikam hari-hari...




addy - dulu... masa saya muda (muda?) sifat saya lebih kurang mcm yg mak saya cakap lah... tapi seiring kematangan usia, pemikiran saya pun jadi matang juga (mudah-mudahan) byk yg dah berubah. saya berubah dan terus berubah. dan lepas satu peristiwa kehilangan yg menyedihkan - saya kira saya dah berubah 100% (agaknyalah)... pendapat mak saya tu, adalah pendapatnya pd satu masa dulu.

dan.
hmmmm... selalunya saya faham apa kehendak saya. dan lebih mudah dari memahami org lain... hmmmm

AiE bAhRi said...

abg chime..
apa yg mak abg chime jauh dari apa yang saya sangka..
saya sangka abg chime seorang yang mudah bertolak ansur, seorang yang berjiwa lembut dengan orang lain.itu pandangan saya sebabnya setiap penulisan abg chime saya dapat rasakan sesuatu yang kadang2 membangkintkan semangat motivasi saya untuk terus menjadi seorang yang lebih baik..

semoga kita sama2 dapat semaikan sifat mahmudah dalam diri keran saya juga bersikap individualis pada keadaan tertentu..

addyaholix said...

ada satu cerita yang abang chime janji nak ceritakan pada saya satu masa dulu. masih ingat? mungkin ada kaitan dengan perubahan yang berlaku pada abang saya kira.

dan saya masih cuba untuk berubah ke satu tahap yang mampu buat semua orang selesa dengan saya. itu yang selalu saya harap. tapi saya selalu anggap tak semua akan suka dengan apa yang kita buat. jadi saya cuma cuba jadi yang terbaik yang saya mampu. insyaallah!

ya. itu cuma kadang-kadang bang. haha!

dan moga cepat sembuh bang chime!

Keri AlHaj said...

aie - tu kisah lama lah... kisah zaman sekolah-sekolah dulu... dah lama sangat. bila saya masuk U... saya dah tak mcm tu. dah tak de sifat pentingkan diri tu... dan apa yg mak saya cakap tu bukanlah pd semua perkara. saya pentingkan diri pada perkara tertentu sahaja...
"setiap manusia tu akan melakukan kesalahan.. dan sebaik-baik manusia ialah mereka yg mahu bertaubat dan membetulkan kesalahan mereka"... dan saya selalu berharap saya termasuk dlm golongan yg mahu betulkan kesilapan tu... dan - don't judge a book by its cover... org yg nampak baik tak semestinya baik. org yg nampak teruk tak semestinya teruk.. kan

dan ya... exam macamana... ok tak?? boleh score tak??





addy - cerita apa ni? saya ada janji ek?.. ???... **buat-buat lupa sambil garu kepala** - haha. nantilah, ada masa saya cerita. tak best sgt pun.

saya pasti semua yg ada disekeliling addy memang selesa dgn addy.. tapi biasalah. kita takkan dpt puaskan hati semua orang. jadi apa yg perlu - berbuat baiklah selalu....

terima kasih utk doa tu... tapi ubat batuk klinik fadhilah tu memang tak best langsung...pahit, sekali telan rasa nak termuntah. abis tu mcmana nak telan.. hahahaha...

Tirana said...

Kak Tirana dipesan supaya sentiasa berlaku ikhlas dan jujur walau dalam apa keadaan sekali pun tapi kadang2 pesanan itu terasa payah lebih2 bab ikhlas tu... Jika berdepan dengan orang yang terlampau berkira..kita pun jadi terikut2 berkira..hehehe

addyaholix said...

ya ada janji dulu. saya tak pernah lupa bang. janji kena ditepati. haha!

ya harap-harap semua selesa dengan saya. kamu selesa bang? haha!

dah nama pon ubat bang. mana la ubat sedap. bukan semua yang pahit itu racun. bukan semua yang manis itu penawar. haha!