Sunday, June 7, 2009

Juara tempat Ke 2

Bentuk mengikut fungsi... Cikgu fizik mengajar kita, objek berbentuk torpedo adalah untuk terbang dan meluncur. Melalui pengalaman pula, orang dulu-dulu selalu kata "Yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek"... Walau pun itu perumpamaan, ia tetap menunjukkan bentuk mengikut fungsi. Itu adalah hukum alam - law of nature (orang kampung saya kata) - yang tak akan bertukar dan berubah. Allah maha bijaksana.

Semalam, saya kebetulan berjumpa dengan seorang kawan - kawan kepada adik saya sebetulnya - tapi mesra pula dengan saya seperti abangnya sendiri - Siswa perubatan dari UKM yang sedang bercuti panjang... **katanya salah seorang dari 'cikgu' dia kat sana - Dr. Sheikh Muzaffar Syukor - ntah ya ntah tak **

Ada kemusykilan di hati siswa itu... tiada apa-apa masalah sebenarnya. Tapi perasaannya terganggu.

***
"Abang rasa saya sesuai tak jadi doktor?" soalnya pada saya. - seperti biasa, dia memanggil saya sebagai abang kerana jarak umur yang jauh juga.

saya agak terkejut.
"Kenapa sekarang baru nak tanya pasal tu?" Pelik... siswa tahun ke tiga menyoal soalan yang sepatutnya ditanya sewaktu di tingakatan lima atau paling lewat pun di peringkat matrikulasi.

"Entahlah... rasa berat pulak..."

"Payah sangat kot?".. saya cuba mencungkil.

"Eh! tak!!... ni bukan pasal study. Tapi jiwa saya."

Saya diam..

"Abang selalu banyak idea... saya nak tanya pendapat abanglah ya, kerjaya disesuaikan dengan diri ke, atau diri disesuaikan dengan kerjaya?" tanyanya lagi.

Saya banyak idea?? hahaha... (saya dah mula perasan bagus).

"Kedua-duanya pun boleh" jawab saya.

"Tapi eloklah kalau kita dapat kerja yang sesuai dengan diri kita kan?"...

"Betul!! tapi kenal ke kita pada diri kita sebenar?" saya menjawab dengan soalan.
Kali ni, dia pula terdiam.

"Maksud abang?"

Saya senyum.

"Tuhan cipta kita untuk berjaya. Mahasuci Allah, Dia tidak mencipta kita untuk gagal.."

"Itu saya tahu. Kita adalah satu daripada jutaan sperma ayah yang 'selamat' untuk bercantum dengan ovum ibu dalam satu perjalanan sejauh US ke Jepun. Merentasi lautan Pasific. Itu nisbahnya jauh kembara yang menjadikan seorang manusia dalam rahim ibu. Kelahiran kita pun dah membuktikan bahawa setiap kita adalah juara!" Dia menjawab bijak.. tentu sekali. Dia siswa perubatan...

Saya angguk kepala.
"Setiap juara ada kelebihan masing-masing. Bakat, kecenderungan dan minat yang unik. Tuhan tak cipta manusia bodoh, tapi mencipta manusia dengan kepandaian yang berbeza".

"Maksud abang?"

Saya diam lagi. Mencari kata-kata yang sesuai untuk menjelaskan.
"Allah dah sediakan satu kerjaya yang sesuai dengan bakat, minat dan kecenderungan yang secara semulajadi dan di'install'kan dalam dalam diri kita"... hah! akhirnya saya dapat juga menejelaskannya walaupun agak berterabur bahasanya.

"Betul ke?.. tapi kenapa pulak ada orang masih dok cari-cari kerjaya yang abang kata Allah dah sediakan untuk diaorang?"..

Hadoiii!!! pening saya nak layan kilasan minda dan lautan rasa siswa perubatan ni.

"Sebab dia tak kenal kecenderungan, bakat dan minatnya sendiri. Dia cuba jadi orang lain, bukan diri dia!" saya cuba jelaskan.

Dia angguk kepala. "akibatnya bang?"

"Akibatnya, dia akan jadi klon. Bila jadi klon, dia bukan lagi pemenang. sang juara no. 1 tapi dah jadi no 2, 3 dan seterusnya... Tu pun kira nasib baik lagi. Ada yang terus gagal."

"Pengajarannya?" dia masih nak tahu. Tak apa, selagi saya boleh jelaskan, saya akan jelaskan...

"Kenali diri dulu." jawab saya lagi

"Tapi, ada tak oarang yang dah kenal diri.. maksud saya minat sendiri, tapi gagal jugak"

"Ada sangat lah... ramai!"

"Ha, kenapa pulak macam tu?"

"Kat dunia ni , tak ada orang bodoh.. yang ada, orang malas. Orang yang bijak, yang tahu kebijaksanaannya tapi tak usaha nak tingkatkan keupayaan dia. Bijak tapi malas, takkan bawak ke mana-mana."

"Rajin, tapi nak jadi orang lain pun, tak ada maknanya.."

kami sama-sama senyum...

"Jadi, saya ni sesuai tak jadi doktor?" soalannya kembali mengingatkan saya pada persoalan utama.

"Awak lebih kenal sapa awak."

"Saya tak ada masalah bersengkang mata nak study dan buat kerja-kerja praktikal. Tapi tiba-tiba je perasaan saya terganggu. Betul ke kerjaya ni yang saya cari?"

Saya menepuk-nepuk belakangnya perlahan.
"Perasaan tu rapuh. Pemikiran kena teguh. Jiwa kena kukuh. Anggap je tu gangguan sementara. Lawan-lawanlah."

"Abang nak nasihat apa-apa tak?" tanya dia perlahan.

"Alang-alang menyelup pekasam... biar sampai ke pangkal lengan... selalu tak dengar, orang kata - kalau tak dapat apa kita suka, kita kena suka apa kita dapat..."

dia ketawa kecil. Senang melihatnya begitu.

"Maksud abang, saya kena teruskan study. kemudian kena ubah diri saya sesuai dengan kerjaya? bukan ubah kerjaya saya?"..
hmmm... orang bijak memang mudah faham.

"Kita hamba Allah. Kadang-kadang pilihan kita banyak. Kadang-kadang tidak. Luruskan hati. Pilihan DIA untuk kita lebih tepat dari pilahn kita untuk kita."

dia termenung.

****

"Sebenarnya apa yang ganggu awak ni?"

"Saya nak jadi penulis!"...

Hahahahahaha... giliran saya pula ketawa. hahaha... adoiiiii... itu je.

"Hmmm, Tak ada masalah langsung kalau macam tu. Belajar terus sampai berjaya, pada masa yg sama jangan hentikan minat menulis tu. Subjek perubatan adalah 'lubuk' untuk penulisan kreatif, motivasi dan macam-macam. Kalau kita tengok filem dengan drama hollywood yang berunsur perubatan memang hebat. Awak tahu sebab dia kenapa?"...

"Selalunya penulis skripnya seorang doktor."

"Hah! tau tak pe..."

"Abang pun hebat jugak menulis. bagi tips sikit bang nak jadi seorang penulis."...
huh! lagi-lagi saya hebat menulis... lagi-lagi saya hebat menulis... hadoiyaii...

"Banyakkan membaca! penulis kena banyak membaca daripada menulis." errrr... itu pada pendapat sayalah.

"Lagi?"

"Jadilah diri sendiri. Tulis benda yang kita yakini, rasai, hayati. Jangan jadi orang lain!"

*****

Setelah siswa itu pulang, saya sendirian berfikir. Apakah kerjaya saya sekarang ni satu pilihan atau takdir. Apakah petanda kerjaya saya sekarang sudah tepat?

Kata ahli hikmah: Untuk mendapat jawapannya, tanyalah hatimu. Apakah hatimu tenang semasa bekerja?... jika ya, itu tandanya kerjaya kita sudah tepat... barangkali.

Kemudian hati saya bertanya lagi.. apakah hati saya sudah tenang?

Ketenangan itu satu kembara, bukan destinasi... itu jawapannya....



*************

17 comments:

W. Hidney said...

banyak siswazah kat luar sana yang terlalu 'sibuk' mengenali diri sendiri selepas tamat pengajian hingga membantutkan usaha utk mencari pekerjaan yang 'sesuai' dengan diri sendiri. masa tidak menunggu mereka yang terlalu taksub dgn 'kesibukan' ini. akhirnya wujudlah istilah 'siswazah terlalu memilih kerja' dan 'siswazah pilih bulu'...

itu bukan caranya. rembat apa saja peluang yang datang. dalam proses itu, timba pengalaman yang diperolehi. yg pipih x dtg melayang. yg bulat tak dtg bergolek. tak akan ada sesuatu yg akan dtg dari langit dan mengubah hidup kita kalau kita terlalu 'sibuk' untuk mengenali diri dengan duduk bergoyang kaki.

nak seribu daya... tak nak seribu dalih

arazma @ ami m said...

waaahhh...terasa sungguh...betui kata chime...setuju bebenor semuanya.... bleh jadi pakar motivasi.... teruskan bakat menulis di ruang blog ni...

kita berblogging ni pon mcm jd penulis gak, cuma ni bukan kerjaya profesional...saja-saja dgn tujuanla... adik tu x buat blog ke??? suka juga baca blog budak medic, bnyk ilmu dpt dikongsikan...

ASYIQ said...

Chime,

Akak rasa akak suka dgn kerjaya akak skrg...tenang je semasa di sekolah. Hehe.Kekadang tension jg. Kena ada naik turun emosi tu...spy bidang yg kita ceburi mendtgkn pengalaman hidup...

Dulu teringin juga nak jd penulis...tapi masa belajar tidak menjurus ke arah itu.

eQbalzack said...

nak jadi model leh??? malas dah ajar physics ni....hehe

Tirana said...

hehehe..jenuh nak menjawab soalan orang pandai.. Nasib baik Chime pun pandai

Senang rupanya petua nak jadi penulis..banyak membaca dan jadi diri sendiri..Orang yang banyak membaca ni...idea senang datang kot..dia sentiasa tahu apa yang dia nak tulis..macam chime la..ada aje benda yang nak diceritakan..bukan perkara merapu pulak tu..setiap entry pasti ada mesej yang disajikan untuk para pembaca...

chimera said...

hidney - betul tu... zaman sekarang yg memang susah nak dpt kerja bukan masa nak pilih memilih dah... usia makin tua, bila usia makin meningkat, peluang utk dpt kerja pun jadi makin sempit... apalah yg ada dlm pemikiran diorg agaknya...


arazma - haha, antara cita-cita saya, nak jadi penulis dan pakar motivasi jugak. boleh bagi motivasi memalalui tulisan...

adik tu? ntah... dia ada blog ke tak? tak de pulak dia bagitau... nanti saya tanya....


abang eq - uih, dah nak jadi model pulak dah... boleh je bang... model apa dah ari tu?? model enlin kan... hahahah... dgn model kusi urut ogawa... sesuwei kot... heheheheh...


kak tirana - org bijak kena layan cara bijak... saya pun taklah bijak sgt, tapi... buat-buat bijak je lah.... hehe.

pd saya tulah petua nakjadi penulis, pertama membaca, kedua membaca dan ketiga baru menulis... membaca boleh bawak idea yg banyak dan boleh melatih kita memperkayakan gaya penulisan dan bahasa supaya seronok dibaca - setidak-tidaknya oleh diri kita sendiri... **wahhhh!!**
tulisan akak pun sama jugak... penuh dgn mesej dan pengajaran... mana ada pernah letak entri merapu pun... kita sama-sama saling belajar...

:: Cikgu Wiween :: said...

penulis + doktor. menarik tu. ;)

Pyromaniac said...

ohh membe ko tu doktor?ada a few friends membe aku doktor dan setengah dah jadi specialist..kebanyakkan tu mengeluh kesah bercerita pasal doc life nie..menyesal la..takde masa la..gaji kecik la..tapi bagi aku semua kerja sama tak kira doktor,lawyer,engineer,drebar lorry etc..rutin yg berulang dan semata2 nak dpt paycheck setiap hujung bulan..itulah life makan gaji..mulai skrg cubalah mencintai kerja kita nie!hehe

p/s:tak abis2 bro eqbal dengan model tu..apa kata apply untuk model produk kopi jantan tu

John Iverson said...

Entry yg bagus... akan diambil perhatian bro... Thanks

AiE bAhRi said...

Salam.
entri yang bagus.Satu motivasi buat saya!
Dan untuk pengetahuan abg chime, saya juga baru membeli buku berapa harga segulung ijazah seperti yang disarankan abg chime dlm entri apa ada apa di Booth 81. Memang terkesan bila membacanya..Cuma satu buku lagi yang saya tak dapat cari lagi,,iaitu VT.

Begitulah manusia, kadang2 apa yang ditakdirkan tidak dapat diterima sepenuhnya.Apa yang penting, walau apa jua bidang kerjaya yang kita ceburi, kita perlu bersemangat dan jangan pula menginginkan kerjaya seperti orang lain kerana apa yang ada sebenarnya cukup terbaik untuk kita jadikan ianya lebih terbaik!

chimera said...

mel - jadi cikgu??? hishhh... tak mau aku... tak mau. tak mau...
haha... dah namanya kerja, biasalah kalu rimas sekali-sekala... semua org pun kana rasa menda tu... errr... banner tu, hah... ko rasa tercabar tak? kalau tak aku nak tukar kasi gempak lagi... heheheh...


ween - penulis + doktor - satu kombinasi yg hebat kan....
errrrr... bukan main ganas lagi gambar profile baru...


prro - bukan member saya sebenarnya, member adik saya... tapi kira member saya jugaklah kan...
betul tu. kerja, kat mana2 pun sama... semua org dok mengeluh kerja banyak, tak cukup masa, tak cukup rehat... tapi kena syukur banyak2, penat2 pun kita masih ada kerja kan... ada punca rezeki...
p/s... itulah dia, abang eq tu... hmmm, produk kopi jantan... mcm sesuai je untuk dia kan... heheh...


john - thanx bro - moga ada manfaat dari entri ni...


Aie - dah dpat buku tu... haha, selamat membaca - buku yg bagus tu. pengisian berilmu dan bernas... tak ramai yg suka baca buku motivasi ni... nak jadi penuls bahan motivasi yg baik, kena selalu selalulah baca buku2 motivasi...moga bermaanfaat utk aie - sebabnya buku memang bermanfaat untuk saya...

Betul tu... semuanya bergantung pd diri kita. rancangan Allah pd kita adalah yg terbaik untuk kita berbanding rancangan kita untuk kita... belajar lah utk menyukai apa yg kita ada... isyaAllah, lama-lama akan serasi dgn diri kita. Cinta pd satu perkara tu boleh datang juga kalau kita rajin memupuknya... **wahhh**

addyaholix said...

salam bang chime. lama tak jenguk. banner pon dah baru. cun. dan macam saya cakap, jambu. serius. haha!

jadi kaunselor la bang. lepas tu berhadapan dengan manusia-manusia macam saya. haha!

saya tak dapat apa yang saya suka. jadi saya cuba suka apa yang saya dapat =)

Sufi Idany said...

Salam Abg Chime.... lately abg nmpk makin maju laa.... kejap2 tukar layout, kejap2 tuka banner.... wah... cayalah....

:D erm.... kerjaya dan diri nak sesuaikan mcm mn ek.... pd ida bila kita ada dlm satu2 situasi br kita tahu samada kita mampu atau tak untuk terus berada dalam kerjaya itu....cth terhmpir ida n kerjaya skang.... dulu tk pernah termimpi akan jadi cikgu tp dengan berat ati terima tawaran atas alasan family yang mtk....then now SAYA BANGGA JADI GURU..... alhamdulillah.

chimera said...

salam addy - jambu ke? tu tak pakai baju bunga-bunga lagi tu... hahahah...

jadi kaunselor bidan terjun bolehlah addy... bagi nasihat masa-masa terdesak je... tapi nasihat pun mcm boleh pakai lah pulak.. hahaha
Yeah. belajarlah utk suka apa yg kita dpt - bersyukur kena selalu.


salam ida - haha, ok tak banner gitu, tak nampak over sangat ke??

ha - selalunya cikgu2 KPLI ni bukanlah org yg minat kerjaya cikgu pd asalnya.. tapi sekali bila dah jadi cikgu, baru sedar itulah kerjaya yg sesuai utk dia... kan. Rancangan Allah untuk kita memang lebih baik dari rancangan kita utk diri kita sendiri...

addyaholix said...

ceh! baju bunga-bunga jangan sebut-sebut ok. itu cerita lama. kita bukak lembaran baru. haha!

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

Entri yang buat saya banyak berfikir hari nih. Terima kaseh untuk entri yang sebagus ini he.

chimera said...

notso : Ya, mudah-mudahan ada manfaat utk kita bersama...