Thursday, June 4, 2009

walau cuma lima sen -

Monolog Tazkirah untuk diri...

-2.38 am... huh! kenapa di waktu lewat begini mata ini masih terasa segar. Sedang kepenatan semakin menjengah..


Ada sesuatu yg bermain di minda...

HUTANG-HUTANG KU...



- Walau cuma lima sen, hutang tetap dikira besar jika tidak kulangsaikan, begitu bisik hati ku ketika melihat catatan hutang piutang malam ini.

Ah! betapa di kegelapan ini aku cuba mengira-ngira hutangku dengan manusia, agar lunas juga dengan Pencipta. Biarlah dalam gelap ini aku disesah resah, agar di sana nanti disinari cahaya.

Terngiang-ngiang pesan ulamak, kekadang hutang kita dengan manusia lebih sukar kira bicaranya berbanding 'hutang' kita dengan Yang Esa. Betapa buruknya wajah yang tidak melunasi hutang di dunia ketika berdiri di Padang Mahsyar kelak... Ah! Roh para Syuhadak lagikan tertahan - tergantung oleh hutang mereka, inikan pula aku hamba yang penuh dengan alpa dan dosa ini.

Mengapa sangat berat ketika membayar hutang padahal terasa begitu ringan sewaktu memohonnya? Adakah aku sudah berkira-kira untuk tidak membayarnya sejak awal lagi?
Jika begitu halnya, alangkah hinanya diri ini kerana itu hakikatnya bukan berhutang, tapi mencuri.

Alangkah tidak merdekanya orang yang berhutang. Siang menanggung malu, malam menanggung resah. Betapa murahnya harga diri orang yang culas membayar hutang di depan orang yang memberi hutang. Sekalipun dia seorang 'agamawan' - yang begitu arif tentang ilmu wahyu dan sabda, tetapi dia hanya layak berteleku bila berdepan dengan orang yang dinafikan haknya untuk mendapat kembali apa yang dihutanginya.

Ah!! Aku tidak mahu menjadi salah seorang dari mereka. Ingat wahai diri - Ayat al-Qran paling panjang dalam surah paling panjang ialah mengenai hutang. Dan ayat itu asal mulanya hanya tentang sebuah bekas air! Mari wahai diri... mari tatapi ayat itu buat kesekian kalinya. Bukalah lembaran kitab suci dan lihatlah surah a-Baqarah ayat 282.

Perincian tentang tatacara berhutang dalam ayat itu menggambarkan betapa seriusnya Allah apabila membicarakan soal hutang dikalangan hamba-hambaNya. Apakah aku memahami, merasai dan bertindak selaras dengan keseriusan itu? Atau, aku hanya merasakan ayat itu ditujukan kepada orang lain, bukan untukku. Jika demikian, alangkah tertipunya aku, kerana ayat itu memang ditujukan kepada aku yang masih berhutang ini.

Sesekali, ada justifikasi yang menerjah hati... Mati ketika meniggalkan hutang bukanlah seaib mana. Apatah lagi apabila melihat para Salafussaleh ada juga yang mati meninggalkan hutang. Mereka yang 'hebat' itu lagikan berhutang, apalagi aku...
Ah! itu semua cuma alasan Syaitan. Mengapa tidak ku perhatikan dan kuperhalusi bagaimana kesungguhan mereka itu mahu membayarnya? Bukankah mereka sudah berusaha sehabis daya, tetapi tidak kesampaian juga... Sejarah memaparkan kerisauan mereka yang berwasiat untuk 'gadaikan itu dan ini' hanya untuk langsaikan hutang yang masih berbaki...

Wahai diri, jangan kau tertipu... Berbeza sungguh tujuanmu berhutang dan tujuan mereka berhutang. Berbeza sungguh kesungguhan mereka membayar dan kesungguhanmu membayar. Berbeza sungguh kebimbangan mereka ketika tidak dapat membayar, dengan kebimbangamu ketika tidak membayar hutang. Kau masih tersenyum, ketawa, berjalan bagaikan wira, menabur bunga-bunga kata kononnya engkau wira segala... tetapi Allah tahu betapa 'busuknya' hutangmu itu. Jika hutang itu berbau, pasti manusia lari meninggalkanmu. Tidak malukah kau, dicemuh oleh orang yang tahu rahsiamu... "Ah! dia itu kokoknya sahaja berdegar-degar, ekor diselaputi hutang!"

Mulai saat ini... aku dan kita, ketika ada rezeki yang datang menjengah, kan ku katakan itu bantuan Allah untuk melunasi hutang-hutang ku. Aku akan makan minum sekadarnya. Menggunakan di tahap keperluan dan selebihnya aku mesti gunakan untuk membayar hutang. Dan mulai saat dan detik ini, aku berazam untuk tidak berhutang hanya untuk 'melebihi' kadar keperluan dan kemampuan hidup. Aku sepatutnya malu... Apabila harga diri dipertaruhkan sebagai 'deposit' untuk berhutang.

Teringat aku kata Syaidina Umar... "Jika minum air seteguk air ketika sangat dahaga itu akan menjatuhkan harga diriku... Nescaya aku tidak akan meminumnya...

Ya!! Alangkah beertinya hidup ini jika 'memberi'... dan memberi paling utama ialah memulangkan semula hak kepada pemiliknya...

*******


tulisan ini adalah sebagai menjawab cabaran Yoyooh.com bagi minggu 5





******

27 comments:

John Iverson said...

Hutang mmg wajib kena bayar... Klu ada rezeki, byrlah secepatnya...

Sufi Idany said...

Alhamdulillah.... saya dh pun selesaikan sebahagian besar hutang piutang saya dengan manusia.... rezeki yang Allah mudahkan... :D

W. Hidney said...

i tak ader apa2 utang dgn u kan chime?

ASYIQ said...

Hutang akak pd bank, pada kerajaan malaysia semua suami tahu....so klu akak mati dia akn uruskan.

Kot2 ada hutang tudung, baju pasang, brooch yang suami tak tau...tu yg risau tu....hehe. Thats why org dtg jual ape2 malas nk berhutang...ada duit beli, tak ada dok aje diam2.

Kad kredit ada tapi tak juga suka guna kecuali dh ada cagaran utk dibayar balikk.....

Alhamdulillah...budaya berhutang elok dielakkan kecuali darurat.

addyaholix said...

hutang saya dengan manusia Insyaallah takde. sebab saya seorang yang sangat tidak suka berhutang. sebab hutang kadang-kadang buat saya rasa terbeban. selagi tak selesai selagi itu saya akan susah hati. kalau boleh nak beli kereta dan rumah pon nak bayar cash. haha!

tapi hutang saya dengan Dia terlalu banyak bang!

mel said...

eh... aku ada utang ko 4 hengget ari tu kan... ok, ok.. nanti aku bayar.

Pyromaniac said...

hutang?manusia zaman skrg nie suka buat2 lupa pasal hutang..hutang pinjaman pendidikan la etc..kalau time terima gaji je mula la otak ligat berpikir nak beli bende lain..jam,baju baru,travel tapi liat nak bayar hutang org..time nak pinjam bukan main seronok..nak membayar bukan main liat.aku dah banyak kali terkene dengan golongan nak pinjam tapi liat nak membayarnya..yg paling teruk boleh putus hubungan persaudaraan di sebabkan liat bayar hutang nie..dunia oh dunia

Kos Serani said...

Chime, ok la tu...biar berhutang, sekurang2nya U ingat, ada org tu, hutang tapi buat2 lupa. Tapi zaman ni, semua org hutang...kereta, rumah...belanja kawen heh heh heh, manada X hutang. Tetiba teringat nak post entry pasal hutang

AiE bAhRi said...

Hutang dengan manusia memang berat sekali. Sebab tu jika si mati meninggalkan bayak hutang, si waris hendaklah melangsaikan segala jenis hutang piutang si mati supaya azab yang diterima dalam kubur dapat dikurangkan.

Manusia sering memikirkan hutang sesam manusia tetapi sebanrnya kita masih bayak lagi berhutang dengan Yang Maha Pencipta. menunaikan solat tidak tepat pada waktunya juga merupakan 1 hutang!

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello...

Nice and interesting blog U have..
Can we be friends???
I agreed with what U said..
Well,to be honest with U,last time I have full of debts but now thru GOD's help my debt is lesser..

Take care...
Do drop by my blog..:)

chimera said...

John - ya, bayralah secepatnya.. tapi masalahnya, suka sgt tanguh2... huhu


ida - Alhamdulillah..


hidney - Entah! lah... saya tak ingat pulak... ada kot.. errrr... tak ada kot.. hehe... saya ada hutang dgn hidney tak??


Asyiq - hehe, saya hutang PTPTN ni yg rumit sikit.. tapi terus jugak berjalan pembayarannya secara bersistem... harap2 kalau saya mati, adalah org lain nak tolong langsaikan.

kad kredit pun saya tak pakai.
Tapi, sejak balik duduk dgn mak ni.. terasa makin mudah bayar hutang... tak terbeban sgt... jimat...


addy - Tak kiralah kita berhutang dgn manusai atau dgn DIA.. langsaikanlah hutang piutang tersebut sebelum terlambat. Saya risau, kalau satu masa saya akan menyusahkan org yg hidup pula sebab nak tolong selesaikan hutang saya... harap semuanya akan selesai sebelum saya mati.


mel - 4 hengget ke??? bukan 5 hengget ke??? hahahaha.... kan aku cakap tak yah bayar ari tu... tapi kalau nak bayar jugak, aku rasa ko kena bayar dgn duit bunga sekali... kalau dihitung kira - dekat2 30 hengget ko kena bayar balik.. hahahahahah...


pyro - hahah, saya pun dah byk kali jugak jadi mangsa peminjam2 yang cepat hilang ingatan ni... pinjam duit pastu lupa... seronok nya hidup diorg ni ya.. pastu kalau dah lama2 sgt tak bayar, saya halalkan ajelah. untuk saya mintak balik duit saya yg dihutangi memang tok sah haraplah...


kos - haha.. saya tak lupakan hutang2 saya... sikit2 pun bayar jugakkan. org yg berutang tak nak bayar tu yg bangang sikit...**bangang banyak**

aie - Ya, hutang kepada Allah tu jarang pulak kita nak ambik peduli kan.

tommy - hey dude.
baguslah kalau kita dpt selesaikan hutang kita dgn teratur... semua orang akan senag dgn kita - Salam kenal ya

addyaholix said...

ok bila abang sebut pasal PTPTN baru saya teringat yang saya masih berhutang. pinjaman yang beribu tu satu yang saya paling liat nak bayar. bayarnya cuma kadang-kadang. terima kasih bang chime sebab mengingatkan saya.

W. Hidney said...

takat ni tak der utang kot sbb x jumpa lagi. nanti bila one we finally meet, boleh la kita buat utang sesama hahaha

AiE bAhRi said...

Bro Addy,
sama la kita..hutang PTPTN masa dip tak bayar lagik.harap2 lulus la permohonan untuk tkr status pinjaman tu.

:: Cikgu Wiween :: said...

haa abg batman utang kuih lompat tikam bila mau bayar? lalalalalalla~

:p

chimera said...

addy - haha, sama lah kita.. ptptn lah satu-satunya hutang yg susah nak bayar balik... tak pelah. sikit2 pun bayar jugak.. jgn tak bayar langsung sudah.


hidney - ha'ah.. ok jugak idea gitu.. bila kita jumpa nanti kita saling hutang menghutang. saya belanja u makan piza, pastu u belanja saya makn ciskek.. haaaa... dah aling hutang menghutang dah.. **err, kata belanja**


aie - tukar status?? mcmana tu aie.. hmm, apa-apa pun harap tak ada masalah...



ween - alahhhh... ween pun ada jugak hutang cup cake cute tu kannn... kira dah 0-0 dah lah... heheh

mel said...

huih duit bunga sampai 30 hengget... tak baik... ribak tu, harammmmmm... tak baik makan bunga. kambing je suka makan bunga ni. Baru ni mak aku telepon pastu marah2 pasal ada kambing makan bunga dia tanam... ko jgn cuba2 nak makan bunga... mandi bunga tak pe... heheheh... biar cepat sikit sampai jodoh... hahahahahahah

chimera said...

ceh!!!!!! kuang jaq la tuuuu...
aku rasa aku ni dah tak bekesan dah kalau mandi bunga pun, sebab tu aku nak cuba-cuba telan bunga... hahahaha, tapi tak baik pulakkan. haram... mcm kambing... - tak jadilah. kena mandi ais pulak kot...

alah mel, ko pun sama je... sedap2 je nak ngata org ko pun rasanya kena mandi bunga jgk.. tapi, ada satu bunga tu aku rasa dari dulu ko nak makan... tapi asrfa sinclair makan dulu.. hahahahahaha...

mel said...

mandi ais??? hmmmmm... mcm idea yg bernas je... nanti ko nak pergi ajak aku sekali. nak mandi kat mana, kutub utara ke? heheheheh...

bunga tu... huhuuuu.. itulah dia. apalah lebihnya asraf sinclair tu berbanding aku yg ensem ni.. tak pelah... ada bunga lain sedang menanti... hik hk hik...

chimera said...

ajak engko??? huh, tak mo aku.. ko tu bukan boleh harap... bukannya reti malu sgt bab mandi2 ni.. sudah nya aku je yg naik malu.. aku tobat dah nak mandi dgn ko... takut sejarah sadis berulang kembali... hahahahaha...

bunga apa pulak sedang menanti tu - bunga-bunga cinta layu di pusara???...

mel said...

alahhhh... dah nama pun mandi... biasalah bukak2 sikit tu... bukannya org lain kisah pun. heheheh... kalau org tgk pun, bukannya luak. hahahahahahah... **dush! dush! dush!- penumbuk atas pipi mel***

chimera said...

huh!! bukak sikit2 konon... bukak sikit tak pelah.. bukak byk pun orait lagilah... engko tu, bukak semua... hahah - dah! dah! jgn nak cuba-cuba nak mandi dgn aku lagi kat tempat awam... kalau nak jugak kena bawak kain batik buat kemban... pastu selit bunga cinta lestari kat telinga... eh!! bunga cintra lestari pulak... bunga raya... pastu main simbah2 air... hahahahaha... auwwwww...

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello...

What should I call U???

eQbalzack said...

meletop abg chime kita skrg...hehehe

chimera said...

hey tommy - u can call me chime... yeah...



abang eq - apa yg meletupnya bang???

addyaholix said...

hello!

anda kacak. boleh link?

haha!

chimera said...

cehh!!! ni nak kena tukar balik banner ni... ramai pulak yg nak link nihhh... hahaha